DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Wednesday, June 11, 2008

Salindah & Examo CKM500


SALINDAH

Ibu-ibu hamil yang bijak akan memilih Salindah sebagai pemakanan dan rawatan dari awal kehamilan sehingga habis pantang . Ini kerana Salindah adalah terdiri daripada rumusan Homeopati , Biokimia dan Herbalisme yang istimewa. Ianya amat membantu ibu - ibu melahirkan si manja dengan lebih mudah.

Salindah juga diperkaya dengan Kalsium , Kalium , Ferum dan Magnesium untuk menjadikan ibu - ibu hamil lebih sihat dan si manja kelihatan lebih comel, cergas dan pintar. Malahan membantu pertumbuhan gigi dan tulang si manja anda menjadi lebih kuat.

Perhatian! Pengambilan Salindah adalah tidak memberikan kesan sampingan kepada ibu - ibu akan lebih berkeyakinan sepanjang tempoh hamil dan Salindah selamat digunakan

Faedah dan Kelebihan Salindah.

Sebelum Bersalin

B1 - Membantu melegakan deman panas, selsema batuk ,bengkak sendi, sakit kepala, dan menambah darah bagi orang yang pucat.

B2 - Membantu mengatasi masalah kurang selera , menambahkan darah dan sakit tulang. Ia juga boleh diamalkan sebagai rencana pemakan tambahan bagi wanita yang sudah menaglami menopaus untuk masalah kereputan tulang .

B3 - Membantu mengatasi masalah sukar untuk tidur , pelupa malas dan perasaan takut - takut.

B4 - Membantu wanita mengatasi maslah meroyan lama, senggugut dan sakit kepala berdenyut.

B6 - Membantu mengatasi bengkak sendi, sengugut, penyakit keputihan(lukorea) dan memulas dalam perut.

Selepas Bersalin


L7 : Luka, calar - dibuat basuhan dan kompres.

L8 : Sakit kepala, deman garing, bisul, sakit bila menelan, bisul sedang menjadi, sakit mata merah, sakit gigi berdenyut, bengkak-bengkak merah, darah hidung, merancau dan menjerit.

L9 : Lebam, terpukul, kesan terkehel, bisul, lemah badan, sakit pinggang, sakit kesan angkat berat, mulut/nafas berbau, letih lesu, tambah tenaga, hidung berdarah,cirit berdarah memulas, suara parau banyak bercakap dan mimpi gerun kisah kematian.

L 10 : Kekuatan gigi longgar, kuatkan umbi rambut dan kulit pecah.

L11 : Boleh digunakan sebagai tonik biasa untuk sesisi keluarga


Kenapa EXAMO-CKM 500?

EXAMO-CKM 500 adalah sejenis makanan yang memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental, takut, cemas, runsing, memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. Ia dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan, menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak.

EXAMO-CKM 500 juga merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia yang menyuburkan otak dengan menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan aksodendritik pada sel neuron otak.

Rumusan EXAMO-CKM 500 juga mengandungi garam tisu biokimia triturat Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap.

Bagaimana EXAMO-CKM 500 bertindak?

Tubuh yang sihat dan bertenaga boleh melakukan pelbagai kerja. Apabila tenaga yang digunakan maka makin berkuranglah tenaga tersebut. Bila mana tenaga berkurangan, timbullah keadaan-keadaan seperti:

1. Lesu
2. Lapar
3. Mengantuk
4. Sengal otot dan sendi
5. Lapar dan dahaga
6. Marah-marah
7. Tidak dapat meneruskan kerja

Untuk menghilangkan maslah tersebut, tenaga dapat dipulihkan. Bagaimana tenaga dapat dipulihkan?

Menurut kajian, ada 3 cara bagi memulihkan tenaga:

1. Memberi semangat dan peransang
2. Beristirehat
3. Makan dan minum

Memberi Semangat Dan Peransang

Seorang pelumba jarak jauh (Marathon) akan menjadi letih dan tidak bermaya selepas berlari beberapa kilometer, tetapi apabila diberi perangsang dengan tepukan orang ramai, maka bertambahlah semangat dan kekuatannya untuk meneruskan larian. Demikian juga dalam kehidupan kita yang lain.

Beristirehat

Dengan cara beristirehat tenaga yang hilang dapat dipulihkan.

Makan dan minum

Makan dan minum boleh memulihkan tenaga yang digunakan. Apa yang harus dimakan?

Bagaimana Dengan Otak?


