Lama tak update blog ni..since pregnant..macam malas je memanjang. Untuk semua..ni lah permata hati zura yang 2nd..lahir pada 1 ramadhan (1 september 2008), 11.33pm, 3.05kg. Syukur al-hamdulillah, kelahiran kali ini sama macam kelahiran pertama, masa sakit tak lama...berkat guna "SALINDAH".Selepas dibincangkan..dapat le nama "MARSYA NUR DAMIA ".
Marsya ~> Subur, Menghijau
Nur ~> Cahaya
Damia ~> Kebijakan, keberkatan
Maksud daripada nama ni dapat daripada buku "Amalan ketika mengandung & setelah bersalin serta panduan menamakan bayi".
Proses berpantang..macam yang lain juga..bertungku, berurut,mandi lulur, mandi air daripada daun-daun. Kali ni ambil 5 hari untuk bertungku & berurut dengan Pn.Siti.. best woo dia urut..Lepas 40 hari tak tau lagi ambil berapa hari..heheeh, lum discuss lagi ni. Hope dapat le buat 2 hari. Pernah gak try tempat lain..aduh..tak de rasa la..boring je. Kali ni beli product Nona Roguy...memang berbaloi sangat..
Dah bertambah ahli keluarga..makin sibuk la jadinya..terkejar-kejar nak siapkan segala...uhuuhuh. Masa diaorg tidur le leh siapkan ..Mukhriz kerja dia dok sepah-sepahkan mainan je..adoi sakit jantung bila tengok. Ada je kerja dia buat..Kalau senyap semua orang pelik mana le p budak..tau2 le ..kalau senyap tu..mesti tidur tak pun buat project suruh mama dia menjerit marah kat dia..

Ingatan tulus ikhlas : Azura, Yazid, Mukhriz Danial & Marsya Nur Damia
0 comments:
Post a Comment