DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Tuesday, June 1, 2010

L.@.G.e.N.d.A ~ B.u.D.@.K ~ S.3.t.@.N



Sinopsis :

Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?

Thursday, April 1, 2010

Kuih Cucur



Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras (Cap teratai)
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
1 cawan air

Cara-cara :
Satukan semua bahan dan perap selama 3-4jam. Selepas itu bolehlah digoreng


** Rupanya senang je buat..ingat payah sgt. Resepi ni daripada Nek Umi Mukhriz.

Masa nak hantar moyang Mukhriz balik Kluang, mama buat dua adunan. Banyak sungguh dpt..bagi dua dgn Mak Wan Mukhriz.. mama memang rajin buat..makannya ada le berapa keping je. Mukhriz pun suka..berulang-ulang dia makan.

Marsya Nur Damia


Ni la gara-gara budak yang tak tahu duduk diam-diam..Ada sahaja xtvt dia buat. Sampai le satu masa dia p ambik pisau kupas buah dekat dapur. Time tu moyang dia baru je lepas cuci..tempat letak..rendah, boleh le dia capai. Si Mukhriz tau benda tu merbahaya..tapi tak tau cara untuk ambil secara baik drpd adik dia.. Uhuhuhuhu , dah berdarah dia boleh cakap..mama adik..mama adik..terkejut sungguh le waktu. Marsya langsung tak menangis..walaupun tangan dia penuh dah darah.. Siap boleh lap-lap. Dah le hubby kat site..prob sungguh le. Apa lagi mama terus call hubby nasib baik le..hubby cepat balik. Mukhriz dah melalak takut kena marah pun ye.. Marsya langsung le tak menangis.

Mula-mula p 1 klinik dia cakap kena jahit, kena terus bawa ke HSA. Dok fikir..kalau ke HSA mau le lama nak tunggu. So mama cakap kat hubby kita bawa p Klinik Joseph kat Taman Tun Aminah, Doktor tengok dia cakap tak perlu jahit..just dia bg cream utk sapu. Masa pembantu doktor bersihkan luka dan letak ubat.. Marsya langsung tak menangis pelik sungguh.

Petang tu tengok berdarah lagi..mama p farmasi beli apa-apa yang patut, Akak farmasi tu baik hati tolong bersihkan dan letak ubat. Marsya ni memang tak tau le nak cakap semua org kat situ takut nak tengok dia buat muka selamba mcm tak sakit.



Tengok le muka dia..langsung xsakit..relaks je makan nuggets, cuma dia menangis bila balutan tu kita buka utk cuci n tertanggal..adoi pelik..sedih sebab tu je. Bila dah elok..pandai pula mengadu kat sesape dia jumpa..Siap tunjuk jari dia yg luka tu.. uhuhu Cerdik sungguh le. Pantang jumpa orang yang dia rasa berkenan mesti dia mengadu tunjuk jari dia yg luka tu..

Pokok Tepi rumah kena panah petir


Sebenarnya pokok ni kena panah petir pada hari Khamis 4/3/2010. Mama snap gak waktu baru kena petir tu.. Tengok le berapa teruknya pokok ni dah kena panah petir.

Aduan dah banyak kali kami buat. Jiran-jiran pun dah buat laporan tapi sungguh hampa..sampai ke hari ini masih belum diambil tindakan. Agaknya nak tunggu pokok tu tumbang hempap rumah baru dtg potong pokok??


Adakah mungkin sebab kami tidak berpengaruh? Maka aduan kami diambil sambil lewa sahaja? Berapa banyak kali dah dibuat aduan...uhhuhu bengang gak kami..sebab sekarang ni musim hujan memanjang..tapi makin lama..ia akan rembah menghempap rumah .



Agaknya nak kena panggil Karam singh Walia gaknya baru diaorg ni datang buat kerja?
4/4/2010 Cukup le sebulan pokok ni kena panah petir!!! uhuhuh geram sungguh le..bila la diaorg nak datang potong dahan-dahan yang merbahaya ni?

