DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Monday, March 10, 2008

Penang

~:: Peta penang ::~



~:: Penang Bridge ::~




1st time sampai Penang, pergh jauhnya dari Johor Bahru. Sakit pinggang woo. Nasib baik le tidur kat Teluk Intan, kalau dari Johor Bahru terus ke Penang pengsan gak. Pepagi around 8.30am terus ke Penang, Sampai around 11.00am bawa pengantin p rumah mak andam..lepas tu melilau kitaorang cari tempat makan.. nampak Giant, terus singgah cari foodcourt, makan dulu...lapar nak tunggu 2.00pm majlis bertandang...heheheh.



~:: Batu Ferringhi ::~




~:: Laksa Penang ::~


Pemandang di Batu Feringhi, memang cantik sangat air laut tu..best betul lepak jap kat sini sambil makan laksa penang. Sorry eeh Khalif ours cuti-cuti Malaysia tertangguh le jawabnya..kitaorg dah p dulu...hehehehe, cuti-cuti yang tidak dirancang langsung ni. FIl bgtau pagi..petang terus bertolak.. mau tak penat mama ni, dah le hari sebelum tu p kluang hantar moyang mukhriz..traffic jam drpd tol skudai sampai le sedenak..uhuhuh sakit woo pinggang, pastu hubby keluar ikut Sedenak guna laluan lama..lega sikit tak banyak kereta pun. Lepak woo...




~:: Pemandangan dari dalam feri ke jeti ::~

Pemandangan terakhir kat Penang, lepas tu p rumah paksu Razak kat Taiping lak..heehehe. Sesekali dapat bercuti direct terus ke Taiping. Ntah bila le dapat bercuti lagi.

Penang memang best untuk bercuti banyak tempat yang boleh dilawati, mama just sempat ronda-ronda je..takde singgah mana-mana sangat rush nak p Taiping..lak lepas tu. Beli le freezer magnet utk mama nye fridge..hehehe tu le hobby latest mama ni. Next time p negeri lain-lain cari benda tu je r..

Baju Melayu


Baju melayu pertama Mukhriz, mama saja belajar jahit baju melayu untuk budak lelaki..yelah kan ada anak lelaki, pas ni kalau ada anak perempuan mama jahit lak baju anak perempuan..heheheh. Tak nak le orang kata fulltime housewife yang dok melepak je tak mengisi masa lapang dengan benda-benda berfaedah.. Sekurang-kurang terisi juga masa yang ada dengan menjahit dll.

Mama belajar jahit tulang belut dengan Moyang Mukhriz..heehhe okla tu, 1st time belajar. Lepas ni mama jahit lagi baju melayu Mukhriz .. next time mama try lak jahit baju hubby ... kalau rajin le.. kalau beli dah siap adoi mahal betul.. lain le kalau kaya ok le semua beli je kat butik..hehehe tapi mama lagi suka jahit sendiri. Rasa kepuasan bila menjahit.. baju kurung banyak jahit sendiri.. cuma raya tahun lepas je angin malas melanda beli kat kedai je..heeheheh.


~:: Tulang belut ::~


Thanks sgt kat hubby belikan mama mesin jahit & oven elektrik..hehehehe, dia tau mama suka benda-benda mcm ni..kalau lain-lain tu mama tak kisah sgt asal ada sudah..heheehhe.

Sunday, March 9, 2008

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara
bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang
sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku
bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-
ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
sebanyak 3X..

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk
diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku
sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci
hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2
kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

Saturday, March 8, 2008

Tentang Cinta


~:: Hailina & Syed Nadzir ::~


3.00p.m, mama sampai rumah pengantin. Terus p snap picture pengantin dok kat pelamin. hehehehehe. Mama terjumpa kawan lama mama, Ida & husband & anak-anak, Gdeanz & wife & anak (3month). Sempat lah borak-borak kejap..heehehehe. Lagi pun hari ni satu je kenduri kahwin kena attend. Next week lagi satu..hehehehe tu kawan baik mama time sekolah rendah tu, insyaallah mama datang.. ayah Mukhriz pun kalau orang jemput majlis kenduri kahwin kawan-kawan mama ke sesape tak pernah dia tak nak pergi..hubby selalu cakap orang dah jemput..wajib kita datang.. melainkan kalau ada perkara-perkara urgent dan tidak dapat dielakkan.



