Wednesday, February 14, 2007
Biskut Tintan Kelapa ~MAKLANG~
5:35 PM
Unknown
No comments
Bahan-bahan :
1 cwn kelapa kering
1 cwn gula
1 cwn butter
1 biji telur (ambil kuning)
1 1/4 cwn tepung gandum
1 cwn tepung beras
1 cwn tepung sagu/ubi
1 sb baking powder
1 sb esen vanila
pewarna hijau (jika suka)
sedikit kismis utk hiasan
Cara :
1.Pukul butter+gula hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur, pewarna hijau, esen vanila dan kelapa.
3. Masukkan campuran tepung tadi, dan uli.
4. Canaikan dan terap ikut suka.
Dok kemas-kemas bahan-bahan biskut, bahan-bahan untuk biskut tintan kelapa ni pun cukup. Apa lagi...laju le kayuh basikal..hehheheheeh..p buat biskut ni..Sempena 'Chinese New Year' ..buat kudap-kudapan time Wan & Alang nak dtg..Kalau malas..segalanya tak nak buat..heheehhehe..Banyak lagi biskut kena buat ni..pasal nak habiskan segala stok yang ada..Sok semperit pandan utk Mukhriz & Isabelle..request dari lepas raya sampai la ni tak buat-buat..Masa tak cukup..Mukhriz lasak..Sekarang ni buat pun time dia tidur..cepat-cepat ke dapur..siapkan bahan-bahan yang diperlukan..kalau dia dah bangun..jawabnya dia pun dok sibuk buat biskut...acuan mama habis dia dok main...~* apa-apa aje la..Mukhriz *~
0 comments:
Post a Comment