DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Thursday, February 28, 2008

Penyelesaian Anak Cerewet makan



A- Anak anda mungkin cerewet makan kerana ikut cara anda atau suami isteri. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, daripada 27 peratus daripada mereka mempunyai ibu bapa yang turut cerewet memilih makanan.

B- Berikan anak snek yang berkhasiat pada waktu pagi dan petang selain daripada waktu sarapan, makan tengahari dan malam kerana mereka perlukan tenaga untuk aktiviti harian.

C- Cerewet makan ialah satu keadaan apabila kanak-kanak menolak sesetengah jenis makanan atau jadi takut untuk mencuba untuk mencuba sesuatu yang baru. Berdasar kajian perubatan, 20 peratus kanak-kanak berusia bawah 5 tahun cerewet tentang makanan yang akan mereka ambil dan kadang kala tabiat ini dibawa hingga ke alam remaja dan seterusnya dewasa.

D- Dalam usaha menggalakkan anak makan, jangan terlalu tegas. Lupakan sementara peraturan di meja makanan seperti jangan bersepah ketika makan atau jangan bercakap semasa makan.

E- Elakkan anak daripada minum terlalu banyak air sebelum waktu makan kerana boleh mengurangkan selera mereka.

F- Fikir alternatif terbaik untuk anak jika dia tidak sukakan sesuatu makanan itu. Misalnya, jika dia tidak gemarkan ayam, anda mungkin boleh berikan dia ikan kerana kedua-dua bahan makanan itu kaya dengan protein.

G- Galakkan anak makan sendiri dan bukan anda yang menyuapkannya. Lazimnya, kanak-kanak sekitar usia 18 hingga 20 bulan gemar untuk mencuba makan sendiri.

H- Hentikan daripada memaksa anak makan sesuatu yang dia tidak suka kerana kanak-kanak sama seperti orang dewasa, tidak suka dipaksa.

I- Ingatlah bahawa untuk menggalakkan anak makan, anda perlu sentiasa kreatif. Jika dia tidak sukakan sesuatu makanan itu kerana rasanya, cubalah campurkan makanan tersebut dengan sesuatu yang dia suka. Atau jika anak tidak sukakan rupanya, ubahlah cara anda hidangkan makanan tersebut.

J- jangan rasa marah, jika anak enggan makan. Sebaliknya cari jalan supaya dia makan makanan yang telah anda sediakan.

K- Ketauhilah bahawa saiz perut anak anda sangat kecil. Oleh yang demikian, janganlah memaksa dia untuk makan banyak.

L- Libatkan anak yang cerewet makanan dengan aktiviti memasak. Biar dia pilih sendiri makanan yang ingin dimakannya.

M- Memaksa anak menghabiskan makanan bukanlah satu langkah yang bijak terutamanya jika dia sememangnya tidak sukakan makanan tersebut. Seeloknya, ikutlah kehendak mereka kerana makan sedikit lebih baik daripada tidak makan langsung.

PA & MA MAC 2008

1 comments:

Anonymous said...

Attention!

Post a Comment

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India