DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Tuesday, April 14, 2009

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN LEMBAB


KEK KUKUS BUAH-BUAHAN LEMBAB
Sumbangan: resipi Diana

Bahan-bahannya :
1 tin (16oz) mentega Golden Churn
600 gram tepung gandum
400 gram campuran buah-buahan
2 cawan gula halus
6 biji telur
2 sudu teh bicarbonate of soda
2 sudu teh cream of tartar (tak payah gunakan)
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)
kertas kuih
aluminium foil

Untuk Gula Hangus
2 cawan gula
1/2 cawan air

Cara-caranya
1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Masukkan sedikit demi sedikit 1/2 cawan air dan kacau gula sehingga ia larut. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan guna spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8. Alaskan kertas minyak didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.

Dua-dua kek kukus buah-buahan ni mama dah try, dua-dua sedap. Moyang Mukhriz suka sangat kek kukus ni. Ada 2 tin butter Golden Churn yang masih x digunakan.. jadi apa lagi jalankan project membuat kek. Lama tak menyentuh barang-barang buat kek ni..semenjak lahirkan Marsya. Moyang Mukhriz selalu gak cakap..dulu mama rajin buat kek, kuih, biskut...untuk makan-makan sekeluarga.

Mama guna loyang 10' inchi..cantik-cantik je bila siap masak. 4 jam tu lama woo nak kukus, perlukan kesabaran sungguh..kalau jenis tak sabar .. beli je lah kat kedai..tapi standby le duitnya..hehheehehe mau harga dia tambah lagi separuh daripada harga bahan yang kita gunakan. Kebersihan mama tak tau le terjamin ke tak..heheheheh. Kalau buat sendiri, insyaallah terjamin kebersihannya..Ayat hubby..mama pinjam jap.



Kek ni dipotong selepas 1/2 jam masak gitu le..pasal dak Mukhriz tak sabar-sabar nak makan kek kukus ni. Tapi yang tak bestnya...habis buah-buahan dalam kek tu dia cungkil n susun dalam pinggan dia. Siap cakap " apa ni mama, tak sedap la"..hehehe adoi anak-anak..

Hubby pun cakap sedap la kek mama buat ni..hehehehe..memang 5 star le mama bagi. Memang sedap sesangat. Pada sesiapa nak cuba...memang takkan menyesal. Kalau buat separuh adunan pun dah banyak pada mama. Mama buat ikut sebiji resepi yang mama copy daripada resipidiana .

Golden Churn ada 1 tin lagi tu..apa nak buat lepas ni yer..? Mukhriz request kek coklat..hehehe mama ingat nak buat muffin dia..tapi bila p kedai bahan-bahan kek..takde lak bekas muffin yang mama berkenan..heheheeh. Postpone le jawabnya.


Mukhriz bising..Mama buat apa? tu apa? adoi..sakit kepala nak jawab soalan dia. Mama buat kek abang ke? hehehehe mama abang lapar..nak makan..maknanya..bila nak siap ni..nak makan le mama..hhahahahaha. Adoi ni baru sorang. Belum si Marsya lagi..mau riuh dibuatnya..

Cerita Intan pun dah habis...hehehhe.. apa lagi nak p tidur le..mengantuk dah..Mukhriz pun dah lena diulit intan dalam bilik..hehehehe. Penat berjalan je hari ni..mama pun dah letih..Oklah kawan-kawan next time la sambung cerita..hehehe . Mata dah mengantuk teramat. Wassalam...

0 comments:

Post a Comment

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India