Bahan:
2 cawan tepung beras
3 1/2 cawan air gula merah (secukup manis) ..panas sikit..[1 cawan gula merah + 3 s/b gula biasa]
1/2 cawan air biasa ]
1/2 sudu kecil kapur ] bancuh dan tapis
Kelapa muda diparut gaul dgn sikit garam
Cara:
1. Bancuhkan tepung dgn air kapur yg ditapis.
2. Tuangkan air gula yang suam dan kacau rata.
3. Panaskan cawan kecil dalam kukusan.
4. Tapiskan adunan kedalan teko untuk memudahkan dituangkan kedlam acuan kecil.
5. Kukuskan kueh selama 15 minit.
6. Sejukkan kueh.
7. Cungkilkan perlahan dan masukkan kelapa parut .
TIPS :Kukus sebentar.. Kelapa muda parut, lebih tahan lebih lama...
TIPS :Kukus acuan lompang selama 10-15 minit, Lompang akan cantik lekuk macam di atas.
1st time buat ni...hehehhehehe..Mukhriz n mama dia memang suka sangat makan ni...hehehehehe..next time nak buat yang warna-warni lak la..tak pun perasa pandan. Tapi kat rumah ni tak ramai orang..sendiri la makan..hehehehe..tak gak naik2 badan ni...
Cool Slideshows |
Kuih Lompang Seri Pandan
sumber : SAJI
Bahan :
100 g tepung beras
50 g tepung ubi
180 g gula halus
6 helai daun pandan
1 sb air kapur
0.53 liter air
kelapa parut - digaul ngan garam
pewarna hijau
Cara :
-tepung beras + tepung ubi = diayak sama...masukkan 0.38 liter air dan kacau sebati
-tumbuk daun pandan sebelum dicampur dengan 0.15 liter air..ditapis dan satukan dengan gula dan air kapur = kacau biar sebati
-tuang dalam periuk semua adunan, masakkan sekejap <>2' dengan api kecil...angkat dan tapis.
-panaskan kukusan dan acuan...masukkan adunan dalam acuan dan kukus <>20'.
-dah siap tabur kelapa muda parut pada lompang.
0 comments:
Post a Comment