DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Tuesday, December 23, 2008

Marissa & Mukhriz Danial


Mukhriz ni selalunya dgn budak perempuan dia tak nak geng, tapi dgn marissa leh lak dia main lari-lari la..hehehe tlg Marissa pasang jingsaw puzzle..walau pun ntah apa je dia buat..still nak tolong..heheheh.

Sama tinggi, sama berat, umur je berbeza..tapi tak kisah le Marissa yang pasti sihat.. Mukhriz ni memang daripada lahir dah besar..3.89kg. Kawan-kawan sama umur dengan dia still comel je..dia tinggi semacam..mama & ayah dia comel je..hehehe.

Mukhriz ni bila la nak pandai cam Marissa? erm..yang dia tau menari & menari je le kerja dia..hehehe..Takpe lah lewat sikit..take time.

P/S ~>> Iena...ni dah tunaikan janji masukkan pic Marissa & Mukhriz Danial eeh..hehehe.

Thursday, November 27, 2008

Nursing Cover


Kelakar lak snap mcm ni, hentam je la..Memula dok pk benda apa le nak cover time nak bg bf kat tempat public ni..Nak beli online macam mahal je..hehehhehe, kedekut sungguh le mama ni. So pe lagi surf le kat internet...terjumpa la
" Free Pattern to Sew Your Own Nursing Cover " Apa lagi, study le macam mana nak buat, berapa meter nak guna..hehehe yard? pe susah convert je guna converter kat internet de kan.

Bgtau hb, mama nak buat r nursing cover ni, senang sikit kalau berjln2 kat public..tak semua shopping complex de tempat untuk menyusukan baby kan.Hb cakap, kalau mama tau buat, kita beli kain je..heheheheh mama cari le "English Cotton"...lupa la rm berapa semeter, beli time offer kat Gulati's (Plaza Angsana)..Saje beli 1.5meter, balance leh buat benda lain. Kain putih tu guna 1 meter je rm4.80. Beli kain ni semua bln lepas. Disebabkan tak cukup masa untuk membuatnya..so terperap le kat dlm almari.


Okla, ni pattern tali yg mama buat, mama tak reti r nak ikut mcm dalam link tadi tu.. kelakar kan , bedal je r...asalkan jadi. Patutnya guna "D rings", malas nak p kedai jual peralatan jahit. Guna je r besi kat baju lama..yg memang dah tak digunakan. Terlebih kreatif le ni..hehehehe. Kelakar jadinya.


Jahitan untuk tepi kain..heheheh ok le tu kan..Asalkan tak terburai benang kain sudah view depan & belakang..kemas tak? hehehehe ok le tu kan, untuk first time jahit "nursing cover".


Bahagian belakang "Nursing cover", disebabkan tak expert...mama jelujur dulu setiap penjuru kain tu.


Bahagian hadapan...okle kan corak tu hb yang pilih, mama memang berkenan yang lain...ni macam hutan rimba je..hehehehehe. Hb de cakap..kalau mama pandai buat, lepas ni 5 helai pun leh buat lagi..eheeheheh..Nak request corak yg colourful lak le..mesti menarik kan.


Akhirnya menjadi gak "nursing cover", sepatutnya leh siap dlm 1 jam je kot..ni makan masa 2 hari...hehehehe. Bz dok layan bebudak ni, teruja bila dah siap tunjuk kat hb..hehehe dia senyum je. Mama tanya..terer tak mama dah buat dah..Dia tetap senyum..kuikuikui, habis le lepas ni kena tunaikan janji dia..hehehehe. Mama nak tuntut ni...lagi 2 helai... "Nursing cover". Moh p cari kain kat Jakel, Nagoya, Gulati's...siap sedia yer..

Friday, November 21, 2008

WALL - E


Dapat gak WALL - E, senyap le dia kejap...suka sgt..tapi lepas tu soalan dia "Mama, takde lagu pun?","takleh tekan pun?". Adoi, ingatkan ok dah..tapi still tak puas hati...heheeheh. Birthday Mukhriz nanti mama belikan..ok? Bukan xleh beli sekarang..nanti sekpejap je jahanam.. Dapat doll ni, takde dah bunyi..."sayang adik mama, sayang adik". "mama sok beli eh"..hahahahhaha. Asal nak tidur je tu je le ayat dia, bangun tidur pun sama.


Ni lah robot idaman Mukhriz, RM199.90 kalau tak silap kat Jaya Jusco Tebrau City. Hari-hari dok layan citer "WALL - E". Nak bagi dia tidur..buka je citer ni..heehehehe. La ni bangun je peluk WALL - E.. sayang betul kat WALL - E dia. Layankan je la. Asalkan tak menganggu kerja mama sudah.


Petang ni nak p City Square kalau jadi la..nak p tengok robot gak..hehehe. Kopak le duit mama hari ni kalau dia nak gak robot tu..uhuhuh tolong.hehehhehe. Asimo Goodies Moh p beramai-ramai tengok robot..Layankan Mukhriz je ni..pasal suka sangat dengan robot. Marsya tak tau le mcm mana nanti..ni dok minta mama nak jam kat KFC..uhuhuh tolong.. semua dia nak..So jangan lalu depan KFC le..hehehe. Jahatnya mama ni..Kesian Mukhriz.

