DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Sunday, February 22, 2009

Tanda-tanda Keegoan

sumber : mymasjid

Suatu zaman yang tersangat dahulu, tatkala diperintah untuk sujud pada Adam, syaitan berkata "What? Sujud pada Adam? Sorry le. Patutnya dia yang kena sujud pada aku coz aku lebih senior! Aku lebih mulia dari dia! Aku dari api sedangkan dia hanya dari tanah!!!"

BAPA orang-orang ego ialah syaitan. Timbulnya ego berpunca dari sifat-sifat ke'aku'an, iaitu bila terasa diri lebih 'best' dari orang lain. Mula-mula ego dengan manusia, kemudian ego dengan Tuhan. Itulah
perangai syaitan. Syaitan juga mencipta sejarah sebagai makhluk pertama yang berputus asa dari rahmat ALLAH. Begitulah secara ringkas sejarah penyakit ego ini.

Berikut adalah di antara tanda-tanda ego. Marilah kita selidik-selidik diri kita, kot-kot kita tergolong dalam golongan orang ego. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda; "Tidak akan masuk Syurga seseorang yang di dalam hatinya masih terdapat satu zarah dari sifat sombong." - Hadis Riwayat Muslim.

Antara tanda-tanda ego :
1. Apabila diberi jawatan terasa seronok dan terhibur. Rasa diri memang layak untuk mendapat jawatan.
2. Apabila tidak dilantik, rasa tidak senang. Tidak mahu terima kepimpinan yang telah ditunjuk.
3. Kalau dia seorang pemimpin, arahannya kepada anak buah
4. Kalau dia merupakan seorang pengikut, payah mahu taat kepada arahan pemimpin.
5. Emosional, mudah tersinggung.
6. Mudah marah, cepat melenting.
7. Suka berkawan dengan orang yang lebih kekurangan dari dirinya dengan niat supaya beliau nampak lebih tertonjol.
8. Payah mahu menerima pandangan orang lain.
9. Dalam sesuatu majlis tidak senang kalau orang lain memberi pandangan.
10.Dalam sesuatu majlis suka memotong cakap orang lain.
11.Suka hanya pandangannya sahaja yang diterima.
12.Tidak senang atas kemajuan yang tercetus di tangan orang lain.
13.Bercakap selalunya dengan suara tinggi. Tak boleh dicabar, pasti akan mencabar.
14.Tidak berdoa selepas menunaikan solat, sekalipun sebentar.
15.Sengaja melewat-lewatkan sembahyang tanpa uzur yang syarie.

Itulah antara tanda-tanda ego. Amacam? Ada tak sifat sombong dan ego pada diri kita? Kalau tak ade syukur le... kalau ada baiklah bertaubat segera... sebelum syaitan mengaku kita nie suku-sakat dia.


Banyak dalam senarai tu terdapat dalam diri seseorang yang mama cukup-cukup tak suka..bongkak..tak sedar diri...mengambil kesempatan diatas kebaikan orang beri.
semoga allah akan menyedarkan dia..dan membalas segala perbuatan dia terhadap orang-orang yang dia aniaya.

Bila berkata-kata..seakan dia seorang yang teramat bagus dalam segala sudut, tapi sebenarnya tin kosong. Amalan tak sempurna mana..tapi cukup suka mengutuk orang lain...Jangan menghina kejadian allah..biarla anak mama kepala besar ke apa..semua tu allah yang jadikannya, kepada manusia yang tak sedar diri tu..renung-renungkanlah..engkau tu belum berkahwin..kalau allah tak nak bg zuriat..jgn salahkan allah..kerana engkau angkuh menghina kejadian allah. mama bersyukur allah berikan mama dua zuriat yang sihat..Semoga kami sentiasa dilindungi oleh-Nya.

Bila mahu masuk dalam keluarga orang..jangan sesekali menghina...sedangkan ko pun tak sempurna mana..renung-renungkanlah. Manusia yang angkuh..manusia yang takut dengan bayang-bayang sendiri.

Semoga segala musibah yang melanda dapat menyedarkan kami, rambut sama hitam...hati lain-lain..

1 comments:

Intan dan Shahrul Fitri said...

Salam Zura..lama tak dgr khabar..Semoga sihat dan ceria di samping family tersayang..

Ermm, marah kat seseorg ya? Bersabarlah Zura.. Setiap kejahatan pasti ada balasannya dari Allah.. Allah Maha Berkuasa..

Lambat-laun, org itu akan sedar akan kejahatannya..Bersabarlah menunggu masa utk dia sedar..

Post a Comment

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India