Demikianlah pula dengan otak. Otak yang sihat dan bertenaga boleh melakukan kerja seperti berfikir dan mengingat. Bila otak melakukan kerja-kerja ringan seperti membaca, mengira dan menulis, ia cuma melibatkan penggunaan tenaga yang sedikit sahaja. Bila mana pula ia melakukan kerja-kerja berat seperti membuat analisis, merangka strategi dan sebagainya, maka sudah tentulah banyak tenaga yang digunakan.

Bila tenaga otak telah digunakan, maka kian berkuranglah tenaga itu. Apabila tenaga itu berkurang, maka timbullah keadaan-keadaan seperti:

* Perasaan gementar, cemas dan bimbang
* Bersifat pesimis dan bersikap negetif
* Kurang keyakinan terhadap diri sendiri
* Selalu letih dan tidak bertenaga
* Sering diganggu kesedihan tidak menentu
* Serabut fikiran dan kelesuan otak
* Lemah daya berfikir dan rasa malas
* Mudah lupa dan rasa jemu
* Kurang daya tumpuan

Bagaimana Cara Untuk Memulihkan Tenaga Otak?

Seperti mana tenaga fizikal, otak juga perlu dipulihkan melalui 3 cara iaitu:

1. Memberi semangat dan perangsang
2. Beristirehat
3. Makan

Memberi Semangat Dan Perangsang

Kaedah psikologi sering digunakan untuk membantu guru membaiki prestasi pelajarnya. Kaedah memberi semangat dan rangsangan daripada orang yang dihormati dan disayangi biasanya dapat memberi daya dan tenaga dalaman untuk bangkit dan terus maju.

Beristirehat

Bila sudah banyak bekerja menggunakan otak, dengan beristirehat akan dapat memulihkan sedikit tenaga otak. tetapi hasil kajian menunjukkan otak terpaksa terus bekerja walaupun tubuh dalam keadaan berehat.

Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Prof Dr Samuel dan rakan-rakannya dari Institut Weismann di Israel, didapati pada satu ketika, otak melakukan antara 100,000 hingga 1,000,000 tindakbalas elektrokimia. Oleh itu, otak sebenarnya kurang dapat berehat.

Makan

Sebagaimana tubuh, tenaga otak juga memerlukan makanan. Makanan otak digelar nutrien saraf.

Namun ada pendapat mengatakan kecerdasan akal seseorang bergantung pad bilangan sel neuron di otak. Dengan kata lain, kalau otak itu banyak sel neuron, maka cerdaslah (tinggi I.Q) orang itu dan kalau sedikit neuron, maka kurang cerdaslah (rendah I.Q) orang itu.

Kecerdasan Akal

Kecerdasan akal (I.Q ) seseorang tidak bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Saintis menganggarkan terdapat antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel neuron dalam otak.

Prof Pyotr Anokin dari Rusia dan rakan-rakan penyelidikannya mendapati bilangan neuron bukanlah faktor yang menentukan tinggi atau rendahnya tahap kecerdasan akal seseorang.

Menurut penyelidikan beliau, yang mempengaruhi kecerdasan akal seseorang ialah jumlah hubungan (connections) yang dibentuk oleh ramisaraf dendrit (dendritic fibres) di neuron. Otak yang cerdas adalah otak yang banyak membentuk hubungan atau jalnan di antara ramisaraf-ramisaraf dendrit.

Untuk membentuk hubungan atau jalinan yang banyak, otak itu mestilah mempunyai banyak ramisaraf. Bagaimana orang yang kurang cerdas? Bagaimana dia mampu menggalakkan pertumbuhan ramisaraf dendrit otak?

Kajian Prof Mark Rosenweig dari U.C.L.A dari Amerika Syarikat, menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok yang boleh menggalakkan pertumbuhan ranting-ranting dengan memberikan zat makanan dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupai ranting-ranting pokok itu pun boleh digalakkan tumbuh subur dengan memberikan zat makanan yang disebut nutrien saraf. Nutrien saraf merupakan zat khusus untuk tujuan menggalakkan ramisaraf dendrit tumbuh subur.

Menurut Dr W.H Schuessler, seorang pakar biokimia bangsa German menyatakan bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zat tertentu untuk dapat berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau zat yang sesuai untuk otak ialah jenis garam tisu biokimia. Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan makanan, maka Prof. Dr Azizan Hj Ismail telah berjaya merumuskan sejenis rumusan iistimewa untuk otak yang diberi nama EXAMO-CKM 500.

EXAMO-CKM 500 adalah zat atau nutrien yang dapat menyuburkan otak. EXAMO-CKM 500 dirumus mengandungi nutrien saraf kalsium posfat, kalium posfat dan magnesium posfat yang merupakan zat penggalak bagi menyuburkan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron otak. Di samping itu, EXAMO-CKM 500 adalah merupakan nutrien saraf yang diperlukan untuk memulihkan tenaga otak bagi mendapatkan kesempurnaan fungsi otak, berfikir, mengingat dan sebagainya.

