DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Saturday, November 17, 2007

Sira Pisang


Sumber :RASA ~: Disember 2007 :~

Bahan-bahan:
20 biji pisang | dibuang kulit
air kapur secukupnya
480 gm gula (sesedap rasa, manis sgt ni)
100ml air
2 helai daun pandan

Cara :
1. Pisang dibasuh dengan air kapur.
2. Panaskan air, gula dan daun pandan di dalam periuk sehingga mendidih.
3. Masukkan pisang dan masak sehingga nampak berkilat.
4. Angkat dan sejukkan


~:: Gula tu mama ikut tekak mama..heheheh tak suka manis-manis..takleh nak telan nanti.

Thursday, November 15, 2007

Zebra Cake


ZEBRA CAKE
Sumber: Jo's Deli Bakery

Menghasilkan 1 loyang 8" bulat

Bahan-bahannya
6 biji telur yang kecil
110 gram gula kaster
150 gram tepung kek
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar ovalette
100 gram mentega, dicairkan
30 gram susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla

2 sudu teh serbuk koko
3 - 4 sudu besar air
1 sudu teh coklat emulco

Hirisan badam/ badam cincang

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. Lenser dan salutkan tepung pada loyang bulat 8".
2. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
3. Pukul telur, tepung yang telah diayak, gula kaster dan ovalette dengan kelajuan tinggi selama 10 minit atau sehingga adunan tepung menjadi pekat dan kental.
4. Masukkan mentega cair, susu pekat manis dan esen vanilla dan putar menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan coklat pada satu bahagian.
6. Menggunakan sudu besar, sendukkan 3 sudu besar adunan plain pada tengah loyang dan kemudian 3 sudu besar adunan coklat. Selepas setengah adunan sendukkan 2 sudu besar dan kemudian seterusnya 1 sudu besar pada akhir aduanan habis. Mulakan dengan adunan plain dan akhirkan juga dengan adunan plain.
7. Taburkan dengan hirisan badam/ badam cincang dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 35 minit.
8. Biarkan kek sejuk selama 10 minit selepas dibakar dan kemudian boleh dikeluarkan dari loyang pembakar.

Nota:
1. Jangan gantikan susu pekat manis dengan susu segar/ UHT kerana ini akan membuat adunan tepung menjadi cair dan susah bila hendak melapis.
2. Air yang dicampurkan dengan serbuk koko dan coklat emulco boleh digantikan dengan susu segar.
3. Elakkan menggunakan tepung gandum/ tepung serbaguna, jika boleh. Bila memukul tepung pada kelajuan tinggi, gluten dalam tepung akan membina dan ini akan menyebabkan anda mendapat kek yang kenyal bila digigit.
4. Bila menggaul cecair coklat kedalam adunan, gaul satu arah pusingan dan jangan keterlaluan yang mungkin akan mengakibatkan adunan menjadi cair.
5. Sebaiknya mulakan dan akhir proses melapis dengan adunan plain.








Disebabkan terlebih rajin hari ini..mama buat zebra cake untuk mak su Mukhriz..Lama tak buat kek ni since last year..Mama buat 1 1/2 adunan untuk 1 loyang 9'. Sedap kek ni lembut je. Kalau sesiapa rasa mesti kata beli kat kedai kek..sebab lembut sesangat.


Sebelum ni selalu buat..tapi tak pernah ingat nak snap picture...Mukhriz pun bangun lambat jadi mama leh le snap picture Zebra cake ni. Kat rumah ni mama je lah suka makan kek..Mukhriz tak habis dengan roti jagung dia..hehehehe bila le mama nak cuba buat roti pula ye..tunggu dapat toys baru le pulak..heheeehe my dreams.."BREADMAKER"..

Thanks sangat kat hubby belikan mama elektrik oven tu..berguna sungguh.hehehehhee. Oven Gas tu jadi pusaka la..kesian dia..Next time guna gak buat bakar biskut ke..tapi suhu dia tu macam tak betul.

Tuesday, November 13, 2007

Danga Bay












Disebabkan tak tau nak buat apa...ni le antara picture mama snap. heheeheheh, Suasana malam yang cantik kat "Danga Bay". Mukhriz langsung tak takut dengan panda bear tu..siap berdiri nak salam ...hehehheeh.. lawak betul. Selalunya budak-budak baya dia ni takut nak tengok.

