Bahan-bahan (menghasilkan 200pcs) :
1kg tepung gandum
2-1/2 butter (1 ketul = 250g, biarkan pada suhu bilik)
4 kuning telur + 1 putih telur
1 sudu teh garam, essen vanilla dan pewarna kuning telur.
Jem nenas (masa nak buat jem tu.. nenas ni seeloknya diparut.. ini supaya hasilnya akan jadi bertali-tali, iaitu berserat maka.. kuih tart tu nanti bila makan. taklah pecah berderai)
Caranya:
Tepung dan butter digaul hingga sebati. Dah sebati.. ketepikan. Ambil telur (kuning dan putih), campurkan garam, essen vanilla dan pewarna kuning.. pukul sedikit (4.. 5.. kali kacau jer.. tak perlu sampai kembang.. just nak satukan esen, garam dan pewarna jer). Masukkan telur kedalam tepung tadi dan uli lagi hingga sebati.. dan doh menjadi lembut.
Ambil jem nenas, ambil doh (besar sedikit dari jem nenas tadi).. masukkan jem ke dalam doh (seperti buat kuih onde-onde).. bentukkan lonjong sikit dan bolehlah digunting (sepit) menjadi bentuk nenas.
Mama buat versi gulung je malas nak gunting. Lain kali mama nak buat 1/2 adunan je..tak larat buat 1kg..lenguh tangan..heheheheh. Takde pembantu..dok buat sorang..nasib baik tak pengsan..hehehehe
Hasilnya memuaskan juga..banyak dapat 200 biji ++..letih dok menekan acuan tart gulung ni..hehehehe.. Jem nenas pun mama buat sendiri..beli kat kedai mcm tak best je rasanya..hehehehehe.
Tahun-tahun sudah guna acuan plastik..hasil corak tak menarik..tu yang dok beli acuan ni rm18..pergh mahal...tapi disebabkan suka..beli gak..next time mama nak beli corak yang lagi satu..hehehehehe. Suka betul membeli..lepas tu buatnya setahun sekali..haahahahhaha.
1 comments:
salam,cantiklah acuan tu,beli kat mana ye?
Post a Comment