DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Tuesday, July 31, 2007

Ayam madu



Bahan-bahan :
Ayam
Bawang putih
Madu
Kicap
Daun pandan

Cara :
1. Perap semua bahan yang ada.
2. Panggang di atas tempat pemanggang.
3.Siap untuk dimakan








Asyik-asyik ayam..hehehehe. Pasal stok ayam banyak dalam peti sejuk..buatlah apa-apa yang patut. Layanz.........hehehehhe. Mukhriz buat ratah-ratah je ayam madu ni. Oklah tu dari tak makan langsung..hehehe

Saturday, July 28, 2007

Nasi Lemak


NASI LEMAK [NoorMasri]

Bahan-bahan :

2 cawan beras
3 cawan santan }dari setengah biji kelapa.
( kalau beras lembut kurang kan santan jadi 2 3/4 cawan saje)
1 cm halia } di mayang - jika suka
2 kuntum bunga cengkih - jika suka (xletak pun)
1 helai daun pandan }disimpul
garam secukup rasa

Cara membuat :

Basuh beras dan toskan.
Masukkan beras dlm periuk ( senang guna rice cooker), masukkan semua bahan2 di atas.
Masak seperti nasi biasa.
Bila nasi kering, gembur-gemburkan.

Angkat, hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, ikan bilis goreng, kacang tanah yang digoreng , telur rebus dan timun.

Nota: Mama tambah serai,daun pandan, halba, bawang merah & halia.

SAMBAL TUMIS UDANG


Bahan-bahan:

1/2 kg Udang
Cili kering }dikisar - jika nak pedas tambah lagi
5 ulas bawang merah }dikisar
2 labu bawang besar }dikisar
Bawang putih }dikisar
1 labu bawang besar } dihiris
Belacan
Gula & garam secukup rasa
Gula melaka secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis

Cara membuat:

Panaskan minyak dalam kuali.
Masukkan bawang kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing kemudian masukkan cili kisar.
Goreng sehingga pecah minyak dgn api yg perlahan
Kemudian masukan sedikit air, air asam jawa, gula melaka dan garam.
Biar kan mendidih. Kemudian masukkan udang.
Biarkan sedikit kering, kemudian masukkan bawang besar.
Kacau sehingga bawang layu dan kuah jadi pekat bolehlah diangkat.

Nota: Jika tak nak letak bawang hiris pun boleh hanya guna bawang merah kisar dlm 5-7 ulas utk menumis
Utk menghasilkan sambal tumis yg sedap , pastikan tumis cili kisar sehingga betul2 masak/garing.



Hari ni masak simple je, Nasi lemak..heheheehhe. Hubby dok cakap banyaknya masak. Selalu ada Wan..ni tinggal berdua..terlupa lak..hehehhee. Dah terbiasa masak banyak. Tetiba Mak Wan Mukhriz & Aunty datang. Langkah kananlah diaorang dapat makan nasi lemak mama masak..hehehehe.
Mukhriz pun suka makan nasi lemak dengan sambal tumis, tapi mama tak bagi le makan udang..Mukhriz makan telur rebus..heheheheh. Hubby cakap lepas makan nasi lemak mengantuk..selalu mama buat versi kukus hari ni terasa nak makan yang versi biasa. Kalau nasi lemak kukus..rasanya kurang sikit mengantuk..pada mama lah..orang lain tak tau lak..hehehehe

Friday, July 27, 2007

Chicken BBQ & Acar


Bahan :
Ayam
Bawang putih (ditumbuk)
Halia (ditumbuk)
Sos tiram
kicap cair
Kicap pekat
Madu
Sos Perapan BBQ KNORR
Daun pandan (dihiris)

Cara :
1. Campur semua bahan dan diperap.
2. Dibakar di atas pemanggang.
3. Siap untuk dihidang



ACAR

Bahan (A):
Timun
Lobak merah
Bawang putih
Bawang merah
Biji sawi

Bahan kisar :
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Serai
Kunyit
Udang kering
Cili kering kisar

Bahan lain :
kerisik
Garam & gula secukup rasa
Cuka secukup rasa

Cara :
1. Tumis bahan-bahan dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan-bahan lain.
3. Akhir sekali masukkan bahan (A).
4. Sedia untuk dihidang.



Hari ini malas nak masak, jadi semua masak main lebur je..hehehehe. Acar tu mama belajar dari Mak Wan Mukhriz..nasib baik bahan semua ada. Senang sikit kerja..tak payah nak p kedai. Makan dengan nasi panas-panas sedap..heheheheehe.

