DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Tuesday, April 28, 2009

Belina ~:: Produk Berasaskan Susu Kambing Dari New Zealand ::~

Untuk Kawan-kawan semua..mai p singgahBelinashop, produk ni berasaskan Susu Kambing Dari New Zealand (Since 1966)& di Malaysia (1982). Zaman study dulu ada juga kawan yang suggest..tapi payah nak dapatkan produk ni..Since tahun lepas Zura try search kat internet & dapatkan Add Agent..so try utk segala produk yang Zura catatkan..eheheheh..puas hati sangat bila dah guna.. Dan akhirnya kami sepakat untuk jadi agent pula.

Syer info produk yang kami rasa cukup berkesan & tanpa bahan-bahan kimia yang merosakkan kulit. Thanks sangat untuk kawan-kawan yang support Zura daripada belakang..

Ini antara product yang Zura guna untuk kulit..


Disyorkan untuk mencerah dan mengebukan; Mengembalikan warna asal kulit; Terdedah pada cahaya matahari.

Recommended for skin frequently exposed to sunlight. Removes pigmentation to regain radiance.


English Rose Beauty Soap 110g

Harga : RM26.00






Disyorkan untuk kulit berbintik hitam (pigmentasi), punat putih, punat hitam dan kulit yang tidak bermaya. Juga mempunyai yang tiada pewangi untuk jenis kulit sensitif.

Recommended for removing pigmentation due to exposure to sunlight; white head, black head, dull and lack lustrous complexions. Available in non-perfume for sensitive skin type.

Charmaine Beauty Soap 75g

Harga : RM20.50


Charmaine Beauty Soap 125g

Harga : RM28.00





Disyorkan untuk hadangan pada liang Roma, badan yang berjerawat,mengurangkan bau badan, dan kulit yang gelap di bahagian terlindung.

Recommended for removing dirt and impurities from blocked skin pores, body pimples and body odour.

Old Master Beauty Soap 75g

Harga : RM20.30


Old Master Beauty Soap 125g

Harga : RM27.00




Sara Moon ni hb guna..Sebelum ni jerawat hb memang boleh tahan..la ni syukur sejak kenal dengan produk ni..jerawat dah hilang..Sebelum ni banyak dah Hb try..daripada yang de jenama..xde jenama .. langsung tak meninggalkan kesan yang baik. Semenjak menggunakan Sara Moon ni ramai yang dok tanya pakai produk apa?hheehhhee. Inilah rahsia hb..Mai kawan-kawan yang ada problem boleh cuba tengok kat belinashop

Disyorkan untuk kulit berjerawat halus, muka berpasir dan kesat. Juga mempunyai yang tiada pewangi untuk jenis kulit sensitif.

Recommended for pimpled skin, dull and rough skin surface. Also available in non-perfume for sensitive skin type.

Sara Moon Beauty Soap 125g

Harga : RM29.50

Saturday, April 25, 2009

Penerima Award drpd pa-ma-story :~




Senarai penerima Awards daripada mama adalah :

~>>Sya
~>> Wai
~>>Eina
~>> Intan Sabreena
~>> Hearny

Terma & syarat :
~** Letakkan logo award ini di blog anda.
~** Anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.

Wednesday, April 22, 2009

Take a break with ~" Coffee "~


Stock coffee yang banyak ..hehhehehe ni gara-gara terpengaruh dengan promotion beli 1 free 1 tapi dengan syarat kena ada 1 pack kosong ..hehehehe.

Ada lagi...coffee..tapi tu je le yg mama snap..penuh lak atas meja..hehehe. Nak kata pengemar coffee tu takde le..tapi sekali sekala sedap gak hirup coffee ni. Kalau nescafe mama memang kalah..adoi sakit kepala. Coffee tak menyebabkan angin dalam badan itu yang mama dapat tips daripada akak urut mama..jangan amalkan tea..pasal tea boleh menyebabkan angin dalam badan..tapi mama kekadang minum gak ginger tea..rasa macam pedas & pahit gitu..hehehehe nak-nak lepas kena urut mesti dapat 1 cawan ginger tea.Bila le nak p urut lagi ni...

