DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Monday, May 14, 2012

Peruntuh Masjid Babri di India

PERUNTUH MASJID BABRI MEMELUK ISLAM...
---> Di status Mimie Lee Peace

BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992? Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya, India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak pelampau Hindu.

Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India.
Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu.

Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab ‘suci’ untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan masjid itu akhirnya runtuh. Tindakan melampau untuk meruntuhkan masjid purba itu telah dirancang dengan baik oleh Prasad. Beliau memberi arahan dan latihan yang secukupnya kepada para pengikutnya seramai 4,000 orang itu bagi memastikan rancangan itu berjaya.

Satu tindakan yang melanggar undang-undang apatah lagi menghormati perasaan penduduk Islam yang lain.
Sedangkan masjid itu merupakan salah sebuah masjid terbesar di negeri Uttar Preadesh, utara India dengan bilangan umat Islamnya seramai 31 juta orang.
Pada hari kejadian itu, Prasad tidak sahaja menceroboh masuk malah berjaya memanjat kubah besar masjid dan bersama pengikut-pengikut yang lain mereka berjaya menawan masjid itu. Kemudian bersorak gembira apabila mereka akhirnya berjaya meruntuhkan kubah dan keseluruhan masjid tersebut.

Mereka melaung-laungkan perkataan “Ram! Ram!” sebagai tanda kemenangan kononnya masjid itu akhirnya berjaya jatuh ke tangan pelampau Hindu.
Prasad puas hati kerana berjaya mengembalikan hak penganut Hindu yang kononnya masjid Babri itu dibina atas tapak kuil, yang dibina bagi memperingati tempat kelahiran tuhan mereka yang bernama Rama.

Namun tujuh tahun selepas kejadian itu, pada tarikh yang sama kejadian runtuhan Masjid Babri itu, Prasad akhirnya sujud memohon ampun kepada Allah atas ‘kejahatan’ beliau terhadap Masjid Babri itu. Malah beliau berpuasa dan menyesali sehingga mengalir air mata memohon Allah mengampuninya yang tergamak meruntuhkan rumah ibadat itu.
Kuasa Allah

Ya, pada tarikh 6 Disember 1999 itu, dengan kuasa Allah, Prasad memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mohammed Mustafa.
Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan harinya iaitu pada 7 Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab News Publications di Arab Saudi.

Berita itu amat mengejutkan apabila melihat sendiri latar belakang Prasad, terutama bapanya, Trigal Ramanathan merupakan Ketua Puak Sangh Parivar di mana seluruh puak itu terbabit secara aktif dalam usaha meruntuhkan Masjid Babri.

Menurut pemuda ini, sejak kejadian runtuhan masjid itu, Prasad dihantui perasaan bersalah sehingga begitu menekan jiwanya. Walaupun pada tangannya masjid itu akhirnya runtuh, namun ia tidak menjanjikan kedamaian berikutan beliau merasakan telah melakukan satu dosa yang amat besar.
Mungkin dengan keluar dari India, Prasad mengharap beliau tidak lagi diburu oleh perasaan bersalah itu. Lalu beliau mencari pekerjaan di Sharjah salah sebuah negara anggota Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Namun fikirannya masih tidak tenang walaupun beliau menyibukkan diri dengan pekerjaan dan suasana yang baru di negara itu.
Sehinggalah pada 4 Disember tahun 1998, pada hari itu beliau berjalan seorang diri di sebatang jalan di bandar Sharjah. Secara tiba-tiba beliau terdengar suara khatib dari sebuah masjid berhampiran. Menariknya, khutbah itu disampaikan dalam bahasa Urdu dan beliau dapat mengikuti khutbah itu dengan jelas.

Prasad berhenti untuk mendengar khutbah itu dan alangkah terkejutnya pemuda ini apabila sang khatib menyebutkan bahawa Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, mampu mengubahkan hati-hati yang tidak mempercayai kewujudan-Nya selama ini.