Tuesday, January 26, 2010

Everyone Connects - Through My Window



i Dont want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it aloneIn the blink of an eye, it’s just another day
Telling me why, I’ll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing


Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me
Me and you
And we are not alone
Different view
We are together now
Through my window, I can see
Our wildest dreams could be so real

I see a spark, it starts a fire
Is this the one worth waiting for?
Thought that I could do it without you
Cant exist like this anymore

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me

Now theres me and you, you and me
We are not alone and we are together
Through my window I can see
Our wildest dreams could be so real

Saturday, January 23, 2010

Almarhum Sultan Iskandar dimakamkan hari ini

Photobucket

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 78, mangkat malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini pada pukul 5 petang kelmarin kerana gering.

Baginda yang memerintah Johor selama hampir tiga puluh tahun mangkat pada pukul 7.15 malam.

Photobucket

ALMARHUM Sultan Iskandar (dua dari kiri) bersama Raja-raja Melayu (dari kiri), Tuanku Mizan Zainal Abidin, Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menghadiri majlis sambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah di Alor Setar pada 22 Julai 2008.



Jenazah Sultan Iskandar dibawa ke Istana Besar di sini menaiki ambulans hospital pada pukul 11.20 malam.

Istiadat pemakaman akan diadakan di Makam Diraja Mahmoodiah di sini pada pukul 2 petang ini.

Sejam sebelum itu, majlis pertabalan sultan baru akan diadakan di Istana Besar sebelum jenazah baginda dimakamkan.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pada sidang media di kediamannya di sini.

Sebelum itu, pada sebelah petang, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail dilantik sebagai Pemangku Raja berikutan kegeringan ayahandanya.

Photobucket

ABDUL GHANI ketika mengumkan kemangkatan Sultan Iskandar di Johor Bahru malam tadi.




Photobucket


Sumber : KOSMO

Sultan Johor mangkat

Rakyat berkabung 7 hari; Semua majlis rasmi dibatal; Pemasyhuran sultan baru hari ini



JENAZAH Sultan Iskandar dibawa ke Istana Besar dari Hospital Pakar Puteri, semalam.

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.

Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar.

Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.

Abdul Ghani berkata, baginda dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangkat pada jam 7.15 malam tadi.

Katanya, manakala Istiadat pemakaman Diraja akan bermula pada jam 9 pagi ini di Dewan Besar Istana Besar di sini, dengan orang ramai boleh menziarahi jenazah sehingga jam 10.30 pagi.

Menteri Besar berkata, mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari pula adalah penghormatan terakhir untuk orang kenamaan dan kerabat Diraja.

Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang.

Abdul Ghani yang baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri di India, berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah.

"Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari," katanya.

Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri.

"Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri," katanya.

Sumber : Berita Harian

Saturday, January 16, 2010

Apa kata Pengguna Sabun Belina

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner


Segala Testimonial yang dipaparkan adalah hak milik Belina shop dan tidak boleh diciplak oleh mana-mana pihak.

Testimonial Set Percubaan Jerawat & English Rose

Nurul Amiera


mira nak bg testi sal set jerawat ngn english rose soap.. pkai set jerawat ni mang nmpak la kesan.. jerawat cepat sgt kecut... kt bahagian pipi mang mcm da licin dah.. tggal parut2 je...

english rose soap plak mira pkai kt badan.. buat sabun mandi.. terasa lembut je kulit... kulit pon makin cerah..

ni nak repeat oder lg.. nak oder QM... nak ilangkan parut jerawat..hehe..

neway..thanx kak..

Testimonial Cottage Garden Beauty Soap & Basic Skincare Oily

Ayu


Salam Kak AZURA!!

hai kak! Sebelum guna Cottage Garden Beauty Soap &
Basic Skin Care Set / Trial Pack 3X60ml (Oily), ayu mengalami masalah kulit berminyak di zon T apabila berjalan jauh, dan mengalami kulit kering di sesetengah tempat seperti tepi bibir dan dagu bila duduk dalam aircond..

Selepas menggunakanCottage Garden Beauty Soap &Basic Skin Care Set / Trial Pack 3X60ml (Oily),dalam masa 2 hari kulit ayu menjadi lebih lembut,licin, lembap, gebu, makin cerah kemerah2an, dan tidak berminyak lagi seperti sebelum ni..Yang bestnya,semasa berjalan2, ayu dah tak perlukan compact powder lg kerana kalau pakai juga ia akan bercapuk2 pada kulit muka yg berpeluh & berminyak di zon T..