Kesan Kegunaan EXAMO-CKM 500


1. Meningkatkan kecerdasan akal
Penyelidikan Prof. Pyotr Anokin, menunjukkan bahawa kecerdasan bergantung kepada kesuburan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron. EXAMO-CKM 500 merupakan baja penyubur.
2. Memulihkan tenaga mental
Tenaga mental dalam bentuk elektrik. Sumber bekalan elektrik otak daripada kimia. Neurotransmisi melibatkan neurotransmiter yang terdiri daripada ion-ion K, Mg, Na, Ca, CI dan lain-lain.
3. Membasmi masalah lupa
Lupa terjadi apabila maklumat yang diperlukan pada waktu itu tidak dapat dikeluarkan daripada simpanan. Fenomena kesesakan lalulintas maklumat dalam otak perlu ada laluan maklumat baru dan perbanyakkan sistem ramisaraf dendrit.
4. Lain-lain kegunaan
Dapat membantu semua masalah yang melibatkan otak dan saraf:
1. Payah tidur
2. Migrain
3. Lelah
4. Kanak-kanak degil
5. Orang pendiam, malu, takut dan pemarah
6. Gangguan mimpi ngeri
7. Pesakit jiwa atau mental

Kemungkinan Kesan Ringan (Minor Adverse Reaction):

1. Rasa mengantuk
Akibat pemindahan getaran saraf dari beta ke alfa ke teta ke delta. Getaran rendah bagus untuk ingatan.
2. Pening kepala, tekanan darah rendah

EXAMO-CKM500 ~~>> PEREMPUAN HAMIL

Makanlah sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh bersalin. Makan 4 biji 3 kali setiap hari.

Bayi & Kanak-kanak
Mengekalkan perkembangan minda dan sahsiah. Mengurangkan keresahan dan ragam tangis. Mempercepatkan berjalan dan bertutur. Mengayakan perbendaharan kata dengan cepat. Makan 3 kali sehari.


Cara Makan:

Dikemam dalam mulut.

Bayi (kurang 1 tahun) .................................... 1 biji
Kanak-kanak (2-7 tahun) ................................ 2 biji
Kanak-kanak (8-14 tahun) ............................... 3 biji
Dewasa (15 tahun ke atas) ............................. 4 biji

Minggu pertama .......................................... 3 kali sehari
Minggu ke-2 dan ke-3 .................................... 2 kali sehari
Minggu ke-4 dan seterunya ............................. 1 kali sehari

Lama tak update blog...hehehee, bukan apa..mcm angin malas tu tinggi benar ..Saje nak kongsi apa yang mama guna time pregnant ni, Masa pregnant Mukhriz mama memang guna Salindah...Thanks sangat kat kawan yang syorkan, tidak mama memang tak tau le apa-apa pasal salindah ni... Masa pregnant Mukhriz mama memang takde problem apa-apa..bengkak-bengkak kaki ke...cergas sentiasa kot..hehehehe, masa nak labour pun tak ambil masa yang lama...syukur alhamdulillah ...2nd baby ni harap-harap takde apa-apa masalah...Ada juga dengar orang kata tak bagus...mungkin tak serasi..or tak ikut cara pemakanan yang betul. Kawan mama pun wife dia guna salindah ok je..ntah le..mama memang tak ambil pusing orang kata tak bagus tentang salindah ni..sebab mama dah guna... & tau kebaikannya...hubby pun cadangkan makanan salindah untuk 2nd baby ni. Walaupun bila tengok harga ramai kata mahal..tapi rasanya berbaloi ..sebab dari awal pregnant hingga dalam pantang.. Wan mama pun cakap bagus siap suruh mak su mama guna..hehehhe dah selamat dah dipos ke Bandar Baru Bangi.. Semoga dia pun dapat kebaikan daripada salindah ni.

Mama & Mukhriz memang guna Examo setakat ni nampak gak perkembangan Mukhriz..cepat gak mengikut & ingat apa yang kita ajar..Hubby guna gak Jitra Tablets & Diafood...heheheeh hubby cakap bagus untuk sakit-sakit kaki dia. Setiap bulan mesti ada stok untuk hubby ni... Mak mama pun dah start guna Diafood..dia pun cakap nampak gak kesan...kurang sikit sakit-sakit kaki.

Pemakanan tetap kena jaga juga walaupun kita mengambil apa-apa product..heheheheh, tu mama selalu cakap kat hubby, kesihatan penting sangat..kalau dah sakit-sakit semua kerja tak berjalan dengan lancar.

0 comments:

Post a Comment

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India