Sejurus mendengar khutbah itu sehingga akhir, semacam satu perasaan yang tenang menyelinap masuk ke hatinya. Malah seolah-olah telah tercabut satu beban besar yang selama ini menyebabkan fikirannya menjadi begitu serabut.
Segala puji-pujian terhadap Allah yang akhirnya telah memberi hidayah dan membukakan hatinya walaupun dirinya telah melakukan kesalahan yang lazimnya sukar untuk diterima apatah lagi dapat dimaafkan.

Namun berita Prasad memeluk Islam itu tidak sahaja menimbulkan kemarahan keluarga. Malah akibat tidak dapat menanggung malu, Prasad akhirnya dibuang oleh keluarganya sendiri. Beliau tidak dibenarkan pulang semula ke India, kalaupun dia pulang juga maka nyawanya akan terancam.
Berita pengislaman Prasad itu juga menyebabkan parti-parti politik dan pelbagai pertubuhan Hindu yang menyokong tindakan beliau beliau meruntuhkan Masjid Babri turut marah dan mengancam untuk membunuhnya tanpa mengira masa dan tempat.

Namun apa pun ancamannya Prasad tetap teguhkan imannya terhadap Islam. Islam menjadikan beliau seorang manusia ‘baru’ yang dahagakan kebenaran sehinggakan dalam tempoh yang masih baru mengenal Islam beliau berjaya menghabiskan bacaan dan mempelajari 17 surah dalam al-Quran. Malah beliau bersungguh-sungguh untuk khatam kitab suci itu.

Cita-citanya kini adalah untuk berkongsi kebenaran mengenai Islam dengan orang lain termasuk ahli-ahli keluarganya sendiri. “Kalau itu diizinkan Allah, bukan soal dosa saya akhirnya tertebus sudah. “Tetapi sekurang-kurangnya itulah sumbangan saya terhadap Islam di samping perbuatan saya itu juga telah melukakan hati jutaan umat Islam dan saya mahukan mereka juga memaafkan saya dengan sekurang-kurangnya saya membina semula apa yang telah saya runtuhkan,” ujarnya sayu

Sunday, May 6, 2012

Bongkar Kesesatan SYIAH

Sila ambil masa untuk menonton video ini. Tentang membongkar kesesatan syiah dan bahaya syiah. video yang sangat ilmiah dan patut ditonton dan disebarkan demi keselamatan kita sekeluarga. video hampir satu jam. harap dapat menonton sehingga tamat dan kamu semua akan kenal siapa itu syiah..


Niat, Syarat & Cara Solat Jamak & Qasar

Salam bahagia kepada semua, terima kasih atas persoalan yang dikemukakan dari salah seorang pengunjung blog ini. Soalannya ialah “Berdasarkan keadaan sekarang ini terdapat banyak masjid dan surau d merata tempat,bolehkah Ustaz huraikan tentang solat jamak @ qasar yg mana pada dasar permerhatian saya sesetengah orang engan mengerjakan solat jamak @ qasar semasa bermusafir . Apakah niat, syarat dan cara mengerjakannya?”

JAWAPANNYA

Menurut Dato Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid dalam bukunya Indahnya Hidup Bersyariat bahawa :

Pengertian solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Manakala solat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM.


Pembahagian Solat Jamak

Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.

Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir.


Hikmah dan Hukum solat Jamak dan Qasar

Hikmah solat Jamak dan Qasar adalah untuk mempermudahkan atau memberikan keringanan kepada orang yang musafir lebih dari 2 marhalah. Orang musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan sebagainya, maka dari itulah Allah memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk jamak dan qasar solat fardhunya. Tiada alasan lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan solat fardhu. Hukum solat jamak dan Qasar ini adalah harus, terpulang kepada orang yang musafir untuk mendirikan solat sempurna atau jamak dan qasar, tidak menjadi masalah, nak buat jamak qasar tidak menjadi masalah atau tidak mahu buatpun tidak menjadi masalah.