Chicken Chop..memang lawa je..rasanya tawar...erm tak best betul..minta sos mushroom..dia p bagi black pepper..Ntahle. Minta soya beans tin..tak hantar-hantar. Mukhriz lak tak nak air lain..uhuhuhuh. Hubby p order...then waiter kata kena bayar lak..lastly mama cakap tadi dah order tapi tak hantar pun. Waiter tu pun check bil..sahih dah masuk dalam bil..uhuhuhu. kalau tidak melayang gak rm3 utk 1 tin soya.

Mukhriz bila jumpa pakcik dia yang umur 4 tahun..apa lagi..menjadi le dia nak bermain..ada geng nak lari-lari..hehehehehe. Habis anak dara orang dia p tegur..hahahahaaha. Apa-apa je lah Mukhriz..layanssssss.

Senheng 11th Members Day


4 pcs Chicken (OR/HS), 1 O.R. Fillet Burger, 1 Coleslaw (L), 1 Whipped Potato (L), 1 Fun Fries (L), 3 Floats (S)


Disebabkan dapat Voucher kat SenQ apa lagi...p makan kat KFC..hehehehehe. Oklah dapat save RM7.18. Dah diagihkan kat kengkawan semua...Iena..tunggu postman hantar ke Taman Puchong Intan yer..






Botol cili sos tu saje dok snap..hahahahahha, tu le kerja mama kalau bosan-bosan habis picture makanan mama snap. Iena tu le makanan yang kita akan dapat bila guna voucher SenQ tu. Kenyang le untuk bertiga makan... Voucher tu khas untuk pregnant mum ... Semoga sihat sentiasa yer iena..

Balik Jb jangan lupa...jumpa le kawan ko sorang ni..hehehehhe. Cian aku..takde sape datang melawat. uhuhuhuh. Sedih sungguh ni. heheheheehe.

Sup Ikan Merah


Sumber : Forum Cari
Bahan-bahannya:-

- 1 ekor ikan merah
- 2 biji tomato ~> x letak
- 2 kuntum bunga cengkih
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 tangkai daun sup & daun bawang
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- Garam dan ajinomoto secukup rasa ~> Pak aji dah lama ditinggalkan
- Sedikit minyak masak utk menumis

Bahan untuk dikisar (A)

- 4 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- 1 cm halia

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan (A). Masukkan sedikit air dan biarkan
mendidih sekejap

2. Kemudian masukkan kepala ikan, serbuk lada putih, garam, bunga
cengkih dan bunga lawang. Apabila mendidih, masukkan tomato, daun
sup dan daun bawang.


Ni menu masa demam & selsema..mood nak update takde..la ni baru dok update..Mukhriz suka sangat "Sup Ikan Merah" siap hirup kuah...hehehehe. Kelakar betul. Apa yang ayah dia buat mesti dia ikut..anak ayah lah katakan...Sedap betul dia makan sampai minta tambah.

Kak Intan...ni angin Rajin nak update blog datang..heheheh habis semua dimasukkan dalam blog ni.


Ini menu masa tetiba nak makan nasi ambang "Mat Corner" popular kat BBU ni..kalau special ada letak rendang daging..sedap betul. Kadang-kadang tu kul 1.30ptg dah sold out..heheheheh. Ada yang beli sampai 30 bungkus..betul-betul famous..harga pun berpatutan..duduk kat BBU ni bab makan memang senang sangat .... cuma sediakan duit je..hahaaahhaa.
Pokok cili padi ni susah juga nak menjaga, kalau kena kulat atau daun jadi kerinting kena cepat-cepat p buang & sembur dengan racun serangga.. Mama beli yang RM5 je sebotol kat Pasar Tani BBU, berbaloi sangat sebab kulat tak hingga pokok cili padi. Setakat ni syukur al-hamdulillah pokok cili padi ni dah macam-macam mana masak..hehehehehe. Buat rendang cili padi, sambal kicap, tomyam, masak lemak cili padi..hehehehe. Best la..sebab nampak je kecil..tapi rasa pedas tu boleh buat kita menangis..