Mosturizer tersebut pada awalnya berminyak, tapi dalam masa 2minit,ia terus menyerap ke dalam kulit dan cepat kering tanpa berminyak..bau sabunjuga harum dan melekat ditangan dan muka untuk tempoh setengah hari..;) TQ kak zura syorkn ayu produk ni..memang berbaloi2!!doakan kulit ayu semakin cantik dengan produk belina ni!!


Testimonial Set Percubaan Kulit Berminyak/Jeragat (Charmaine)

Maisarah


Salam Kak Zura,

Dah seminggu dah kita pakai set charmaine..alhamdulillah..dah nampak kesan2 positif.
1) Dah xpedih sgt lepas pakai toner, tak macam mula2 pakai dulu , amat pedih..betul cakap akak..kesan chemical produk yang kita pakai sebelum ni...huhuhuhuh.

2) Tak tau la just perasan sendiri atau memang hakikatnya..rasenya kulit muka makin lembut, asyik nak pegang muka je, sangat best bila pegang, lagi2 kalau lepas cuci muka yg 4 steps tu..

3) Jeragat pun dah makin pudar..whitehead n blackhead dah berkurangan,housemate pun cakap kulit kita dah nampak bersih sikit

Sabun old master tu sangat sedap bila pakai waktu mandi, rasa kulit macam lembut jer..tu belum nampak kesan yang ketara lagi..xpe nanti kalau nampak kesan..xpe nanti bila nampak kesannya, kita akan roger akak yek.

Tq, yer kak.

Testimonial Egypt Mini Set : Cerah dalam masa 7 hari, & Old Master

Fatin


salam zura,

yg nina tanya pasal sabun OM adik nina nak beli yu kan, last2 dia tak pkai pun.
nina la yang memakainya. ya allah best sgt. mcm mandi susu. kulit nina mmg dah putih rasa lagi putih and gebu sgt2. lepas ni nak try english rose tu laa.

zura,
muka nina dah ok dah sgt sunburn jadi pinkish and cerah lepas pakai set egypt tu, tapi skrg tgh period ada pulak jerawat gatal kat dahi ni seketul. zura ada tak sabun yg boleh hilang kan jerawat sekaligus bagi cerahkan muka?

p/s: nanti nak order set egypt saiz besarrrrr. tak sabar:P


Testimonial Egypt Mini Set : Cerah dalam masa 7 hari


Fatin


nina ni, nak update testi untuk set pencerahan egyptian.
mmg best sgt, muka makin cerah, halus , lembut.
tak menyesal invest untuk produk ni.
sabun dia best sgt, lepas cuci muka rasa tegang je muka.
:)

Testimonial Quiet Moment & Charmaine

Jue



Akum kak...
pagi ni jue nak bagi tau yg jue sgt2 gembira pas guna sabun QM tue...parut muka jue byk kurg...parut itam pun byk hilang,mmg best sabun tue..tak nyesal jue beli la kak...black head dgn w.head pun dah tak de jugak pas guna charmaine soap tu...mmg puas hati sgt2...tak mcm sblm ni guna set jrwt s.tinggi...tak de kesan...pakai sabun belina ni mmg byk perubahn kat muka jue...sampai ada yg tanya apahl muka jue dah bersih dah tak de jerwt mcm dulu..rahsia nya sabun belina la..he..he..happy sgt.

nanti jue nak cuba sabun english soap kak..semoga muka jue still bersih dan kekal cantik dgn sabun belina.. I'm very2 happy...muka dah bebas jerawat...kulit pun tak sensitif lagi...ok la kak..tunggu sabun lain habis and ada budget lebih nanti jue order sabun lain k...


Testimonial Saramoon & Old Master

Cyril



Sara Moon
sebelum ni klu timbul jerawat lama jugak la nak kecut, tp lepas guna sara moon seminggu ade nampak perubahan, kalau jerawat timbul jerawat akan mudah kecut dalam 2 - 3 hari guna sara moon....kulit pun ade nampak cerah sikit la dr dulu hehe.

Old Master
Walaupun bau die tak best hehe tp ade jugak perubahan kat jerawat badan, walaupun x ketara sangat perubahan tp still ok daripada tak de pape perubahan. So da abis guna sekotak ade satu kotak lai tgk camne klu banyak perubahan bleh order lain hehe
--
Life Is But A Dream


Testimonial Set Percubaan Jerawat

Ieyna


salam kak zura....

smnjak saya menggunakan set jerawat, saya dpt rasekan perbuahan pada kulit muka saya..dulu jrwt saya sntiasa ader je kat muka ni....skrg smakin berkurangan n kulit bertambah licin....minyak kat muke pn smakin berkurangan....

kak zura punye service mmg first class....arini order esok dh smpi...so xperlu saya tggu lama2 untuk dptkan produk drpd akak...senang, mudah dan cepat...


