DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Sunday, April 29, 2007

Breakfast With Pizza


Cool Slideshows


Hubby tolong slice pizza tu..hehehehe...mama tolong snap.

Mukhriz pun suka makan pizza..jadi mama on je buat. Tengahari nanti nak keluar ... masak seringkas yang boleh..ini versi masak dlm oven kesayangan mama..heheheh. Kali ni tabur mozarella cheesa & cheddar cheese...meriah sikit..nampak terliur?...hehehehe.

Another project will coming soon..Tunggu. Wish list dah ada..tunggu masa terluang dan angin "R" datang..hehehehe.

Tuesday, April 24, 2007

MUKHRIZ DANIAL











Dah besar anak mama ni. Sekejap je masa berlalu dengan pantas. Mukhriz Danial sekarang ni dah 15 bulan. Syukur alhamdulillah anak mama & ayah dah pandai macam-macam. Mama list kan apa yang Mukhriz sekarang dah pandai ya..heheheh





MUKRIZ DANIAL :~
Pandai jalan masa umur 11bln++...cepat betul, walaupun ada orang kata dia lambat. Xkisahla..mama tahu perkembangan anak mama secepat mana.

MUKRIZ DANIAL :~
Gigi pun dah nak masuk 8 batang...okla tu..hehehhehehe. Kalau orang tengok Mukhriz selalu cakap macam budak umur 2-3 tahun..pasal muka dia tak macam baby2 hhehehehe..baru-baru ni ada orang tanya, umur Mukhriz berapa..mama cakap 1thn 2bln....xpercaya lihat tingkah laku Mukhriz...ligat sangat.

MUKRIZ DANIAL :~ Suka sangat dengar lagu "MENUJU PUNCAK" - AF...heheheh, siap la tarian zapin dia keluar, rapper pun ada..hehheehhe. Gelihati tengokkan dia ni..pantang dengar muzik..tangan, kaki, punggung siap gelek..hehehehe.

MUKRIZ DANIAL :~
knows how to say "Bye-bye!" sambil wave tgn dia...tapi tengok angin gak, kalau tak nak dia buat xtau je. Kekadang siap Flying kiss kat orang yang dia suka..hehehehe.

MUKRIZ DANIAL :~
Kalau mama & ayah cakap salam...dia salam tangan mama & ayah. Dengan Tok wan ...Mukhriz suka salam...hehehehe, cerdik2..kekadang dia tak nak gak takut orang ambik dia..tapi bila mama cakap...nak sayang Mukhriz sikit je ...baru dia salam..

MUKRIZ DANIAL :~
Bila mama cakap..sayang mama.., Mukhriz peluk siap tepuk2 belakang mama..mcm tu gak bila dia sayang kat Aunty Shikin dia..hehehehe..Sayang Mukhriz.

MUKRIZ DANIAL :~
Bila tengok mama & ayah dah pakai cantik2 dia tahu nak p jalan..heheheh..siap cari kunci kereta ayah.. & ambik kunci rumah cuba buka pintu..datang kerajinan ...siap ambilkan ayah punya kasut..hahhahahaha, Paling suka kalau dapat pergi jalan-jalan kat taman ke shopping complex

MUKRIZ DANIAL :~
Bila tengok kucing...dia akan "MENJERIT"..semua kucing lari lintang-pukang ...heheheheh terperanjat pasal Mukhriz jerit2. Kucing yang senyap je..siap Mukhriz gusti..hahahahaha..cian la dia Mukhriz..tak baik buat kucing mcm tu.


Cool Slideshows





MUKRIZ DANIAL :~
knows how to drink by using straw, pantang nampak soya beans mama...setengah tin dia minum..hehehehe. dah bosan..dia p tonggang air tu....uhuhuhuh..habis basah baju dia. Kalau makan pun nak makan sendiri..uhuhuhuh..suka sangat makan semperit pandan, keropok ikan, biskut tiger, kek coklat, nasi goreng, mee goreng...apa mama makan dia nak makan..heehehhee

MUKRIZ DANIAL :~
Suka sangat "BOOWA&KWALA", "BOB THE BUILDER", "CASA IMPIAN", "AKADEMI FANTASIA", " CHEF DIVA", & byk lagi...heheeehehheeh, rancangan deco n memasak dia suka sgt. Gaknya time pregnant mama suka benar...tu yg mengikut.

