Cool Slideshows |
Bahan-bahannya :
75 gram tepung naik sendiri
60 gram tepung beras
1 camca besar tepung jagung
sedikit serbuk kunyit/ pewarna kuning
garam secukupnya
gula secukupnya (jika mahu)
sedikit air kapur (anggaran 1 sudu kecil - jangan terlalu banyak nanti pahit)
130 ml air
3 - 5 ketul ais (jangan terlalu banyak takut adunan cair)
Cara-caranya
Satukan bahan kering didalam mangkuk. Buatkan lubang di tengahnya, tuangkan air sambil gaul hingga sebati. Bila pekat dan boleh menyalut belakang sudu, biarkan bancuhan selama 10-15 minit. Pastikan minyak untuk menggoreng banyak dan cukup panas supaya pisang digoreng menjadi keemasan dan tidak menyerap minyak. Selepas bancuhan diperab untuk 10 - 15 minit dan minyak cukup panas, masukkan anggaran 3 - 5 ketul ais dalam adunan dan celup pisang dalam bancuhan dan terus goreng. Insyallah pisang akan menjadi ranggup
walaupun telah sejuk.
Semalam dok membeli pisang dll..jadi menu untuk breakfast...easy n simple, pisang goreng+sambal kicap. Aunty Mukhriz pun tapau bawa bekal p kerja.
Sedap gak pisang goreng ni pasal dapat yg baru n sedang elok masaknya..hehehehehe. 1kg RM1.50 kalau tak salah mama. hehehehe, mama tak tau sangat..tau p letak-letak mana yang berkenan hubby bayar..hehehehhehehe. Bab-bab makan ni..mama memang tak leh nak tengok semuanya nak dibeli dan dimasak. Macam ada masa banyak je mama ni.
Check it out ya..hehehehe..tapi sedapnya pisang goreng yang selalu mama makan time pregnant..camne ye aunty tu buat..hehehehehe..pisang tu lembik n manis..uhuuhuhh..sedapnya. Ayah mama nak pisang goreng kat BBU tempat biasa tu ya..hehehehehe, next time ayah belikan ya..heheheheh.
0 comments:
Post a Comment