Thursday, October 30, 2008

Doodle Pro


La ni pantang nampak mama nak snap picture Marsya..dia pun dok sibuk nak bergambar juga..mcm-mcm gaya dia buat..uhuhu. Nak jadi model gaknya dak Mukhriz ni..hehehe. Xtvt harian Mukhriz...menyanyi, menari, menyakat Marsya, merajuk..uhuhuh (paling mama tak gemar), tidur.. & minum susu lebih 5 botol...lagi-lagi dah dapat botol susu baru..makin le kuat dia nak menyusu..hahahaha.




Ni time dapat gadgets baru..bukan main lagi dia menconteng..mahal gak benda ni..macam membazir je r..tapi daripada guna marker pen or pencil..lagi le kes naya..mau dia conteng dinding rumah nanti..hehehe.

My Sweets Little Princess ~MARSYA~


Sekarang Marsya dah dapat sesuaikan masa tidur dengan masa tidur mama. Payah juga bila masa kita tidur dia dok berjaga. Marsya la ni suka sangat kalau dengar suara Mukhriz..hehehe, mesti dia senyum or sahut semula.

Last month check up berat marsya 4.1kg, hopefully nanti 2nd check up naik le lagi..nak kena inject tu..uhuhuh. Harap-harap dia tak meraung-raung sangat. Time Mukhriz nangis sikit je ..pastu dia diam. Syukur al-hamdulillah setakat ni Marsya membuang dengan baik, walaupun 4 hari sekali..tapi untuk baby yang fully breastfeeding takde problem, melainkan kalau minum susu formula tu..memang kena le bawa jumpa doktor.

Mula-mula dapat adik, macam-macam perangai dak Mukhriz buat..suruh halau adik le..cubit adik le..uhuhuh. Mungkin dia rasa diri dia dah terabai..tu yang buat perangai macam-macam. Asal balik daripada rumah mak, mesti dia cakap ayah nak nalds..a.k.a Mc Donalds..kekadang layankan..kekadang buat tak tau je..hehehe. Sekarang ni mukhriz dah makin ok, cuma suka sangat merajuk..aduh...payah betul le..layan budak manja ni..hehehe

Monday, October 20, 2008

Accident

Dalam dok bercerita dgn hb, tunggu lampu hijau...tetiba dengar detum..huhuhuh. Hb cakap apa tu..adoi..ours car. Baru semalam citer pasal kawan hb kena langgar belakang. Ni kitaorg lak kena.. nasib baik le kereta kitaorg jarak jauh dengan kereta depan tidak..aduh ...depan belakang hancur.

Hb cakap atok tu baru beli kereta tu 3 bulan beli..autonya..b4 this guna manual..jadi mungkin dia gabra ke apa..tak tau le..dah tu nak p haji lak..cian atok tu..dugaan sungguh.. Khalif Ramon, dugaan sungguh ni nak balik Kluang..uhuhuh.




La ni hb p buat report balai, lepas tu nak p check up Marsya takut apa-apa kan..uhuh. dugaan. Doakan yer Marsya tak pe-pe. Risau gak ni ..dah le Marsya baru 50 hari lahir.

Mukhriz duduk belakang time xcident tu..cuak mama, nasib takde apa-apa kat Mukhriz..uhuhu. Dugaan ni sungguh.

Tuesday, October 7, 2008

Marsya Nur Damia


Lama tak update blog ni..since pregnant..macam malas je memanjang. Untuk semua..ni lah permata hati zura yang 2nd..lahir pada 1 ramadhan (1 september 2008), 11.33pm, 3.05kg. Syukur al-hamdulillah, kelahiran kali ini sama macam kelahiran pertama, masa sakit tak lama...berkat guna "SALINDAH".Selepas dibincangkan..dapat le nama "MARSYA NUR DAMIA ".

Marsya ~> Subur, Menghijau
Nur ~> Cahaya
Damia ~> Kebijakan, keberkatan

Maksud daripada nama ni dapat daripada buku "Amalan ketika mengandung & setelah bersalin serta panduan menamakan bayi".

Proses berpantang..macam yang lain juga..bertungku, berurut,mandi lulur, mandi air daripada daun-daun. Kali ni ambil 5 hari untuk bertungku & berurut dengan Pn.Siti.. best woo dia urut..Lepas 40 hari tak tau lagi ambil berapa hari..heheeh, lum discuss lagi ni. Hope dapat le buat 2 hari. Pernah gak try tempat lain..aduh..tak de rasa la..boring je. Kali ni beli product Nona Roguy...memang berbaloi sangat..

Lepas berpantang ni ..proses buat spa lak..Tapi kat rumah je la..nak p spa..kopak lak duit. Marsya setakat ni siang memang kuat sangat tidur..time 12.00am - 3.30am dia dok celik..jenuh le nak layan..dah le mata mengantuk..hahahaha. MUkhriz lak..tak habis2 nak usik adik dia..jenuh le dok menjerit marah kat dia.