Suka tengok warna-warna cili padi ni..hehehhee. Tak tau le kenapa..setiap hari mesti nak p tengok perkembangan cili padi ni..Next time nak semai lagi le..hehehehe. Nasib baik le hubby dia tak kisah mama tanam-tanam pokok-pokok ni..Berguna gak time malas nak p kedai...hahhahahah..






Pokok-pokok ni banyak berjasa..Kalau stok dalam peti sejuk dah habis...mama ambil je kat laman..hehehehe. Cuma "Pokok Bunga Kantan" belum berbunga..kalau dah berbunga best betul..boleh buat laksa penang...tak pun kerabu bunga kantan..heheheehe.

Nak kata rajin sangat berkebun tak juga..bila tengok pokok-pokok hidup subur tu yang suka sangat..letak baja,sembur racun serangga..gembur-gemburkan tanah, cantas daun-daun yang tua & rosak..hehehee.







1st time tengok bunga pokok halia..lawa juga..hehehehe Selama ni tau beli halia kat kedai je..hahahahaha. Disebabkan halia kat dapur asyik bertunas je..tu yang makin lama makin banyak pokok halia..hehehehe. Baru-baru ni beli pun bertunas..uhuhuhhuh. Tu yang mak Ngah cakap..dia cuba tanam halia tak hidup pun..erm..kenapa ya? Lastly..mama cakap..ambik je kat laman ni tanam kat sana..hehehehehe.

Friday, November 9, 2007

Honeycomb Cake



Kek Gula Hangus Puan Halimah

1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sd besar mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

~# Cara masak gula hangus #~

Step 1 - Masukkan gula dalam kuali dan panaskan dengan api kecil



Step 2 - Bila gula dah cair dan agak kecoklatan, masukkan air panas sikit demi sedikit


Step 3 - Masukkan butter ke dalam gula tadi dan biarkan butter cair.Apabila cair bolehlah tutup api dan ketepikan


4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara2:-
Pukul telur sampai kembang & pekat.
Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila
last kekali, masukkan gula hangus tadi.
Bakar selama 60 minit dengan suhu 160 '.

Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.

Step 1 - Pukul telur sampai kembang & pekat


Step 2 - Masukkan susu pekat ke dalam telur dan pukul sebati


Step 3 - Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu


Step 4 - Masukkan esen vanilla

Step 5 - Masukkan gula hangus

Step 6 - Perap selama 4 jam

Step 7 - Selepas diperap selama 4 jam, masukkan dalam loyang dan kacau sedikit supaya tepung tadi tidak mendap dan bolehlah dibakar dengan menggunakan api bawah dulu, lagi 5 minit hendak masak guna api atas sahaja

Step 8 - Bakar selama 60 minit dengan suhu 160 '



Inilah kek gula hangus yang memerlukan kesabaran..sebabnya kena perap lama tu.. 4 jam. Tapi mama perap 3 1/2 jam je.Mama guna acuan 8 inchi..cantik je bila keluarkan tu..Lagi satu acuan tu kena alas dengan kertas minyak supaya tak melekat kek tu nanti. Sedap kek ni..& confirm menjadi kalau ikut step by step. Mama bagi 5 star kat kek ni..Resepi ni mama ambil daripada forum cari. Macam-macam resepi mama belajar...walaupun jadi ahli mesyuarat tingkat je..hehehehehe


Bersarang betul kek ni..hehehehe. Tak manis sangat..secukup rasa betullah..kat rumah ni mama je yang suka makan..Hubby & Mukhriz Danial pun tak gemar..nasib baik le rumah mak dekat je..Adik-adik mama memang suka kek ni..heehehhehe. Next time mama nak buat lagi r..tapi tak bestnya kena makan sorang-sorang....uhuhuhuh.

Mukhriz cuma suka kek coklat, tart gulung & semperit pandan...heheehehhe. Ok le tu..at least dia makan ..apa yang mama dia masak..Sekarang ni Mukhriz makin berisi walaupun orang ramai kata dia nampak kurus..Mukhriz makin tinggi tu yang nampak kurus..Next month check harap-harap naik le berat dia lagi..ada gak mama kena attack dgn nurse..hehehe.

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG