DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Saturday, October 27, 2007

Sarang Semut


BISKUT SARANG SEMUT [NoorMasri]
Bahan
a250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung kastad.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla

hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil

Cara...
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan isudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 150 'C sampai masak.
7. Sejukkan ...simpan dalam bekas kedap udara.



Selepas ditabur dengan Chocolate rice, Colour rice,Manik Bentuk L.O.V.E


Sekali adun boleh dapat 130 biji, banyak tu..kat rumah ni takde sape suka makan...mama suka membuat je..makannya memang payah..heheehhe. Orang kata leceh buat sarang semut ni..tapi mama suka sangat..pasal suka tengok time tekan masuk dalam paper cup..cantik je ada bentuk ..heheheheh. Mama start buat dalam pukul 6.30 a.m - 8.30a.m siap bakar & masuk bekas untuk Cik Yang & Family bawa balik K.L.

3 jenis biskut mama bagi ~ Sarang Semut, Almond London, Semperit pandan. Harap-harap mereka suka..hehehehheh.


BISKUT SARANG SEMUT [hanieliza]
Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla

hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil

Cara...
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan isudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakat dalam oven dgn suhu 180 C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan ...simpan dalam bekas kedap udara.


Esok mama nak cuba pula resepi kak hanieliza..beza cuma tepung kastad tukar dengan tepung jagung. Kalau nak buat pun time Mukhriz Danial tidur..kalau tidak..jawapannya dia merengek suruh layan dia...uhuhuhuhu.

Thursday, October 25, 2007

Mukhriz Danial merajuk



Lepas ikut ayah tengok pekerja..ayah decide ajak p Carrefour beli barang-barang keperluan yang dah habis.. Mama on je..B4 shopping isi perut dulu..Nanti lapar payah lak..hehehehhe Disebabkan tak tau apa nak dimakan...Hubby cakap kita makan kat KFC la senang..heheheehhe.


~:: Menu Ayah ::~


~:: Menu Mama ::~


~:: Menu Mukhriz Danial ::~


Mama pun apa lagi..beli facial product mama yang dah habis tu..hehehe. Ni lah product mama guna..sejak dulu lagi..oklah harga tak mahal mana pun..sesuai dengan kulit muka mama..heheheehhehe

~:: St.Ives ::~


~:: Listerine & Sensodyne ::~


~:: Johnson's Baby ::~


Mukhriz ntah kenapa satu hari berangin..merajuk je kerja dia...nak snap picture dia pun payah..heheheheh. Angin kus-kus gaknya. Dapat jam spiderman baru dia ok..Pandai betul dia...balik baru dia ok. Dapat jam spiderman..heheehhehe. Ok le tu kan..daripada merajuk memanjang payah..

Wednesday, October 24, 2007

Xtvt Mukhriz Danial


Org dok beraya...mukhriz dok karaoke dgn uncle Ramon dia..hahahaha..miming je tu..suara uncle Ramon dia..hehehehehhe. Leh lak time Ramon nyanyi dia dok ketawa "hahahha"..."hahhahahaha"..

Balik rumah lepak terus mukhriz...bangun tidur pun kul 11.30am.heeheheh letih le tu. Layans..Petang nak p tengok perkembangan Jamil kat HSA.


Baby comel ni nama dia Haziq..alamak lupa lak nak tanya fullname dia..hehehehehe. Lahir 14hb.August 2007..beza sehari daripada Ramon..hehehehe leh jadi geng le tu nanti..

ni pasangan "SERASI BERSAMA" Khalif Ramon Vs Mukhriz Danial..hehehehehhe. Ok le tu..hahahhahaha...dia sayang kat Ramon tu..heheheh tapi takut kat shariff..heheheheh ntah apa le yg dia takut kat Shariff tu.

Tuan rumah dah tidur le bro...hehehhehe korang dok karaoke..Layans... Lain kali bawa Mukhriz p kat REDBOX tu lak..hehehehe

Monday, October 22, 2007

SNOW ALMOND


: Majalah SAJI :

Bahan A/
110 gm mentega
1/2 sdb shortening
50 gm gula kastor
1/2 sdk esen kopi ~ tukar esen vanilla ~
1/2 bj kuning telur

Bahan B/
110 gm tepung gandum
25 gm nestum [kisar]
1 sdb coffeemate
35 gm tepung ubi
20 gm serbuk badam

Bahan Hiasan/
serbuk roti putih [breadcrumb]
coklat masakan

Cara-cara:-
1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan.
3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan.
4. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit.
5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti putih.


Disebabkan baca kat forum feedback mcm best je ..jadi apa laie..try..jgn tak try..hehehehe. Adik cakap sedap..Disebabkan cari esen kopi takde tukar esen vanila..ok gak rasa dia..lagi pun rumah ni takde sape suka kopi..tu yg malas nak p cari esen kopi.

Untuk kawan-kawan meh try..sedap..heheeheh . Ramon..bg feedback eeh..sedap ke dak tu..dah dpt 1 bekas comel..hehehe.

~: Special gift untuk Khalif Ramon From us :~


Mama letak sikit badam cincang..baru best..hehehehehehe. Saje nak perabihkan stock badam yang banyak ni..hehehehehe. Next time nak try buat biskut lain lak..Mukhriz Danial tukang makan..heheheeheheh.

Almond London



BISKUT ALMOND LONDON (hanieliza)

Bahan – bahan
250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum .........]
1/2 cawan tepung jagung ........]
1/2 cawan tepung naik sendiri...] ayak semua
1 s/k emplex [optional] ]

Badam yang sudah dibakar
Coklat masakan - cairkan cara double boiling.

Cara membuatnya
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau/gaul rata.
3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
5. Bubuh badam di tengah - tengah dan buatkan bentuk bujur.
6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak .
7. Biar sejuk baru celupkan ke dalam coklat cair.
8. Sejukkan dahulu baru disimpan.


Ni pun antara fav mama..hahahahaha. Suka benar makan. Tak tau le nape.. B4 this try almond sweeties..kak hanieliza..sedap gak..yang ni pun sedap gak. Stock chocolate pun dah habis ..kena beli lagi ni nak buat almond sweeties lak..heheheehe.

Stock biskut ghee pun dah habis...mama nak p buat nanti..heehehe kawan-kawan lum sempat rasa..dah habis mama makan time dok tengok tv,hehehehehe.



Yummy..heheheehe. 5 star mama bagi ni..sedap wooo. Wai meh try biskut ni. Sedap r..Bila nak datang beraya ni...heheehe.

Saturday, October 6, 2007

CHOCOLATE CHIPS OATS COOKIES


Bahan
130g tepung gandum }
30g tepung jagung }
20g serbuk koko }ayak
½ sk serbuk penaik }
¼ sk serbuk kulit kayu manis }- Mama tak letak..pasal ramai tak gemar
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla
chocolate chips

Cara
Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.

Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit., masukkan chocolate chips dan gaul sehingga sebati hingga sebati .

Gunakan sudu dan letak adonan diatas dulang pembakar yang sudah disapu butter, biarkan dia membukit sedikit, jangan di tekan leper, biskut itu akan menjadi leper sedikit bila ia dibakar.. Bakar dengan suhu 170 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.

~>>mama tambah serbuk badam,badam cincang & cornflakes.



Sebelum dibakar


Selepas dibakar


Favourite mama & hubby..hehehehe tapi modal tu takleh tahan..heehehhe. Tapi disebabkan suka..bedal jelah membuatnya..Best makan biskut ni..nak-nak time dok lepak tengok tv..ala-ala chipmore..tapi ni kaya dgn badam & cornflakes..hehehehehe.

Time tak raya pun mama buat untuk makan-makan..itupun kalau stok butter banyak dalam peti sejuk tu.. Kalau tidak..malas betul nak membeli butter kat kedai..hehehehe. Mesti terjebak beli barang-barang lain yang tak berkaitan..ada lak kena warning dengan boss. hehehehehe.

Manalah geng mama ni, senyap je dia..dok bakar biskut ke Wai? sepi tanpa berita ni. Moh le start buat project biskut ni Wai.

Biskut Ghee


Ingredients:
340 g plain flour
40 g rice flour
1/4 tsp salt
180 g ghee(melted)
90 g castor sugar

Method:
1. Mix everything together to form a smooth, soft dough.
2. Divide and form into smaller balls.
3. Arrange on a greased baking tray.
4. Baked in preheated oven 170C for 20 mins till golden brown.