Dah bertambah ahli keluarga..makin sibuk la jadinya..terkejar-kejar nak siapkan segala...uhuuhuh. Masa diaorg tidur le leh siapkan ..Mukhriz kerja dia dok sepah-sepahkan mainan je..adoi sakit jantung bila tengok. Ada je kerja dia buat..Kalau senyap semua orang pelik mana le p budak..tau2 le ..kalau senyap tu..mesti tidur tak pun buat project suruh mama dia menjerit marah kat dia..



Ingatan tulus ikhlas : Azura, Yazid, Mukhriz Danial & Marsya Nur Damia


Thursday, June 12, 2008

Sotong Goreng Kunyit


Bahan-bahan :~

Sotong secukupnya
Bawang besar |dihiris
Bawang putih |dihiris
Lada merah |dihiris
Lada hijau |dihiris
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

cara :
1. Tumis bahan-bahan yang dihiris sehingga naik bau.
2. Masukkan sotong, masak seketika.
3. Masukkan serbuk kunyit & garam secukupnya.
4. Siap untuk dihidang.


Salah satu menu fav mama...kuikuikuikui..easy & simple. Selalu beli kat kedai...jadi apa lagi..try sendiri lak..hehehhehe nak membeli dah siap dapat tak banyak kan..lagi le sekarang semua dah naik..masak sendiri banyak dpt makan..hehehehe, lagi2 dok pregnant ni selera makan membuak-buak..

Tapi takleh nak makan selalu kang bisa-bisa lak badan. Mukhriz suka kuah dia je...uuhuhuhu..ntah apa-apa je budak tu..hehehehe. Tapi syukur sgt Mukhriz jenis tak cerewet makan. Semua dia bedal. Fav menu dia asam pedas, asam rebus, sup ayam, sup kentang, ikan terubuk (ni leceh sikit pasal..kena buang tulang-tulang kecil kat ikan tu), mee rebus haji wahid, mee sup, nasi lemak, mashed potato, roti bakar..apa lagi eeh..tapi yg pasti dia semua makan apa yang mama masak. Harap-harap 2nd baby ni pun mcm Mukhriz..tidak mesti leceh nak kena masak benda lain..hehehehe.

Seri Kaya


Sumber : Sarah Sayang

Bahan-Bahan

1/2 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati (1)
1 1/2 cawan santan (2)
2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air (3)
1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan (4)

Cara

1. Campur semua bahan ikut turutan…(1), (2), (3) dan (4)
2. Masak dengan api sederhana panas dan kacau hingga pekat/mendidih.(lebih kurang 20 minit)

* boleh dapat lbh kurang 500 ml sekaya
* nak wangi, boleh letak daun pandan
* Kalau tidak biarkan warna asli saja.
* Kalau gula hangus hitam maka pahitlah nanti seri kayanya.
* nak letakkan perisa pandan pun boleh jugak
* boleh guna brown sugar jika tidak mahu manis sangat.



Campur semua bahan ikut turutan…(1), (2), (3) dan (4)



Masak dengan api sederhana panas dan kacau hingga pekat/mendidih



Siap untuk disapu pada roti bakar


~>> Best bila buat sendiri.. macam makan kat "Kluang Station", Fresh lagi..bau dia memang best sangat. Mukhriz pun suka makan seri kaya ni...mama buat dua adunan...separuh bekas tu bagi kat mak wan Mukhriz ye r banyak benar..hehehehe.

Nak kata manis...ok la...sesedap rasa...lama gak nak tunggu pekat betul-betul..heehhheehe, disebabkan angin rajin tiba tu yang membuat..Tak sama rasa mcm kita beli dlm botol kat kedai tu..rasa tak fresh & mesti letak bahan pengawet segala.. 5 star mama bagi utk resepi ni...mudah & sedap dimakan...Yummy!!

Wednesday, June 11, 2008

The Bodyshop & Dutch Lady 123 Honey


Sales sebenarnya dah lama habis..malas nak update blog nye pasal ler ni..semua tak update..hehehehe, Tetiba kemaruk nak membeli....hb lak bg green light..Best gak guna produt ni..time sales je r leh beli..tidak adoi..hehehhehehe. Gedebuk gak habis rm350++ membeli semua tu..hehehehe. Thanks sangat kat hb tolong belikan eeh.. Mukhriz lak suka benar bodywash strawberry tu..apa-apa berkaitan dgn strawberry dia nak..adoi..pelik sungguh...ntah apa yang dia suka kat strawberry pun mama tak tau..suruh makan buah strawberry tak nak lak. Ni semua gara-gara p "Cameron Highlands" le ni..segala strawberry..uhuhuhuhu


Stock Susu untuk Mukhriz..la ni kuat sangat minum susu, 1 hari mesti 4 botol dia minta..hehehehe, dpt le beg comel tu, itupun lepas putar roda impian tu..kuikuikuikui..Mama lak kemaruk nak kumpul Kung Fu Panda, Mukhriz pun suka sangat..la ni dok kumpul Happy Meal's nye je r..heehhe Tupperware nye mama baru beli yg set sandwich nye je..hb ada bgtau nak beli lain-lain set tu....





