DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Sunday, April 1, 2007

Ode To My Family



Understand the things I say
Don't turn away from me
Cause I spent half my life out there
You wouldn't disagree
D'you see me, d'you see
Do you like me. Do you like me standing there
D'you notice, d'you know
Do you see me, do you see me
Does anyone care
Unhappiness, where's when I was young
And we didn't give a damn
'Cause we were raised
To see life as fun and take it if we can
My mother, my mother she hold me
Did she hold me, when I was out there
My father, my father, he liked me
Oh he liked me, does anyone care

Understand what I've become
It wasn't my design
And people everywhere think
Something better than I am
But I miss you. I miss
'Cause I liked it. I liked it
When I was out there
D'you know this, d'you know
You did not find me, you did not find
Does anyone care

Unhappiness was when I was young
And we didn't give a damn
'Cause we were raised
To see life as fun and take it if we can
My mother, my mother she hold me
Did she hold me, when I was out there
My father, my father, he liked me
Oh me liked me, does anyone care

Does anyone care


Dalam zaman yang sudah maju ada juga manusia yang masih tidak beradap dan bersopan terhadap orang lain. Memang pesanan orang-orang tua...yang tua patut kita hormati tetapi sampai mengatakan keluarga orang keturunan kurang ajar..cukup tidak bersopan. Keluarga kami tidak pernah di ajar begitu.

Walaupun keluarga kami bukannya dari golongan berada, tetapi kami ada sifat sayang menyayangi..ambil berat terhadap ahli keluarga. Pada mama biar apa orang nak kata pasal kita..biarkan...biarkan Allah S.w.t tahu apa niat kita.Kalau niat kita baik, baik la jadinya. Kalau tidak baik...begitula sebaliknya.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata....buruk padahnya. Kalau kita ingin masuk dalam keluarga orang lain..tolonglah hormat dan beradab sopan. Mama tidak pernah jumpa manusia datang merisik masa Orang mahu pergi Sembahyang Jumaat...Astarfirullah..lupa agama ke? hormatla orang hendak pergi sembahyang.

Dalam agama pun ada mengatakan, jika mahu mendirikan masjid lihatlah bakal kita dari segi agama, keturunan dan lain-lain lagi. Apabila kita ingin mendirikan masjid, ingatlah keutamaan pada ibu ayah kita, jangan derhaka kepada mereka ...hanya kerana seorang lelaki...kita jadi anak derhaka. Ingatlah tiada kedua ibu ayah kita...kita pun takkan lahir di dunia ini. Keberkatan daripada ibu dah ayah cukup penting...kita perlu fikir apa yang ayah ibu kita pernah berkorban demi membesarkan kita..



Bab : PERTUNANGAN DAN MEMILIH JODOH MENURUT ISLAM

1) PENDAHULUAN

Allah SWT telah mencipta makhlukNya dengan berpasangan termasuklah manusia di mana manusia dari Adam AS. Kemudian Allah ciptakan daripadanya Siti Hawa AS menjadikan berpasangan suami isteri sehingga lahirlah keturunan yang ramai terdiri dari lelaki dan perempuan. Kedua insane yang berlainan jenis ini saling perlu memerlukan antara satu sama lain justeru itu timbullah bibit-bibit cinta dan perasaan kasih sayang ibarat anak kecil merintih memerlukan belaian ibu yang dikasihi. Dan seterusnya ingin berkongsi hidup sebagaimana makhluk yang lain yang melata di bumi Allah ini.

Dalam konteks ini, Islam telah memberi garis panduan bagaimana untuk memilih calon suami dan calon isteri bermula dari pertunangan sehingga ke alam perkahwinan.





2) PERTUNANGAN

Peminangan ialah pernyataan atau permintaan dari seorang lelaki kepada pihak perempuan untuk mengahwininya baik dilakukan olehnya sendiri ataupun dengan perantaraan pihak-pihak tertentu yang dipercayai ataupun keluarganya sesuai dengan kehendak Islam.




Ke Arah Pertunangan


Sebelum diadakan peminangan, langkah permulaan ialah memilih pasangan yang akan menjadi calon suami atau isteri mengikut lunas-lunas yang disyariatkan oleh Allah SWT.





3) MEMILIH LELAKI


Lelaki yang paling diutamakan ialah lelaki yang soleh yang mempunyai pendidikan agama yang sempurna serta berpegang teguh dengan ajaran Islam. Di mana melalui panduan agama, seorang suami itu berwajiban menggauli isterinya dengan baik dan memberi nafkah sesuai dengan tuntutan Islam.



Firman Allah Taala dalam surah An-Nisaa’ ayat 34: Maksudnya :

“Lelaki itu pemimpin yang bertanggungjawab atas kaum wanita dan kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana telah membelanjakan harta mereka”.


Dalam ayat di atas jelas bahawa suami mempunyai kekuasaan terhadap isteri di mana isteri hanya membantu suami dalam urusan rumahtangga. Lelaki yang benar-benar dapat mengendalikan kewajiban seorang suami mestilah berupaya menjadi ketua keluarga yang bertugas memimpin, mendidik dan memberi kasih sayang terhadap rumahtangga.


Di antara faktor penting dalam mengutamakan agama yang disarankan oleh Islam ialah :-


1. Mempunyai akidah yang sempurna dan kefahaman agama yang kukuh serta praktikal.

2. Melaksanakan syariat Islam berdasarkan prinsip yang berterusan.

3. Mengamalkan sikap kesederhanaan dalam hidupnya.

4. Mengetahui besarnya ganjaran nafkah di dalam rumahtangga.




Selain dari itu wajar bagi lelaki seorang yang tajam fikirannya, bijak menyelesaikan masalah, mempunyai sifat-sifat yang mulia, seorang yang penyayang, suka memberi dan menerima, bertolak ansur dan mengambil berat terhadap keluarganya.


Walau bagaimanapun, sebagai kaum lelaki sudah masanya dari sekarang melengkapkan diri dengan mencari dan mempelajari ilmu Islam sebanyak mungkin untuk persediaan di hari muka. Oleh itu, ingatlah bahawa kaum wanita pada hari ini sudah mengerti memilih calonnya di mana bukan sahaja lelaki yang kacak malahan bijak pula dalam selok belok agama yang sememangnya layak menjadi suami.




CARA MEMINANG

1. Memulai majlis meminang dengan bertahmid.

2. Sendiri atau melalui orang lain, jika ada waris keluarga lebih baik supaya mereka yang bertandang untuk meminang.

3. Pemberian sebagai adat tanda jadi ikatan pertunangan boleh diterima asal tidak bercanggah dengan prinsip Islam.

4. Bersetuju menerima pinangan di antara kedua belah pihak dengan janji tertentu dan tidak memakan masa yang lama.

5. Wakil yang adil menyampaikan hajat pinang mengikut adat kelaziman negara itu sama ada melalui sareh atau kinayah.

6. Segala persetujuan hendaklah disaksikan atau ditulis.



Walaupun setelah pertunangan antara pihak lelaki dan pihak perempuan dimeteraikan melalui istiadat perminangan oleh kedua belah pihak keluarga, akan tetapi perhubungan di antara mereka tetap dianggap seperti hubungan ajnabi dengan ajnabiah yang lain.

Maka sewajarnyalah sama-sama menjaga suasana perhubungan itu dengan baik agar tidak bertentangan dengan ajaran-ajaran Islam yang maha suci.

0 comments:

Post a Comment

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India