Thank's to Hailina & husband sanggup datang hantar kad jemputan kat rumah mama ni.. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

Time kat college ada lecturer cakap kitaorg ni mcm adik beradik or sedara mcm tu le..ada iras-iras. Tang mana tu mama pun tak pasti.. kitaorg ada 3 org yang rupa agak hampir sama, ada senior tegur awak bukan kat kelas pengurusan perniagaan ke tadi..hehehehe tadi awak pakai baju warna lain..hehehehe. Pelik betul ntah tang mana le sama tu tak tau le.. p jumpa kawan kat telekom pun ada petugas tu cakap kat mama, awak ni sedara....dgn nurrul ke. Ler...tang mana le tu sama..Nurrul tu tinggi..mana ni kecik je..heheheeh.

Time kat kenduri kahwin Hailina tadi pun ada pakcik tu tegur mama, tanya awak daripada Kedah pukul berapa gerak? hehehehe mama cakap mama duduk kat Bandar Baru Uda, pakcik tu mcm terkedu kejap..siap cakap kat mama, pakcik ingat awak sedara pengantin belah perempuan..heheehhehe.
Mama p mengundi around 10.00am, masih tak ramai yang keluar. Jadi dalam 15 minit je mama dah balik.. Mak Wan Mukhriz bgtau b4 this pagi-pagi dah ramai sangat. Jadi tawakal je lah p pepagi ni. Mama dah jalankan tanggungjawab sebagai anak Malaysia. Mengundi adalah hak kita untuk memilih pemimpin yang boleh memajukan negara.

Tapi mama masih pelik kenapa sikap sesetengah orang mengambil remeh untuk tidak pergi mengundi sedangkan mereka layak. Jadi pada yang tidak pergi mengundi mama rasa mereka tidak layak untuk mengungkit atau mempertikaikan segala keputusan yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya tidak terlalu berkira-kira untuk balik mengundi...mengundi itu hak kita, tanggungjawab kita demi masa depan yang lebih baik.






Suasana 10.00am masih tidak ramai yang keluar mengundi. Ayah Mukhriz mengundi kat Gelang Patah, Hubby cakap kat mama kita sebagai rakyat Malaysia patut pergi mengundi tak kisah lah kita nak pangkah sapa, itu hak kita. Mama pun setuju. Ayah pun cakap jangan terpengaruh dengan kata-kata sesiapa, ikut kata hati sendiri nak pangkah sapa.

Mood Mukhriz today baik sangat, semua kawan-kawan Mak Wan dia...dia salam siap cium tangan... siap kawan mak cakap alahai cerdiknya budak kecil ni berapa tahun..hehehehe 2 tahun la nenek..hehehehe, dah sudah cium tangan siap say "ya ya" a.k.a "bye-bye" today Mukhriz dah pandai bunyikan bunyi kambing.. "mbek....mbeeek"..hahahahaha, tetiba dia cakap mama cucuk..hehehhehe, tapi yang tak bestnya pantang nampak kedai makan dok cakap "NAAAAAAAAAAK"... or "Naaaaaaaaak Aaam" a.k.a nak makan..hahahaha.

Mengundi Tanggungjawab Kita


Mengundi tanggungjawab kita, tapi sesetengah orang menganggap remeh tentang mengundi. Kita patut tentukan siapa yang patut memimpin negara. Tempat untuk menyemak " SEMAKAN DAFTAR PEMILIH " pun ada orang masih tidak tahu...sedangkan kita sudah maju ada internet & selalu keluar dalam media-media elektronik & masa. Mengapa masih ada orang bersikap demikian? Rugi jadi anak "MALAYSIA", kalau kita tidak mahu pergi keluar mengundi. Fikir-fikirlah....

Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya. Namun demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi. Selain dari itu, waktu membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah. Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya seperti:-

1. Tarikh mengundi;
2. Lokasi tempat mengundi;
3. Waktu mengundi di semua tempat mengundi;
4. Lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi.

Marilah mari , kita mengundi. Jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.

Friday, March 7, 2008

Did your kids really wash their hands?


sheknows.com

sheknowsstar By the time they hit 9 or 10 years old, nearly every child has learned how to run the faucet for a few seconds after using the toilet to provide the washing hands sound effect... without them ever actually touching soap or water.

For the kids who don't like to wash their hands (or who do a lousy job at it) here are some ideas for you can make sure they're practicing good hygiene -- without standing there and watching them every time they are in the bathroom!

