DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Friday, September 28, 2007

Menanti Surga


Composer & Lyricist : Numata

Numata duet with. Tetty Kadi


PENJAGA HATI

ADA KALA
SAAT KU TAK BERDAYA
MENYERAH MENYUSURI HIDUP

JANGAN BIARKAN
AKU TERLUKA
KU DISINI MEMBUTUHKANMU

Pre-chorus :
TAK’AKAN ADA
YANG MELEBIHI
KETULUSANKU, KASIHKU KEPADAMU

KARENA AKU
YANG MENCINTAIMU
SELALU,TANPA RAGU

Reff :
CINTA INI TAK’KAN TERHAPUS OLEH WAKTU
BEGITU ADANYA DIRIMU
MASIH DISINI SETIA TUK MENJAGAMU
AKULAH PENJAGA HATIMU

ADA KALA
SAAT AKU MERASA
SUDAH SAMPAI DISINI SAJA

JANGAN BIARKAN
AKU TERLENA
SENDIRI KU DISINI, MEMBUTUHKANMU
Back to Pre-chorus, Reff

ASTRO ARUNA : 7.00 p.m to 8.00 p.m


Entah kenapa suka dengar lagu ni..Selalu terlepas tengok cerita ni terpaksalah tengok ulangan 11.00 p.m to 12.00 a.m. Best juga tengok cerita ni..Sebelum ni suka sangat cerita DIA & HIKMAH ...ulang berkali-kali pun mesti nak tengok..hehehehe. Sampai hubby sound..la tak bosan-bosan ke..asyik tengok ulangan je..hehehehe.


Marcella Zalianty as Vira


Suka sangat tengok muka dia masa cerita ni..heheeh nampak baik sgt. Harap-harap dapat tengok sampai ending part. Selalu kalau tengok cerita-cerita bersiri ni..ending part tak dapat tengok..ada je halangan. Kalau tak keluar ikut hubby mesti kekadang terleka tengok-tengok dah terlepas siaran..hehehehe. Lama tak tengok dia berlakon..


suka gak tengok dia ni dalam citer ni jadi pemuda lumpuh separuh badan. Sweet je tengok mereka berdua bila berlakon..heheheheh. Dulu ada geng tengok citer-citer macam ni..sekarang layan sorang-sorang le nampaknya..hehehe. Tak kisah le..yang penting takde gangguan siaran daripada orang lain..hehehehhee.

Thursday, September 13, 2007

Puteri Ayu


Bahan :
3 biji telur
240 gm gula
240 ml santan atau fresh milk
1 s/b jus pandan
270 gm tepung gandum
1 s/k ovallate
1 s/b tepung kanji ]
kelapa parut [muda] ] gaulkan
garam ]

Cara :
1. Telur dimesin/dipukul bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan santan/fresh milk, ovallate dan tepung gandum. Gaulkan sehingga sebati.
3. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada acuan.
4. Ambil sedikit kelapa yang telah digaulkan tadi dan tekan sehingga padat.
5. Tuangkan adunan tepung tadi.
6. Kukus hingga masak selama 15 minit.

NOTA: kueh ini boleh juga ditukarkan jus pandan dengan pes coklat

Xtvt semasa

Xtvt masa pagi & petang, antara tanaman yang sedang subur menjadi. Harap-harap menjadilah. Dulu orang selalu kata mama ni tangan panaslah...tanam pokok matilah. Rasanya cara penjagaan tu salah satu faktor kenapa dulu dok tanam asyik mati je..hehehehe, Pasal dulu tanam je rajin..bajanya tak letak..hahahahahhaa.

Mata kucing tu campak je biji dia dalam pasu, tengok-tengok keluar lak tunas dia. hehehehe ntah hidup ke tidak tu tak tau le..Semai je lah..hehehehe. Pokok Selasih tu mama import daripada Kluang biji benih dia. Sedih dulu ada gak tanam tapi kena mesin dek pekerja hubby..marah betul mama..mana taknya kawan tu dah subur kena mesin sampai togel. Syukur al-hamdulillah menjadi gak dia..harap-harap leh sampai besar..Nanti leh bawa Kluang bagi kat Wan lak..hehehe mama tolong semaikan sekali.