Hb belikan mama Cd Ustaz Akhil Hayy & Sheila Majid..heheheh, ok le tu...best gak suara Ustaz ni..tapi mama lagi suka suara Ustaz Asri..heheheh ntahle..memang Ustaz Asri the best r..alunan dia best je bila dengar.. Sheila Majid tu best gak..tapi bila dengar mcm mengantuk je..kuikuikuikuikui...

Salindah & Examo CKM500


SALINDAH

Ibu-ibu hamil yang bijak akan memilih Salindah sebagai pemakanan dan rawatan dari awal kehamilan sehingga habis pantang . Ini kerana Salindah adalah terdiri daripada rumusan Homeopati , Biokimia dan Herbalisme yang istimewa. Ianya amat membantu ibu - ibu melahirkan si manja dengan lebih mudah.

Salindah juga diperkaya dengan Kalsium , Kalium , Ferum dan Magnesium untuk menjadikan ibu - ibu hamil lebih sihat dan si manja kelihatan lebih comel, cergas dan pintar. Malahan membantu pertumbuhan gigi dan tulang si manja anda menjadi lebih kuat.

Perhatian! Pengambilan Salindah adalah tidak memberikan kesan sampingan kepada ibu - ibu akan lebih berkeyakinan sepanjang tempoh hamil dan Salindah selamat digunakan

Faedah dan Kelebihan Salindah.

Sebelum Bersalin

B1 - Membantu melegakan deman panas, selsema batuk ,bengkak sendi, sakit kepala, dan menambah darah bagi orang yang pucat.

B2 - Membantu mengatasi masalah kurang selera , menambahkan darah dan sakit tulang. Ia juga boleh diamalkan sebagai rencana pemakan tambahan bagi wanita yang sudah menaglami menopaus untuk masalah kereputan tulang .

B3 - Membantu mengatasi masalah sukar untuk tidur , pelupa malas dan perasaan takut - takut.

B4 - Membantu wanita mengatasi maslah meroyan lama, senggugut dan sakit kepala berdenyut.

B6 - Membantu mengatasi bengkak sendi, sengugut, penyakit keputihan(lukorea) dan memulas dalam perut.

Selepas Bersalin


L7 : Luka, calar - dibuat basuhan dan kompres.

L8 : Sakit kepala, deman garing, bisul, sakit bila menelan, bisul sedang menjadi, sakit mata merah, sakit gigi berdenyut, bengkak-bengkak merah, darah hidung, merancau dan menjerit.

L9 : Lebam, terpukul, kesan terkehel, bisul, lemah badan, sakit pinggang, sakit kesan angkat berat, mulut/nafas berbau, letih lesu, tambah tenaga, hidung berdarah,cirit berdarah memulas, suara parau banyak bercakap dan mimpi gerun kisah kematian.

L 10 : Kekuatan gigi longgar, kuatkan umbi rambut dan kulit pecah.

L11 : Boleh digunakan sebagai tonik biasa untuk sesisi keluarga


Kenapa EXAMO-CKM 500?

EXAMO-CKM 500 adalah sejenis makanan yang memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental, takut, cemas, runsing, memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. Ia dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan, menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak.

EXAMO-CKM 500 juga merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia yang menyuburkan otak dengan menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan aksodendritik pada sel neuron otak.

Rumusan EXAMO-CKM 500 juga mengandungi garam tisu biokimia triturat Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap.

Bagaimana EXAMO-CKM 500 bertindak?

Tubuh yang sihat dan bertenaga boleh melakukan pelbagai kerja. Apabila tenaga yang digunakan maka makin berkuranglah tenaga tersebut. Bila mana tenaga berkurangan, timbullah keadaan-keadaan seperti:

1. Lesu
2. Lapar
3. Mengantuk
4. Sengal otot dan sendi
5. Lapar dan dahaga
6. Marah-marah
7. Tidak dapat meneruskan kerja

Untuk menghilangkan maslah tersebut, tenaga dapat dipulihkan. Bagaimana tenaga dapat dipulihkan?

Menurut kajian, ada 3 cara bagi memulihkan tenaga:

1. Memberi semangat dan peransang
2. Beristirehat
3. Makan dan minum

Memberi Semangat Dan Peransang

Seorang pelumba jarak jauh (Marathon) akan menjadi letih dan tidak bermaya selepas berlari beberapa kilometer, tetapi apabila diberi perangsang dengan tepukan orang ramai, maka bertambahlah semangat dan kekuatannya untuk meneruskan larian. Demikian juga dalam kehidupan kita yang lain.

Beristirehat

Dengan cara beristirehat tenaga yang hilang dapat dipulihkan.

Makan dan minum

Makan dan minum boleh memulihkan tenaga yang digunakan. Apa yang harus dimakan?