1) Get a marker or ink pen (water based -- not permanent or dry-erase, and not a ballpoint) and draw some lines across your child's fingers and palm. Tell them they need to wash those off. (Also remind them each time to use water and soap.)

2) Use only white hand towels in the children's bathroom. This way you can monitor how much dirt and grime is being wiped away, not washed away. (White towels are also surprisingly easy to keep clean, since you don't have to worry about fading colors.) To keep their hands clean once they're washed, launder the towel frequently, or instead use disposable paper towels.

3) Keep moistened towelette packets in the car and in your purse for a quickie clean anytime -- especially when one of your kids left the house and "forgot" to wash hands.

Wednesday, March 5, 2008

My Sweet's Garden

Bunga-bunga rose ni semua mama beli kat Cameron Highland, time beli tu belum mekar lagi..masih kudup lagi.. Harap-harap le pokok ni hidup lama..ada baca kat forum..some people beli bawa turun drpd Cameron je mati..setakat ni syukur alhamdulillah masih hidup pokok-pokok ni..hehehehehe.

Rose Putih



Rose Jingga



Rose Pink


Ni antara pokok-pokok berdaun hijau & pokok bunga mama dok tanam..Ada pokok bunga baru beli tu nama dia "MELATI" harum je bau dia..heheheheh, hari tu ada le dia berbunga kejap..pastu musim hujan je..dia tak berbunga lak..harap-harap lepas ni berbunga le hendaknya, Ni dok kemaruk nak cari benih "JAPANESE ROSE", mana le nak cari ni..heheheeh, Bunga Bawakali pun cantik, tapi payah nak berbunga...itupun baca forum..tentang bunga-bunga ni. Time p nursery hari tu ada gak nursery tu cakap pasal bunga harum sundal malam ke apa, lupa lak nama dia..memula nak beli gak, kemaruk nak tanam bunga..heehhe, hubby cakap awak test dulu bunga "MELATI" tu kalau jadi berbunga nanti saya beli awak bunga-bunga lain pula..heheheh, semangat ni.

Harap-harap berbunga le dia..hehehehe, Mama beli tanah & sabut kelapa sekali pasal tak cukup tanah kat rumah...pasu besar banyak dah.. Apa lagi ni le xtvt mama time malas nak update blog.. Sabut kelapa tu kalau tak silap supaya air tak cepat kering kat tanah, jadi takde le dok nak kerja siram pokok memanjang...hehehe tapi bila dah letak nampak bersih je kat pasu tu..takde le nampak tanah-tanah lagi.


Kalau Mak Wan Mukhriz tengok ni mesti terperanjat..mana taknya zaman anak dara mana ada suka nak tanam pokok-pokok bunga, jangan harap le mama nak p siram pokok bunga Mak Wan Mukhriz..heehhehe, pemalas betul time tu..suka tengok je .. lelebih takde..kalau bab buat biskut memang tak yah disuruh, tapi bila mama buat cookies mesti ada suara sumbang cakap...ye ke ko buat ni..adoi lemah betul semangat Den..Den buat le..mana ada beli kat kedai.hehehhe, Berguru dengan tauke cookies wooo...makan tahun tau..tolong dia berniaga time bulan puasa.

Harap-harap le angin "M" tak melanda, tidak kes buat naya kat pokok-pokok je..tanam tak reti jaga..heheehhe, 2 minggu sekali mama letak le baja daun or baja bunga.. Sembur racun hama..hehehehe. Mama pun tau bab-bab pokok ni tau..bukannya main hentam je..tu le gunanya forum, walaupun just jadi pemerhati...banyak ilmu tentang tumbuh-tumbuhan mama dapat. Thanks kat semua yang bagi tips tentang tumbuh-tumbuhan ni.

Meja Baru Mukhriz


Meja Baru untuk Mukhriz..heheehhe. saje belikan untuk dia, mama berkenan lak tengok Nemo & alphabet tu..tak nampak serabut..heheheeheh. Balik terus tunjuk picture kat situ..heheheheh, jenuh mama dok sebut...dia dok senyum-senyum..hahaahha. yang dia dok cakap yummy ..hahahaha nampak jam strawberry nye bottle. Mama cakap "CAT"..dia dok cakap "WAWA", Mama cakap "Strawberry" dengar bunyi "berry" ..hehehehhe ok le tu Mukhriz next time improve lagi eeh..


