DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Friday, February 13, 2009

Pap smear test

Masyarakat kita masih tidak ramai yang ambil tahu tentang Pap Smear Test..kalau tanya mesti ada yang tanya..apa benda tu..tak pernah dengar pun?? Today mama dah buat ujian tersebut..result belum keluar lagi..nurse bgtau dlm 1 month mcm tu la...if xde call drpd klinik...kira xde apa² la tu..Tapi nurse cakap mama ok..hopefully...,Sebaiknya setiap 1 thn 1x menjalani ujian ni.

Khas untuk kawan² mari ramai² jalani ujian Pap Smear Test ni...jangan takut. Xde apa² pun. Mama buat test kat klinik kerajaan..free, Kalau private xtau la yer..Cegah sebelum terlambat...


Sumber Dari : Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas


Ujian lumuran Pap (Pap smear test) merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian lumuran Pap ini boleh mengesan barah pangkal rahim (kanser serviks) pada peringkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Ujian ini bertujuan bagi mengenalpasti keadaan luar biasa pada sel di permukaan pangkal rahim pada peringkat awal. Jika keputusannya meragukan, wanita akan dipanggil semula bagi menjalani ujian colposcopy untuk mengetahui punca sebenar masalah yang dihadapi, khususnya mengesan kehadiran sel luar biasa yang dipanggil cervical intraepilhelial neoplasia (CIN).

CIN adalah fasa sebelum sel itu bertukar menjadi sel barah berbahaya dan boleh menjangkiti sel lain. CIN tidak memberikan sebarang gejala dan hanya boleh dikesan melalui ujian lumuran pap


Sejarah

Ujian Lumur Pap yang dilakukan sekarang merupakan ciptaan Dr. Georgios Papanikolaou (1883-1962), seorang Amerika kelahiran Greek, bapa kepada sitopatologi.

Dia pertama sekali menerbitkan beberapa siri kes besar bertajuk Diagnosis of uterine cancer by the vaginal smear (Papanicolaou & Traut, 1943). Teknik pensampelan masih tidak bertukar semenjak itu.

Cara

Ujian ini merangkumi sapuan pangkal rahim secara berhati-hati untuk mengumpulkan contoh sel. Sel-sel ini diletakkan pada slaid kaca dan diperiksa untuk sebarang keadaan luar biasa di makmal.

Keputusan

Bagi kebanyakan wanita, sel-sel ini adalah normal sepenuhnya. Pada sesetengah wanita sel-sel ini mungkin tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal barah.

Apabila ini terjadi ujian berkenaan diulangi dan jika perlu pemeriksaan seterusnya dilakukan. Justeru, wanita yang tidak menjalani ujian tidak akan mengetahui mereka sebenarnya di ambang bahaya mendapat barah pangkal rahim.

Dianggarkan lima sehingga tujuh peratus sapuan Pap menghasilkan keputusan tidak normal, seperti dysplasia, keadaan berkemungkinan pra-barah. Kebanyakan dari keadaan ini bukannya disebabkan barah pangkal rahim, tetapi ia merupakan penanda bahawa peningkatan pemantauan perlu dilakukan.

Sebaik dikesan, CIN akan dibuang melalui pembedahan kecil dan kesihatan wanita akan dipantau sehinggalah disahkan benar-benar sihat yang mengambil masa enam bulan hingga dua tahun; bergantung kepada keadaan setiap pesakit.

Bagi wanita bujang dan tidak pernah mengadakan hubungan seks, mereka hanya perlu menjalani dua pemeriksaan saja, iaitu ujian ultra bunyi dan barah payudara.

Barah pangkal rahim
Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Servik merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Barah pangkal rahim juga merupakan barah paling biasa dikalangan wanita usia biak ( reproductive age ).

Salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah kehadiran antibodi kepada human papillomavirus (kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin ( genital wart )). Walaupun tidak merbahaya, virus ini dipercayai menyebabkan perubahan kepada sel di pangkal rahim ( cervix ), menyebabkan perkembangan barah. Jenis strain HPV dikaitkan dengan barah pangkal rahim (strain 16, 18 dan 31), bukanlah jenis yang menyebabkan ketuat kelamin.

Disebabkan oleh itu, wanita yang kerap bertukar-tukar pasangan berdepan risiko lebih tinggi mendapat kanser serviks yang disebabkan jangkitan virus Human Papilloma (HPV) yang hanya tersebar melalui hubungan seks. Selain itu, kanser serviks boleh disebabkan hubungan seks pada usia terlalu muda dan tabiat merokok.

Perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2001 menunjukkan, kira-kira 26 peratus saja wanita menjalani ujian pap smear, manakala 74 peratus lagi memberi perhatian terhadap pemeriksaan kanser payu dara.

Pada tahun 2003, Daftar Kanser kebangsaan melaporkan bahawa kadar kasar kejadian barah pangkal rahim di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Penyakit ini merangkumi 12.9 peratus barah yang dihidapi wanita.

‘‘Ini bermakna lebih 1,300 wanita didiagnosis menghidapi kanser serviks dan lebih 750 wanita mati akibat penyakit ini setiap hari.

Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian kanser payu dara, ultra sound dan lumuran pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Wanita dinasihatkan untuk menjalani ujian lumuran Pap setiap tahun untuk memeriksa sel pra-barah, atau sebarang kelainan. Jika barah pangkal rahim dikesan awal, ia boleh dirawat tanpa mengganggu kesuburan.

Dalam barah pangkal rahim), sel-sel di pangkal rahim tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser.

Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim?


1. Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
2. Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
3. Perdarahan pada faraj antara haid atau selepas perhubungan seks.
4. Sebarang perdarahan pada faraj selepas putus haid.

Orang terkenal yang mengidap atau meninggal disebabkan barah pangkal rahim:


* Henrietta Lacks
* Colleen Dewhurst
* Karin Smith
* Anita Mui

1 comments:

armouris said...

info tentang kanser mulut kat sini - Kanser Mulut

Post a Comment

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India