I paket ibu roti kering (yeast)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu suam
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan lemak sayuran ( shortening)
5 cawan tepung kek
minyak sayuran untuk menggoreng
Taburkan ibu roti kedalam air suam dan biar kan selama 5 minit sehingga ia berbuih.
Didalam mangkuk besar, satu adunan ibu roti, susu suam, garam, lemak sayuran, gula dan 2 cawan tepung. Adun selama beberapa minit dengan kelajuan mesin yang sederhana. Masukkan baki tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi adunan yang lembut dan tidak melekit. Perap kan adunan didalam bekas yang sudah digris selama 45 minit sehingga adunan naik dua kali ganda.
Setelah adunan naik, gelekkan dan terap dengan menggunakan citak donuts setebal 1/2 inci. Tutup dengan plastic wrap dan biarkan ia naik sekali lagi. Selepas donut naik, boleh lah digoreng didalam minyak yang panas. Balik-balikkan dan angkat sambil ditoskan minyaknya. Hiasi lah ia mengikut kegemaran anda atau disira dengan gula sahaja.
0 comments:
Post a Comment