Testimonial Egypt Mini Set : Cerah dalam masa 7 hari, Old Master, English Rose

Iena



Salam,
Lepas guna The Egyptian Beauty, Kulit rasa halus, lembut & nampak natural beauty. Tiada pengelupasan. Best betul guna egypt..xmenyesal mencuba set egypt ni..ada SPF 15 lagi.
Old master memang best, kulit rasa makin lembut, bau dia memang wangi. Daki-daki degil pun senang tanggal. Lepas ni tak payah guna scrub pun ok..

English rose pun best sangat.. kulit badan makin gebu & cerah.
Tentang penghantaran memang bagus sangat ..today bayar..sok dah dpt sabun dalam keadaan baik..layanan pun mesra..dpt free gift lagi..thanks ya zura..insyaallah Shinbun akan melanggan dengan zura lagi. Xcari yang lain dah walaupun de tawaran hebat daripada yang lain..hehehehehe. Belinashop memang best r.
Wassalam.

Testimonial Charmaine

Jue


Akum kak Zura...
baru smlm jue beli sabun belina iaitu Charmaine Soap...smlm dgn pagi pkai..pas cuci tengok kat cermin kan....wah! banyak nya whitehead kuar..senang lak picit dia...tak mcm biasa jue pakai pencuci yg lain,white head sush nak keluar..tapi pas pkai sabun charmaine soap senang je white head kuar..tak nyesal jue beli sabun tu...tak yah lagi nak facial muka kat luar kan.... apa2 komen jue akan bagi lagi k....bagi kak zura 5 bintang.........

jue nak tengok kesan sabun QM pulak...nanti kalo parut jerwat jue ilang jue akan bg lagi testimoni...tgh pakai jugak sekrg...



Testimonial Quiet Moment & Charmaine

Mira


Azura : camne rasa lepas guna charmaine?

miraedanz Nora : best guna charmaine.. miera guna waktu siang je, muka makin licin le kak, kat idung pun dah makin licin dari bintik2 itam putih tu.. hehehe..

miraedanz Nora : parut pun dah makin ilang, miera pakai quiet moment tu malam2 je..

Azura
: perkembangan yang bagus..

Azura :

miraedanz Nora : tu la.. mmg nak sgt ilangkan parut2 n bintik2 tu dari muka ni.. mcm2 produk dah pakai, buat muka teruk lg ada la.. tu yang teruja sgt nak pakai belina tu.. yg penting xde bahan2 lain, semulajadi je..

Azura : Insyaallah jika guna secara konsisten..kulit akan makin lembut & natural beauty

miraedanz Nora : mudah-mudahan.. Insyaallah..

Azura : akak jadikan testi ya apa yg mira bgtau akak.. ni

miraedanz Nora : ok kak.. amik leee.. leh kongsi ngan orang lain plak..

Azura : yup

Azura : thanks ya

miraedanz Nora : ur welcome


Testimonial Quiet Moment & Charmaine

Rose


Hai Zura,
Sebelum guna belina kulit kusan ngan berjerawat halus. Selepas dah guna kulit lebih cerah dan jerawat pun semakin hilang kulit jadi halus. Pengguna lain yang guna sabun jeragat pun mengagu kulitnya semakin baik dari sebelum guna.
Kalau sabun old master tu guna untuk mandi bagus dapat menghaluskan kulit.

Bab penghantaran baik dan tak sampai 1 minggu and sabun yang sampai pun tak pecah dan dalam keadaan baik.


Testimonial Old Master & Charmaine

MMHE



Zura,
Nak order lagi sabun Old master, my husband guna untuk kulit dia yang berpanau kat belakang badan tu for a week..dah hilang semua panau and kulit kaki dia yang sensitive ( dia kerja workshop kereta..so tahu la dengan minyak-minyak semua, nanti bila nak mandi dia selalu tunjuk bahagian kaki dia yang naik bintik-bintik merah), tapi lepas pakai old master alhamdulillah . dah takde lagi bintik-bintik merah macam ruam tu. bila nak mandi dia selalu tunjuk bahagian kaki dia yang naik bintik-bintik merah), tapi lepas pakai old master alhamdulillah . dah takde lagi bintik-bintik merah macam ruam tu.

