DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Showing posts with label Info Sihat. Show all posts
Showing posts with label Info Sihat. Show all posts

Saturday, January 2, 2010

Tanda-Tanda Penyakit Kanser


belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner


Kanser merupakan sejenis penyakit yang sangat merbahaya.
Mengesannya diperingkat awal amatlah digalakkan yang akan membolehkan seseorang itu merawat dan meningkatkan peluang untuk menyembuhkannya.

Jenis-jenis kanser.

1. Kanser Pangkal Rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersenggama, dan turun berat badan.

2. Kanser Payudara - bengkak atau gumpalan di bawah dada, keluar cairan darah melalui puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

3. Kanser Usus Besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

4. Kanser Paru-Paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

5. Kanser Perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

6. Kanser Limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

7. Kanser Ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi lebih mendalam.

8. Kanser Otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

9. Kanser Prostat - sukar dan sakit semasa membuang air kecil yang berpanjangan.

10. Kanser Darah (leukimia) - letih, pucat, mudah lebam dan muadah mendapat jangkitan (infection).

11. Kanser Tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

Tanda-Tandanya:

1. Luka yang tidak pulih-pulih,
2. Tumbuhan di buah dada atau bahagian-bahagian lain di tubuh.
3. Pendarahan yang luar biasa.
4. Perubahan pada tabiat pembuangan air besar dan air kecil.
5. Perubahan pada keadaan tahi lalat/kutil.
6. Alami masaalah menelan makanan dan pencernaan makanan.
7. Batuk yang tidak hilang-hilang atau suara menjadi kasar.
8. Berat badan menurun atau asyik demam tanpa diketahui sebabnya.

Namun perlu diingat, masaalah-masaalah ini tidak semestinya ada kanser dihidapi , buatlah dengan doktor sebaik-baiknya,

Tuesday, December 22, 2009

10 TIPS Hindari Stress

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner



Sumber : Rapi ~:: Mei 2004 ::~


Cara efektif apabila berdepan dengan stress

- Berfikiran positif dan menganggap kerja bukan segala-galanya.
- Kerja bukan sesuatu yang menjadikan anda tidak tenteram, cepat marah, atau mudah tersinggung. Senaman paling efektif untuk tubuh dan minda.

1. Luah Perasaan

Jika anda berada dalam keadaan kritikal, carilah teman atau ahli keluarga yang anda percayai, luahkan segala masalah. Kadangkala seseorang mampu memberi pandangan secara relevan yang boleh menenangkan anda.

2. Fahami Bahasa Tubuh

Apabila anda merasakan berlaku kekejangan otot, anda sepatutnya faham reaksi ini. Ini menandakan tubuh sedang memberi isyarat bahawa ia berada didalam keadaan yang kurang stabil.

3. Berehat

Luangkan sedikit masa dalam kesibukan harian anda untuk merehatkan badan dan minda anda.

4. Tidur Nyenyak

Satu cara terbaik untuk merehatkan otak setelah seharian bekerja keras. Seorang dewasa sekurang-kurang perlu memperuntukkan tujuh jam dalam sehari untuk tidur.

5. Seimbangkan antara kerjaya dan sosial

Bijak membuat keseimbangan mampu mengusir stress anda.

6. Beriadah

Melakukan aktiviti kegemaran dengan bersukan, melancong, dan mendengar muzik.

7. Belajar Bertenang

Alternatif paling mudah, cari keseronokan yang membuatkan anda boleh terlupa dengan bebanan kerja.

8. Jangan Bersendirian

Apabila anda bosan, telefonlah kawan lama, ceriakan kembali memori anda.

9. Lakukan Sesuatu Yang Berbeza

Menonton wayang , keluar membeli-belah.

10. kongsi Tanggungjawab Keluarga

Bijak mengendalikan urusan keluarga, membuatkan anda perlu pandai mengutamakan apa yang perlu dilakukan dalam rutin harian keluarga anda. Tambah pula bagi yang sudah bekeluarga. Ajar anak membuat perkara mudah seperti menukar pakaian sekolah, mengumpul baju kotor atau mengemas tempat tidur. Rutin ini akan membantu anda untuk saling berkongsi tanggungjawab.

Thursday, July 30, 2009

EFFECTS OF COLD WATER

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah
akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...
PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.
Baca ini.... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.

**Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!!!

Friday, February 2, 2007

Perkembangan bahasa & Pertuturan si kecil

Sumber : Pa&Ma ~* Februari,2007*~

Aktiviti merangsang si kecil bertutur
Aktiviti yang sesuai digunakan untuk merangsang perkembangan pertuturan anak-anak sejak lahir hingga mencecah dua tahun adalah seperti :

#~ Aktiviti mengenal warna.
#~ Mengira objek.
#~ Menggunakan pergerakan seperti melambai tangan sambil mengucapkan 'Selamat Tinggal'.
#~ Bercakap dengannya ketika anda sedang melakukan sesuatu perkara bersama seperti sedang memandikannya, memberi makan, menyusu atau ketika bermain dengannya.
#~ Kenalkan si kecil dengan bunyi haiwan dan terangkan dengan lebih spesifik tentang haiwan tersebut.
#~ Membacakan buku cerita kepada anak-anak. Pilih buku yang memuatkan gambar yang besar, menarik dan berwarna-warni. Buat sesi soal jawab melibatkan gambar di dalam buku cerita tersebut untuk merangsang mindanya.

Mukhriz sekarang jadi boss besar...hehehehe..nak sesuatu tunjuk.. cakap ' nak..nak'...kalau tak nak "na..nak"..na..nak pun na..nak la mukhriz..Sekarang pantang ada "Macam-macam Aznil", dia pun ikut menari n ketawa...hehehehe..Mcm-mcm dia ni..geli hati tengok gelagat dia ni.

Wednesday, January 31, 2007

Diet Rasullulah S.A.W

1. Jangan makan SUSU + DAGING
2. Jangan makan DAGING + IKAN
3. Jangan makan IKAN + SUSU
4. Jangan makan AYAM + SUSU
5. Jangan makan IKAN + TELUR
6. Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
7. Jangan makan SUSU + CUKA
8. Jangan makan BUAH + SUSU Contoh :- KOKTEL


*~Jangan makan 'Buah' selepas makan 'Nasi', sebaliknya makan 'Buah' terlebih dahulu, baru makan 'Nasi'.
*~Tidur '1 jam' selepas makan tengahari.
*~Jangan sesekali tinggal 'Makan Malam'. Sesiapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda.

Tuesday, January 30, 2007

Menguruskan demam anak-anak

Sumber : Pa & Ma ~* Ogos, 2006 *~

Langkah-langkah membantu si manja merasa lebih cepat iaitu :~

_* Beri si manja minum banyak air *_
Demam meningkatkan kehilangan air dalam badan. Demam yang berpanjangan boleh mengakibatkan penyahidratan atau kekurangan air dalam badan.

_* Bantu si manja berasa selesa *_
Pakaikan si manja dengan baju daripada fabrik nipis dan ringan yang membolehkan peralihan udara. Menjaram atau meletakkan tuala sejuk di atas dahi si manja boleh mengurangkan demam. Pakaian longgar daripada fabrik yang ringan dan tuala sejuk yang diletakkan di bawah lengan atau pangkal paha boleh menyokong keberkesanan ubat menurunkan suhu badan.

_* Jangan paksa si manja makan *_

Orang yang demam umumnya tidak begitu berselera makan. Biarkan si manja menentukan bila dan apa yang ingin dimakan.

_* Timbangkan pemberian ubat *_
Adalah selamat untuk menggunakan paracetamol seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Paracetemol boleh membantu membuat kanak-kanak lebih selesa dengan mengurangkan demam dan melegakan pelbagai kesakitan atau ketidakselesaan fizikal lain yang dialaminya.

Apakah yang perlu anda lakukan
Penggunaan pelega kesakitan dan ubat demam secara selamat. Baca label atau arahan pada botol atau risalah yang disediakan dalam kotak. Label atau risalah ini menjelaskan tentang :


a. Kekuatan atau kepekatan produk.
b. Bagaimana dan bila anda patut menggunakan produk.
c. Berapa banyak yang perlu diambil dan berapa lama.
d. Bila anda patut mendapatkan nasihat doktor.
e. Cara terbaik untuk menyimpan ubat.

Fakta-fakta mengenai demam
~+ Suhu badan normal biasanya 37 darjah celsius.
~+ Ukuran suhu badan anak-anak kecil biasanya diambil menerusi bawah lengan (ketiak) atau telinga. Ukuran suhu badan yang diambil dibawah lengan adalah 0.5 darjah lebih rendah daripada suhu yang diambil menerusi telinga.
~+ Demam yang tinggi tidak semestinya menandakan keseriusan penyakit.
~+ Demam dialami oleh kanak-kanak sihat yang sembuh dalam tiga atau empat hari tidak seharusnya menimbulkan kebimbangan.