Syarat Jamak Taqdim
    Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib. Niat jamak pada waktu solat yang pertama. Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat. Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal. Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.

    Syarat Jamak Takhir
    1. Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
    2. Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.

    Syarat Qasar
    1. Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.
    2. Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.
    3. Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.
    4. Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.
    5. Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).
    6. Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
    7. Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.

    Niat Solat Jamak dan Qasar

    Jamak Taqdim dan Qasar

    Zuhur-Asar

    أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى

    “Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.

    أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى

    “Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.

    Maghrib-Isyak

    أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى

    “Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.

    أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى

    “Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.

    Jamak Takhir dan Qasar

    Asar-Zuhur

    أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى

    “Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.

    أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى

    “Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.

    Isyak-Maghrib

    أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى

    “Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.

    أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى

    “Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.


    Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar

    Di sini saya datangkan cara mengerjakan solat jamak dan qasar berdasarkan penerangan Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya Asas-asas Fardhu Ain, iaitu seperti berikut :

    1. Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
    2. Berdiri lurus mengadap kiblat.
    3. Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
    4. Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
    5. Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.
    6. Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.
    7. Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
    8. Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.
    Sumber 

Tanda 100 hari sebelum kematian(video)

Tanda 100 hari sebelum kematian(video)

Monday, May 9, 2011

Al-fatihah




SUNGAI SIPUT – Mayat anak sulung bekas model sambilan Kartika Sari Dewi yang dilapor hilang dua hari lepas, ditemui terapung di Sungai Perak di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Azman Salim berkata mayat Muhammad Azfar Mohamad Afandi, 9, ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 1 pagi tadi, kira kira satu kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjatuh.

Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat dan dijangka dituntut keluarganya tengahari ini untuk dikebumikan di Kampung Jawang, Karai dekat sini, katanya ketika dihubungi.

Azman berkata kanak-kanak itu disedari hilang oleh keluarganya pada pukul 12 tengah hari Jumaat lepas, ketika tinggal di inap desa milik keluarga mereka di sini yang terletak berhampiran sungai tersebut.

Gerakan mencari dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Rela dan penduduk kampung dilakukan sejurus menerima laporan kehilangannya, kata beliau. – BERNAMA



SUNGAI SIPUT – Sambutan Hari Ibu yang diraikan semalam merupakan yang paling getir buat bekas model, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 34, apabila anak sulungnya tiba-tiba hilang dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Perak berhampiran Kampung Jawang, Karai dekat sini kelmarin.

Anak Kartika iaitu Mohd. Azfar Mohamad Afandi, 9, yang merupakan golongan kelainan upaya (OKU) dikatakan hilang kira-kira 12 tengah hari ketika sedang bermain seorang diri di dalam sebuah bilik di Resort Lang Buana milik datuknya, Shukarnor Abdul Mutalib, 62.

“Luluh hati saya memikirkan kehilangan Mohd. Azfar. Saya cuba kuatkan diri dengan tak putus-putus membaca surah Yasin dan mendirikan solat hajat agar dia segera ditemui.

“Saya bersedia untuk terima semua kemungkinan namun naluri keibuan saya kuat mengatakan anak sulung saya masih selamat,” katanya dengan nada tersekat-sekat menahan kesedihan ketika ditemui di Resort Lang Buana, Kampung Jawang, Karai dekat sini semalam.

Bekas suami Kartika, Mohamad Afandi Amir, 39, sampai ke resort tersebut dari Singapura kira-kira pukul 12.30 malam semalam setelah dimaklumkan berita kehilangan anaknya. Kartika mempunyai dua orang anak iaitu Mohd. Azfar dan Wann Kaitlynn Kartika, 6.


ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam melancarkan gerakan mencari Mohd. Azfar di Sungai Perak dekat Kampung Jawang, Sungai Siput semalam.

Tuesday, June 1, 2010

L.@.G.e.N.d.A ~ B.u.D.@.K ~ S.3.t.@.N



Sinopsis :

Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?

