DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Saturday, February 28, 2009

Buah Hati mama & ayah

Photo Effects. Red Street

~:: Mukhriz Danial ::~
1. Suka menari.
2. Suka menyanyi (heheheh mama tak faham apa dia nyanyi).
3. Suka tengok Astro Ceria, Akademi Fantasia, Sergeant Keroro, Sin Chan, Doreamon, Upin & Ipin.
4. Suka sangat minta mama buat roti canai & cake.
5. Suka beri salam sebelum masuk rumah. (Bagus sungguh dia..hehehhe)
6. Suka salam tangan sesiapa pun, bila suruh cium pipi..mesti cakap tak wangi la..hehehe.Busuk mama..hahhahaha..hampeeh.
7. Suka ingatkan suruh baca doa makan.
8. Suka sangat buat adik dia menangis..uhuhuh, geram betul.
9. Suka p Jusco..adoi..Ada apa kat jj tu abang..ada mainan abang la mama..uhuhhu.
10. Hari Ahad je dia tau..heheheh. Mama..Ahad Cik Yan datang..adoi..hari-hari Ahad.hehhehe

La ni kuat sangat merajuk..takleh nak tegur..mesti dia merajuk, tak pun meraung mcm kena belasah. Adoi sakit kepala mama. Selagi tak pujuk selagi tu le merajuk. Jeles sgt dengan adik dia. Tidur pun nak suruh mama peluk..alahai..ni mesti kes rasa kurang kasih sayang bila ada adik.

Photo Effects. Rockfeller Center

~:: Marsya Nur Damia ::~
1. Suka sangat senyum, bila nampak ayah.
2. Suka sangat ketawa, bila nampak Mukhriz.
3. Suka sangat menangis, bila nampak mama. (minta ambil dia le ni).
4. Suka sangat berjalan kat shopping complex.
5. Suka perhati orang ramai.
6. Suka sangat tengok Cartoon.
7. Suka dengar zikir munajat. (Lena dia tidur).
8. Suka sangat kena dukung dengan mama..adoi penat le.
9. Tidur kena selesa..tidak dia takkan tidur..adoi..segalanya kena selesa daripada huggies, pakaian, udara..hehehe kalau buka aircond..confirm lena je dia tidur sampai pagi.
10. Full Breast feeding...syukur al-hamdulillah, akhirnya makbul gak nak full bf kat marsya ni..sampai 6bln hampir tercapai..hehehe. Akan teruskan sehingga dia tak nak..no stop eh. Save budget sungguh dak marsya ni daripada segala segi.


Marsya..erm..seorang anak yang cukup manja.Asyik nak kena dukung je ..alahai letih le..berbeza dengan Mukhriz masa kecil..jenis tak kisah..dok bantai tidur je.heheheh.

Aris Ariwatan

1234

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

( korus )
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

( ulang korus )

Sunday, February 22, 2009

Wanita Ciptaan Istimewa

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala- galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya

RAHSIA SOLAT

Sumber : Mymasjid

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan men i t i s dan kering sendiri.. Lalu ambillah s e jadah, shalat, berzikir dan berdoa.

Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan kata kunci, Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak kan sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri, sebarkan dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - Iktidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin Amr R A, Rasulullah S. A.W. bersabda :

Tanda-tanda Keegoan

sumber : mymasjid

Suatu zaman yang tersangat dahulu, tatkala diperintah untuk sujud pada Adam, syaitan berkata "What? Sujud pada Adam? Sorry le. Patutnya dia yang kena sujud pada aku coz aku lebih senior! Aku lebih mulia dari dia! Aku dari api sedangkan dia hanya dari tanah!!!"

BAPA orang-orang ego ialah syaitan. Timbulnya ego berpunca dari sifat-sifat ke'aku'an, iaitu bila terasa diri lebih 'best' dari orang lain. Mula-mula ego dengan manusia, kemudian ego dengan Tuhan. Itulah
perangai syaitan. Syaitan juga mencipta sejarah sebagai makhluk pertama yang berputus asa dari rahmat ALLAH. Begitulah secara ringkas sejarah penyakit ego ini.

Berikut adalah di antara tanda-tanda ego. Marilah kita selidik-selidik diri kita, kot-kot kita tergolong dalam golongan orang ego. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda; "Tidak akan masuk Syurga seseorang yang di dalam hatinya masih terdapat satu zarah dari sifat sombong." - Hadis Riwayat Muslim.