Xtvt masa lapang


Kuih tiram a.k.a kerepek layang a.k.a kuih kertas...tapi benda yang sama..mama belajar buat kuih tiram dengan mak wan Mukhriz..dia pakar buat kuih tiram ni..hehehe. Payah gak nak melayan buat..tapi disebabkan secret recipe mak wan..mama pun belajar le..heheheeh

Resipi tu mama dah janji dengan mak wan Mukhriz "keep it secret" sorry yer kengkawan..Mukhriz suka sangat makan kuih tiram ni..always p rumah mak wan dia bawa balik berpacket-packet..hehehe apa le Mukhriz..mak wan buat jual tu..de ke ambik free.



Karipap ni moyang Mukhriz yang buat..resepi tu semua org tau..easy je kan..kat internet banyak contoh resepi..jadi tak yah tulis le yer.. Mama suka inti keledek..rasa manis & sedap sangat berbanding kentang tu rasa tawar le..tak berkenan..hehehee



Lala ni mama masak time lepas balik daripada pasar borong..heheeh 2kg mama masak..puas makan ramai-ramai. Resepi mama simple je..

Bahan-bahan :
2kg lala
halia
bawang putih
bawang besar
lada merah
lada hijau
cili padi
daun sup & daun bawang
sedikit garam

Cara :
1. Tumis bahan-bahan selain lala, angkat masukkan ke dalam mangkuk.
2. Masak lala dengan sedikit air.
3, Masukkan semua bahan yang ditumis ke dalam kuali, masukkan sedikit garam.
4. Tabur daun sup & daun bawang.
5. Siap untuk dihidang

**>> Kalau nak kuah pekat sikit..masukkan sedikit tepung jagung yang dicampur dengan sedikit air.


Petang ni lepas melawat nenek Mukhriz..mama nak p pasar borong..kalau ada lala..nak beli lagi le..Lala masak apa lagi best yer kengkawan...

Saturday, April 18, 2009

Explore , Discover & Play




Mama redeem Huggies dapat la Huggies Play Tent & Huggies Play Mat untuk Mukhriz & Marsya..lama gak mama dok kumpul plastik Huggies tu..hehehe..daripada Mukhriz kecil..ok kan kumpul plastik Huggies dapat gak mainan untuk dia. Suka sangat dia bila dapat Huggies ni..siap letak bantal dengan selimut dia..hahahaha. Abang nak tidur dalam ni mama..hehehehe

plastik tu mama submit 14 April 2009...and today dapat..cepat sungguh..hehehe. Memula dulu tanya dengan satu mamat kerja kat situ..dia cakap akak kena ada huggies biru + huggies merah..adoi mana de...ada le try 1x je huggies merah tu..on the way balik tu de gak membebel..apa le..takkan le kena de merah nye huggies gak merepek le..14 April tu mama p tanya kat kaunter pertanyaan then diaorg bgtau..biru je pun boleh..menyiarap sungguh darah ...balik rumah..solat asar & maghrib..terus mama & ayah p submit. Nasib baik le semua plastik huggies tu mama simpan elok dalam kotak..senang nak cari..hehehehe



Marsya pun interframe gak..hehehehe. tapi kejap je le dia nak baring..lepas tu meraung minta angkat...adoi..asyik nak dengan mama je..cam ne ni? Marsya cukup berbeza dengan Mukhriz..tapi dia dah boleh sebut mama..bila time dia meraung minta angkat..hehehe. Suka sangat dengar mama nyanyi lagu A to Z tu..untuk kanak-kanak..bukan kumpulan A to Z eeh...hehehehe. 1-10 pun dia suka mama baca jerit2 untuk dia..heheheeh.

Gigi pun dah nampak sikit..tapi lum keluar lagi..perkembangan terbaru Marsya setakat ni. Takde lak dia demam nak tumbuh gigi..akan datang tak tau le kalau merengek je..

Untuk Kawan-kawan yang guna huggies tu..simpanlah plastik huggies tu..ada gunanya..boleh redeem mainan untuk anak-anak kita kan. Ada lagi balance plastik Huggies Mukhriz & Marsya...mama simpan untuk redeem akan datang..

Wednesday, April 15, 2009

Marsya & Mukhriz


1st day Marsya duduk dalam walker..boleh lah mama buat kerja kejap..tapi adoi kejap je le.. 1/2 jam pun tak sampai dia dah minta dukung. Payah sungguh tak macam anak-anak orang lain la budak sorang ni..semua nak dengan mama..sama la dengan Mukhriz semua mama, mandikan pun nak mama..pakaikan baju pun nak mama..x nak dengan orang lain.