So nak order lagi sabun old master tu dua. And another thing, kalau akak nak try quiet moment ok tak? Hari tu beli charmaine..pakai kat rumah..kalau campur pakai quiet moments untuk cuci muka kat office ok tak?
Charmaine untuk muka akak macam ok jek.. tak nampak sangat perubahan. Minyak kat muka kurang sikit. Tapi bintik-bintik kat dahi tu tak kurang. Tapi my husband pakai juga, nampak pori-pori dah mengecut sikit dan muka dia nampak bersih sikit. So can i have the total cost.

So nak order lagi sabun old master tu dua. And another thing, kalau akak nak try quiet moment ok tak? Hari tu beli charmaine..pakai kat rumah..kalau campur pakai quiet moments untuk cuci muka kat office ok tak?
Charmaine untuk muka akak macam ok jek.. tak nampak sangat perubahan. Minyak kat muka kurang sikit. Tapi bintik-bintik kat dahi tu tak kurang. Tapi my husband pakai juga, nampak pori-pori dah mengecut sikit dan muka dia nampak bersih sikit. So can i have the total cost.

Testimonial Old Master, Charmaine

Reika


Salam...
saya start pakai sabun Belina ni awal bulan 5 ari tu... saya pakai old master dan charmaine.. mmg sangat puas hati.. untuk muka saya pakai charmaine..dalam masa dua minggu jer.. kulit jadi halus dan cerah.. dulu kulit muka saya nampak agak tak bermaya..

sekarang dah berubah jadi lebih cerah, bersih, halus dah rasa gebu... untuk badan pulak saya pakai old master.. lepas pakai kulit rasa lebih bersih dan gebu... memang best.. thanks pada kak azura... :)

Testimonial Old Master

Fendy


Baru pakai 1 minggu, masalah gatal-gatal kat badan aku dah baik. Jerawat dibadan & Bau badan pun semakin kurang. Tq kepada belinashop kerana memperkenalkan aku kat product ni.

fendy


Testimonial Old Master, Sara Moon , Irgasan

Ekin



Old master : Dah gunakan selama 2 minggu, body odour ekin makin kurang, jerawat di badan pun beransur elok..Kesan gelap tempat terlindung semakin cerah. Saya suka product ni...memang berbaloi..x menyesal beli. Terima kasih kat akak.

Sara Moon & Irgasan: Sebelum menggunakkan Sara Moon, jerawat muka saya merah-merah dan muka saya berminyak. Selepas guna 2 minggu, tunang saya nampak perubahan pada muka saya..jerawat saya tidak lagi kemerah-merahan dan kulit saya dah sekata. Memang berbaloi beli irgasan ni..cepat kecutkan jerawat kat muka.

Ekin



Segala Testimonial yang dipaparkan adalah hak milik Belina shop dan tidak boleh diciplak oleh mana-mana pihak.

Komen Warga Carigold Tentang Penghantaran Belinashop


ejalmlk
Salam ... Nak bagi Komen nieehh ..huhuhu

1. Urusan Jual Beli yang amat mudah
2. Oder semalam jam 4 30 petang ... 2.30 petang hari ni dah sampai.. (MANTAP)
3. Barang di PACK dengan elok dan baik
4. Memang amat disarankan untuk membeli barangan ini dengan TT , Beliau jujur dan Efisien !!!

Ok lah dulu ... Barang dah sampai ... untukk tetsti nanti saya cuba dulu baru leh bagi testi kat sini .. tak gitu TT!!!


Soyabean84

Penjual yg sangat pantas, berurusan x sampai 5 minit... Barang sudah on the way...



Myroom
Puan Belina,

Barang telah saya terima dalam keadaan yg baik.Servis yg bagus cepat dan pantas.Berharap akan berurusan utk produk seterusnya.Good Luck TT,Rekomen TT ini



AnonyMous89
nie nk bg testi skit ...
Peghantaran Laju ... Arinie baya esok smpai ...
produk bes... jerawat kurang da... pas cuci bes je ..