Bagaimana Dengan Otak?


Demikianlah pula dengan otak. Otak yang sihat dan bertenaga boleh melakukan kerja seperti berfikir dan mengingat. Bila otak melakukan kerja-kerja ringan seperti membaca, mengira dan menulis, ia cuma melibatkan penggunaan tenaga yang sedikit sahaja. Bila mana pula ia melakukan kerja-kerja berat seperti membuat analisis, merangka strategi dan sebagainya, maka sudah tentulah banyak tenaga yang digunakan.

Bila tenaga otak telah digunakan, maka kian berkuranglah tenaga itu. Apabila tenaga itu berkurang, maka timbullah keadaan-keadaan seperti:

* Perasaan gementar, cemas dan bimbang
* Bersifat pesimis dan bersikap negetif
* Kurang keyakinan terhadap diri sendiri
* Selalu letih dan tidak bertenaga
* Sering diganggu kesedihan tidak menentu
* Serabut fikiran dan kelesuan otak
* Lemah daya berfikir dan rasa malas
* Mudah lupa dan rasa jemu
* Kurang daya tumpuan

Bagaimana Cara Untuk Memulihkan Tenaga Otak?

Seperti mana tenaga fizikal, otak juga perlu dipulihkan melalui 3 cara iaitu:

1. Memberi semangat dan perangsang
2. Beristirehat
3. Makan

Memberi Semangat Dan Perangsang

Kaedah psikologi sering digunakan untuk membantu guru membaiki prestasi pelajarnya. Kaedah memberi semangat dan rangsangan daripada orang yang dihormati dan disayangi biasanya dapat memberi daya dan tenaga dalaman untuk bangkit dan terus maju.

Beristirehat

Bila sudah banyak bekerja menggunakan otak, dengan beristirehat akan dapat memulihkan sedikit tenaga otak. tetapi hasil kajian menunjukkan otak terpaksa terus bekerja walaupun tubuh dalam keadaan berehat.

Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Prof Dr Samuel dan rakan-rakannya dari Institut Weismann di Israel, didapati pada satu ketika, otak melakukan antara 100,000 hingga 1,000,000 tindakbalas elektrokimia. Oleh itu, otak sebenarnya kurang dapat berehat.

Makan

Sebagaimana tubuh, tenaga otak juga memerlukan makanan. Makanan otak digelar nutrien saraf.

Namun ada pendapat mengatakan kecerdasan akal seseorang bergantung pad bilangan sel neuron di otak. Dengan kata lain, kalau otak itu banyak sel neuron, maka cerdaslah (tinggi I.Q) orang itu dan kalau sedikit neuron, maka kurang cerdaslah (rendah I.Q) orang itu.

Kecerdasan Akal

Kecerdasan akal (I.Q ) seseorang tidak bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Saintis menganggarkan terdapat antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel neuron dalam otak.

Prof Pyotr Anokin dari Rusia dan rakan-rakan penyelidikannya mendapati bilangan neuron bukanlah faktor yang menentukan tinggi atau rendahnya tahap kecerdasan akal seseorang.

Menurut penyelidikan beliau, yang mempengaruhi kecerdasan akal seseorang ialah jumlah hubungan (connections) yang dibentuk oleh ramisaraf dendrit (dendritic fibres) di neuron. Otak yang cerdas adalah otak yang banyak membentuk hubungan atau jalnan di antara ramisaraf-ramisaraf dendrit.

Untuk membentuk hubungan atau jalinan yang banyak, otak itu mestilah mempunyai banyak ramisaraf. Bagaimana orang yang kurang cerdas? Bagaimana dia mampu menggalakkan pertumbuhan ramisaraf dendrit otak?

Kajian Prof Mark Rosenweig dari U.C.L.A dari Amerika Syarikat, menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok yang boleh menggalakkan pertumbuhan ranting-ranting dengan memberikan zat makanan dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupai ranting-ranting pokok itu pun boleh digalakkan tumbuh subur dengan memberikan zat makanan yang disebut nutrien saraf. Nutrien saraf merupakan zat khusus untuk tujuan menggalakkan ramisaraf dendrit tumbuh subur.

Menurut Dr W.H Schuessler, seorang pakar biokimia bangsa German menyatakan bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zat tertentu untuk dapat berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau zat yang sesuai untuk otak ialah jenis garam tisu biokimia. Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan makanan, maka Prof. Dr Azizan Hj Ismail telah berjaya merumuskan sejenis rumusan iistimewa untuk otak yang diberi nama EXAMO-CKM 500.

EXAMO-CKM 500 adalah zat atau nutrien yang dapat menyuburkan otak. EXAMO-CKM 500 dirumus mengandungi nutrien saraf kalsium posfat, kalium posfat dan magnesium posfat yang merupakan zat penggalak bagi menyuburkan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron otak. Di samping itu, EXAMO-CKM 500 adalah merupakan nutrien saraf yang diperlukan untuk memulihkan tenaga otak bagi mendapatkan kesempurnaan fungsi otak, berfikir, mengingat dan sebagainya.

Kesan Kegunaan EXAMO-CKM 500


1. Meningkatkan kecerdasan akal
Penyelidikan Prof. Pyotr Anokin, menunjukkan bahawa kecerdasan bergantung kepada kesuburan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron. EXAMO-CKM 500 merupakan baja penyubur.
2. Memulihkan tenaga mental
Tenaga mental dalam bentuk elektrik. Sumber bekalan elektrik otak daripada kimia. Neurotransmisi melibatkan neurotransmiter yang terdiri daripada ion-ion K, Mg, Na, Ca, CI dan lain-lain.
3. Membasmi masalah lupa
Lupa terjadi apabila maklumat yang diperlukan pada waktu itu tidak dapat dikeluarkan daripada simpanan. Fenomena kesesakan lalulintas maklumat dalam otak perlu ada laluan maklumat baru dan perbanyakkan sistem ramisaraf dendrit.
4. Lain-lain kegunaan
Dapat membantu semua masalah yang melibatkan otak dan saraf:
1. Payah tidur
2. Migrain
3. Lelah
4. Kanak-kanak degil
5. Orang pendiam, malu, takut dan pemarah
6. Gangguan mimpi ngeri
7. Pesakit jiwa atau mental

Kemungkinan Kesan Ringan (Minor Adverse Reaction):

1. Rasa mengantuk
Akibat pemindahan getaran saraf dari beta ke alfa ke teta ke delta. Getaran rendah bagus untuk ingatan.
2. Pening kepala, tekanan darah rendah

EXAMO-CKM500 ~~>> PEREMPUAN HAMIL

Makanlah sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh bersalin. Makan 4 biji 3 kali setiap hari.

Bayi & Kanak-kanak
Mengekalkan perkembangan minda dan sahsiah. Mengurangkan keresahan dan ragam tangis. Mempercepatkan berjalan dan bertutur. Mengayakan perbendaharan kata dengan cepat. Makan 3 kali sehari.


Cara Makan:

Dikemam dalam mulut.

Bayi (kurang 1 tahun) .................................... 1 biji
Kanak-kanak (2-7 tahun) ................................ 2 biji
Kanak-kanak (8-14 tahun) ............................... 3 biji
Dewasa (15 tahun ke atas) ............................. 4 biji

Minggu pertama .......................................... 3 kali sehari
Minggu ke-2 dan ke-3 .................................... 2 kali sehari
Minggu ke-4 dan seterunya ............................. 1 kali sehari

Lama tak update blog...hehehee, bukan apa..mcm angin malas tu tinggi benar ..Saje nak kongsi apa yang mama guna time pregnant ni, Masa pregnant Mukhriz mama memang guna Salindah...Thanks sangat kat kawan yang syorkan, tidak mama memang tak tau le apa-apa pasal salindah ni... Masa pregnant Mukhriz mama memang takde problem apa-apa..bengkak-bengkak kaki ke...cergas sentiasa kot..hehehehe, masa nak labour pun tak ambil masa yang lama...syukur alhamdulillah ...2nd baby ni harap-harap takde apa-apa masalah...Ada juga dengar orang kata tak bagus...mungkin tak serasi..or tak ikut cara pemakanan yang betul. Kawan mama pun wife dia guna salindah ok je..ntah le..mama memang tak ambil pusing orang kata tak bagus tentang salindah ni..sebab mama dah guna... & tau kebaikannya...hubby pun cadangkan makanan salindah untuk 2nd baby ni. Walaupun bila tengok harga ramai kata mahal..tapi rasanya berbaloi ..sebab dari awal pregnant hingga dalam pantang.. Wan mama pun cakap bagus siap suruh mak su mama guna..hehehhe dah selamat dah dipos ke Bandar Baru Bangi.. Semoga dia pun dapat kebaikan daripada salindah ni.

Mama & Mukhriz memang guna Examo setakat ni nampak gak perkembangan Mukhriz..cepat gak mengikut & ingat apa yang kita ajar..Hubby guna gak Jitra Tablets & Diafood...heheheeh hubby cakap bagus untuk sakit-sakit kaki dia. Setiap bulan mesti ada stok untuk hubby ni... Mak mama pun dah start guna Diafood..dia pun cakap nampak gak kesan...kurang sikit sakit-sakit kaki.

Pemakanan tetap kena jaga juga walaupun kita mengambil apa-apa product..heheheheh, tu mama selalu cakap kat hubby, kesihatan penting sangat..kalau dah sakit-sakit semua kerja tak berjalan dengan lancar.