Wednesday, July 25, 2007

Sausage



Bahan :
Sausage
Roti
Breadcrumb
Telur


Cara :

1. Kukus sausage sebentar.
2. Roti dibuang kerak.
3. Sausage diletakkan diatas roti dan digulung. Letakkan sedikit telur sebagai bahan pelekat.
4. Salut roti tadi bersama telur dan salut pula dengan breadcrumb.
5. Goreng dengan minyak yang banyak.
6. Siap untuk dihidang.



Selepas disalut dengan Breadcrumb



Selepas digoreng


Tetiba teringat ada stok roti tak habis lagi..apa lagi kayuh laju ke dapur...Senyap-senyap mama buat project Sausage salut dengan breadcrumb. Hubby tanya mana dapat sausage sedap ni.heheheheh, tulah mama bila datang angin "RAJIN" semua menjadi..

Mama rajin pun sebab Mukhriz Danial...suka makan apa yang mama buat, Next time leh buat lagi untuk breakfast pula.

Monday, July 23, 2007

Kuih Siput


bahan :
6 sudu besar mentega/marjerin
500 gm tpg gandum
2 sudu makan ketumbar}
1 sudu th jintan manis} {kisar halus}
1 sudu th jintan putih}
100 gm udang kering}
1 biji telur
2 sudu mkn serbuk cili
sedikit pati santan
sedikit garam
minyak utk menggoreng

cara :
1. gaul tepung bersama mentega/marjerin dan bhn yg telah dikisar halus.
2.masukkan telur dan pati santan dan garam secukup rasa.uli rata
3.ambil secubit adunan dan letak pd acuan.
4.panaskan minyak dan goreng bersama daun kari.

sumber:keluarga okt 2004
_________________
masihjelita...


Saje try versi lain lak kuih siput ni..sedap juga. Kat rumah ni kalau 1kg sekejap je dah habis. Stok kudap-kudapan untuk Mukhriz ni. Nasib baik rumah Mak Wan Mukhriz banyak daun kari..hehehehe order daun kari ni..khas untuk buat kuih siput je..heehehhee

Disebabkan dah malas nak buat kuih siput, mama tukar versi guna mesin lak..Tapi dak Mukhriz & Hubby lagi suka jenis siput tu dari yang guna mesin. Next time kenalah balik asal buat yang asli..heheheheeh. Lenguh le mama nak buat ni..kalau ada ramai pembantu kejap je siap ni.



Mama ni dok cari resepi kuih pagoda lak..mana nak cari eeh. Mak Wan dulu ada resepi dia..ntah mana letak..hilang terus. Menyesal sungguh tak salin..time anak dara tau order je..sekarang baru tau berguna semua resepi yang ada...hehehehehe

Saturday, July 21, 2007

Wajik


Sumber : ROSSYA fotopages

Bahan:-
500 gm pulut
50 gm gula pasir
750 gm gula melaka
1 cawan isi durian
3 helai daun pandan
375 ml santan pekat
11/2 cawan air
sedikit garam

Cara2:-
Cuci bersih pulut dan rendam semalaman.Pada keesokan hari,pulut ini hendak lah dikukus sehingga masak.Sementara itu masak gula Melaka, gula pasir,garam,daun pandan dengan 1 1/2 cawan air,sehingga gula larut.Kemudian tapis.Masukkan santan kedalam gula ini dan masakkan sehingga pekat dan bertali.Masukkan isi durian, kacau rata lagi sebentar.Setelah durian hancur,masukkan pulut.Kacau dan masak sehingga adunannya tidak melekat kepada kayu pengacau.

Nota ~ Jika hendak membuat WAJIK biasa tanpa durian,tambah kan gula pasir nya 50 gm lagi menjadi 100 gm.Wajik enak sekali jika dibungkus dalam daun pisang atau upeh.



Wajik
~((MY VERSION))~

Bahan:-
1 kg beras pulut susu
100 gm gula pasir
1 kg gula melaka
6 helai daun pandan
750 ml santan pekat
2 cawan air
sedikit garam

Cara2:-
Cuci bersih pulut dan rendam semalaman.Pada keesokan hari,pulut ini hendak lah dikukus sehingga masak.Sementara itu masak gula Melaka, gula pasir,garam,daun pandan dengan 1 1/2 cawan air,sehingga gula larut.Kemudian tapis.Masukkan santan kedalam gula ini dan masakkan sehingga pekat dan bertali.Masukkan isi durian, kacau rata lagi sebentar.Setelah durian hancur,masukkan pulut.Kacau dan masak sehingga adunannya tidak melekat kepada kayu pengacau.



