Kanser merupakan sejenis penyakit yang sangat merbahaya.
Mengesannya diperingkat awal amatlah digalakkan yang akan membolehkan seseorang itu merawat dan meningkatkan peluang untuk menyembuhkannya.
Jenis-jenis kanser.
1. Kanser Pangkal Rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersenggama, dan turun berat badan.
2. Kanser Payudara - bengkak atau gumpalan di bawah dada, keluar cairan darah melalui puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
3. Kanser Usus Besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
4. Kanser Paru-Paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
5. Kanser Perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
6. Kanser Limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
7. Kanser Ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi lebih mendalam.
8. Kanser Otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
9. Kanser Prostat - sukar dan sakit semasa membuang air kecil yang berpanjangan.
10. Kanser Darah (leukimia) - letih, pucat, mudah lebam dan muadah mendapat jangkitan (infection).
11. Kanser Tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
Tanda-Tandanya:
1. Luka yang tidak pulih-pulih,
2. Tumbuhan di buah dada atau bahagian-bahagian lain di tubuh.
3. Pendarahan yang luar biasa.
4. Perubahan pada tabiat pembuangan air besar dan air kecil.
5. Perubahan pada keadaan tahi lalat/kutil.
6. Alami masaalah menelan makanan dan pencernaan makanan.
7. Batuk yang tidak hilang-hilang atau suara menjadi kasar.
8. Berat badan menurun atau asyik demam tanpa diketahui sebabnya.
Namun perlu diingat, masaalah-masaalah ini tidak semestinya ada kanser dihidapi , buatlah dengan doktor sebaik-baiknya,
0 comments:
Post a Comment