DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Tuesday, October 2, 2007

Mee Hailam


Bahan A :
Bawang putih
Bawang merah
Cili kering kisar
Sos tiram
Kicap cair
Kicap pekat
Garam secukupnya
Stok daging

Bahan B:

Sotong
Udang
Daging

Bahan C :
Lobak merah
Putik jagung
Sawi

Bahan D :

Tepung Jagung
Air

Cara :
1.Tumis bawang putih + bawang merah sehingga naik bau. Masukkan cili kering & pecah minyak.
2. Masukkan stok daging, kicap pekat, kicap cair & sos tiram.
3. Masukkan daging & seterusnya udang dan akhir sekali masukkan sotong.
4. Masukkan lobak merah & putik jagung. Akhir sekali masukkan sawi.
5. Garam secukup rasa.
6. Masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.


Tetiba semlm hubby request berbuka hari ini nak makan mee hailam. Memang favourite mama & Mukhriz Danial sesangat. Nak kata pandai sangat memasak tak juga. Memang suka sangat mencuba sesuatu yang baru..nak-nak bab masak memasak ni. Heheehhe sape yang duduk dengan mama mesti berisi..tapi diri sendiri tak naik-naik.Heheheehhehe.

Every day selalu mama tak masak dok membeli kat bazaar ramadhan. Sepatutnya bulan ramadhan ni lah kena rajin memasak..ni sudah terbalik. Bukannya apa setakat makan bertiga ni hubby cakap beli je lah..hehehehe betul-betul rehat bulan ramadhan ni. Cuma project biskut raya je tak start lagi ntah bila nak start. Tertangguh-tangguh nak p Perling Indah Enterprise ni. Harap-harap tahun ni takde le membeli sampai rm350++.


Menu Bazaar Ramadhan Bandar Baru Uda


Kalau nak beli lauk-pauk ni..kena p beli around 4.00pm..kalau dah 5.00pm tinggal balance je..heheehhe. Jadi nak rasa, kena p cepat-cepat, tidak telan air liur je lah jawabnya.


Menu Bazaar Ramadhan Jaya Jusco Tebrau City & Foodcourt


Menu time dok sibuk cari baju raya..hehehehehe. Settle semua baju untuk semua. Lepas ni takde pening-pening nak p pilih baju. Tahun ni shopping awal-awal lagi..hehehehehe. Tinggal nak buat biskut raya je ni...uhuhuhuh. Harap-harap angin "R" datang..tidak last minute le buat biskut raya. Walau pun electric oven dah dapat..mood biskut raya tak sampai lagi..hehehehe sorry ya . Next time mama masukkan mana-mana resepi yang dibuat. Untuk Ramon..insyaallah ada punya tapau biskut raya untuk ko...We friends ma..hehehehehe. Don't Forget Us udahle...bila dah berkahwin nanti.

0 comments:

Post a Comment

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India