DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Wednesday, March 5, 2008

My Sweet's Garden

Bunga-bunga rose ni semua mama beli kat Cameron Highland, time beli tu belum mekar lagi..masih kudup lagi.. Harap-harap le pokok ni hidup lama..ada baca kat forum..some people beli bawa turun drpd Cameron je mati..setakat ni syukur alhamdulillah masih hidup pokok-pokok ni..hehehehehe.

Rose Putih



Rose Jingga



Rose Pink


Ni antara pokok-pokok berdaun hijau & pokok bunga mama dok tanam..Ada pokok bunga baru beli tu nama dia "MELATI" harum je bau dia..heheheheh, hari tu ada le dia berbunga kejap..pastu musim hujan je..dia tak berbunga lak..harap-harap lepas ni berbunga le hendaknya, Ni dok kemaruk nak cari benih "JAPANESE ROSE", mana le nak cari ni..heheheeh, Bunga Bawakali pun cantik, tapi payah nak berbunga...itupun baca forum..tentang bunga-bunga ni. Time p nursery hari tu ada gak nursery tu cakap pasal bunga harum sundal malam ke apa, lupa lak nama dia..memula nak beli gak, kemaruk nak tanam bunga..heehhe, hubby cakap awak test dulu bunga "MELATI" tu kalau jadi berbunga nanti saya beli awak bunga-bunga lain pula..heheheh, semangat ni.

Harap-harap berbunga le dia..hehehehe, Mama beli tanah & sabut kelapa sekali pasal tak cukup tanah kat rumah...pasu besar banyak dah.. Apa lagi ni le xtvt mama time malas nak update blog.. Sabut kelapa tu kalau tak silap supaya air tak cepat kering kat tanah, jadi takde le dok nak kerja siram pokok memanjang...hehehe tapi bila dah letak nampak bersih je kat pasu tu..takde le nampak tanah-tanah lagi.


Kalau Mak Wan Mukhriz tengok ni mesti terperanjat..mana taknya zaman anak dara mana ada suka nak tanam pokok-pokok bunga, jangan harap le mama nak p siram pokok bunga Mak Wan Mukhriz..heehhehe, pemalas betul time tu..suka tengok je .. lelebih takde..kalau bab buat biskut memang tak yah disuruh, tapi bila mama buat cookies mesti ada suara sumbang cakap...ye ke ko buat ni..adoi lemah betul semangat Den..Den buat le..mana ada beli kat kedai.hehehhe, Berguru dengan tauke cookies wooo...makan tahun tau..tolong dia berniaga time bulan puasa.

Harap-harap le angin "M" tak melanda, tidak kes buat naya kat pokok-pokok je..tanam tak reti jaga..heheehhe, 2 minggu sekali mama letak le baja daun or baja bunga.. Sembur racun hama..hehehehe. Mama pun tau bab-bab pokok ni tau..bukannya main hentam je..tu le gunanya forum, walaupun just jadi pemerhati...banyak ilmu tentang tumbuh-tumbuhan mama dapat. Thanks kat semua yang bagi tips tentang tumbuh-tumbuhan ni.

0 comments:

Post a Comment

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India