DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Monday, August 31, 2009

“1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”



Pengistiharan Kemerdekaan
Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Stadium Merdeka



Bendera Malaysia buat pertama kali di naikkan pada 31 Ogos 1957

Malaysia oh tanah airku!

Malaysia oh tanah airku
Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta
Yang kupuja sepanjang masa

Sawahmu terbentang meluas
Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang
Tak jemu mataku memandang

Sungguh indah di Malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeriku Malaysia
Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia tanah airku



Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947.

Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52




Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua





Menilai Diri Di Bulan Kemerdekaan

Bulan ini bulan kemerdekaan. Sambutannya sudah mula di canang di seluruh negara. Pelbagai bakal program diadakan bagi mengisi bulan penuh makna ini. Mengibarkan bendera hinggalah ke perarakan, kemeriahannya jelas dirasakan.

Namun, apakah sambutan kemerdekaan ini cukup sekadar berpesta sebegini? Apakah erti kemerdekaan ini benar-benar sudah dihayati?

Erti kemerdekaan bagi golongan yang pernah dijajah amatlah tinggi. Menggenggam kemerdekaan ibarat bulan jatuh ke riba.

Jerit-perih pemimpin terdahulu mencapai kemerdekaan sangat dihargai. Kepayahan YM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, berulang-alik ke London, merundingkan kemerdekaan akhirnya terbalas dengan jaminan kemerdekaan oleh Kerajaan British. Bukan Tunku sahaja, tetapi di belakang beliau, beratus-ratus orang yang lain harus mendapat pujian di atas usaha membebaskan Tanah Melayu dari belenggu penjajahan.

Sayangnya kini, erti kemerdekaan sebenar kian luput. Bukan sahaja golongan �muda� tidak jelas kefahaman mereka tentang erti kemerdekaan tetapi terdapat juga golongan �tua� yang seakan lupa apakah makna kemerdekaan sebenar. Kemewahan dan kesenangan yang diperoleh kini melekakan kita akan hakikat kemerdekaan yang kita kecapi.

Tanyalah kepada golongan muda kini, apakah makna kemerdekaan kepada mereka. Pasti jawapannya longgar dan hanya sekadar meniru apa orang lain kata. Ini membuktikan bahawa penghayatan kemerdekaan masa kini hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.
Erti kemerdekaan kini tentulah tidak sama dengan zaman penjajahan dahulu. Ketika itu, kemerdekaan bermaksud membebaskan diri dari penjajahan. Apa yang mereka tuntut adalah agar Tanah Melayu itu diperintah oleh orang Melayu sendiri. Menyedari hakikat bahawa Tanah Melayu bukan sekadar dihuni oleh orang Melayu maka satu kerjasama antara orang Melayu, Cina dan India diadakan. Perjuangan sebagai satu pakatan ini lebih kukuh dan pastinya suara mereka lebih lantang dan berani.

Di dalam dunia serba moden kini, erti kemerdekaan pastinya berbeza. Jika dahulu mereka inginkan kebebasan, tetapi kini, tugas kita adalah untuk mengisi kemerdekaan tersebut.
Penulis berpendapat bahawa pengisian secara fizikal memang telah berjaya dilakukan. Apa yang tidak ada di Malaysia kini? Hampir semua yang dimiliki oleh bangsa maju telah ada di negara kita. Walaupun mungkin berbeza kualiti dan kuantitinya, namun kita sudah pun memiliki kemudahan setanding negara maju. Malahan, kita berpeluang pula untuk pergi ke negara-negara tersebut, melihat dan mempelajari teknologi mereka untuk diaplikasikan di negara ini.

Oleh itu, pengisian fizikal bukan lagi satu persoalan penting. Apa yang lebih penting adalah pengisian kerohanian di dalam kemerdekaan sebagai asas kemajuan negara. Asas ini kian pudar dan luntur dari hari ke hari. Usaha pengukuhan asas ini memang ada tetapi usaha itu agak longgar dan tidak konsisten.

Sering orang berkata bahawa �bangunan semakin tinggi tetapi nilai diri semakin rendah�. Lihat sahaja di sekeliling anda. Di mana-mana sahaja sampah dibuang merata-rata, golongan muda tidak menghormati golongan tua, dinding bangunan diconteng dengan kata-kata nista dan bermacam lagi.

