1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sd besar mentega
* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.
Step 1 - Masukkan gula dalam kuali dan panaskan dengan api kecil
Step 2 - Bila gula dah cair dan agak kecoklatan, masukkan air panas sikit demi sedikit
Step 3 - Masukkan butter ke dalam gula tadi dan biarkan butter cair.Apabila cair bolehlah tutup api dan ketepikan
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila
Cara2:-
Pukul telur sampai kembang & pekat.
Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila
last kekali, masukkan gula hangus tadi.
Bakar selama 60 minit dengan suhu 160 '.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.
Step 1 - Pukul telur sampai kembang & pekat
Step 2 - Masukkan susu pekat ke dalam telur dan pukul sebati
Step 3 - Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu
Step 4 - Masukkan esen vanilla
Step 5 - Masukkan gula hangus
Step 6 - Perap selama 4 jam
Step 7 - Selepas diperap selama 4 jam, masukkan dalam loyang dan kacau sedikit supaya tepung tadi tidak mendap dan bolehlah dibakar dengan menggunakan api bawah dulu, lagi 5 minit hendak masak guna api atas sahaja
Step 8 - Bakar selama 60 minit dengan suhu 160 '
Inilah kek gula hangus yang memerlukan kesabaran..sebabnya kena perap lama tu.. 4 jam. Tapi mama perap 3 1/2 jam je.Mama guna acuan 8 inchi..cantik je bila keluarkan tu..Lagi satu acuan tu kena alas dengan kertas minyak supaya tak melekat kek tu nanti. Sedap kek ni..& confirm menjadi kalau ikut step by step. Mama bagi 5 star kat kek ni..Resepi ni mama ambil daripada forum cari. Macam-macam resepi mama belajar...walaupun jadi ahli mesyuarat tingkat je..hehehehehe
Bersarang betul kek ni..hehehehe. Tak manis sangat..secukup rasa betullah..kat rumah ni mama je yang suka makan..Hubby & Mukhriz Danial pun tak gemar..nasib baik le rumah mak dekat je..Adik-adik mama memang suka kek ni..heehehhehe. Next time mama nak buat lagi r..tapi tak bestnya kena makan sorang-sorang....uhuhuhuh.
Mukhriz cuma suka kek coklat, tart gulung & semperit pandan...heheehehhe. Ok le tu..at least dia makan ..apa yang mama dia masak..Sekarang ni Mukhriz makin berisi walaupun orang ramai kata dia nampak kurus..Mukhriz makin tinggi tu yang nampak kurus..Next month check harap-harap naik le berat dia lagi..ada gak mama kena attack dgn nurse..hehehe.
0 comments:
Post a Comment