DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Friday, August 31, 2007

Sekadar Renungan Jumaat


kelebihan orang yang sering berzikir kepada Allah:

a. mendapat keredhaan allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan di dalam jiwa.

b. menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.

c. mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari allah serta dimurahkan rezeki.

d. dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan allah.

e. segera mendapat pembelaan dari allah apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.

f. mendapat kehormatan dan doa dari sekalian malaikat.

g. memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak dia berzikir maka semakin banyaklah pohon tamar itu untuknya.

h. mendapat nur dari allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan titisan sirat nanti.

i. dapat membina rumah dan juga istana di dalam syurga. apabila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.

j. menjadi pendinding dan perisai dari neraka jahanam.


Hari ni genap seminggu Arwah Atok pergi buat selamanya. Masih terasa sayu..Terkilan tetap ada..tapi Allah s.w.t lebih menyayanginya. Iringan Al- Fatihan & Surah Yassin daripada anak-anak & cucu-cucu. Semoga kita tidak pernah lupa untuk sedekah untuk mereka-mereka yang telah pergi buat selamanya.

Kekadang terfikir juga kenapa orang tidak faham perasaan kita apabila kita bersedih? Kenapa kita mesti menjaga perasaan orang? Sedangkan orang tidak pernah faham & menjaga hati & perasaan kita? Renungkanlah. Kenapa kita mesti beralah untuk orang lain...orang lain tidak pernah nak beralah untuk kita? Kenapa? Dimana letaknya hati & perasaan mereka?

Langit tidak sentiasa cerah..Begitulah dengan diri kita juga. Adakala kita gembira...adakala kita bersedih. Tidak semua perasaan dapat diluahkan dengan begitu mudah!! kita ada "MARUAH"...hidup kita ...kita menentukan, bukannya diperkotak-katikkan sesuka hati. Kita mesti ada pendirian yang perlu dipertahankan. Jangan biarkan mereka memperbodoh-bodohkan kita. RENUNGKANLAH!!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan



Tokoh-tokoh kebanggaan negara

Wednesday, August 29, 2007

Restoran Rawa

Gambar-gambar ni masa bulan lepas lupa lak nak update..hehehehe. Thanks eeh Ramon baik hati ajak kitaorg p makan steamboat. Next time eeh kita p serang Mee Bandung Special..fav mama time sekolah..heheheheh Sedap hingga menghirup kuah.hehehehe, & sate Wak Goman eeh.. Set masa, tengok jadual..nanti tak jadi lak..nak kena booking dulu sate tidak sold out..hehehehehe

Ramon ni gambar Mee Bandung sedap teramat tu..kasi hangat sikit..hehehehe. Ada masa kita p ronda Gelang Patah...cari seafood sekali..heheheheehhe


Mee Bandung


Sedap wooo..nak-nak sup tomyam tu..hehehehehe..Mukhriz pun sama dok hirup sup biasa..hehehehehe. Bersih & selesa Restoran ni..kena lak dok kat luar restoran..pergh memang best lah..hehehehe.. Ada bunyi burung...ada angin bertiup.


















Xtvt Mukhriz time nak tunggu makan..heheehhe. Adoi letih nak jaga budak ni sorang..habis pekerja Restoran Rawa jadi kawan dia..siap ajak p tengok ketam la..suruh pegang ketam lah..heheheehheeh.

Tak takut langsung dengan ketam hidup tu..kena sepit baru tau..hehehehe. Kalau tengok gaya macam ni takleh le p lagi..mana nak makan..mana nak p kejar dia masuk dalam kedai..uhuhuhuh..letih mama macam ni..hehhehe.

Menu 4 Today


Masak Lemak Cili Padi


Bahan-bahan :
Ayam
Cili padi | ditumbuk
Kunyit basah | ditumbuk
Serai | diketuk
Santan cair
Santan pekat
Asam keping a.k.a asam gelugur
Kentang
Garam secukup rasa

Cara :
1. Lebur semua bahan seperti cili padi+kunyit basah+serai+asam keping+santan cair & ayam
2. Setelah separuh masak, masukkan santan pekat, kentang.
3. Masukkan garam secukup rasa.


Suka sgt style n9 ni sedap dari yang style letak bawang merah tu..rasa dia pelik n tak sedap ...ehehehehe. Pasal dari kecil dah biasa makan style n9 jadi bila makan style letak bawang ni macam tak kena je rasanya.

Urap Pucuk Ubi




Bahan-bahan :
Pucuk ubi |direbus
Cili merah
Cili padi
Bawang merah
Udang kering
Kelapa parut
Garam secukup rasa

Cara:
1. Rebus pucuk ubi sehingga masak dah ditoskan.
2. Tumbuk cili merah, cili padi,bawang merah & udang kering sehingga lumat. Masukkan garam secukup rasa.
3. Gaul bahan-bahan tadi bersama kelapa parut. Masak sebentar dan digaul bersama pucuk ubi.




Kalau ada taugeh sedap ni..hehehehe dah siap baru teringat taugeh..tak kisah le..bedal je apa yang ada kat rumah. Asalkan leh makan..heheeheheheh.