Sebelum masuk dalam oven


170C for 20 mins till golden brown



Selepas keluar daripada oven


Biskut ni memang sedap teramat lah.. 5 bintang mama bagi..heheheehhe, Hubby dok cakap kenapa bulat-bulat je buat le patern lawa-lawa. Bukannya apa..kalau boleh dah lama mama buat..heheheheeh.

Biskut ni memang favourite mama dari zaman sekolah. Kalau mak buat..mesti satu bekas untuk mama sorang je..hehehehe. Tamak sungguh time tu.. Lagipun biskut ni memang tak laku time mak buat..mama je le suka..orang lain setakat rasa-rasa je.

BISKUT KELAPA[hanieliza]


Bahan
250 gm butter
2oo gm gula kastor
1 kuning telur
1 s/k esen vanilla
2 cawan kelapa kering [ cap King]
1/2 cawan nestum halus
1 1/4 cawan tepung ubi ]
1 1/4 cawan tepung gandum ] ayakkan bersama

cokalt cair untuk hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur san esen vanilla dan kacau rata.
3. Masukkan bahan kering berselang seli dan gaulkan rata.
4. Bentukkan mengikut kesukaan sendiri.
5. Bakar dalam suhu 170'C selama 15 minit atau sampai nampak masak.
6. Sejukkan dan hiaskan dgn lorekkan coklat cair.


Ni pun favourite mama time anak dara..hehehee tapi time tu versi mak..ni versi kak hanieliza..sejak mama rajin online ni macam-macam ilmu mama dapat..walaupun jadi pemerhati je..kat forum..hehehehe. Thanks sangat pada pemberi resepi..Banyak resepi sedap-sedap mama dah cuba.

Mama ni kalau bab nak terap-terap malas betul..hehehehe. kalau boleh main letak-letak je..Takyah terap-terap. Lama tak buat mama caries..ada dekat 3tahun macam tu. Kemalasan nak mencorak tu le puncanya..Lagi dah ada Mukhriz Danial..biskut yang perlukan ketelitian mama lupakan sahaja. hehehehehe

Thursday, October 4, 2007

Suji Ranggup


Bahan:
200gm minyak sapi (Ghee Blend)
200gm gula caster (I used 160gm only)
400gm tepung suji/semolina
50gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh serbuk buah pelaga (Omited)

Cara2:
1. Putar minyak sapi dan gula caster hingga kembang. Masukkan esen vanilla.
2. Masukkan tepung suji dan tepung gandum sedikit demi sedikit.
3. Rehatkan adunan selama 30 minit.
4. Bentukkan bulat2 dan leperkan. Susun dalam acuan pembakar yg dilapik dgn grease proof
paper dan bakar suhu 160 deg cel selama 20 minit.


Sebelum dimasukkan ke dalam oven



Bakar suhu 160 deg cel selama 20 minit


Siap dibakar


Resepi ni pun sedap..tapi adunan terlalu lembik..mama guna sudu sukatan 1/2 tbsp tu..heheehhehe. Jadi le leper-leper mcm tu..kira okle..sedap ranggup je..heheheheh. Ni antara biskut terawal mama buat..proses pemanasan badan... heheheehheeh. Mula-mula buat yang simple..lepas ni baru buat yang best-best.

Tunggu next biskut untuk dicuba. Macam-macam resepi mama dah print..dok listed je..mana yang tak nak mama reject untuk buat time tak raya pun ok gak..buat kudap-kudapan time bosan-bosan tengok tv.

Tart Gulung



Tart Nenas - Maizana [ashra]

Bahan-bahan (menghasilkan 200pcs) :

1kg tepung gandum
2-1/2 butter (1 ketul = 250g, biarkan pada suhu bilik)
4 kuning telur + 1 putih telur
1 sudu teh garam, essen vanilla dan pewarna kuning telur.
Jem nenas (masa nak buat jem tu.. nenas ni seeloknya diparut.. ini supaya hasilnya akan jadi bertali-tali, iaitu berserat maka.. kuih tart tu nanti bila makan. taklah pecah berderai)

Caranya:

Tepung dan butter digaul hingga sebati. Dah sebati.. ketepikan. Ambil telur (kuning dan putih), campurkan garam, essen vanilla dan pewarna kuning.. pukul sedikit (4.. 5.. kali kacau jer.. tak perlu sampai kembang.. just nak satukan esen, garam dan pewarna jer). Masukkan telur kedalam tepung tadi dan uli lagi hingga sebati.. dan doh menjadi lembut.