Khasiat Susu Ibu


Sumber : Pa & Ma ~* Ogos, 2006 *~

Kandungan Khasiat :~

Lemak
* Kaya dengan agen pembentukan otak iaitu omega 3 dikenali sebagai DHA dan AA.
* Telah diubahsuai secara automatik untuk menepati keperluan bayi.
* Kaya dengan kolestrol.
* Kadar penyerapan yang hampir sempurna.
* Mengandungi lemak yang membantu proses penghadaman yang dikenali 'lipase'

Protein
* Dadih yang terhasil lebih lembut dan mudah dihadamkan.
* Kadar penyerapan yang hampir sempurna, lebih tinggi dalam susu yang dihasilkan oleh ibu yang bersalin awal.
* 'Lactoferrin' untuk kesihatan usus.
* Kaya dengan protein yang membantu dalam pembentukan otak dan tubuh.
* Kaya dalam faktor tumbesaran.

Karbohidrat
* Kaya dengan laktosa.
* Kaya dengan 'oligosaccharides' yang membantu kesihatan usus.

Penggalak sistem imun
* Banyak dalam sistem darah putih dan berjuta dalam setiap penyusuan.
* Kaya dengan immunoglobulin.

Vitamin & mineral

* Lebih mudah menyerap terutamanya besi, zink dan kalsium.
* Besi akan diserap di antara 50-75%.
* Mengandungi lebih banyak selenium (anti-oksida).

Hormon & enzim

* Kaya dengan enzim penghadaman seperti lipase dan amylase.
* Juga kaya dengan pelbagai hormon lain seperti thyroid, prolaktin, oxytocin dan banyak lagi.
* Pelbagai bergantung kepada diet ibu.

Harga

* Memerlukan sekitar RM600 setahun untuk makanan tambahan yang berkhasiat untuk si ibu.

Zat seimbang menggalakkan perkembangan anak






Usia anak dari 0-5 tahun adalah saat paling penting dalam proses pertumbuhan dan perkembangan otak. Semua ini banyak bergantung kepada usaha anda untuk memastikan mereka mendapat zat makanan yang seimbang.


Karborhidrat
Fungsi : Membekalkan 50% tenaga kepada tubuh.
Sumber : Bijirin (nasi,gandum,oat), buah-buahan, susu, produk tenusu.

Protein
Fungsi : Sebagai sumber tenaga, membina otak rangka, menghasilkan sel baru, membina hormon,enzim dan pertahanan tubuh.
Sumber : Susu, bijirin, daging, ikan, telur, tempe dan kacang.



Lemak
Fungsi : Membekalkan tenaga dengan nilai kalori dua kali ganda daripada karbohidrat. Membantu penyerapan vitamin A, D, E dan K seseorang.
Sumber : Minyak makan, daging, susu, produk tenusu, ikan kod.

Vitamin A
Fungsi : Sangat berguna untuk penglihatan, antioksida dan perkembangan sel tubuh.
Sumber : Ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran.

Vitamin B
Fungsi : Menggalakkan metabolisme dalam tubuh. Kekurangan vitamin B membuat proses perkembangan fizikal anak agak lambat dan kulit bersisik.
Sumber : Kekacang, susu, sumber tenusu, daging, hati, telur dan bijirin.



Vitamin C
Fungsi : Menguatkan sistem pertahanan tubuh anak. Kekurangan vitamin C akan mengakibatkan gusi berdarah, mudah dijangkiti penyakit dan kulit tidak sihat.
Sumber : Buah-buahan dan sayur-sayuran.

Vitamin E

Fungsi : Sebagai anti oksidan dan merangsang pembentukan sistem pertahanan serta menjamin kesihatan kulit.
Sumber : Minyak sayuran, buah-buahan dan daging.

Vitamin K
Fungsi : Membantu dalam proses pembekuan darah.
Sumber : Sayur-sayuran berdaun hijau, kacang soya, hati dan telur.

Zat besi
Fungsi : Membantu tindak balas metabolik dan penghasilan sel darah merah. Kekurangannya akan menyebabkan anemia.
Sumber : Hati, kerang, ikan bilis.

Kalsium

Fungsi : Menyumbang kepada pertumbuhan tulang serta gigi. Ia berfungsi atau membantu sel tubuh berfungsi dan kerja-kerja saraf.
Sumber : Susu, produk tenusu dan kekacang.