Pokok Mata Kucing



Pokok Selasih



Pokok Cili Padi



Pokok Daun Kesum



Pokok Ulam Raja



Pokok Kari



Pokok Bunga Kantan



Pokok Lengkuas



Pokok Halia



Pokok Pandan



Pokok Serai



Pokok Temu Pauh



Pokok Kunyit


Pokok kunyit ni banyak berjasa..buat rendang, kerang berapi. Ada gak bg kat Wan bawa balik Kluang. Xtau apa citer pokok kunyit Wan kat sana. Pokok Cili padi tu abah bagi benih..memang banyak sangat anak dia dekat 20 pokok. Bagi Wan & Abah..heheehhe tinggal le mama 8 pokok..Kalau menjadi.. Tak termakan nanti. Lengkuas & halia tu saja-saja campak, malas-malas nak p kedai cabut je..hehehehe. Pokok bunga kantan tu import dari Melaka. Harap-harap merasa le makan bunga kantan tu nanti.Sedap buat laksa penang. Kalau menjadi leh le bagi kat sesape yang nak bunga kantan tu.




Suka tengok pokok cili padi yang dok berbunga ni..tak sabar rasanya nak petik hasilnya.heheheh. Cuma nak kena jaga, jangan sampai ada ulat & semut hinggap..kalau tidak habis lah pokok cili ni..1 weeks sekali mama sembur dengan ubat untuk halau semut. Setakat ni berhasil..semut or ulat takde hinggap lagi..Selepas ini tak taulah. Harap-harap menjadilah pokok cili padi ni..Bak kata hubby lepas ni tak payah le membeli kat kedai...heheheheeh. Petik je kat kebun tu. Syukur al-hamdulillah, harap-haraplah. Berdoa..heheehhee

Wednesday, September 12, 2007





Saja letak doa berbuka puasa. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua.

Harap-harap bulan Ramadhan..bulan untuk insafkan diri..jangan membazir dalam segala hal. Sebelum ni berpuasa ada mak su & Ikin. Tapi maksu dah balik ke Bangi dapat tukar ke sana. Ikin lak dah start duduk rumah mak..jadi tinggallah kami 3 beranak berpuasa bersama-sama.

Bulan Ramadhan

Sekejap je dah nak masuk bulan Ramadhan. Mukhriz pun dah nak makin membesar. Ramadhan untuk dihayati. Semoga kita mendapat keberkatan di Bulan mulia ini.




Di bulan Ramadhan al Mubarrak kita disunatkan diantaranya ialah memperbanyakkan membaca al Quran, Bersedekah, dan sembahyang sunat Terawikh.
Ini fadhilat solat Terawikh tersebut.

Diriwayatkan oleh saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah s.a.w., sebagai jawapan dari
pertanyaan sahabat-sahabat nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat
terawikh pada bulan ramadhan:
MALAM 1:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan,
mendapat keampunan dari Allah.

MALAM 2:
Diampunkan dosa dosa orang mukmin yang solat terawikh serta kedua ibubapanya
(sekiranya mereka orang beriman).

MALAM 3:
Berseru malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan solat terawikh
terus menerus. `semoga Allah mengampunkan dosa engkau.'

MALAM 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca
kitab kitab taurat, zabur, injil dan al Quran.

MALAM 5:
Allah kurniakan baginya pahala orang-orang yang bersembahyang
di masjidilharam, masjid madinah dan masjid aqsa.

MALAM 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf
di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan
tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang
mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini

MALAM 7:
Seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong
Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya fir'aun dan hamman.

MALAM 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang
telah dikurniakan kepada nabi Allah Ibrahim "Alaihissalam.

MALAM 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti nabi Muhammad s.a.w.

MALAM 10:
Allah subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.

MALAM 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

MALAM 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

MALAM 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.

MALAM 14:
Datang malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.

MALAM 15:
Semua malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.

MALAM 16:
Allah Subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan
ke dalam syurga.

MALAM 17:
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak
pahala para nabi.

MALAM 18:
Seru malaikat: hai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau
dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

MALAM 19:
Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya didalam syurga firdaus.

MALAM 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

MALAM 21:
Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.

MALAM 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan
(tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang mahsyar).

MALAM 23:
Allah Subhanahuwata'ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.

MALAM 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini,
(elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

MALAM 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

MALAM 26:
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama
40 tahun beribadat.

MALAM 27:
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas
titian sirotulmustaqim seperti kilat menyambar

MALAM 28:
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat

MALAM 29:
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

MALAM 30:
Allah Subhanahu Wata'ala beri penghormatan kepada orang berterawikh
pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "wahai hambaku:
makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam
syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama salsabila, serta
minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
yang bernama 'al-Kauthar'"

Friday, September 7, 2007

Nasi Dagang


NASI DAGANG TERENGGANU[NoorMasri]

Bahan-bahan:

4 cawan beras siam
1 cawan beras pulut
1 biji kelapa - jadikan (2 cawan santan cair & 1 3/4 cawan santan pekat)
3 ulas bawang merah - dimayang halus
2 cm halia - dimayang halus
3/4 sudu besar halba
1 sudu besar garam (paras rata)

Cara membuatnya:

Beras dibersih dan direndam dengan air selama lebih kurang 6 jam sebelum dikukus
Letak pengukus atas dapur dan masukkan air
Sementara itu, campurkan santan pekat dengan garam . Kacau hingga hancur garam tersebut.
Bila air di dalam pengukus menggelegak, masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak
Bila separuh masak, angkat nasi kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan santan cair keatasnya dan kacau hingga rata.
Kemudian masuk balik ke dalam pengukus, kukus sekali lagi hingga masak.
Bila masak, sekali lagi angkat masukkan ke dalam bekas besar tadi lalu siram dan gaulkan nasi dengan santan pekat, halba, halia dan bawang yang dimayang tadi.
Kacau sehingga rata dan sebati . Sedia untuk dihidangkan.

Nota: Jika lubang pengukus besar, utk mengelakkan nasi banyak gugur ke bawah bolehlah lapik dgn daun pandan/daun pisang sedikit.
(JANGAN lapik sehingga tertutup semua lubang nanti nasi lambat/tak masak pulak)



~: Ours Lunch Menu :~




GULAI IKAN NASI DAGANG [NoorMasri]



Bahan-bahan:

1 ekor ikan aya / tongkol yang sederhana besar (600 g)
2 sudu besar cili kering kisar } jika suka boleh tambah lagi
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang } byk dijual di Pantai Timur (kacau dgn sedikit air panas utk dijadikan pes)
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji kelapa – dijadikan 4 cawan santan
2 cm. halia
2 cm. lengkuas
4 keping asam gelugur
1 cm kunyit hidup
2 sudu besar gula melaka
5 - 6 biji buah belimbing buluh
10 biji cili kecil
1 sudu besar kerisik
garam dan serbuk perasa secukup rasa
5 sudu besar minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

Ikan dipotong berkeping-keping dibasuh dan dibersihkan
kemudian direbus dengan sedikit air
Masukkan garam dan 2 keping asam gelugur
Biarkan sehingga mendidih dan hampir kering airnya
Diangkat dan biarkan sejuk ( Boleh juga disediakan sehari lebih awal atau disimpan satu malam kemudian dibuat gulai )
Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit ditumbuk lumat
Panaskan minyak dan masukkan cili kisar diikuti dgn bahan yang telah ditumbuk lumat kemudian bila wangi dan agak garing masukkan pes rempah. Tumis sehingga pecah minyak
Masukkan santan. Kacau sehingga mendidih
Masukkan ikan yang telah direbus tadi, 2 keping asam gelugur dan gula melaka
Biarkan ia mendidih sehingga menjadi pekat sedikit
Masukkan cili kecil dan buah belimbing
Biarkan mendidih seketika baru diangkat




ACAR TIMUN NASI DAGANG [NoorMasri]



Bahan-bahan:

1 biji timun
1 biji cili merah }dimayang
1 biji cili hijau }dimayang
2 biji bawang merah } dimayang
1 batang lobak merah
4 sudu makan cuka
2 sudu gula atau secukup nya
Garam secukupnya

Cara membuatnya:

Timun dan lobak merah dipotong kecil memanjang lebih kurang 2.5 cm.
Campurkan bersama bawang merah, cuka, gula dan garam di dalam sebuah bekas
Kacau sehingga sebati dan rata
Biarkan kira-kira 15-20 minit baru dihidangkan.



~: Beras Nasi Dagang :~





Ni khas untuk kawan hubby yang baik hati...tolong mama dapatkan beras nasi dagang import dari Kelantan. Thank's eeh...Ada lagi balance beras tu tak tau le bila nak buat..heheheehe. Kalau rumah ni ramai org best leh buat macam-macam. Ni tinggal kami 3 beranak je..masak ringkas-ringkas je lah..hehehehe.





Xtvt seterusnya meracun lalang yang dah macam padi. hehehhehehe. Jangan marah ye tuan rumah...nanti kena jual. heheheheh. Harap-harap mati le lalang tu...cuaca memainkan peranan cukup penting..kalau hujan..hancur le xtvt meracun hari ni.

Lepas meracun kitaorg melepak makan roti canai..& seterusnya balik BBU. Tuan rumah bz ada trainning badminton & futsal. Jadi takleh le nak lepak lama-lama kat Pasir Gudang.hehehehehe. Thanks tuan rumah belanja makan roti canai.

