DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Sunday, July 26, 2009

Markisa


Markisa

Markisa ataupun nama saintifiknya Passiflora edulis merupakan sejenis tanaman dari genus Passiflora dalam famili passifloraceae. Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning (Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim).



Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an.




Ø Morfologi Pokok dan Buah

Markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi.



Di Malaysia, markisa dari varieti kuning mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm dan mempunyai berat dalam lingkungan 8 g. Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum.



Buah markisa boleh didapati sepanjang tahun tetapi puncak pengeluarannya ialah di antara bulan Disember hingga Januari dan Julai hingga Ogos. Indeks kematangan komersil untuk buah markisa adalah apabila buah tersebut jatuh dari tangkainya secara semulajadi. Maka barulah buah markisa tersebut boleh dituai. Ini selalunya berlaku selepas 75 hari selepas proses pendebungaan.


Ø Khasiat dan Kepelbagaiannya

Markisa merupakan buah yang berkhasiat. Secara puratanya komposisi buah markisa segar adalah seperti berikut:



Kulit 52%
Jus 34%
Biji 14%





Ini menunjukkan bahagian yang boleh dimakan adalah kira-kira 48% bagi setiap 100 g bahagian yang boleh dimakan markisa mengandungi:




75 g Air

2.2-2.5 g Protein

15-20 g Karbohidrat

2.5-3.5 g Kanji

0.75-1.5 g Lemak

0.6-0.8 g Abu

1.5-2.5 g Unsur Surih

500 i.u Vitamin A

1.8 mg Vitamin B Kompleks

20-30 mg Vitamin C

6.5-8.0 g Gula Penurun

1.5-3.0 g Gula Bukan Penurun




Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah manakala buah markisa kuning pula sesuai digunakan untuk penghasilan jus. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar,

perasa ataupaun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niacin, dan riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirap, kek, roti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan.


1st time makan buah ni..mcm ada rasa masam-masam manis..ada gak try semai benih dia..ada juga yang kawan hb bg..dah try tengok tadi..masih hidup..hehehe harap2 hidup la kan..leh tanam kat rumah lepas ni..hehehehe. Dengar citer mahal 1kg buah ni..tapi tak tau le.. Tak pernah jumpa lak..Cuma pernah nampak kat botol yogurt pic buah ni...hhehehe ciannya ketinggalan keretapi sungguh la mama ni.

0 comments:

Post a Comment

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India