Monday, August 27, 2007

Donut Suria

Bhn A
3 cawan tepung
3 tbsp tepung susu
3 tbsp shortening
3 tbsp gula pasir halus

Bhn B
200 ml air suam
2 tsp instant yis _klu guna mauripan jgn perap lebih 1/2 jam-takut liat
20 ml air _sbg tambahan jika perlu

Cara :
1. Bancuh bahan b, masukkan bhn A. Masukkan air tambahan jika perlu. Uli 5 minit then terus terapor buat bulat2. Perap then boleh goreng.





Versi letak coklat


Saje buat versi coklat..menarik sikit anak-anak nak makan..Byk gak dpt dlm 18 biji. Apa lagi tapau untuk Aunty Mukhriz yang sememangnya suka sangat donut..tak kisah ler versi apa pun dia bedal..hehehehe



Salut icing sugar ni saje je buat bulat-bulat comel..heheehhe..Mukhriz tak sabar-sabar nak makan..heheehhhe. Walaupun donuts ni takdele sesedap Dunkin Donuts..tak kisahlah..anak-anak nak makan time petang-petang. heeheheheh

Next time nak try resepi lain lak..hahahahaahha. Cuba dan terus mencuba apa sahaja yang berkenan dihati..heheeheh. Selamat mencuba ya..

Sunday, August 26, 2007

Ayam Masak Kicap


Bahan-Bahan

Bahan A
Ayam 4 ketul dibersihkan,digaulkan ngan serbuk kunyit,garam n goreng separuh masak.

Bahan B
Bawang besar
Bawang putih
Cili padi
Halia sebesar ibu jari
Tumbuk kasar semua bahan diatas
Kicap
Air
Sos tiram


Bahan C

Cili merah hiris
Carrot hiris halus
Bawang holand
Daund bawang 1 pokok
Semua bahan diatas adalah untuk hiasan

Bahan tumis :
Kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Bunga cengkih

Cara :
1.Tumis Bahan b yg ditumbuk, Sampai Naik Bau.
2.Masukkan ayam,kicap sos tiram dan air.
3.Masukkan bahan C



Disebabkan dah tak tau nak masak apa ayam ni..heheehhee. terfikir la apa kata masak kicap lak..hahahahaha.hentam je lah. Lagi pun duduk bertiga je..Masak seringkas yang boleh. Asal sedap dimakan & mengenyangkan.

Dulu selalu mak Ngah rajin masak macam ni..kita tukang makan je..heheheehhe. Sekarang semua kena masak sendiri ..takkan nak makan kat kedai je..kopak gak duit..hhehee

Ayam Goreng Berempah


Bahan-Bahan :
Bawang besar
Bawang putih
Cili kering kisar
Rempah kari daging
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Tepung jagung
Tumbuk kasar semua bahan diatas


Cara :
1. Perap semua bahan yang telah ditumbuk. (Perap selama 3jam @ >).
2. Goreng menggunakan minyak yang banyak.
2. Siap untuk dihidang.


Sedap ratah gitu je sebenarnya. Nak-nak baru masak. Kalau makan dengan nasi panas sedap teramat. Hubby cakap macam rasa kat restoran mamak le..hehehe Wah ni sudah bagus. hehehehhe. Mukhriz & hubby dok makan kerak-kerak dah macam jadi kudapan diaorg lak..heheheehe.

Mama buat ratah-ratah je..sedap kalau perap yang bahagian tulang-tulang tu..kalau isi je alamak boringnya nak habiskan.hehehehehehe.

Saturday, August 25, 2007

Pergi Tak Kembali


Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


Tak sangka atok pergi buat selamanya, belum sempat mama berjumpa. Sedih teramat..takde siapa yang merasa apa yang mama rasa..amat-amat terkilan. Dua malam sebelum tu mama memang tak dapat tidur, tak tau kenapa..rasa berdebar-debar semacam, tetiba hari Jumaat, adik mama sms bgtau atok kat Taiping pergi buat selama-lamanya. Terkedu mama sekejap..memang semua orang tak sangka sebab arwah atok memang takde penyakit..meninggal pun sebab sakit tua. Mama ada cakap kat abah insyaallah raya ke nanti kita p melawat atok. Tapi Allah s.w.t lebih sayang padanya.

Arwah atok pergi buat selamanya pada hari Jumaat petang, selepas arwah suruh anak dia bacakan surah-surah dalam al-quran. Selesai membaca, anak dia cuba gerak arwah atok..tapi takde tindakbalas.. Rupa-rupanya arwah atok pergi buat selamanya masa mendengar surah-surah al-quran.

Al-Fatihah, semoga roh arwah atok ditempatkan bersama-sama orang-orang disayangi dan beriman. Walaupun mama tak berapa kenal atok dengan rapat, tapi daripada cerita-cerita daripada aunty..arwah atok seorang yang penyayang. Bila berlaku macam ni mama terfikir..selagi kita hidup dan masih bernafas, pergilah berjumpa dengan insan-insan yang kita sayangi selalunya. Bila sudah pergi buat selamanya..menyesal pun dah tak berguna. Mama memang terkilan sangat-sangat. Sekarang ni cuma dapat sedekahkan Al-Fatihah & yassin untuk arwah atok.

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India