Bahan-bahan:
Tepung gandum
Rempah kari / Ketumbar + Jintan
Bawang Putih blend ngan udang kering sekali
Minyak makan / sapi / marjerin ( panaskan. Untuk 1 kg tepung, dalam 4 / 5 senduk )
Garam secukup rasa + Air
Daun Kari tabur masa goreng
p/s : Kalau nak pedas, blend cili kering sikit..(mama letak cili serbuk je..senang sikit...heheheeheheeh)
Cara :
1. Satukan tepung gandum, rempah kari, ketumbar, jintan.
2. Masukkan minyak makan/sapi/marjerin ke dalam adunan tepung.
3. Masukkan bawang putih dan udang kering.
4. Akhir sekali masukkan air bersama garam secukupnya.
5. Gunakan acuan siput untuk membentuk kuih siput.
6. Setelah siap, bolehlah digoreng.
7. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
Cool Slideshows |
My Tips : Masukkan daun kari di dalam adunan kuih siput....lagi banyak lagi sedap..Daun kari digunting halus...ya. Favourite ayah Mukhriz ni..tapi mama letih la nak membuatnya. 1kg tepung..buat,5-6 habis dah..buat kudap-kudapan ayah time dok main games...uuuhhuhh.
0 comments:
Post a Comment