Aktiviti merangsang si kecil bertutur
Aktiviti yang sesuai digunakan untuk merangsang perkembangan pertuturan anak-anak sejak lahir hingga mencecah dua tahun adalah seperti :
#~ Aktiviti mengenal warna.
#~ Mengira objek.
#~ Menggunakan pergerakan seperti melambai tangan sambil mengucapkan 'Selamat Tinggal'.
#~ Bercakap dengannya ketika anda sedang melakukan sesuatu perkara bersama seperti sedang memandikannya, memberi makan, menyusu atau ketika bermain dengannya.
#~ Kenalkan si kecil dengan bunyi haiwan dan terangkan dengan lebih spesifik tentang haiwan tersebut.
#~ Membacakan buku cerita kepada anak-anak. Pilih buku yang memuatkan gambar yang besar, menarik dan berwarna-warni. Buat sesi soal jawab melibatkan gambar di dalam buku cerita tersebut untuk merangsang mindanya.

0 comments:
Post a Comment