Saturday, March 8, 2008
Mengundi Tanggungjawab Kita
7:42 AM
Unknown
No comments
Mengundi tanggungjawab kita, tapi sesetengah orang menganggap remeh tentang mengundi. Kita patut tentukan siapa yang patut memimpin negara. Tempat untuk menyemak " SEMAKAN DAFTAR PEMILIH " pun ada orang masih tidak tahu...sedangkan kita sudah maju ada internet & selalu keluar dalam media-media elektronik & masa. Mengapa masih ada orang bersikap demikian? Rugi jadi anak "MALAYSIA", kalau kita tidak mahu pergi keluar mengundi. Fikir-fikirlah....
Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya. Namun demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi. Selain dari itu, waktu membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah. Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya seperti:-
1. Tarikh mengundi;
2. Lokasi tempat mengundi;
3. Waktu mengundi di semua tempat mengundi;
4. Lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi.
Marilah mari , kita mengundi. Jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.
0 comments:
Post a Comment