DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Thursday, November 15, 2007

Zebra Cake


ZEBRA CAKE
Sumber: Jo's Deli Bakery

Menghasilkan 1 loyang 8" bulat

Bahan-bahannya
6 biji telur yang kecil
110 gram gula kaster
150 gram tepung kek
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar ovalette
100 gram mentega, dicairkan
30 gram susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla

2 sudu teh serbuk koko
3 - 4 sudu besar air
1 sudu teh coklat emulco

Hirisan badam/ badam cincang

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. Lenser dan salutkan tepung pada loyang bulat 8".
2. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
3. Pukul telur, tepung yang telah diayak, gula kaster dan ovalette dengan kelajuan tinggi selama 10 minit atau sehingga adunan tepung menjadi pekat dan kental.
4. Masukkan mentega cair, susu pekat manis dan esen vanilla dan putar menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan coklat pada satu bahagian.
6. Menggunakan sudu besar, sendukkan 3 sudu besar adunan plain pada tengah loyang dan kemudian 3 sudu besar adunan coklat. Selepas setengah adunan sendukkan 2 sudu besar dan kemudian seterusnya 1 sudu besar pada akhir aduanan habis. Mulakan dengan adunan plain dan akhirkan juga dengan adunan plain.
7. Taburkan dengan hirisan badam/ badam cincang dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 35 minit.
8. Biarkan kek sejuk selama 10 minit selepas dibakar dan kemudian boleh dikeluarkan dari loyang pembakar.

Nota:
1. Jangan gantikan susu pekat manis dengan susu segar/ UHT kerana ini akan membuat adunan tepung menjadi cair dan susah bila hendak melapis.
2. Air yang dicampurkan dengan serbuk koko dan coklat emulco boleh digantikan dengan susu segar.
3. Elakkan menggunakan tepung gandum/ tepung serbaguna, jika boleh. Bila memukul tepung pada kelajuan tinggi, gluten dalam tepung akan membina dan ini akan menyebabkan anda mendapat kek yang kenyal bila digigit.
4. Bila menggaul cecair coklat kedalam adunan, gaul satu arah pusingan dan jangan keterlaluan yang mungkin akan mengakibatkan adunan menjadi cair.
5. Sebaiknya mulakan dan akhir proses melapis dengan adunan plain.








Disebabkan terlebih rajin hari ini..mama buat zebra cake untuk mak su Mukhriz..Lama tak buat kek ni since last year..Mama buat 1 1/2 adunan untuk 1 loyang 9'. Sedap kek ni lembut je. Kalau sesiapa rasa mesti kata beli kat kedai kek..sebab lembut sesangat.


Sebelum ni selalu buat..tapi tak pernah ingat nak snap picture...Mukhriz pun bangun lambat jadi mama leh le snap picture Zebra cake ni. Kat rumah ni mama je lah suka makan kek..Mukhriz tak habis dengan roti jagung dia..hehehehe bila le mama nak cuba buat roti pula ye..tunggu dapat toys baru le pulak..heheeehe my dreams.."BREADMAKER"..

Thanks sangat kat hubby belikan mama elektrik oven tu..berguna sungguh.hehehehhee. Oven Gas tu jadi pusaka la..kesian dia..Next time guna gak buat bakar biskut ke..tapi suhu dia tu macam tak betul.

2 comments:

intansabreena said...

Bestnya zebra kek nie.Tengok aje dah buka selera...kalau dpt rasa, mesti lagi best kan...

Unknown said...

Sedap kak ..kek ni..lembut..gebu je..hehehe. Meh le try buat

Post a Comment

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India