Bahan A/
110 gm mentega
1/2 sdb shortening
50 gm gula kastor
1/2 sdk esen kopi ~ tukar esen vanilla ~
1/2 bj kuning telur
Bahan B/
110 gm tepung gandum
25 gm nestum [kisar]
1 sdb coffeemate
35 gm tepung ubi
20 gm serbuk badam
Bahan Hiasan/
serbuk roti putih [breadcrumb]
coklat masakan
Cara-cara:-
1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan.
3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan.
4. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit.
5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti putih.
Disebabkan baca kat forum feedback mcm best je ..jadi apa laie..try..jgn tak try..hehehehe. Adik cakap sedap..Disebabkan cari esen kopi takde tukar esen vanila..ok gak rasa dia..lagi pun rumah ni takde sape suka kopi..tu yg malas nak p cari esen kopi.
Untuk kawan-kawan meh try..sedap..heheeheh . Ramon..bg feedback eeh..sedap ke dak tu..dah dpt 1 bekas comel..hehehe.
Mama letak sikit badam cincang..baru best..hehehehehehe. Saje nak perabihkan stock badam yang banyak ni..hehehehehe. Next time nak try buat biskut lain lak..Mukhriz Danial tukang makan..heheheeheheh.
0 comments:
Post a Comment