Ambil jem nenas, ambil doh (besar sedikit dari jem nenas tadi).. masukkan jem ke dalam doh (seperti buat kuih onde-onde).. bentukkan lonjong sikit dan bolehlah digunting (sepit) menjadi bentuk nenas.


Mama buat versi gulung je malas nak gunting. Lain kali mama nak buat 1/2 adunan je..tak larat buat 1kg..lenguh tangan..heheheheh. Takde pembantu..dok buat sorang..nasib baik tak pengsan..hehehehe


Siap digulung



Selepas disapu dengan kuning telur


Hasilnya memuaskan juga..banyak dapat 200 biji ++..letih dok menekan acuan tart gulung ni..hehehehe.. Jem nenas pun mama buat sendiri..beli kat kedai mcm tak best je rasanya..hehehehehe.


Acuan tart nenas

Tahun-tahun sudah guna acuan plastik..hasil corak tak menarik..tu yang dok beli acuan ni rm18..pergh mahal...tapi disebabkan suka..beli gak..next time mama nak beli corak yang lagi satu..hehehehehe. Suka betul membeli..lepas tu buatnya setahun sekali..haahahahhaha.

Tuesday, October 2, 2007

Mee Hailam


Bahan A :
Bawang putih
Bawang merah
Cili kering kisar
Sos tiram
Kicap cair
Kicap pekat
Garam secukupnya
Stok daging

Bahan B:

Sotong
Udang
Daging

Bahan C :
Lobak merah
Putik jagung
Sawi

Bahan D :

Tepung Jagung
Air

Cara :
1.Tumis bawang putih + bawang merah sehingga naik bau. Masukkan cili kering & pecah minyak.
2. Masukkan stok daging, kicap pekat, kicap cair & sos tiram.
3. Masukkan daging & seterusnya udang dan akhir sekali masukkan sotong.
4. Masukkan lobak merah & putik jagung. Akhir sekali masukkan sawi.
5. Garam secukup rasa.
6. Masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.


Tetiba semlm hubby request berbuka hari ini nak makan mee hailam. Memang favourite mama & Mukhriz Danial sesangat. Nak kata pandai sangat memasak tak juga. Memang suka sangat mencuba sesuatu yang baru..nak-nak bab masak memasak ni. Heheehhe sape yang duduk dengan mama mesti berisi..tapi diri sendiri tak naik-naik.Heheheehhehe.

Every day selalu mama tak masak dok membeli kat bazaar ramadhan. Sepatutnya bulan ramadhan ni lah kena rajin memasak..ni sudah terbalik. Bukannya apa setakat makan bertiga ni hubby cakap beli je lah..hehehehe betul-betul rehat bulan ramadhan ni. Cuma project biskut raya je tak start lagi ntah bila nak start. Tertangguh-tangguh nak p Perling Indah Enterprise ni. Harap-harap tahun ni takde le membeli sampai rm350++.


Menu Bazaar Ramadhan Bandar Baru Uda


Kalau nak beli lauk-pauk ni..kena p beli around 4.00pm..kalau dah 5.00pm tinggal balance je..heheehhe. Jadi nak rasa, kena p cepat-cepat, tidak telan air liur je lah jawabnya.


Menu Bazaar Ramadhan Jaya Jusco Tebrau City & Foodcourt


Menu time dok sibuk cari baju raya..hehehehehe. Settle semua baju untuk semua. Lepas ni takde pening-pening nak p pilih baju. Tahun ni shopping awal-awal lagi..hehehehehe. Tinggal nak buat biskut raya je ni...uhuhuhuh. Harap-harap angin "R" datang..tidak last minute le buat biskut raya. Walau pun electric oven dah dapat..mood biskut raya tak sampai lagi..hehehehe sorry ya . Next time mama masukkan mana-mana resepi yang dibuat. Untuk Ramon..insyaallah ada punya tapau biskut raya untuk ko...We friends ma..hehehehehe. Don't Forget Us udahle...bila dah berkahwin nanti.

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India