Matching dengan kerusi malas Mukhriz ni..hehehehe, asal Akademi Fantasia, Tom-tom bak, Macam-macam Aznil, Bob the builder mesti duduk kat kerusi ni..ni le pun kerusi kesayangan dia..jgn le sesape ngegada nak duduk mau dia tolak suruh bangun..hehehehe.


Ni le "PATRICK" kesayangan Mukhriz..hahahahaah. Dok panggil "babe"...hehehehe okle tu..Mukhriz takde le cam budak perempuan suka toys mcm tu tapi ntah nape dia dok suka Aunty dia punya..hahahha. Ni le birthday present drpd "Cik Imah". Nak kata dia dok pegang je tak gak...dok jerit2 cakap kat mama..."Babe"...hehehe tu je le.

Nasi Goreng Kampung


Nasi Goreng Kampung


Bahan-Bahan:
4 cawan nasi sejuk [hancurkan]
2 biji telur ayam [pukul sikit]
5 tangkai kacang panjang [potong 1/2 inci]
1/2 batang carrot [potong dadu kecil]
kobis bulat [potong kecil]
minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

bahan tumbuk
2 biji bawang putih
2 biji bawang merah
6 biji cili padi
2 biji cili merah
segengam ikan bilis
1 inci belacan

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik baunya.
2. Masukkan kacang panjang dan sayuran lain. Ksehingga sedikit layu.
3. Masukkan telur dan biarkan agak keras sebentar baru dihancurkan
4. Masukkan nasi, dan garam. Kacau sehingga masak.
5. Hidangkan bersama daun bawang, bawang goreng dan keropok goreng.




Menu untuk Dinner...hehehehe pemalas betul kan...nak buat mcm mana Angin "M" dah sampai..tapi sekali sekala best gak makan nasi goreng kampung ni..hehehehehe. Hubby pun sampai 3x tambah..hehehehe sedap le tu, mama pun sama gak 2x tambah..hahahaha. Timbang tadi naik 2kg..gara-gara dok makan je kerjanya..hehehehehe. Ok la tu kan..b4 this mcm kudut je..hahahhaa.

Mukhriz pun suka makan..mama happy tengok dia kuat betul makan sejak akhir-akhir ni..moga naik lagi berat badan tu..next week kena p check up kat klinik...kalau turun mau kena bising dengan nurse...tapi setakat ni tak pernah lak dia turun..maintain ada kot sekali..lain semua naik..hehehehe b4 this 13kg..hopefully next week 14kg ke..hehehe 14.5kg ke.. Kalau minum susu kekurang 5 botol 1 hari..hahahahaha.. kalau tak 5 botol pun dia akan minum soya bean dia tu & Yakult..baik untuk usus..hehehehe.

Monday, March 3, 2008

My "WAWA"


Wawa yang balik sekejap lepas hilang hampir 1 weeks, pastu terus hilang semula..mesti ada port best ni..heheehe. Tak kisah le asalkan orang tu sayang dia, jangan kena dera..heheheeh. Dulu ada gak kucing mama sayang sangat.. nama dia "MANJA" pun hilang tak balik-balik..mesti ada orang berkenan kat dia..uhuhuhuh. Wan mama pun suka kat "MANJA" pasal manja ni dia cerdik sangat, tak pernah curi ikan kat dapur...pandai tangkap tikus..Kalau kita beri dia makan baru dia makan..heheehhe, bagus betul dia. La ni tinggal kenangan je lah , mama takde nampak dia kat taman ni...maybe kena kurung dalam kandang kot..hehehehe.

Masa mula-mula get married mama takde teman..hehehehe teman mama Kucing & hamster..hehehehe. La ni dah ada Mukhriz..sayang dia..hehehe tu le pengubat kalau time penat-penat..heheeheeh.. & pokok-pokok mama.


Wawa ni nampak je muka macam ganas...tapi Hampeeh sangat..asal kucing jantan lain masuk kawasan rumah..mesti dia dah cabut lari nak masuk rumah..pengecut betul dia..hehehehe. Asal nampak tikus lalu je..buat dek je..tu le kucing kalau dah sedap makan biskut dia tu..mana reti nak tangkap tikus..hehehehehe. Agaknya kucing siam memang mcm tu kot...

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India