DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Thursday, October 30, 2008

Doodle Pro


La ni pantang nampak mama nak snap picture Marsya..dia pun dok sibuk nak bergambar juga..mcm-mcm gaya dia buat..uhuhu. Nak jadi model gaknya dak Mukhriz ni..hehehe. Xtvt harian Mukhriz...menyanyi, menari, menyakat Marsya, merajuk..uhuhuh (paling mama tak gemar), tidur.. & minum susu lebih 5 botol...lagi-lagi dah dapat botol susu baru..makin le kuat dia nak menyusu..hahahaha.




Ni time dapat gadgets baru..bukan main lagi dia menconteng..mahal gak benda ni..macam membazir je r..tapi daripada guna marker pen or pencil..lagi le kes naya..mau dia conteng dinding rumah nanti..hehehe.

My Sweets Little Princess ~MARSYA~


Sekarang Marsya dah dapat sesuaikan masa tidur dengan masa tidur mama. Payah juga bila masa kita tidur dia dok berjaga. Marsya la ni suka sangat kalau dengar suara Mukhriz..hehehe, mesti dia senyum or sahut semula.

Last month check up berat marsya 4.1kg, hopefully nanti 2nd check up naik le lagi..nak kena inject tu..uhuhuh. Harap-harap dia tak meraung-raung sangat. Time Mukhriz nangis sikit je ..pastu dia diam. Syukur al-hamdulillah setakat ni Marsya membuang dengan baik, walaupun 4 hari sekali..tapi untuk baby yang fully breastfeeding takde problem, melainkan kalau minum susu formula tu..memang kena le bawa jumpa doktor.

Mula-mula dapat adik, macam-macam perangai dak Mukhriz buat..suruh halau adik le..cubit adik le..uhuhuh. Mungkin dia rasa diri dia dah terabai..tu yang buat perangai macam-macam. Asal balik daripada rumah mak, mesti dia cakap ayah nak nalds..a.k.a Mc Donalds..kekadang layankan..kekadang buat tak tau je..hehehe. Sekarang ni mukhriz dah makin ok, cuma suka sangat merajuk..aduh...payah betul le..layan budak manja ni..hehehe

Monday, October 20, 2008

Accident

Dalam dok bercerita dgn hb, tunggu lampu hijau...tetiba dengar detum..huhuhuh. Hb cakap apa tu..adoi..ours car. Baru semalam citer pasal kawan hb kena langgar belakang. Ni kitaorg lak kena.. nasib baik le kereta kitaorg jarak jauh dengan kereta depan tidak..aduh ...depan belakang hancur.

Hb cakap atok tu baru beli kereta tu 3 bulan beli..autonya..b4 this guna manual..jadi mungkin dia gabra ke apa..tak tau le..dah tu nak p haji lak..cian atok tu..dugaan sungguh.. Khalif Ramon, dugaan sungguh ni nak balik Kluang..uhuhuh.




La ni hb p buat report balai, lepas tu nak p check up Marsya takut apa-apa kan..uhuh. dugaan. Doakan yer Marsya tak pe-pe. Risau gak ni ..dah le Marsya baru 50 hari lahir.

Mukhriz duduk belakang time xcident tu..cuak mama, nasib takde apa-apa kat Mukhriz..uhuhu. Dugaan ni sungguh.

Tuesday, October 7, 2008

Marsya Nur Damia


Lama tak update blog ni..since pregnant..macam malas je memanjang. Untuk semua..ni lah permata hati zura yang 2nd..lahir pada 1 ramadhan (1 september 2008), 11.33pm, 3.05kg. Syukur al-hamdulillah, kelahiran kali ini sama macam kelahiran pertama, masa sakit tak lama...berkat guna "SALINDAH".Selepas dibincangkan..dapat le nama "MARSYA NUR DAMIA ".

Marsya ~> Subur, Menghijau
Nur ~> Cahaya
Damia ~> Kebijakan, keberkatan

Maksud daripada nama ni dapat daripada buku "Amalan ketika mengandung & setelah bersalin serta panduan menamakan bayi".

Proses berpantang..macam yang lain juga..bertungku, berurut,mandi lulur, mandi air daripada daun-daun. Kali ni ambil 5 hari untuk bertungku & berurut dengan Pn.Siti.. best woo dia urut..Lepas 40 hari tak tau lagi ambil berapa hari..heheeh, lum discuss lagi ni. Hope dapat le buat 2 hari. Pernah gak try tempat lain..aduh..tak de rasa la..boring je. Kali ni beli product Nona Roguy...memang berbaloi sangat..

Lepas berpantang ni ..proses buat spa lak..Tapi kat rumah je la..nak p spa..kopak lak duit. Marsya setakat ni siang memang kuat sangat tidur..time 12.00am - 3.30am dia dok celik..jenuh le nak layan..dah le mata mengantuk..hahahaha. MUkhriz lak..tak habis2 nak usik adik dia..jenuh le dok menjerit marah kat dia.

Dah bertambah ahli keluarga..makin sibuk la jadinya..terkejar-kejar nak siapkan segala...uhuuhuh. Masa diaorg tidur le leh siapkan ..Mukhriz kerja dia dok sepah-sepahkan mainan je..adoi sakit jantung bila tengok. Ada je kerja dia buat..Kalau senyap semua orang pelik mana le p budak..tau2 le ..kalau senyap tu..mesti tidur tak pun buat project suruh mama dia menjerit marah kat dia..



Ingatan tulus ikhlas : Azura, Yazid, Mukhriz Danial & Marsya Nur Damia


Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India