Nak kata dimanjakan...memang takde pun..selalu gak Mukhriz kena jerit dengan mama...heheheh. Ntahle..kena marah macam mana pun tetap nak dengan mama. Ada gak dengar orang dok cakap..apa le manjakan anak sangat...erm..takde manjakan pun..try tanya hubby..sape yang selalu menjerit marahkan Mukhriz...sape yg selalu kejar dia..kalau dia buat salah,hehehhe semua mama tau. Tapi apakan daya..bila mama marah..Mukhriz dok senyum je..adoi..hubby cakap mama marah mcm takde rupa orang marah pun..kelakar ada le..adoi..pening kepala..hehehe


Mama try susu Enfapro untuk Marsya..sebelum ni dia memang full breastfeeding.. susu formula ni dia tak nak langsung..So nurse suggest kan...letakkan dalam makanan dia..adoi anak mama sorang ni paling le payah nak makan..tak macam Mukhriz..semua dia bedal..susu berbotol2 sehari sampai la ni pun still 5 botol 1 hari..hehehehe.

Harap-harap berkesan le formula ni.. Try gak buat kentang lenyek untuk dia..tapi apakan daya Marsya ni terlalu cerdik la...dia p muntah semua kentang lenyek tu dgn susu yang dia minum..adoi.. Last-last Mukhriz yang tolong perabihkan kentang lenyek tu..siap cakap mama sedap le..hehehehhe.

Marsya ni suka sangat tengok macam-macam aznil, cartoon kat tv2 every day 8.30 am - 9.00am..tu memang time senang le mama leh siapkan buat breakfast..hehehehhe, lepas habis je..mau dia meraung..hahahahah. Akademi Fantasia pun dia suka..macam Mukhriz zaman kecil gak..lepas ni kalau dah pandai berjalan mau riuh rendah dibuatnya rumah mama ni ada konsert AF ... & team bola..hahahahhaa.


Inilah gaya budak dah kepenatan menari dan bermain sepanjang hari. Tengok-tengok dah tertidur kat sofa..patut le senyap je rumah tanpa soalan-soalan yang memeningkan kepala mama ni..hehehehe. Kesian dia tertidur macam tu sekali..kalau diangkat mau dia mengamuk..heheheh so biarkan je..bila tunjuk picture tu..tergelak dia..heheeh...mama tu abang ...abang tidur..heheheheh. Apa le budak sorang ni macam-macam gaya..Layankan je la..jangan menangis sudah.

Tuesday, April 14, 2009

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN LEMBAB


KEK KUKUS BUAH-BUAHAN LEMBAB
Sumbangan: resipi Diana

Bahan-bahannya :
1 tin (16oz) mentega Golden Churn
600 gram tepung gandum
400 gram campuran buah-buahan
2 cawan gula halus
6 biji telur
2 sudu teh bicarbonate of soda
2 sudu teh cream of tartar (tak payah gunakan)
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)
kertas kuih
aluminium foil

Untuk Gula Hangus
2 cawan gula
1/2 cawan air

Cara-caranya
1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Masukkan sedikit demi sedikit 1/2 cawan air dan kacau gula sehingga ia larut. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan guna spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8. Alaskan kertas minyak didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.

Dua-dua kek kukus buah-buahan ni mama dah try, dua-dua sedap. Moyang Mukhriz suka sangat kek kukus ni. Ada 2 tin butter Golden Churn yang masih x digunakan.. jadi apa lagi jalankan project membuat kek. Lama tak menyentuh barang-barang buat kek ni..semenjak lahirkan Marsya. Moyang Mukhriz selalu gak cakap..dulu mama rajin buat kek, kuih, biskut...untuk makan-makan sekeluarga.

Mama guna loyang 10' inchi..cantik-cantik je bila siap masak. 4 jam tu lama woo nak kukus, perlukan kesabaran sungguh..kalau jenis tak sabar .. beli je lah kat kedai..tapi standby le duitnya..hehheehehe mau harga dia tambah lagi separuh daripada harga bahan yang kita gunakan. Kebersihan mama tak tau le terjamin ke tak..heheheheh. Kalau buat sendiri, insyaallah terjamin kebersihannya..Ayat hubby..mama pinjam jap.



Kek ni dipotong selepas 1/2 jam masak gitu le..pasal dak Mukhriz tak sabar-sabar nak makan kek kukus ni. Tapi yang tak bestnya...habis buah-buahan dalam kek tu dia cungkil n susun dalam pinggan dia. Siap cakap " apa ni mama, tak sedap la"..hehehe adoi anak-anak..

