Walaupun setiap orang bebeza, jerawat selalunya berpunca daripada kumpulan minyak dan kulit mati dalam liang roma kulit. Ini disebabkan oleh:
Hormon: Punca utama jerawat adalah penghasilan hormon-hormon seks, dikenali sebagai
androgen yang bermula diperingkat akil baligh. Oleh kerana itulah maka majoriti golongan yang menghadapi masalah ini adalah remaja. Hormon-hormonlah yang bertanggungjawab untuk kemunculan jerawat semasa datang haid dan semasa mengandung. Apabila kelenjar sebum dirangsang oleh androgen, ia akan mengeluarkan sebum tambahan. Dalam perjalanannya melalui folikel sehingga ke permukaan, sebum bercampur bersama bakteria kulit biasa dan sel-sel kulit mati yang telah dipunggah dari pelapik folikel. Sementara proses ini adalah normal, kehadiran sebum berlebihan dalam folikel meningkatkan peluang penyumbatan liang roma dan jerawat.
Tekanan: Tekanan tidak menyebabkan jerawat secara langsung tetapi ia menyebabkan pengeluaran hormon, seperti kortisol, yang boleh memburukkan jerawat. Tekanan membawa kepada tahap-tahap hormon yang berbeza. Dengan perubahan hormon, tubuh badan merangsangkan kelenjar-kelenjar minyak kulit untuk membesar, merembeskan lebih minyak yang menyebabkan bintik-bintik putih, bintik-bintik hitam dan jerawat.
Solekan berminyak atau tebal: Solekan yang tebal akan menutup liang-liang roma dan solekan berminyak pula akan meningkatkan minyak pada kulit, dimana akan memburukkan lagi keadaan jika sedang mengalami masalah kulit berminyak. Kosmetik, terutama pelembap-pelembap tertentu, bedak asas dan pomades mengandungi lanolin, petrolatum, minyak sayuran, butil stearat, lauryl alkohol dan asid oleik.
Perubatan dan steriod-steriod tertentu: Vitamin adalah baik untuk badan anda tetapi lebihan vitamin-vitamin B1, B6 dan B12 boleh menyebabkan jerawat. Vitamin-vitamin ini baik untuk kulit, tetapi elakkan penggunaan berlebihan.
Pemakanan / Diet: Untuk sesetengah orang, diet yang tinggi dalam karbohidrat tertapis dan gula sebenarnya boleh memburukkan jerawat mereka.
Pembersih penghakis berlebihan: Pembersih yang kasar dan menghakis boleh merosakkan kulit dan menyebarkan jangkitan.
Pemicitan, pencubitan atau pencakaran: Ini sebenarnya akan menyebabkan jangkitan lebih dalam ke dalam kulit dan boleh menyebabkan kesan parut.
Gangguan alam sekeliling: seperti kelembapan tinggi dan pencemaran. Kelembapan yang tinggi sebenarnya menyebabkan kulit bengkak. Pencemaran sudah pasti adalah satu sebab
utama bagi penyekatan liang roma.
Keturunan: Ahli-ahli keluarga yang juga menghadapi masalah jerawat. Jerawat diwarisi dan
kes-kes teruk dikenali sebagai sista jerawat biasanya berpunca dari keturunan.
Set Percubaan Belina
- Set ekonomi kepada pelanggan yang petama kali mencubanya.
- Senanag dibawa semasa pengembaraan.
Flower Fairies Beauty Soap
- Disyorkan untuk kulit jerawat batu bernanah atau muka terlalu berminyak.
Belina Beauty Soap With Irgasan
- Disyorkan untuk kulit berjerawat yang agak sensitif dan kulit berjerawat parah. Mempunyai ubat Irgasan yang boleh membunuh bakteria.
Old Master Beauty Soap
- Disyorkan untuk hadangan pada liang Roma, badan yang berjerawat,mengurangkan bau badan, dan kulit yang gelap di bahagian terlindung (memutihkan ketiak dan sebagainya), daki-daki degil.
Sara Moon Beauty Soap
- Disyorkan untuk kulit berjerawat halus, muka berpasir dan kesat.
Quiet Moment Beauty Soap
- Disyorkan untuk kulit baru pulih dari jerawat dan bekas jerawat. Sesuai untuk kulit muda dan berminyak.
Pesanan & Bayaran
1 comments:
sesiapa yg ade masalah jerawat pergi http://belinashop.blogspot.com/
Post a Comment