1 kilo kerang
5 ulas bawang merah>diblend
4 ulas bawang putih>diblend
1 labu bawang besar>diblend
7 tangkai cili kering(direndam dgn air panas sehingga lembut)>diblend
3 tangkai cili merah>diblend
8 biji cili api ( kalau nak lebih berapi masukkan lebih sikit- anak aye tak tahan pedas )>>diblend
3 batang serai (kasi lebih pun boleh)>dimayang/diracik halus
3 helai daun kunyit>diracik halus
1 biji telur >dipukul hingga hancur
1 1/2 sudu tepung jagung>untuk pekatkan kuah
sedikit sos tiram pedas/biasa
sedikit air
garam secukup rasa
gula secukup rasa.
minyak untuk menggoreng.
Cara membuatnya:
1. Tumiskan bahan yang diblend hingga wangi.
2. Masukkan hirisan serai. Kacau rata dan biarkan seketika hingga separuh garing
3. Masukkan hirisan daun kunyit. Kacau lagi
4. Masukkan telur dan kacau hingga telur masak
5. Masukkan sedikit air - anggaran cukup untuk kuah dan garam. Kacau
6. Masukkan sos tiram, sedikit gula. Kacau lagi
7. Masukkan tepung jagung dan kacau
8. Akhirnya masukkan kerang. Kacau hingga kerang masak.
Ni khas untuk Aunty iena Mukhriz..Jgn lupa try..sedap la..hehehe makan gitu pun sedap..makan dengan nasi panas pun sedap, makan dengan roti pun sedap.
Tauhu Lembut
Bawang putih (diblend)
Kicap cair
Minyak bijan
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Lada sulah
Cara membuatnya:
1. Tumiskan bahan yang diblend hingga wangi.
2. Masukkan air, kicap cair dan minyak bijan.
3. Tauhu jepun direndam dengan air panas dan ditoskan.
4. Letakkan tauhu lembut di dalam pinggan, curah kuah yang telah siap di atas tauhu.
5. Tabur daun sup & daun bawang, bawang goreng dan juga lada sulah secukup rasa.
1st time makan dekat Alamanda Putrajaya..hehehehehe, Sedap lak time tu...balik try buat...Mukhriz pun suka makan..taugeh pun leh gak celur dulu..lepas tu curah je kuah tu..siap..hehehehe sedapnya.
Iena..ni dah masukkan resepi cuba-cuba la ye..
0 comments:
Post a Comment