Itu baru sedikit. Bagaimana dengan anak-anak yang didera keluarga sendiri, kes ketagihan dadah dan AIDS yang semakin meningkat, pembunuhan berlaku hampir setiap minit, gejala rasuah dan beribu-ribu masalah yang tidak terdaya ditulis di sini.

Apakah ini merdeka namanya? Jika inilah habuan yang diperoleh dari kemerdekaan yang ingin dicapai oleh pemimpin terdahulu, pasti pemimpin-pemimpin itu akan berasa begitu sedih. Mungkin inilah harga yang perlu dibayar dari pembangunan yang kita inginkan.

Penulis bukan anti pembangunan tetapi percaya bahawa satu masyarakat timur yang kaya dengan nilai-nilainya pasti dapat membangun mengikut acuannya yang tersendiri.

Oleh itu, sempena bulan kemerdekaan ini, eloklah kita berhenti sejenak dan menilai diri kembali. Tanyakan kepada diri sendiri, adakah kebebasan yang aku peroleh ini sudah diisi dengan sebaik mungkin? Jika jawapannya tidak, maka mulalah memperbaiki diri.

Pertama sekali, syukurilah nikmat kebebasan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Di dalam ayat 7, Surah Ibrahim, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, �Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: �Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras�.

Kemerdekaan merupakan satu nikmat dan anugerah Allah s.w.t. yang paling berharga, malahan bukan semua orang dapat memilikinya. Oleh itu, kemerdekaan sentiasa ditagih. Jadi, syukurilah nikmat kebebasan yang kita miliki ini.

Perkara kedua adalah untuk mengisi kemerdekaan. Kebebasan yang diperoleh ini perlulah diisi dengan input-input yang akan membina insan merdeka bukan sahaja fizikalnya tetapi yang lebih penting adalah merdeka mindanya.

Perkara yang paling utama adalah menjadikan rakyat Malaysia sebagai individu-individu mulia yang berpegang kuat kepada nilai hidupnya.

Hasrat ini boleh dicapai dengan menekankan kepada aspek pendidikan insan yang berterusan. Kemerdekaan yang kita peroleh ini sebenarnya membuka ruang yang seluas-luasnya untuk pengembangan ilmu di dalam pelbagai bidang.

Ilmu yang dipelajari juga boleh digunakan untuk membina kekuatan ekonomi sesebuah negara. Pada masa kini, jika sesebuah negara itu lemah ekonominya, maka negara tersebut bakal menjadi mangsa penjajahan yang paling rapuh.

Lihat sahaja kepada negara-negara Islam di dunia kini. Akibat kedudukan ekonomi mereka yang lemah, mereka begitu mudah dikotak-katikkan dan suara mereka diabaikan. Inilah penjajahan bentuk baru dalam dunia yang serba mencabar ini.

Selain ekonomi, kepintaran dalam bidang sains dan teknologi juga perlu dikuasai. Kemahiran yang tinggi dalam bidang ini merupakan satu senjata penting bagi menjamin kedaulatan sesebuah negara.

Akhir sekali, fahamilah erti kemerdekaan yang sebenarnya. Hayatilah perjuangan pemimpin lalu dan dengan itu kita akan dapat mengecap kenikmatan kemerdekaan yang kita miliki ini. Di samping itu, binalah perwatakan diri yang mulia sebagai salah seorang rakyat di sebuah negara merdeka. Kemerdekaan ini kemerdekaan kita, jangan sampai dirampas lagi.

***Setiap tahun kita menyambut hari kemerdekaan negara kita yang tercinta. Tapi adakah kita betul-betul faham erti kemerdekaan sebenar? Orang laung merdeka! merdeka! merdeka!..kita pun laungkan. Jika dahulu, Kemerdekaan adalah bebas dari penjajahan dan kita yang mentadbir negara kita tanpa campur tangan orang luar. Tapi kini konteks Kemerdekaan lagi meluas, bebas dari penjajahan minda dan cara hidup kita yang terikut-ikut budaya luar. Zaman sekarang cukup mencabar, sekiranya kita lalai dan leka, generasi kita akan lupa asal usul, budaya , adat resam dan erti kemerdekaan negara kita. Semangat nasionalisme & patriotik perlu dipupuk dari kecil lagi.

0 comments:

Post a Comment

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India