Hubby pun cakap sedap la kek mama buat ni..hehehehe..memang 5 star le mama bagi. Memang sedap sesangat. Pada sesiapa nak cuba...memang takkan menyesal. Kalau buat separuh adunan pun dah banyak pada mama. Mama buat ikut sebiji resepi yang mama copy daripada resipidiana .

Golden Churn ada 1 tin lagi tu..apa nak buat lepas ni yer..? Mukhriz request kek coklat..hehehe mama ingat nak buat muffin dia..tapi bila p kedai bahan-bahan kek..takde lak bekas muffin yang mama berkenan..heheheeh. Postpone le jawabnya.


Mukhriz bising..Mama buat apa? tu apa? adoi..sakit kepala nak jawab soalan dia. Mama buat kek abang ke? hehehehe mama abang lapar..nak makan..maknanya..bila nak siap ni..nak makan le mama..hhahahahaha. Adoi ni baru sorang. Belum si Marsya lagi..mau riuh dibuatnya..

Cerita Intan pun dah habis...hehehhe.. apa lagi nak p tidur le..mengantuk dah..Mukhriz pun dah lena diulit intan dalam bilik..hehehehe. Penat berjalan je hari ni..mama pun dah letih..Oklah kawan-kawan next time la sambung cerita..hehehe . Mata dah mengantuk teramat. Wassalam...

Monday, April 13, 2009

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda


Sumber Daripada : Isu hangat

Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)

Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


Perkara-perkara yang perlu diamalkan:

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam2

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selau menggunakan imajenasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang ada pewarna

Jangan makan makanan yang ada pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00malam

......dan yang paling penting dibawah ini........

selamat beramal.....

Jangansengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.


...pesanan unntuk diriku yang mudah lupa....

Liverpool 4 ever


Liverpool Football Club is a professional association football club based in Liverpool, England. The club plays in the Premier League, and it is the most successful club in the history of English football; the club has won more trophies than any other English club. Liverpool Football Club has won a record eighteen First Division titles, and seven League Cups. The club has won five European Cups, which is an English record and the FA Cup seven times.

The club was founded in 1892, and quickly became a strong force in English football, winning five league championships between 1900 and 1947. However, Liverpool spent several years in the Second Division (level 2) during the late 1950s, and did not win promotion again until the appointment of Bill Shankly as manager in 1959. The club traditionally played in red and white, but this was changed to all red in the 1960s.

Under Shankly's management, Liverpool won three League Championship titles, two FA Cups and a UEFA Cup; the club's first European trophy. In the past 30 years, they have been one of the most successful clubs in English and European football; they won four European Cups between 1977 and 1984. The club experienced a lean period during the 1990s, but saw a revival when they won a cup treble in 2001 and the club's fifth European Cup in 2005.

The Heysel Stadium disaster made the club infamous in Europe; 39 Juventus fans died after a wall collapsed as they fled from charging Liverpool fans. The club was involved in a worse disaster four years later—the Hillsborough Disaster— which saw the death of 96 Liverpool fans in a crush against perimeter fencing. Flames were added to the club's crest in honour of the Liverpool fans who lost their lives at Hillsborough. Both disasters have had wide ranging impacts on English and European football, and the club to this day.

Liverpool F.C. has played at Anfield since its formation, but plans to move to a new stadium in Stanley Park, which was due to be completed by 2011 but has been put on hold until economic conditions improve. Liverpool has a large and diverse fan base, which holds long-standing rivalries with several clubs. The most notable of these is their rivalry with Manchester United, and Everton, with whom they regularly contest the Merseyside derby.


Gila bola ke? demam bola ke? heheheeh, rumah ni riuh rendah kalau ada bola..heeheheh. Mukhriz pun join gak tengok bola..hehehehe, mama ok je layan..apa-apa pun ok je. Best gak layan bola ni..Boleh eratkan hubungan kekeluargaan.

Sunday, April 12, 2009

Senarai Makanan & Hikmahnya Dalam Islam



Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda 'Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu'.

Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.


Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda 'Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati'. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa 'ia' itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.


Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, 'Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu'. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')

Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, 'Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan'. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

'Endive' (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan 'makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba'.

Fenugreek (Hulbah)

Nabi s.a.w. pernah bersabda 'jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas'. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas) .

Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, 'Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga'. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda 'Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.'

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud 'Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil'. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sal)

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., 'Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.' Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).


Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Anakku Sayang


Lama tak update blog...sorry yer kengkawan...angin malas tu tinggi daripada angin rajin. Lagi-lagi sejak dah ada sorang lagi dalam keluarga kami...hehehehhe Bz melayan budak comel tu.memanjang nak dengan mama je. Picture ni mama snap time buat kenduri aqiqah pakcik Mukhriz & Marsya... << Ahmad Irfan>>. Semua ni uncle & aunty yer...walaupun comel lagi..tapi dah ada pangkat tu..heheheheh.

Mukhriz suka sangat kacau aunty Qistina dia..mentang-mentang kawan tu comel..heheheh.asyik kacau je..menjerit-jerit le kawan tu..memang petah bercakap Qistina ni...walaupun baru 4thn..

Semua orang dok bising rambut Mukhriz panjang..nak buat mcm mana? Puas dah mama ajak p gunting rambut..memanjang tak nak..berdebuk jatuh langgar sofa tu tak yah kira dah..Bila dah menangis ye ye r je dia cakap mama gunting rambut abang..Bila dah elok..tak nak pula..


Marsya memang dah lama pandai meniarap..cuma mama je malas nak update picture dia..hehehehe. I'm Sorry. Ada pic latest, Marsya dah pandai duduk dalam Baby Walker..Nanti ada masa, mama update ler..la ni Marsya dah pandai gerakkan kaki dia..so bergerak le walker tu ke tepi..ke depan..ke belakang...yang tak bestnya Mukhriz suka sgt buat adik dia menangis...adoi tension mama ni dibuatnya.

Bila Marsya menangis, mama terpaksa le jerit-jerit kira 1-10...hahahahahah, senyap le dia..mama dok tunjuk 1-10 tu kat tempat Mukhriz study le kekonon..tak habis-habis tau "U" gara-gara iklan "U mobile". Yang mama tak sangka ingat Mukhriz buat tak tau je time mama ajar Marsya 1-10...2 hari lepas dia kira 1-10 dalam kereta..wah terkejut mama jap..hehehe dalam diam rupanya dia belajar.

Ayah cakap, lepas ni mama ajar le Mukhriz A to Z lak...heheeheh step by step..Bebudak besar mcm ni bukannya boleh dipaksa. De gak berangan nak beli buku-buku yang set tu. Macam membazir duit lak..ribu-ribu gak tu..heheheh. Belajar asas sudah le...Bukan pe..hb cakap kalau beli tak dimanfaatkan sebaiknya... baik tak yah beli membazir teramat. Kalau rajin ok le..anak mama ni bukannya jenis ke arah tu lagi..kalau ke arah tu ok gak..masih suka explore, suka bertanya..itu yang mama nampak. Jenuh semua orang nak jawab soalan dia.



Mee rebus Haji Wahid...makanan favourite Mukhriz kalau jalan-jalan kat Plaza Angsana..habis sepinggan dia sorang makan. Ole-ole lain tu belum termasuk..adoi terjebak je mama kalau dengan Mukhriz ni. Tempura Nuggets Brand Ramly tu memang makanan favourite Mukhriz time dia lapar.


Ice-cream Malaysia picture lama...ada perasa kacang hijau, sarsi, nenas, bandung..hehehe. Selalunya perasa kacang hijau tu wajib ada dalam peti sejuk..Mama always buat sebab hb suka, mama ni kurang sikit ice-cream..ayah & Mukhriz ler yang suka ...hehehe

La ni memang payah nak jumpa orang jual ice-cream Malaysia ni..takde pun..jadi untuk mengingati zaman kanak-kanak..heheheh apa lagi mama pun buat le..atas permintaan ramai..Mak Wan Mukhriz, kalau datang pun suka perasa kacang hijau & bandung..heheheh.


Bantal kesayangan Mukhriz...picture "Ultraman"..mama jahit khas untuk dia malam sebelum balik Kluang..hehehe boleh gitu..semangat le dia bila bangun tengok dah siap jahit..tersenyum je..jangan le sesiapa ambil dan guna..mau dia mengamuk dan membebel..heheheh

Lepas ni, mama kena tunaikan hajat dia nak sarung bantal doraemon lak..tapi setakat ni tak jumpa lak picture tu...hehehhee, next time le cari..masa takde nak menjahit..menimbun kain cadar, sarung bantal, baju kurung tak siap-siap lagi.

Kuasa Seorang Perempuan



KUASA LAYANAN PEREMPUAN

* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.


KUASA DOA PEREMPUAN


* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


KUASA TAQWA PEREMPUAN


* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

* Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasannya.

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India