Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar
(arabic verse)
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu
Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu
Bila terdengar lagu ini..memang tersentuh sangat. Mama cukup takut jadi anak derhaka..selagi hayat ibu ayah kita masih ada..cubalah jaga hati mereka sebaiknya. Bila sudah pergi buat selamanya..menyesal tidak berguna lagi.
Setiap tingkah laku kita mungkin ada menyakitkan hati mereka, sebaiknya janganlah sampai ibu ayah kita rasa terguris dengan tindakan yang kita ambil. Mama tiada niat untuk menujukan kepada sesiapa. Cuma ini rasa hati mama yang ingin mama luahkan.
Walau pun kita tidak boleh memberikan kekayaan kepada kedua ibu ayah kita, kita masih boleh memberi kebahagian kepada mereka selagi hayat mereka masih ada. Bila mereka sudah dijemput oleh Illahi...menangis air mata darah pun tidak berguna. Itu mama selalu pesan pada adik-adik mama. Tapi terserah mereka mahu terima atau tidak apa yang mama katakan.
Mama masih ingat ustaz ada bagitahu, sekiranya ibu ayah kita terguris hati dengan tingkah laku ataupun perkataan yang kita lafazkan..jangan sampai ibu ayah kita menyimpan di dalam hati dan tidak memaafkan kita. Apa yang kita lakukkan tidak akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Walau sejahat mana ibu ayah kita..kita perlu ingat kalau tiada mereka..kita tidak akan melihat keindahan dunia ini.
Doa daripada kedua ibu bapa kita selalunya akan dimakbulkan Allah S.W.T, Kalau doa yang baik untuk kita syukur alhamdullilah,sekiranya doa yang sebaliknya? Mama cukup berharap Mukhriz akan menjadi anak yang baik & solleh. Dapat menjaga mama dan ayah bila kami sudah tua.
0 comments:
Post a Comment