DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Saturday, December 8, 2007

Siakap Tiga rasa



Hubby Cakap sedap 4 Star dia bagi..hehehehe. Cuma hubby dia tak suka halia mama hiris halus..heheheeh. Sorry boss. Next time mama tak hiris halus. Memula tu pening gak tetiba request nak siakap 3 rasa time bebaru kahwin mama buat tu..hehehe ntah mana le magazine tu mama letak..puas cari-cari tak jumpa last-last mama guna resepi dalam "Mingguan Wanita" 3-9 Mac 2006..heheheheh. Resepi Asal Baung 3 rasa mama tukar ikan je lain sama je...cuma mama tak letak le lobak merah dgn putik jagung tu...lupa nak suruh hubby beli..hehehe mama ganti tomato dgn nenas..Sedap..gak rasanya masam-masam. Mukhriz dok ratah ikan..heheehe. Tanya sedap tak mama masak..siap angguk kepala..heehhe. Baik betul dia bodek mama dia..heheehhe

Sesape nak cuba ni mama sertakan resepinya sekali...hehehehehe. Oklah Selamat mencuba. Mama nak bersiap-siap nak p ambik mug milo lupa nak ambil time beli kat UO hehehehee.

Bahan-bahan :
300 - 700 gram ikan siakap
2 biji bawang besar - dicincang halus
2 batang serai - diketuk
2 inci halia - dicincang halus
2 helai daun limau purut
5 biji cili padi - mama letak ntah berapa tak tau le..heeheh tak kira lak
4 sudu besar cili boh - mama guna cili kering kisar
4 sudu besar sos tiram/sos tomato
1 biji lobak merah
4-5 batang jagung muda
1/2 cawan tepung jagung
1 biji telur

Cara membuat :
1.Pecahkan telur ayam dan gaulkan bersama dengan tepung jagung. Lumurkan ikan siakap ke dalamnya lalu goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Kemudian panaskan minyak. Masukkan serai, bawang besar dan halia. Tumis hingga naik bau.
3. Kemudian, masukkan cili boh, sos tiram serta 1 1/2 cawan air serta lobak merah dan putik jagung. Kacau seketika. Setelah itu masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuahnya. Tuangkan atas ikan yang digoreng tadi.

2 comments:

Intan & Eddie said...

Ermm...bestnya.

A.Hart said...

I love siakap..........

http://gardenroses.blogspot.com

Post a Comment

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India