Antara tanda-tanda ego :
1. Apabila diberi jawatan terasa seronok dan terhibur. Rasa diri memang layak untuk mendapat jawatan.
2. Apabila tidak dilantik, rasa tidak senang. Tidak mahu terima kepimpinan yang telah ditunjuk.
3. Kalau dia seorang pemimpin, arahannya kepada anak buah
4. Kalau dia merupakan seorang pengikut, payah mahu taat kepada arahan pemimpin.
5. Emosional, mudah tersinggung.
6. Mudah marah, cepat melenting.
7. Suka berkawan dengan orang yang lebih kekurangan dari dirinya dengan niat supaya beliau nampak lebih tertonjol.
8. Payah mahu menerima pandangan orang lain.
9. Dalam sesuatu majlis tidak senang kalau orang lain memberi pandangan.
10.Dalam sesuatu majlis suka memotong cakap orang lain.
11.Suka hanya pandangannya sahaja yang diterima.
12.Tidak senang atas kemajuan yang tercetus di tangan orang lain.
13.Bercakap selalunya dengan suara tinggi. Tak boleh dicabar, pasti akan mencabar.
14.Tidak berdoa selepas menunaikan solat, sekalipun sebentar.
15.Sengaja melewat-lewatkan sembahyang tanpa uzur yang syarie.

Itulah antara tanda-tanda ego. Amacam? Ada tak sifat sombong dan ego pada diri kita? Kalau tak ade syukur le... kalau ada baiklah bertaubat segera... sebelum syaitan mengaku kita nie suku-sakat dia.


Banyak dalam senarai tu terdapat dalam diri seseorang yang mama cukup-cukup tak suka..bongkak..tak sedar diri...mengambil kesempatan diatas kebaikan orang beri.
semoga allah akan menyedarkan dia..dan membalas segala perbuatan dia terhadap orang-orang yang dia aniaya.

Bila berkata-kata..seakan dia seorang yang teramat bagus dalam segala sudut, tapi sebenarnya tin kosong. Amalan tak sempurna mana..tapi cukup suka mengutuk orang lain...Jangan menghina kejadian allah..biarla anak mama kepala besar ke apa..semua tu allah yang jadikannya, kepada manusia yang tak sedar diri tu..renung-renungkanlah..engkau tu belum berkahwin..kalau allah tak nak bg zuriat..jgn salahkan allah..kerana engkau angkuh menghina kejadian allah. mama bersyukur allah berikan mama dua zuriat yang sihat..Semoga kami sentiasa dilindungi oleh-Nya.

Bila mahu masuk dalam keluarga orang..jangan sesekali menghina...sedangkan ko pun tak sempurna mana..renung-renungkanlah. Manusia yang angkuh..manusia yang takut dengan bayang-bayang sendiri.

Semoga segala musibah yang melanda dapat menyedarkan kami, rambut sama hitam...hati lain-lain..

Friday, February 13, 2009

Pap smear test

Masyarakat kita masih tidak ramai yang ambil tahu tentang Pap Smear Test..kalau tanya mesti ada yang tanya..apa benda tu..tak pernah dengar pun?? Today mama dah buat ujian tersebut..result belum keluar lagi..nurse bgtau dlm 1 month mcm tu la...if xde call drpd klinik...kira xde apa² la tu..Tapi nurse cakap mama ok..hopefully...,Sebaiknya setiap 1 thn 1x menjalani ujian ni.

Khas untuk kawan² mari ramai² jalani ujian Pap Smear Test ni...jangan takut. Xde apa² pun. Mama buat test kat klinik kerajaan..free, Kalau private xtau la yer..Cegah sebelum terlambat...


Sumber Dari : Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas


Ujian lumuran Pap (Pap smear test) merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian lumuran Pap ini boleh mengesan barah pangkal rahim (kanser serviks) pada peringkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Ujian ini bertujuan bagi mengenalpasti keadaan luar biasa pada sel di permukaan pangkal rahim pada peringkat awal. Jika keputusannya meragukan, wanita akan dipanggil semula bagi menjalani ujian colposcopy untuk mengetahui punca sebenar masalah yang dihadapi, khususnya mengesan kehadiran sel luar biasa yang dipanggil cervical intraepilhelial neoplasia (CIN).

CIN adalah fasa sebelum sel itu bertukar menjadi sel barah berbahaya dan boleh menjangkiti sel lain. CIN tidak memberikan sebarang gejala dan hanya boleh dikesan melalui ujian lumuran pap


Sejarah

Ujian Lumur Pap yang dilakukan sekarang merupakan ciptaan Dr. Georgios Papanikolaou (1883-1962), seorang Amerika kelahiran Greek, bapa kepada sitopatologi.

Dia pertama sekali menerbitkan beberapa siri kes besar bertajuk Diagnosis of uterine cancer by the vaginal smear (Papanicolaou & Traut, 1943). Teknik pensampelan masih tidak bertukar semenjak itu.

Cara

Ujian ini merangkumi sapuan pangkal rahim secara berhati-hati untuk mengumpulkan contoh sel. Sel-sel ini diletakkan pada slaid kaca dan diperiksa untuk sebarang keadaan luar biasa di makmal.

Keputusan

Bagi kebanyakan wanita, sel-sel ini adalah normal sepenuhnya. Pada sesetengah wanita sel-sel ini mungkin tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal barah.

Apabila ini terjadi ujian berkenaan diulangi dan jika perlu pemeriksaan seterusnya dilakukan. Justeru, wanita yang tidak menjalani ujian tidak akan mengetahui mereka sebenarnya di ambang bahaya mendapat barah pangkal rahim.

Dianggarkan lima sehingga tujuh peratus sapuan Pap menghasilkan keputusan tidak normal, seperti dysplasia, keadaan berkemungkinan pra-barah. Kebanyakan dari keadaan ini bukannya disebabkan barah pangkal rahim, tetapi ia merupakan penanda bahawa peningkatan pemantauan perlu dilakukan.

Sebaik dikesan, CIN akan dibuang melalui pembedahan kecil dan kesihatan wanita akan dipantau sehinggalah disahkan benar-benar sihat yang mengambil masa enam bulan hingga dua tahun; bergantung kepada keadaan setiap pesakit.

Bagi wanita bujang dan tidak pernah mengadakan hubungan seks, mereka hanya perlu menjalani dua pemeriksaan saja, iaitu ujian ultra bunyi dan barah payudara.

Barah pangkal rahim
Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Servik merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Barah pangkal rahim juga merupakan barah paling biasa dikalangan wanita usia biak ( reproductive age ).

Salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah kehadiran antibodi kepada human papillomavirus (kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin ( genital wart )). Walaupun tidak merbahaya, virus ini dipercayai menyebabkan perubahan kepada sel di pangkal rahim ( cervix ), menyebabkan perkembangan barah. Jenis strain HPV dikaitkan dengan barah pangkal rahim (strain 16, 18 dan 31), bukanlah jenis yang menyebabkan ketuat kelamin.

Disebabkan oleh itu, wanita yang kerap bertukar-tukar pasangan berdepan risiko lebih tinggi mendapat kanser serviks yang disebabkan jangkitan virus Human Papilloma (HPV) yang hanya tersebar melalui hubungan seks. Selain itu, kanser serviks boleh disebabkan hubungan seks pada usia terlalu muda dan tabiat merokok.

Perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2001 menunjukkan, kira-kira 26 peratus saja wanita menjalani ujian pap smear, manakala 74 peratus lagi memberi perhatian terhadap pemeriksaan kanser payu dara.

Pada tahun 2003, Daftar Kanser kebangsaan melaporkan bahawa kadar kasar kejadian barah pangkal rahim di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Penyakit ini merangkumi 12.9 peratus barah yang dihidapi wanita.

‘‘Ini bermakna lebih 1,300 wanita didiagnosis menghidapi kanser serviks dan lebih 750 wanita mati akibat penyakit ini setiap hari.

Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian kanser payu dara, ultra sound dan lumuran pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Wanita dinasihatkan untuk menjalani ujian lumuran Pap setiap tahun untuk memeriksa sel pra-barah, atau sebarang kelainan. Jika barah pangkal rahim dikesan awal, ia boleh dirawat tanpa mengganggu kesuburan.

Dalam barah pangkal rahim), sel-sel di pangkal rahim tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser.

Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim?


1. Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
2. Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
3. Perdarahan pada faraj antara haid atau selepas perhubungan seks.
4. Sebarang perdarahan pada faraj selepas putus haid.

Orang terkenal yang mengidap atau meninggal disebabkan barah pangkal rahim:


* Henrietta Lacks
* Colleen Dewhurst
* Karin Smith
* Anita Mui

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India