MUKRIZ DANIAL :~
Sekarang ni ..kalau time mandi semua nak buat sendiri...uhuhuhuh. Siram badan sendiri la..gosok gigi sendiri..sabun pun dia nak buat sendiri..uhuhuh, kalau mama gosokkan gigi dia..confirm tutup mulut. Mainan dia penuh dia letak dalam air..uhuhuhh.. siap berendam..ye la Mukhriz..air tu suam2 kan..cuba sejuk..hehehhehe lari dah dia..

MUKRIZ DANIAL :~
Suka sangat tiru gaya ayah dia time telefon & guna notebook..hehehehe. Semua buku kecil dia ntah ke mana dia letak..Majalah SAJI & RASA mama gak dia nak...uhuhuhuhh.. Kelakar betul..macam dah besar je dia..Tok wan dia tengok ketawa tengok gelagat cucu dia ni.

MUKRIZ DANIAL:~
Pantang nampak Camera ayah..dia possing mcm2 gaya..hehehehe..kelakar le ...notebook n pc mama penuh dengan gambar Mukhriz je.

MUKRIZ DANIAL :~ Pandai turun dari katil...uhuhuhhuhu,tengok2 dia dah sebelah mama..kat pc..heheheehehe. Naik atas katil tu..kekadang dia naik sendiri..tapi selalunya suruh mama dukung dia.

MUKRIZ DANIAL :~ Kalau dah start berdukung..uuhuhuhhhuh, payah nak turun. Ayah dok cakap..macam bebudak citer "MAN LAKSA"..hehehehehehe. Ada gak betulnya.

MUKRIZ DANIAL :~ Manja sesangat dengan mama, kalau mama p mandi ke..takde depan mata dia..confirm dia melalak..heheheehe. Sayang dia kat mama dia ni. Dia boleh rapat dengan sesiapa sahaja,tapi mama dia mesti kena ada kat sebelah..hahahaahha. Apa la Mukhriz ni, macam mana mama nak buat kerja asyik dok layan awak je ni..

MUKRIZ DANIAL :~
Mama & abah dia memang selalu sebut..mama ajar sebut ayah..dia sebut gak abah..hehehehe. Kalau dia nak sesuatu..dia cakap nak..siap p angkat bekas tupperware comel-comel dia, nampak mainan..dok cakap ain2...Main la tu..hehehe. Nak makan..still cakap mama maman..hehehehe..kalau tak nak dia geleng..kepala. Kalau tanya nak tak? dia angguk2 kepala..kelakar la Mukhriz ni..macam-macam style dia buatnye.

Lilypie 2nd Birthday Ticker



Mama rasa Mukhriz memang budak yang manja sangat, kalau dia suka kat seseorang...baru kenal pun dia leh selamba duduk kat riba..heheehhehe mcm dengan moyang dia kat Tampin. Kalau dah tak suka..jangan harapla dia nak dekat..heeeeehe, try la pegang...confirm dia melalak. Setakat ini mama nampak perkembangan Mukhriz macam kanak-kanak sebaya dia.. go on Mukhriz...I'll always be with you..son. Mama harap Mukhriz akan jadi anak yang solleh & berguna...jangan lupa Mama & ayah ya. Sayang dia..

Monday, April 23, 2007

Ours Breakfast today


Cool Slideshows


TEPUNG UNTUK MENGGORENG PISANG/ KELEDEK DLL

Sumber : Resipidiana.blogspot.com



Bahan-bahannya :
75 gram tepung naik sendiri
60 gram tepung beras
1 camca besar tepung jagung
sedikit serbuk kunyit/ pewarna kuning
garam secukupnya
gula secukupnya (jika mahu)
sedikit air kapur (anggaran 1 sudu kecil - jangan terlalu banyak nanti pahit)
130 ml air
3 - 5 ketul ais (jangan terlalu banyak takut adunan cair)

Cara-caranya
Satukan bahan kering didalam mangkuk. Buatkan lubang di tengahnya, tuangkan air sambil gaul hingga sebati. Bila pekat dan boleh menyalut belakang sudu, biarkan bancuhan selama 10-15 minit. Pastikan minyak untuk menggoreng banyak dan cukup panas supaya pisang digoreng menjadi keemasan dan tidak menyerap minyak. Selepas bancuhan diperab untuk 10 - 15 minit dan minyak cukup panas, masukkan anggaran 3 - 5 ketul ais dalam adunan dan celup pisang dalam bancuhan dan terus goreng. Insyallah pisang akan menjadi ranggup
walaupun telah sejuk.


