Sumber : Pa & Ma ~* September,2006 *~
1. Objek
Berikan sesuatu objek kepada si kecil untuk dia melihat dan memegang objek itu. Apabila dia menyentuh objek itu sebutkan nama objek itu. Ulangi beberapa kali. Jika objek itu berbentuk bulat,segiempat atau tiga, beritahu kepadanya supaya dia mengetahuinya. Kemudian anda menyebut berulang kali objek itu. Tujuannya untuk mengetahui tahap kepekaannta mengingati nama objek itu.
2. Warna
Warna dikatakan mempunyai pengaruh yang tersendiri kepada kehidupan manusia begitu juga kepada anak-anak. Warna yang menenangkan minda selalunya berkaitan dengan warna hijau, biru muda, ungu atau biru tua. Manakala warna yang terang dan 'panas' seperti merah, kuning dan oren pula dikatakan mampu meransang si kecil untuk menjadi seorang yang aktif.
3. Gambar
Hiasi dinding dengan gambar-gambar yang lucu dan menarik untuk menarik perhatiannya. Lukisan pada gambar berwarna-warni dengan karektor kartun contohnya Barney dan Pooh yang pernah dilihatnya di televisyen mampu meransang mindanya menjadi peka kepada sesuatu yang dilihat. Sekaligus melatihnya mengingati nama watak-watak karektor kartun yang diminatinya.
4. Barang mainan
Terdapat pelbagai jenis barang mainan di pasaran, kadang kala mengelirukan ibu bapa untuk memilihnya. Barang mainan contohnya yang digantung (stroller), barang mainan jenis lembut bersaiz kecil atau besar pastikan ia memiliki bentuk, suara dan warna yang tidak terlalu terang. Ini kerana ia dapat memberi rasa selesa, seronok malah menjadi anak lebih kreatif.
5. Aktiviti bersama
Bermain bersama-sama dengan anak mengelak dia merasa bosan. Bermain dengan permainan tangan (puppet), lego dan menangkap bola mampu membantu saraf motor, kepekaan dan daya kreatifnya. Ini kerana ketika bermain bersama anda, si kecil akan memerhati dan mengeksplorasi persekitaran tempatnya bermain. Yakni secara tidak langsung kemampuan sosialnya turut berkembang.
6. Kawalan emosi
Bimbing anak supaya mengenai emosi dirinya. Melatih kecerdasan emosi (EQ) adalah untuk merangsang anak untuk mengenali perasaan iaitu marah, kecewa, sedih serta membantunya mengekspresikan emosinya dengan tepat. Ibu bapa adalah contoh yang terbaik dalam mengawal emosinya dengan menunjukkan tingkah yang baik di hadapan anak.
0 comments:
Post a Comment