Thursday, April 1, 2010

Kuih Cucur



Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras (Cap teratai)
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
1 cawan air

Cara-cara :
Satukan semua bahan dan perap selama 3-4jam. Selepas itu bolehlah digoreng


** Rupanya senang je buat..ingat payah sgt. Resepi ni daripada Nek Umi Mukhriz.

Masa nak hantar moyang Mukhriz balik Kluang, mama buat dua adunan. Banyak sungguh dpt..bagi dua dgn Mak Wan Mukhriz.. mama memang rajin buat..makannya ada le berapa keping je. Mukhriz pun suka..berulang-ulang dia makan.

Marsya Nur Damia


Ni la gara-gara budak yang tak tahu duduk diam-diam..Ada sahaja xtvt dia buat. Sampai le satu masa dia p ambik pisau kupas buah dekat dapur. Time tu moyang dia baru je lepas cuci..tempat letak..rendah, boleh le dia capai. Si Mukhriz tau benda tu merbahaya..tapi tak tau cara untuk ambil secara baik drpd adik dia.. Uhuhuhuhu , dah berdarah dia boleh cakap..mama adik..mama adik..terkejut sungguh le waktu. Marsya langsung tak menangis..walaupun tangan dia penuh dah darah.. Siap boleh lap-lap. Dah le hubby kat site..prob sungguh le. Apa lagi mama terus call hubby nasib baik le..hubby cepat balik. Mukhriz dah melalak takut kena marah pun ye.. Marsya langsung le tak menangis.

Mula-mula p 1 klinik dia cakap kena jahit, kena terus bawa ke HSA. Dok fikir..kalau ke HSA mau le lama nak tunggu. So mama cakap kat hubby kita bawa p Klinik Joseph kat Taman Tun Aminah, Doktor tengok dia cakap tak perlu jahit..just dia bg cream utk sapu. Masa pembantu doktor bersihkan luka dan letak ubat.. Marsya langsung tak menangis pelik sungguh.

Petang tu tengok berdarah lagi..mama p farmasi beli apa-apa yang patut, Akak farmasi tu baik hati tolong bersihkan dan letak ubat. Marsya ni memang tak tau le nak cakap semua org kat situ takut nak tengok dia buat muka selamba mcm tak sakit.



Tengok le muka dia..langsung xsakit..relaks je makan nuggets, cuma dia menangis bila balutan tu kita buka utk cuci n tertanggal..adoi pelik..sedih sebab tu je. Bila dah elok..pandai pula mengadu kat sesape dia jumpa..Siap tunjuk jari dia yg luka tu.. uhuhu Cerdik sungguh le. Pantang jumpa orang yang dia rasa berkenan mesti dia mengadu tunjuk jari dia yg luka tu..

Pokok Tepi rumah kena panah petir


Sebenarnya pokok ni kena panah petir pada hari Khamis 4/3/2010. Mama snap gak waktu baru kena petir tu.. Tengok le berapa teruknya pokok ni dah kena panah petir.

Aduan dah banyak kali kami buat. Jiran-jiran pun dah buat laporan tapi sungguh hampa..sampai ke hari ini masih belum diambil tindakan. Agaknya nak tunggu pokok tu tumbang hempap rumah baru dtg potong pokok??


Adakah mungkin sebab kami tidak berpengaruh? Maka aduan kami diambil sambil lewa sahaja? Berapa banyak kali dah dibuat aduan...uhhuhu bengang gak kami..sebab sekarang ni musim hujan memanjang..tapi makin lama..ia akan rembah menghempap rumah .



Agaknya nak kena panggil Karam singh Walia gaknya baru diaorg ni datang buat kerja?
4/4/2010 Cukup le sebulan pokok ni kena panah petir!!! uhuhuh geram sungguh le..bila la diaorg nak datang potong dahan-dahan yang merbahaya ni?

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India