Sunday, April 6, 2008

Fruits & Vegetables Benefits



* Apples - Protects your heart, prevents constipation, Blocks diarrhea, Improves lung capacity, and Cushions joints

* Apricots
- Combats cancer, Controls blood pressure, Saves your eyesight, Shields against Alzheimer’s, Slows aging process

* Artichokes
- Aids digestion, Lowers cholesterol, Protects your heart, Stabilizes blood sugar, Guards against liver disease

* Avocados - Battles diabetes, Lowers cholesterol, Helps stops strokes, Controls blood pressure, Smoothest skin

* Bananas - Protects your heart, Quiets a cough, Strengthens bones, Controls blood pressure, Blocks diarrhea

* Beans
- Prevents constipation, Helps hemorrhoids, Lowers cholesterol, Combats cancer, Stabilizes blood sugar

* Beets - Controls blood pressure, Combats cancer, Strengthens bones, Protects your heart, Aids weight loss

* Blueberries - Combats cancer, Protects your heart, Stabilizes blood sugar, Boosts memory, Prevents constipation

* Broccoli - Strengthens bones, Saves eyesight, Combats cancer, Protects your heart, Controls blood pressure

* Cabbage
- Combats cancer, Prevents constipation, Promotes weight loss, Protects your heart, Helps hemorrhoids

* Cantaloupe
- Saves eyesight, Controls blood pressure, Lowers cholesterol, Combats cancer, Supports immune system

* Carrots
- Saves eyesight, Protects your heart, Prevents constipation, Combats cancer, Promotes weight loss

* Cauliflower - Protects against Prostate Cancer, Combats Breast Cancer,Strengthens bones, Banishes bruises, Guards against heart disease

* Cherries - Protects your heart, Combats Cancer, Ends insomnia, Slows aging process, Shields against Alzheimer's

* Chestnuts - Promotes weight loss, Protects your heart, Lowers cholesterol,
Combats Cancer, Controls blood pressure

* Chili peppers - Aids digestion, Soothes sore throat, Clears sinuses, Combats Cancer, Boosts immune system

* Figs - Promotes weight loss, Helps stops strokes, Lowers cholesterol, Combats Cancer, Controls blood pressure

* Flax - Aids digestion, Battles diabetes, Protects your heart, Improves mental health, Boosts immune system

* Garlic - Lowers cholesterol, Controls blood pressure, Combats cancer, kills bacteria, Fights fungus

* Grapefruit - Protects against heart attacks, Promotes Weight loss, Helps stops strokes, Combats Prostate Cancer, Lowers cholesterol

* Grapes - saves eyesight, Conquers kidney stones, Combats cancer, Enhances blood flow, Protects your heart

* Green tea - Combats cancer, Protects your heart, Helps stops strokes, Promotes Weight loss, Kills bacteria

* Honey - Heals wounds, Aids digestion, Guards against ulcers, Increases energy
Fights allergies

* Lemons - Combats cancer, Protects your heart, Controls blood pressure, Smoothes skin, Stops scurvy

* Limes - Combats cancer, Protects your heart, Controls blood pressure, Smoothes skin, Stops scurvy

* Mangoes - Combats cancer, Boosts memory, Regulates thyroid, aids digestion
Shields against Alzheimer's,



* Mushrooms - Controls blood pressure, Lowers cholesterol, Kills bacteria, Combats cancer, Strengthens bones

* Oats - Lowers cholesterol, Combats cancer, Battles diabetes, prevents constipation, Smoothes skin

* Olive oil - Protects your heart, Promotes Weight loss, Combats cancer, Battles diabetes, Smoothes skin

* Onions - Reduce risk of heart attack, Combats cancer, Kills bacteria, Lowers cholesterol, Fights fungus

* Oranges - Supports immune systems,Combats cancer, Protects your heart, Straightens respiration

* Peaches - prevents constipation, Combats cancer, Helps stops strokes, aids digestion, Helps hemorrhoids

* Peanuts - Protects against heart disease, Promotes Weight loss, Combats Prostate Cancer, Lowers cholesterol, Aggravates, diverticulitis

* Pineapple - Strengthens bones, Relieves colds, Aids digestion, Dissolves warts
Blocks diarrhea

* Prunes - Slows aging process, prevents constipation, boosts memory, Lowers cholesterol, Protects against heart disease

* Rice - Protects your heart, Battles diabetes, Conquers kidney stones, Combats cancer, Helps stops strokes

* Strawberries - Combats cancer, Protects your heart, boosts memory, Calms stress

* Sweet potatoes - Saves your eyesight, Lifts mood, Combats cancer, Strengthens bones

* Tomatoes - Protects prostate, Combats cancer, Lowers cholesterol, Protects your heart

* Walnuts - Lowers cholesterol, Combats cancer, boosts memory, Lifts mood, Protects against heart disease

* Water - Promotes Weight loss, Combats cancer, Conquers kidney stones, Smoothes skin

* Watermelon - Protects prostate, Promotes Weight loss, Lowers cholesterol, Helps stops strokes, Controls blood pressure

* Wheat germ - Combats Colon Cancer, prevents constipation, Lowers cholesterol, Helps stops strokes, improves digestion

* Wheat bran - Combats Colon Cancer, prevents constipation, Lowers cholesterol
Helps stops strokes, improves digestion

* Yogurt - Guards against ulcers, Strengthens bones, Lowers cholesterol, Supports immune systems, Aids digestion



Nutrient Information


Fruits and vegetables are sources of many vitamins, minerals and other natural substances that may help protect you from chronic diseases. Some of these nutrients may also be found in other foods. Eating a balanced diet and making other lifestyle changes are key to maintaining your body's good health.

