Friday, February 16, 2007
Biskut Pandan Klasik a.k.a Semperit Pandan
8:06 AM
Unknown
No comments
Sumber : SAJI ~* Disember 2002 *~
Bahan (A) :
200 gm mentega
100 gm gula aising
1 biji kuning telur
1/4 tsp pes pandan
1/4 tsp pewarna hijau
Bahan (B) :
230 gm tepung gandum
40 gm tepung jagung
20 gm tepung kastad
Bahan hiasan :
Kuning telur, colour rice & coklat putih (Guna colour rice je..kurang suka coklat putih)
Cara :
1. Putarkan kesemua bahan A selama 3 minit, kemudian masukkan bahan B.
2. Gaul sebati, rehatkan sebentar.
3. Gunakan acuan semperit atau nastar, paip adunan.
4. Sapukan kuning telur pada permukaannya, bakar sehingga masak.
5. Celup bahagian hujung biskut dengan coklat putih, tabur colour rice.
6. Setelah coklat keras, barulah disimpan atau dihidangkan.
Biskut ni memang sedap...Mukhriz paling suka Semperit pandan ni, bg biskut lain..masih tunjuk biskut fav dia ni. Mama buat biskut lain bg dia cuba..tanya sedap tak..dia geleng kepala.. hahahahaha, "PANDAI BETUL"...dah geleng kepala..ketawa pula..comel sgt..hehehehehe. Majalah Saji ni antara majalah terawal mama beli..itupun sebab tengok x-bf nye mak beli majalah masak menimbun-nimbun..hehehehehe. Selak-selak helaian majalah ni ternampak la..Biskut Pandan Klasik ni...fav ni.."MAK NGAH" selalu buat tapi yang biasanya flavour. Ni la juga antara biskut terawal mama buat time anak dara & mendapat sambutan ramai..hehehehe. Time tu ada gak nak buat tempahan,mama tak confident le..hehehehe, makan sendiri sedap..tetiba buat untuk org tak sedap..heheehhe. Next Time mama nak buat Mama Caries..xtau le nak buat...tunggu aunty Mukhriz cuti..cerewet sikit biskut ni.
0 comments:
Post a Comment