DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Tuesday, January 30, 2007

Menguruskan demam anak-anak

Sumber : Pa & Ma ~* Ogos, 2006 *~

Langkah-langkah membantu si manja merasa lebih cepat iaitu :~

_* Beri si manja minum banyak air *_
Demam meningkatkan kehilangan air dalam badan. Demam yang berpanjangan boleh mengakibatkan penyahidratan atau kekurangan air dalam badan.

_* Bantu si manja berasa selesa *_
Pakaikan si manja dengan baju daripada fabrik nipis dan ringan yang membolehkan peralihan udara. Menjaram atau meletakkan tuala sejuk di atas dahi si manja boleh mengurangkan demam. Pakaian longgar daripada fabrik yang ringan dan tuala sejuk yang diletakkan di bawah lengan atau pangkal paha boleh menyokong keberkesanan ubat menurunkan suhu badan.

_* Jangan paksa si manja makan *_

Orang yang demam umumnya tidak begitu berselera makan. Biarkan si manja menentukan bila dan apa yang ingin dimakan.

_* Timbangkan pemberian ubat *_
Adalah selamat untuk menggunakan paracetamol seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Paracetemol boleh membantu membuat kanak-kanak lebih selesa dengan mengurangkan demam dan melegakan pelbagai kesakitan atau ketidakselesaan fizikal lain yang dialaminya.

Apakah yang perlu anda lakukan
Penggunaan pelega kesakitan dan ubat demam secara selamat. Baca label atau arahan pada botol atau risalah yang disediakan dalam kotak. Label atau risalah ini menjelaskan tentang :


a. Kekuatan atau kepekatan produk.
b. Bagaimana dan bila anda patut menggunakan produk.
c. Berapa banyak yang perlu diambil dan berapa lama.
d. Bila anda patut mendapatkan nasihat doktor.
e. Cara terbaik untuk menyimpan ubat.

Fakta-fakta mengenai demam
~+ Suhu badan normal biasanya 37 darjah celsius.
~+ Ukuran suhu badan anak-anak kecil biasanya diambil menerusi bawah lengan (ketiak) atau telinga. Ukuran suhu badan yang diambil dibawah lengan adalah 0.5 darjah lebih rendah daripada suhu yang diambil menerusi telinga.
~+ Demam yang tinggi tidak semestinya menandakan keseriusan penyakit.
~+ Demam dialami oleh kanak-kanak sihat yang sembuh dalam tiga atau empat hari tidak seharusnya menimbulkan kebimbangan.

0 comments:

Post a Comment

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India