Fiber

Diets rich in dietary fiber have been shown to have a number of beneficial effects including decreased risk of coronary artery disease. Excellent vegetable sources:
navy beans, kidney beans, black beans, pinto beans, lima beans, white beans, soybeans, split peas, chick peas, black eyed peas, lentils, artichokes

Folate*

Healthful diets with adequate folate may reduce a woman's risk of having a child with a brain or spinal cord defect. Excellent vegetable sources:
black eyed peas, cooked spinach, great northern beans, asparagus

Potassium

Diets rich in potassium may help to maintain a healthy blood pressure. Good fruit and vegetable sources:
sweet potatoes, tomato paste, tomato puree, beet greens, white potatoes, white beans, lima beans, cooked greens, carrot juice, prune juice

Vitamin A
Vitamin A keeps eyes and skin healthy and helps to protect against infections. Excellent fruit and vegetable sources:
sweet potatoes, pumpkin, carrots, spinach, turnip greens, mustard greens, kale, collard greens, winter squash, cantaloupe, red peppers, Chinese cabbage

Vitamin C
Vitamin C helps heal cuts and wounds and keep teeth and gums healthy. Excellent fruit and vegetable sources:
red and green peppers, kiwi, strawberries, sweet potatoes, kale, cantaloupe, broccoli, pineapple, Brussels sprouts, oranges, mangoes, tomato juice, cauliflower

Good sources: These foods contain 10 to 19 percent of the Daily Value per reference amount.

Excellent sources: These foods contain 20 percent or more of the Daily Value per reference amount.

Monday, March 10, 2008

Penang

~:: Peta penang ::~



~:: Penang Bridge ::~




1st time sampai Penang, pergh jauhnya dari Johor Bahru. Sakit pinggang woo. Nasib baik le tidur kat Teluk Intan, kalau dari Johor Bahru terus ke Penang pengsan gak. Pepagi around 8.30am terus ke Penang, Sampai around 11.00am bawa pengantin p rumah mak andam..lepas tu melilau kitaorang cari tempat makan.. nampak Giant, terus singgah cari foodcourt, makan dulu...lapar nak tunggu 2.00pm majlis bertandang...heheheh.



~:: Batu Ferringhi ::~




~:: Laksa Penang ::~


Pemandang di Batu Feringhi, memang cantik sangat air laut tu..best betul lepak jap kat sini sambil makan laksa penang. Sorry eeh Khalif ours cuti-cuti Malaysia tertangguh le jawabnya..kitaorg dah p dulu...hehehehe, cuti-cuti yang tidak dirancang langsung ni. FIl bgtau pagi..petang terus bertolak.. mau tak penat mama ni, dah le hari sebelum tu p kluang hantar moyang mukhriz..traffic jam drpd tol skudai sampai le sedenak..uhuhuh sakit woo pinggang, pastu hubby keluar ikut Sedenak guna laluan lama..lega sikit tak banyak kereta pun. Lepak woo...




~:: Pemandangan dari dalam feri ke jeti ::~

Pemandangan terakhir kat Penang, lepas tu p rumah paksu Razak kat Taiping lak..heehehe. Sesekali dapat bercuti direct terus ke Taiping. Ntah bila le dapat bercuti lagi.

Penang memang best untuk bercuti banyak tempat yang boleh dilawati, mama just sempat ronda-ronda je..takde singgah mana-mana sangat rush nak p Taiping..lak lepas tu. Beli le freezer magnet utk mama nye fridge..hehehe tu le hobby latest mama ni. Next time p negeri lain-lain cari benda tu je r..

Baju Melayu


Baju melayu pertama Mukhriz, mama saja belajar jahit baju melayu untuk budak lelaki..yelah kan ada anak lelaki, pas ni kalau ada anak perempuan mama jahit lak baju anak perempuan..heheheh. Tak nak le orang kata fulltime housewife yang dok melepak je tak mengisi masa lapang dengan benda-benda berfaedah.. Sekurang-kurang terisi juga masa yang ada dengan menjahit dll.

Mama belajar jahit tulang belut dengan Moyang Mukhriz..heehhe okla tu, 1st time belajar. Lepas ni mama jahit lagi baju melayu Mukhriz .. next time mama try lak jahit baju hubby ... kalau rajin le.. kalau beli dah siap adoi mahal betul.. lain le kalau kaya ok le semua beli je kat butik..hehehe tapi mama lagi suka jahit sendiri. Rasa kepuasan bila menjahit.. baju kurung banyak jahit sendiri.. cuma raya tahun lepas je angin malas melanda beli kat kedai je..heeheheh.


~:: Tulang belut ::~


Thanks sgt kat hubby belikan mama mesin jahit & oven elektrik..hehehehe, dia tau mama suka benda-benda mcm ni..kalau lain-lain tu mama tak kisah sgt asal ada sudah..heheehhe.

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India