Monday, January 19, 2009
Kesidang
9:38 AM
Unknown
No comments
Kesidang ni mama lilit je kat tiang..ni 1st time dia berbunga. Suka sangat hati..bila tengok kesidang dah berbunga..tapi....uhuhuhu sekali je tu..pastu daun je menghijau..bunga kesidang tak keluar-keluar lagi..merajuk ke..kena sabar ni..de gak bunga kertas kat rumah ni 2 minggu sekali letak baja..la ni mama buat bodoh je...tak letak baja..keluar lak bunga dia..hahahaha. nak kena dera gaknya baru keluar bunga.
Bau kesidang ni macam daun pandan pun ada mcm bunga rampai pun ye...best kalau kesidang keluar banyak bunga...mesti wangi je laman rumah. Sesape ada petua nak bagi bunga kesidang berbunga lebat...bgtau mama eeh..alahai kesidangku yang tak nak keluar bunga dah ni..
Moyang Mukhriz pun beli saing mama..daun kesidang moyang Mukhriz daun dia lebar-lebar..menghijau...bunga lum keluar lagi..lepas ni mesti best..eheheh, moyang Mukhriz suka tanam pokok-pokok bunga..nak-nak ada lak supporter...kuikuikui..mama le tukang bawa moyang Mukhriz beli bunga-bunga..ada kesidang, cempaka, kenanga, melur, bunga kertas, japanese rose, bunga raya, bunga rose..tak tertulis le..banyak pokok bunga moyang Mukhriz ni..
Best kalau balik kampung...tengok pokok-pokok bunga moyang Mukhriz..mama punya pokok byk berdaun hijau je..pokok bunga..hahaahah...kesidang, melur, bunga kertas je kot..dgn dok semai bunga rose kerat batang pokok bunga rose drpd rumah moyang Mukhriz..harap-harap hidup le dia..heheheh. Tengok segar je batang dia tak hitam. Elok le tu kot.
0 comments:
Post a Comment