Zink
Fungsi : Menyokong sistem imun dalam badan. Kekurangan zink boleh menjejaskan pertumbuhan mental dan fizikal anak, hiperaktif dan luka lambat sembuh.
Sumber : Daging dan makanan laut. Kupang mengandungi zink yang tinggi.


Air dan serat
Fungsi : Membolehkan semua sel dan organ berfungsi dengan baik dan mengelak masalah sembelit.
Sumber : Air, buah-buahan berair dan sayur-sayuran.

Monday, January 29, 2007

Bila Si Manja Kencing Malam

Sumber : Pa & Ma ~* September, 2006 *~










Apakah yang harus anda bantu?

* Cuba jangan benarkan dia minum sebarang minuman selepas makan malam terutamanya minuman mengandungi kafein yang akan merangsang pundi kencingnya nanti.

* Kurangkan garam dalam makanan petang dan malam.

* Berhenti menggunakan lampin pakai buang pada waktu malam.

* Sebelum ibu bapa tidur, bawa anak untuk ke bilik air sekali lagi.

* Jangan tunjukkan anda kecewa dan memarahi apabila dia kencing di tempat tidur. Ini akan mengurankan rasa keyakinan pada dirinya.

* Jangan sesekali menyuruhnya membersihkan tempat itu. Ini kerana dia akan menyangka ia suatu hukuman kepadanya untuk sesuatu perkara yang tidak disangka berlaku.

* Bawa anak anda berjumpa doktor sekiranya air kencingnya berbau atau ia menghadapi kesukaran untuk membuang air kecil.

* Beri sokongan secara ganjaran atau hadiah apabila anak tidak kencing malam.

* Elakkan daripada sembelit. Jikalau ada, ia mesti dirawat dahulu.

* Rawatan dengan pengubatan adalah khas untuk kanak-kanak yang berumur 6-7 tahun ke atas yang ada kencing malam lebih daripada 3 kali seminggu.

Merangsang Kepekaan Si Kecil

Sumber : Pa & Ma ~* September,2006 *~



1. Objek
Berikan sesuatu objek kepada si kecil untuk dia melihat dan memegang objek itu. Apabila dia menyentuh objek itu sebutkan nama objek itu. Ulangi beberapa kali. Jika objek itu berbentuk bulat,segiempat atau tiga, beritahu kepadanya supaya dia mengetahuinya. Kemudian anda menyebut berulang kali objek itu. Tujuannya untuk mengetahui tahap kepekaannta mengingati nama objek itu.



2. Warna
Warna dikatakan mempunyai pengaruh yang tersendiri kepada kehidupan manusia begitu juga kepada anak-anak. Warna yang menenangkan minda selalunya berkaitan dengan warna hijau, biru muda, ungu atau biru tua. Manakala warna yang terang dan 'panas' seperti merah, kuning dan oren pula dikatakan mampu meransang si kecil untuk menjadi seorang yang aktif.




3. Gambar
Hiasi dinding dengan gambar-gambar yang lucu dan menarik untuk menarik perhatiannya. Lukisan pada gambar berwarna-warni dengan karektor kartun contohnya Barney dan Pooh yang pernah dilihatnya di televisyen mampu meransang mindanya menjadi peka kepada sesuatu yang dilihat. Sekaligus melatihnya mengingati nama watak-watak karektor kartun yang diminatinya.



4. Barang mainan
Terdapat pelbagai jenis barang mainan di pasaran, kadang kala mengelirukan ibu bapa untuk memilihnya. Barang mainan contohnya yang digantung (stroller), barang mainan jenis lembut bersaiz kecil atau besar pastikan ia memiliki bentuk, suara dan warna yang tidak terlalu terang. Ini kerana ia dapat memberi rasa selesa, seronok malah menjadi anak lebih kreatif.






5. Aktiviti bersama
Bermain bersama-sama dengan anak mengelak dia merasa bosan. Bermain dengan permainan tangan (puppet), lego dan menangkap bola mampu membantu saraf motor, kepekaan dan daya kreatifnya. Ini kerana ketika bermain bersama anda, si kecil akan memerhati dan mengeksplorasi persekitaran tempatnya bermain. Yakni secara tidak langsung kemampuan sosialnya turut berkembang.



6. Kawalan emosi
Bimbing anak supaya mengenai emosi dirinya. Melatih kecerdasan emosi (EQ) adalah untuk merangsang anak untuk mengenali perasaan iaitu marah, kecewa, sedih serta membantunya mengekspresikan emosinya dengan tepat. Ibu bapa adalah contoh yang terbaik dalam mengawal emosinya dengan menunjukkan tingkah yang baik di hadapan anak.

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India