Semalam dok membeli pisang dll..jadi menu untuk breakfast...easy n simple, pisang goreng+sambal kicap. Aunty Mukhriz pun tapau bawa bekal p kerja.

Sedap gak pisang goreng ni pasal dapat yg baru n sedang elok masaknya..hehehehehe. 1kg RM1.50 kalau tak salah mama. hehehehe, mama tak tau sangat..tau p letak-letak mana yang berkenan hubby bayar..hehehehhehehe. Bab-bab makan ni..mama memang tak leh nak tengok semuanya nak dibeli dan dimasak. Macam ada masa banyak je mama ni.

Check it out ya..hehehehe..tapi sedapnya pisang goreng yang selalu mama makan time pregnant..camne ye aunty tu buat..hehehehehe..pisang tu lembik n manis..uhuuhuhh..sedapnya. Ayah mama nak pisang goreng kat BBU tempat biasa tu ya..hehehehehe, next time ayah belikan ya..heheheheh.

Friday, April 20, 2007

Kek Coklat Kukus (Zaima)


Cool Slideshows




Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak (tukar kepada butter cair)
1 cawan susu manis
1 cawan tepung gandum
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara :

Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.Tepung,soda dan baking powder di ayak satu. Telur dipukul kembang dan dicampur dng campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. Tutup acuan dengan aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus salama 1 jam baru angkat dan sejukkan .


BAHAN CREAM COKLAT:

250 gm cooking coklat
1 sudu besar majerin
1/2 cawan fresh cream/whipping cream

Cara:
1. Cairkan cooking coklat secara double-boil.
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan sfresh cream/whipping cream dan majerin dan kacau sehingga sebati.
3. Tuangkan atas kek dan hiaslah mengikut citarasa sendiri.



Bahan-bahan




Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan butter cair



campuran koko + telur



Bekas lompang + bekas comel untuk Mukhriz



Sedia untuk dikukus. Ini untuk bawa balik kampung..



Selepas dikukus



Cool Slideshows


Versi Bebop..sedapnya..mama nak buat lagi la next time.



B4 this dok buat kek kukus versi Bebop..ni try lak Versi Zaima...not bad rasa dia..tapi mama memang suka sangat versi bebop...sedap teramat..uhuhuhuh..Mukhriz banyak gak makan kek coklat kukus ni..dia memang suka kek2 ni..hehehehe..Ramon, Kek Coklat kukus on the way ya...nanti ajak hubby mama p picnic...leh mama buat semua request Ramon tu..mee hoon goreng, nasi lemak kukus, kek coklat kukus, Pau, kacang kuda..hehehehe..byk tu. Lepas tu jangan lupa layanzzzzzzzz Mukhriz..mama nak dating dengan hubby..heheheh..ok tak?

Thursday, April 19, 2007

Giant Plentong, Masai

Cool Slideshows



Malam tadi P Giant Plentong, Masai...kononnya nak tebus mata ganjaran kat SEN Q...tukar dapat la 25 Voucher KFC...uhhuhhhuhuu, dah habis la pulak..last2 ayah cakap kita makan HOTPLATE je la..Mama tak kisah..on je..hehehehehe




Cool Slideshows


Mukhriz la...excited sangat nak main kat tempat permainan..siap main gelongsor...uhuhhuh...tak terkejar mama n ayah dibuatnya.

Kalau ada mcm ni kat laman rumah...uhuhhuh bestnya kan...Mukhriz. heheheheh...Hari-hari dia nak main kat laman rumah

Wednesday, April 18, 2007

rihanna ~**unfaithful**~



Story of my life
Searching for the right
But it keeps avoiding me
Sorrow in my soul
Cuz it seems that wrong
Really loves my company

He's more than a man
And this is more than love
The reason that the sky is blue
But clouds are rolling in
Because I'm gone again
And to him I just can't be true

And I know that he knows I'm unfaithful
And it kills him inside
To know that I am happy with some other guy
I can see him dyin'