Saturday, January 2, 2010

Gout penyakit kuno boleh menyerang bila-bila masa

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner




Oleh Hafizah Iszahanid


GOUT atau dirujuk sebagai �ancient disease� dan sudah diketahui kewujudannya sejak 1800. Kadar pesakit gout dianggarkan satu dalam 100 orang.

Meskipun gout seringnya dikaitkan dengan lelaki, tetapi perempuan juga terutama yang sudah putus haid berhadapan dengan masalah ini.

Ia membabitkan serangan serta-merta yang bukan saja menyebabkan kesakitan tetapi turut membengkak dan rasa panas di sendi. Selalunya ia membabitkan jari kaki yang besar tetapi juga ia boleh memberi kesan pada tumit, lutut, tapak kaki, buku lali dan jari kaki.

Gout terjadi kerana terhasilnya asid uric secara berlebihan. Asid uric terbentuk semula jadi dalam darah sebagai hasil pecahan produksi pelbagai proses kimia. Tetapi apabila buah pinggang tidak dapat membuang asid uric atau tubuh menghasilkan asid uric yang berlebihan ia akan terkumpul di sendi yang kemudiannya membuatkan ia membengkak. Tetapi ingat, gout mungkin terjadi sebagai tanda komplikasi penyakit yang lain juga.

Terkenal sebagai penyakit yang diwarisi, gout juga boleh disebabkan pengamalan gaya hidup yang kurang sihat seperti pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan. Malahan ada sesetengah ubat-ubatan dan makanan merangsang peningkatan asid uric seperti makanan laut, kacang, roti manis dan ikan bilis.

GOUT bermula dengan sendi kaki (seperti ibu jari) yang menyebabkan rasa sakit, membengkak dan merah selain rasa kaku dan panas. Menyentuh atau bergerak akan menjadikannya sangat sakit. Simptom gout boleh terjadi dalam masa yang pantas (sehari) dengan serangan pertama biasanya terjadi waktu malam. Gout hanya menyerang sekali saja bagi sesetengah orang tetapi ia akan menyerang lagi beberapa bulan berikutnya.

Jangan biarkan ia tidak dirawat kerana kemungkinan untuk terjadinya kerosakan sendi dan ketidakupayaan untuk bergerak boleh terjadi.

Gout biasanya mudah dikesan menerusi pemeriksaan biasa. Biasanya doktor akan mengambil contoh cairan sendi dan cuba mengesan kehadiran kristal asid uric. Selain itu ujian darah juga dibuat untuk memastikan tahap asid uric dalam tubuh.

Walaupun bunyinya agak menakutkan gout sebenarnya boleh dikawal dengan mengubah gaya hidup. Kurangkan minuman beralkohol, hadkan pengambilan daging merah atau ikan yang tinggi purine dan kawal berat badan anda. Selain itu gout boleh dikawal dengan ubat-ubatan

Ada dua kategori ubat iaitu ubat-ubatan yang diberi ketika masih diserang gout dan ubat-ubatan untuk rawatan jangka panjang. Ubat seperti non steroidal anti-inflammatory drug (NSAID), colchicine dan cortisteroids diberikan semasa serangan terjadi. Ia akan mengawal bengkak dan kesakitan.

Rawatan jangka panjang pula membabitkan ubat-ubatan untuk mengawal tahap asid uric dalam darah dengan menyekat penghasilannya. Harus anda ketahui ubatan jenis ini membabitkan disiplin anda, sebaik ubat-ubatan seperti ini dihentikan, tahap asid uric akan kembali meningkat.

Antara makanan yang harus dielakkan:


Makanan laut; ikan, kerang, sardin dan ikan bilis

Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam

Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung

Daging merah

Cendawan

Yis (roti putih, roti manis)

FAKTA: Golongan berisiko


Mereka yang berusia 40 ke 50 tahun terdedah kepada gout tetapi gout juga boleh terjadi di kalangan mereka yang lebih muda.

Memiliki sejarah keluarga yang berhadapan dengan gout

Mereka yang mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat

Wanita putus haid

Obesiti, diabetes dan hyperlipidemia atau mereka yang mengalami tekanan

Mereka yang bermasalah dengan buah pinggang, darah tinggi, sakit jantung dan tahap kolesterol tinggi.
Its better for you to be not so confident rather than over confident. If you're over confident, you're just heading to a failure or loss.

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India