Sunday, September 2, 2007

Kiroro - Mirai E



Chord

Hora ashimoto wo mitegoran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mitegoran
Are ga anata no mirai

Haha ga kureta takusan no yasashisa
Ai wo idaite ayume to kurikaeshita
Ano toki wa mada osanakute imi nado shiranai
Sonna watashi no te wo nigiri
Issho ni ayundekita

Yume wa itsumo sora takaku aru kara
Todokanakute kowai ne dakedo oitsuzukeru no
Jibun no SUTOORII dakara koso akirametakunai
Fuan ni naru to te wo nigiri
Issho ni ayundekita

** sono yasashi wo toki ni wa iyagari
Hanareta haha e sunao ni narezu

* repeat

** repeat

* repeat

Hora ashimoto wo mitegoran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mitegoran
Are ga anata no mirai

Mirai e mukatte yukkuri to aruite yukou

***

To The Future

Look! Look underfoot
This is your path to walk
Look! Look at what’s before you
That over there is your future

My mother gave me much kindness
While embracing love, I returned to my dreams
I was still a child then, and didn’t understand the significance when
She held my hand and we walked together
Dreams are always sky high and
though fearful, we still continue to reach for them
I should know this story because I never gave up
Although I was uneasy, we walked together

At times, I hated that kindness,
yet I would become weak when separated from her

Look! Look underfoot
This is your path to walk
Look! Look at what’s before you
That over there is your future

At times, I hated that kindness,
yet I would become weak when separated from her

Look! Look underfoot
This is your path to walk
Look! Look at what’s before you
That over there is your future
Look! Look underfoot
This is your path to walk
Look! Look at what’s before you
That over there is your future

Face your future,
and slowly approach it

Saturday, September 1, 2007

Dadih


DADIH EONIS

Bahan-bahan :
3600 ml Air
530 gm Susu tepung Fernleaf(bancuh ngan air)
400 gm (guna 320 gm je)
sedikit perisa jagung, rose, coklat, pandan
Sedikit garam
15 gm Agar-agar strip (3/4 daripada 20gm) rendam dalam air

Cara :
1. Masak agar-agar bersama air sehingga larut.
2. Tapis bancuhan susu tadi ke dalam periuk.
3. Masukkan gula & garam secukup rasa.
4. Ambil 1/4 utk perisa coklat, tapis dan tuangkan ke dalam bekas.
6. Ambil 1/4 lagi, tuang ke dalam mangkuk & masukkan perisa rose.Tapis masukkan dalam bekas kecil.
7. 1/4 lagi masukkan perisa jagung. Tapis & masukkan dalam bekas kecil.
8. 1/4 lagi masukkan perisa pandan. Tapis & masukkan dalam bekas kecil.
9. Biarkan sejuk.
10. Bila betul-betul sejuk.Tutup dengan penutup bekas. Masukkan dalam peti sejuk.




Bekas comel-comel untuk budak comel (MUKHRIZ DANIAL)




Proses penyejukan


Tetiba teringin nak makan dadih..dah lama tak buat project dadih ni.heheehhee. Kalau beli kat pasar tani mcm tak cukup je satu bekas tu. Disebabkan Mukhriz pun suka makan..apa lagi buatlah..asyik nak membeli je kopak gak duit. Tapi ada gak org kata ..asyik nak membuat je..tak laku le kat kedai. Bukan masalah tak laku ke apa, pada mama kalau boleh buat sendiri apa salahnya buat. Lagi pun boleh makan banyak..hehehehe. Resepi ni dapat dlm 17 bekas yang besar, kalau yang comel-comel tu dalam 12 bekas. Berbaloi gakle..heheeheh. Rasanya kalau guna bekas comel-comel tu dapat dalam 40 bekas.

Next time mama nak cuba style lain pula..tentu meriah..hahahahahaha. Tukang makan adalah Mukhriz Danial yang memang suka makan, tak kisah apa yang mama masak. Syukur alhamdulillah dia tak cerewet makan..apa mama makan..tu yang dia makan. Orang tua-tua kata kalau time pregnant kita cerewet makan..nanti anak kita pun sama cerewet makan. Ntah betul ke tak tu tak tau le..heehhehehe. Pasal time pregnant memang semua bedal je makan takde yang kena reject. haahhaahhahaha.


Untuk mama & ayah


Tukang comment mama yang terbaik adalah hubby..hehehehee. Bagusnya dia comment..pasal leh improve our style cooking or recipes. Kalau takde orang comment mana tau sedap ke tidak..Paling kena berhati-hati masak..Asam pedas..uhuhuhh..fav hubby. masak kena lengkap dgn semua bahan-bahan & wajib setiap bahan tu kena tumbuk dengan lesung batu..cili tu biasa kisar je.heheheehe kalau tidak nanti kena comment, hehehehehe.

Lepas ni nak belajar masak apa pula yer...heheehhehe.

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India