I don't wanna do this anymore
I don't wanna be the reason why
Every time I walk out the door
I see him die a little more inside
I don't wanna hurt him anymore
I don't wanna take away his life
I don't wanna be...A murderer

I feel it in the air
As I'm doin' my hair
Preparing for another date
A kiss up on my cheek
As he reluctantly
Accepts I'm gonna be out late
I say I won't be long
Just hanging with the girls
A lie I didn't have to tell
Because we both know
Where I'm about to go
And we know it very well

Cause I know that he knows I'm unfaithful
And it kills him inside
To know that I am happy with some other guy
I can see him dying

I don't wanna do this anymore
I don't wanna be the reason why
Everytime I walk out the door
I see him die a little more inside
I don't wanna hurt him anymore
I don't wanna take away his life
I don't wanna be...a murderer

Our Love...his trust
I might as well take a gun and put it to his head
Get it over with
I don't wanna do this anymore ...whoah..anymore

I don't wanna do this anymore
I don't wanna be the reason why
Everytime I walk out the door
I see him die a little more inside
I don't wanna hurt him anymore
I don't wanna take away his life
I don't wanna be...a murderer oooh.no

pizza


Cool Slideshows



INGREDIENTS :
350gm Flour-sifted
200ml warm water
2 tbsp or 11gm of Instant yeast
1 tbsp of olive oil
Salt
Mozarella cheese
Cheddar chesse

Toppings :
Prego - Mushroom
Meat tuna
Hotdog
Button mushroom
pineapple
Red capsicum
Green capsicum
Big onions
100gm tomato puree


METHOD :
1. Sift flour with Tupperware Sift-N-Stor.
2. To make dough- miz sifted flour, yeast, salt, water and oil in Season Serve.
3. Knead for 15 minutes until smooth. Leave aside in warm place for 45 minutes for dough to rise.
4. Divide dough into two portions. Roll each of the dough into 1cm thickness to make a pizza base.
5. Place pizza base on lightly greased TupperChef Fryer.
6. Add pich of salt and oregano herbs to tomato puree. Mix paste. Spread tomato paste on the dough, followed by toppings and finish with mozarella cheese.
7. Bake for 15 minutes using low flame.



Flour, Salt, Warm Water, Instant yeast, Olive Oil, Hotdog, Button mushroom, pineapple, Red capsicum, Green capsicum, Big onions



Prego - Mushrooms, TC Boy - Tuna



TupperChef



Knead for 15 minutes until smooth



45 minutes for dough to rise



Mix paste



Topping with mozarella cheese & cheddar cheese



Bake for 15 minutes using low flame



Yummy!!



One slice for "MUKHRIZ DANIAL"....Yummy!!


Akhirnya tertunai juga hajat nak buat Pizza...heheheehehe, dari lepas habis pantang sampai Mukhriz dah 1thn baru ...kerajinan mama terserlah..kalau tidak..tersimpan je Tupperchef mama..

Lagipun semalam hubby request buat Pizza...untuk breakfast..heheheheehe.Aunty Mukhriz pun hari ni masuk kerja 1.00 tengahari, kira okla..Mukhriz Danial ada orang nak perhatikan...kalau tak payah juga...ini pun dia tolong uli..hahahahahhaha..jadi ke Pizza tu Mukhriz..nak jadi CHEF ye....

Next time leh buat Topping lain lak..hehehehehe. Tapi buat masa-masa terdekat ni...takde la nak buat lagi...kopak gak duit nak beli bahan-bahan..hehehehehehe. Adunan ni dapat 2 Pizza untuk 4 orang makan. Mama buat 2 adunan, Bagi aunty Mukhriz Danial bawa p kerja..tapau untuk peminat-peminat Mukhriz..Thanks semalam tolong jaga Mukhriz kejap..mama p lepak kat BookStore..heheheheheh.. Kira Upah la ni. 1 keping lagi tapau untuk MakWan & Tokwan Mukhriz...on the way p area rumah Makwan & Tokwan...singgah kejap hantar pizza...ala-ala Pizza hut delivery..heheheheh.

Tuesday, April 17, 2007

Andai Ku Tahu



Andai Ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
tuhan tolong panjangkan umurku

Andai Ku tahu
kapan tiba massaku
ku akan memohon
tuhan jangan kau ambil nyawaku

Chorus:
aku takut
akan semua dosa2 ku
aku takut
dosa yang terus membayangiku

mungkin tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata tobat PadaMu

ampuni aku
dari segala dosa2 ku
ampuni aku
menagis minta tobat PadaMu

aku manusia
yg takut neraka
namun aku juga
tak pantas di surga

Andai Ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku
mengucap kata tobat PadaMu

Friday, April 13, 2007

Ubati Sihir dengan Sihir?

Sumber : http://www.darussyifa.org

Dato’, harap dapat membantu saya untuk menjelaskan kemusykilan:

1. Apakah hukum mengubati orang yang kena sihir dengan pengubatan cara sihir juga. Sihir melawan sihir?

2. Bagaimana cara untuk menghindarkan diri daripada sihir?

3. Apakah ikhtiar yang dibenarkan syarak untuk mengubati pesakit yang kena sihir?


NUR SAKINAH ABDULLAH

Kuala Kubu, Selangor





Jawapan Pertama

Orang yang terkena sihir sedang diuji Allah, yang boleh diikhtiarkan kesembuhannya melalui amalan yang diluluskan syarak iaitu seperti menggunakan ikhtiar rawatan dengan bacaan doa yang ma’thur.

Disebut dalam hadis-hadis sahih, iaitu menggunakan daun bidara, ditumbuk dalam batu, dimasukkan ke dalam air, dan didoakan dengan doa-doa daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi, untuk diminum airnya dan dimandikan pesakit. ini merupakan salah satu dan cara pengubatan.

Khusus kepada soalan yang dibangkitkan, iaitu diubati atau diatasi penyakit dengan amalan sihir, pada saya seperti yang dijelaskan sebelum ini sihir merupakan amalan yang ditegah dan diharamkan Islam kerana ia membawa kepada syirik.

Menggunakan sihir untuk mengubati sihir diistilahkan dalam syarak, dalam Islam sebagai ”annusyrah” yang bermakna mengubati sihir dengan sihir. Dalam hadis riwayat Abu Daud, Rasulullah s.a.w. ditanya hukum “annusyrah”, maka Nabi menjawab bahawa ia perbuatan syaitan. Ertinya Nabi melarang pengubatan cara sihir dilakukan.

Hendaklah difikirkan cara lain selain menggunakan khidmat ahli sihir. Jika kita mengetahui orang tersebut ahli sihir dan menggunakan khidmatnya, bermakna kita bersubahat dengan ilmu yang dilarang oleh Islam.

Penggunaan kaedah ini dalam banyak hal menjerumuskan seseo­rang kepada tunjuk ajar ahli sihir. Contohnya, berlaku dalam masyarakat apabila ada yang meminta menyembelih seekor ayam atau seekor kambing, menggunakan darah untuk mengubati sesuatu penyakit. Perbuatan seperti ini, menyembelih binatang kerana syaitan atau kerana sihir, ia tidak menjadi ibadat disebabkan ia bukan kerana Allah. Jika ini berlaku, ini adalah syirik.



Jawapan Kedua

Menghindarkan diri dari sesuatu yang tidak diingini diistilahkan sebagai al-wiqaayah. Al-wiqaayah adalah suatu yang dituntut Islam, malah dalam penggunaan kata-kata yang terkenal, menjaga diri sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti penyakit, adalah lebih baik daripada mengubati penyakit itu jika terkena.


Dalam Islam, banyak disarankan ikhtiar kepada manusia untuk menghindarkan diri dan sihir, setidak-tidaknya yang senang kita fahami, ada surah di dalam al-Quranul karim yang selalu digunakan oleh ramai masyarakat kita sebagai ayat pelindung yang dipanggil dengan istilah al-Muawwizat, tiga surah terakhir dalam al-Quran iaitu Surah al­-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Naas. Kita dianjurkan mengamal­kannya sebagai satu perlindungan bagi menghindarkan diri daripada sihir dan banyak lagi ayat-ayat lain seperti ayatul kursi.

Boleh juga ikhtiar untuk menghindari dari syaitan, sihir dan niat jahat manusia, iaitu sentiasa mendampingi Allah SWT dengan menghias diri melakukan amal kebajikan serta menghindar diri daripada kemaksiatan. Zikir kepada Allah, berdoa kepada Allah supaya kita dijauhkan daripada perkara yang dibimbangi kena kepada kita.

Jalan untuk menghindarkan diri daripada sihir dengan al­-wiqaayah lebih berkesan. Jangan dekati sesuatu perkara yang boleh menghindarkan diri daripada sihir, kerana jika sudah terkena, ada kesukaran untuk mengha­langkannya. Semakin lama penyakit

tersebut dalam diri manusia, ia semakin susah untuk dirawati.



Jawapan Ketiga

Oleh kerana penyakit yang disebutkan sihir ini berlaku di alam rohani, yang sebab-sebabnya tersembunyi atau tabiat sihir yang terselindung, maka sukar diketahui cara pengubatannya dengan mudah. Kebanyakan sihir dilakukan secara tersembunyi, khususnya pada waktu malam

Ikhtiarnya adalah terbuka seperti menggunakan ayat-ayat untuk menentang sihir yang telah saya sebutkan. Banyak ayat dalam al-Quran menyentuh tentang berlaku sihir dalam alam manusia. Yang jelas ketara bahawa apabila sihir berlaku pads zaman Nabi Allah Musa a.s., baginda meng­hadapi sihir dengan kekuatan jiwa dan menggunakan kaedah bantuan Allah sehingga ahli-ahli sihir kecundang, menyerah kalah dan beriman kepada Nabi Musa.

Ulama muktabar menyaran­kan dalam kitab meneka untuk kita membaca, 10 ayat dalam

Surah al-Baqarah iaitu ayat 1 hingga 5, ayat 255, 256 & 257, dan tiga ayat terakhir, 284, 285 & 286.


Ada juga ulama yang menya­rankan kita membaca Surah al-Fatihah, ayat 255 Surah al­Baqarah, ayat 117 dan 119 Surah al-A’raaf, 79 dan 82 Surah Yunus, ayat 65 hingga 69 Surah Thaha, ayat 82 dan 83 Surah Yunus, ayat 118 Surah al-A’raaf dan ayat 70 Surah Thaha.


Disarankan ayat-ayat ini dibaca oleh orang yang terkena sihir ataupun orang yang hendak mengubati penyakit akibat sihir dengan memohon perlindungan daripada Allah SWT.



(Petikan dari ruangan Bersama Dato’ Dr. Haron Din akbar Harakah 1-15 Julai 2006)


Wan mama selalu pesan..everytime we go out...Don't forget, AYATUL KURSI.. insyaallah pelindung kita dalam perjalanan ke mana-mana.

Sihir memang tak boleh diperlekehkan...tapi yang pasti Allah s.w.t maha berkuasa, Kita sebagai umatnya kena lah percaya kepadanya...bukannya percaya kepada perkara-perkara tahyul..dan merepek.

Sekadar panduan untuk kita sesama manusia.

Wednesday, April 11, 2007

My Celebrity Look-alikes

My Celebrity Look-alikes

My Celebrity Look-alikes

My Celebrity Look-alikes

My Celebrity Look-alikes

Saturday, April 7, 2007

"La Camisa Negra" ~::JUANES::~




Tengo la camisa negra
hoy mi amor esta de luto

Hoy tengo en el alma una pena
y es por culpa de tu embrujo

Hoy sé que tú ya no me quieres
y eso es lo que más me hiere
que tengo la camisa negra
y una pena que me duele

Mal parece que solo me quedé
y fue pura todita tu mentira
que maldita mala suerte la mía
que aquel día te encontré

Por beber del veneno malevo de tu amor
yo quedé moribundo y lleno de dolor
respiré de ese humo amargo de tu adiós
y desde que tú te fuiste yo solo tengo:

Tengo la camisa negra
porque negra tengo el alma
yo por ti perdí la calma
y casi pierdo hasta mi cama

cama cama cama baby
te digo con disimulo

Tengo la camisa negra
ya tu amor no me interesa
lo que ayer me supo a gloria
hoy me sabe a pura
miércoles por la tarde y t ú que no llegas
ni siquiera muestras señas
y yo con la camisa negra
y tus maletas en la puerta
Mal parece que solo me quedé
y fue pura todita tu mentira
que maldita mala suerte la mía
que aquel día te encontré
Por beber del veneno malevo de tu amor
yo quedé moribundo y lleno de dolor
respiré de ese humo amargo de tu adiós
y desde que tú te fuiste yo solo tengo:

Tengo la camisa negra
porque negra tengo el alma
yo por ti perdí la calma
y casi pierdo hasta mi cama

cama cama cama baby
te digo con disimulo

Tengo la camisa negra
y debajo tengo el difunto
Tengo la camisa negra
porque negra tengo el alma
yo por ti perdí la calma
y casi pierdo hasta mi cama

cama cama cama baby
te digo con disimulo

Tengo la camisa negra
y debajo tengo el difunto


Aizat..nyanyi memang ada power...best la..mama pun dah mula suka tengok Aizat menyanyi. Ayat Power Aizat "KASI GEGAR!!!!"

Dinner Time




Aktiviti Mukhriz time dah bosan..sejak-sejak dah pandai minum guna straw..pantang nampak..nak minum memanjang ...

Habis berjalan...rasa lapar. Disebabkan mama dah penat. Request kat ayah nak makan kat Restoran Osman. Order apa2 yang patut..hehehehe.. Biasa la Mukhriz ni pantang nampak Soya bean...dia nak minum je.

Dinner Menu...simple je..Tapi kenyang la perut..hehehehe. Mukhriz dok makan roti canai +soya bean...(mama nye ni..dia dok bedal)..hehehehehe.


Cool Slideshows

SUMI & Husband




Majlis perkahwinan Sumi (sepupu hubby). Mukhriz dok tidur atas riba ayah..jadi...mama apa lagi jadi photographer tak bertauliah...hehehehhee. Saksikanlah..antara scene menarik mama dok ambik..hehehehee..mama baru belajar..kalau salah tolong tunjukkan..ya.

Banyak berkat mama dapat..tapi disebabkan lepas tu nak keluar berjalan..mama bg kat Mak Wan Mukhriz. Sayang kalau basi....jadi dari membazir..baik bagi Mak Wan. Kat rumah Mak Wan..ramai yang leh tolong makan. Sedap nasi minyak ni, Tak pernah2 Mukhriz nak makan..selama dok ikut p jemputan kahwin..dia taknak langsung makan. Mukhriz ni bagus...time org dok makan..dia tak pernah nak kacau orang makan...time dia kecil, mama memang dah asuh..every time time kita makanan dia takkan diberi makan makanan yang tak sepatutnya..dia akan makan makanan untuk kanak-kanak untuk tumbesaran yang baik..takut dia sakit perut ke apa..payah nanti..dok merengek.

Ayah dok pangku Mukhriz tertidur..time-time macam ni lak dia p sedap tidur...uhuhuh. Jadinya takde la gambar kami bersama. Next time..kena bg Mukhriz tidur puas2 kat rumah.



(1)
Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran
(2)
Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya
(Chorus)
Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu
(3)
Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini

Ulang Chorus
Music Bridge

Wednesday, April 4, 2007

Mukhriz Fav




Mukhriz Danial memang kuat makan, semua makanan yang dia nampak dia nak..Uhuhuhuh. Tapi mama tengok-tengok juga makanan apa yang boleh dimakan dan tak boleh dimakan. Mukhriz paling suka biskut tiger, kek coklat...fav dia tu. Kalau sup ayam, laju dia makan..lain kurang. Memang tak cerewet makanla anak mama sorang...syukur al-hamdulillah..suka sangat pau ye sayang..Nanti mama buat lagi ya.

Susu memang minum fav dia setakat ini, perisa coklat or biasa dia tak kisah. Still breastfeeding..bagus anak mama ni..semoga sihat ya. Sekarang ni dah pandai guna straw time minum, pantang nampak mama minum air kotak dia pun nak juga..Last2 setengah kotak dia je yang minum...hehehehee.

Lilypie Breastfeeding Ticker



~:: Raisins, Munchini, Tiger susu, Biskut Merry ::~





~:: Ice-cream ::~





~:: Cream Creaker ::~


Kalau orang tengok Mukhriz Danial ni memang macam tak percaya..pasal nampak mcm budak2 dah matured..heheehheeh. Pandai betul tarik perhatian orang. Semalam mama p beli kemeja untuk Tok wan dia..Mukhriz dok main dengan bebudak yang jaga bahagian baju..hehehehe..Kelakarnya..time nak balik dia p salam..dah jalan ke depan..patah balik, ingat nak p salam lagi ...rupa-rupanya pegang tangan akak ye Mukhriz..ajak jalan sama dengan dia..heehhehee

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India