Thursday, February 1, 2007
Roti Jala & Kari daging
3:46 PM
Unknown
No comments
Roti Jala
Bahan-bahan :
150 gm tepung gandum
190ml santan
1 biji telur
pewarna kuning secukupnya
air dan garam secukupnya
Cara :
1. Gaulkan semua bahan-bahan yang diperlukan hingga sebati.
2. Kemudian gunakan acuan roti jala dan dimasak diatas api yang sederhana. Apabila selesai,diangkat dan dilipat mengikut citarasa.
Kari Daging
Bahan-bahan :
400 gm Daging lembu
250 gm santan
60 gm rempah kari daging
5 biji ubi kentang
5 ulas bawang putih | kisar
3 labu bawang besar | kisar
1 ketul halia | kisar
Sedikit lengkuas
Sedikit kerisik
sedikit cili kering | kisar
1 keping asam keping
garam secukupnya
Bahan tumis :
1 keping kayu manis
1 biji buah pelaga
2 bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 tangkai daun kari
1 batang Serai
Cara :
1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan tumis. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering kisar, tumis seketika. Masukkan rempah kari daging hingga berbau harum.
3. Masukkan santan dan kerisik. Masukkan daging, Setelah itu masukkan juga ubi kentang. Biarkan hingga empuk, tambahkan garam secukupnya dan sekeping asam keping.
4. Akhir sekali, hidang bersama roti jala.
0 comments:
Post a Comment