DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Friday, September 7, 2007

Nasi Dagang


NASI DAGANG TERENGGANU[NoorMasri]

Bahan-bahan:

4 cawan beras siam
1 cawan beras pulut
1 biji kelapa - jadikan (2 cawan santan cair & 1 3/4 cawan santan pekat)
3 ulas bawang merah - dimayang halus
2 cm halia - dimayang halus
3/4 sudu besar halba
1 sudu besar garam (paras rata)

Cara membuatnya:

Beras dibersih dan direndam dengan air selama lebih kurang 6 jam sebelum dikukus
Letak pengukus atas dapur dan masukkan air
Sementara itu, campurkan santan pekat dengan garam . Kacau hingga hancur garam tersebut.
Bila air di dalam pengukus menggelegak, masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak
Bila separuh masak, angkat nasi kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan santan cair keatasnya dan kacau hingga rata.
Kemudian masuk balik ke dalam pengukus, kukus sekali lagi hingga masak.
Bila masak, sekali lagi angkat masukkan ke dalam bekas besar tadi lalu siram dan gaulkan nasi dengan santan pekat, halba, halia dan bawang yang dimayang tadi.
Kacau sehingga rata dan sebati . Sedia untuk dihidangkan.

Nota: Jika lubang pengukus besar, utk mengelakkan nasi banyak gugur ke bawah bolehlah lapik dgn daun pandan/daun pisang sedikit.
(JANGAN lapik sehingga tertutup semua lubang nanti nasi lambat/tak masak pulak)



~: Ours Lunch Menu :~




GULAI IKAN NASI DAGANG [NoorMasri]



Bahan-bahan:

1 ekor ikan aya / tongkol yang sederhana besar (600 g)
2 sudu besar cili kering kisar } jika suka boleh tambah lagi
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang } byk dijual di Pantai Timur (kacau dgn sedikit air panas utk dijadikan pes)
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji kelapa – dijadikan 4 cawan santan
2 cm. halia
2 cm. lengkuas
4 keping asam gelugur
1 cm kunyit hidup
2 sudu besar gula melaka
5 - 6 biji buah belimbing buluh
10 biji cili kecil
1 sudu besar kerisik
garam dan serbuk perasa secukup rasa
5 sudu besar minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

Ikan dipotong berkeping-keping dibasuh dan dibersihkan
kemudian direbus dengan sedikit air
Masukkan garam dan 2 keping asam gelugur
Biarkan sehingga mendidih dan hampir kering airnya
Diangkat dan biarkan sejuk ( Boleh juga disediakan sehari lebih awal atau disimpan satu malam kemudian dibuat gulai )
Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit ditumbuk lumat
Panaskan minyak dan masukkan cili kisar diikuti dgn bahan yang telah ditumbuk lumat kemudian bila wangi dan agak garing masukkan pes rempah. Tumis sehingga pecah minyak
Masukkan santan. Kacau sehingga mendidih
Masukkan ikan yang telah direbus tadi, 2 keping asam gelugur dan gula melaka
Biarkan ia mendidih sehingga menjadi pekat sedikit
Masukkan cili kecil dan buah belimbing
Biarkan mendidih seketika baru diangkat




ACAR TIMUN NASI DAGANG [NoorMasri]



Bahan-bahan:

1 biji timun
1 biji cili merah }dimayang
1 biji cili hijau }dimayang
2 biji bawang merah } dimayang
1 batang lobak merah
4 sudu makan cuka
2 sudu gula atau secukup nya
Garam secukupnya

Cara membuatnya:

Timun dan lobak merah dipotong kecil memanjang lebih kurang 2.5 cm.
Campurkan bersama bawang merah, cuka, gula dan garam di dalam sebuah bekas
Kacau sehingga sebati dan rata
Biarkan kira-kira 15-20 minit baru dihidangkan.



~: Beras Nasi Dagang :~





Ni khas untuk kawan hubby yang baik hati...tolong mama dapatkan beras nasi dagang import dari Kelantan. Thank's eeh...Ada lagi balance beras tu tak tau le bila nak buat..heheheehe. Kalau rumah ni ramai org best leh buat macam-macam. Ni tinggal kami 3 beranak je..masak ringkas-ringkas je lah..hehehehe.





Xtvt seterusnya meracun lalang yang dah macam padi. hehehhehehe. Jangan marah ye tuan rumah...nanti kena jual. heheheheh. Harap-harap mati le lalang tu...cuaca memainkan peranan cukup penting..kalau hujan..hancur le xtvt meracun hari ni.

Lepas meracun kitaorg melepak makan roti canai..& seterusnya balik BBU. Tuan rumah bz ada trainning badminton & futsal. Jadi takleh le nak lepak lama-lama kat Pasir Gudang.hehehehehe. Thanks tuan rumah belanja makan roti canai.

2 comments:

abdul sharif said...

lalang tak mati la.. makin sihat.. ko pakai racun tikus ka.. atau ko meracun pakai baja bunga..

abdul sharif said...

lalang tak mati la.. makin sihat.. ko pakai racun tikus ka.. atau ko meracun pakai baja bunga..

Post a Comment

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India