Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Tak sangka atok pergi buat selamanya, belum sempat mama berjumpa. Sedih teramat..takde siapa yang merasa apa yang mama rasa..amat-amat terkilan. Dua malam sebelum tu mama memang tak dapat tidur, tak tau kenapa..rasa berdebar-debar semacam, tetiba hari Jumaat, adik mama sms bgtau atok kat Taiping pergi buat selama-lamanya. Terkedu mama sekejap..memang semua orang tak sangka sebab arwah atok memang takde penyakit..meninggal pun sebab sakit tua. Mama ada cakap kat abah insyaallah raya ke nanti kita p melawat atok. Tapi Allah s.w.t lebih sayang padanya.
Arwah atok pergi buat selamanya pada hari Jumaat petang, selepas arwah suruh anak dia bacakan surah-surah dalam al-quran. Selesai membaca, anak dia cuba gerak arwah atok..tapi takde tindakbalas.. Rupa-rupanya arwah atok pergi buat selamanya masa mendengar surah-surah al-quran.
Al-Fatihah, semoga roh arwah atok ditempatkan bersama-sama orang-orang disayangi dan beriman. Walaupun mama tak berapa kenal atok dengan rapat, tapi daripada cerita-cerita daripada aunty..arwah atok seorang yang penyayang. Bila berlaku macam ni mama terfikir..selagi kita hidup dan masih bernafas, pergilah berjumpa dengan insan-insan yang kita sayangi selalunya. Bila sudah pergi buat selamanya..menyesal pun dah tak berguna. Mama memang terkilan sangat-sangat. Sekarang ni cuma dapat sedekahkan Al-Fatihah & yassin untuk arwah atok.
0 comments:
Post a Comment