Beras pulut susu selepas dikukus



gula Melaka, gula pasir,garam,daun pandan dengan 2 cawan air



Pulut digaul bersama gula sehingga sebati



Adunan likat dan tidak melekat pada senduk kayu



Wajik siap untuk dimakan


Resepi ni memang ambik dari fp Rossyabakes tapi mama dah tukar sikit sebab mama tak gemar manis sgt. 1st time buat wajik selalu kalau nak makan time kenduri kahwin ada lah... Mama macam teringin benar nak makan wajik...opsss bukan mengidam ya..memang nak makan je..hehehehhe.

Apa lagi kayuh laju p check bahan-bahan semua ada kecuali santan..hehehehehe. Nasib baiklah mood hubby ok..leh minta tolong beli kelapa parut lepas majlis Y. Lepas maghrib mama buat wajik ni dekat kul 10 kot baru siap. Wan cakap jangan letak air banyak-banyak, nanti jenuh nak tungu gula tu likat. heheheehheh. Nasib baik menjadi siap masak je..Mukhriz dok makan dgn Wan..

Mama memang buat banyak sebab saje nak Wan bawa balik Kluang, bg kat Mak Wan Mukhriz sikit, Nenek Piah sikit dengan Mak Aji Endon sikit..heheheheh tinggal sikit untuk mama & Mukhriz. Jadilah banyak-banyak nanti tak terhabis..hehehehehe

Y & Rafiee


Lama tak jumpa diaorang ni..Suraya mama jumpa time mama pregnantkan mukhriz...hehehehehe. Mukhriz suka sangat kat Suraya ni..Ada aura ni..sampai Mukhriz pun suka. Yani, Salwa, razi pun lama tak jumpa bertahun-tahun gak...

Thanks diatas jemputan ini.. Y selamat pengantin baru & selamat melayari bahtera perkahwinan & dikurniakan anak-anak yang solleh & soleha. Jarang jemputan kahwin dapat telur pindang..selalunya telur biasa, pudding takpun kek. Best betul dapat telur pindang ni kalau kat kedai rm0.80 sebiji ni..heheeehhe.

Suraya & Yani nanti wedding jangan lupa jemput..Insyaallah akak datang.

kerepek sukun




Bahan :
Buah sukun
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Kopek buah sukun muda, Sagat hingga habis semua buah sukun.
2. Panaskan minyak, masukkan sedikit garam di dalam minyak.
3. Goreng sehingga garing. Angkat dan ditoskan.


Disebabkan stok sukun banyak kat rumah, apa lagi buat kerepek sukun untuk Mukhriz makan..hehehehehe. Banyak gak dapat, Tapau untuk Wan, Nenek Piah dengan Mak Wan Mukhriz. Kat rumah pun dapatlah dua bekas tupperware untuk Mukhriz.

Mama takde letak pewarna pun memang sukun tu bila dah digoreng akan tukar jadi warna kuning. Hubby cakap sedap gak kerepek sukun..hehehehehe. Kalau semua buat sendiri, bilalah nak membeli kat kedai ni? uhuhuhhu..kena kurangkan angin "RAJIN" ni tidak kesian orang berniaga dapat ramai macam mama ni..payah le nak berniaga...semua dok buat sendiri..hehehehehe.





Next time leh p beli kat tempat orang buat kerepek..hehehehe mama dah dapat satu port baik punya nak beli kerepek-kerepek baru. This year mama nak beli kerepek-kerepek jelah..macam malas nak buat biskut..hehehhehe.

Apam Balik



Sumber : NOORMASRI

Bahan-bahan:

2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar (ganti dgn air biasa pun boleh tapi kureng skit lah rasanya nanti)
1/2 sudu kecil baking powder
1 cawan kacang tanah yg telah digoreng } dimesin - untuk ditabur
1 tin jagung krim - untuk ditabur
1 cawan gula - untuk ditabur
sedikit mentega

Cara membuat:

Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning.
Pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel.
Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).
Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega.
Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua.



Walau rupa kulit dia tak cantik..tapi tak kisah le..heheeheh mama nye
Tefal dah jahanam..uhuhuhuh. Sedih sungguh. Last-last mama kuatkan je semangat guna kuali untuk buat roti jala..hahahahaahah. Bedal jelah..xkisah..Asal menjadi project ku..hehehehehe

Homemade Bawang Goreng


Bahan :
Bawang merah
Tepung jagung
Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara :
1. Hiris bawang merah dan toskan air sehingga kering.
2. Gaul bawang merah bersama-sama tepung jagung.
3. Panaskan minyak dan masukkan sedikit garam, goreng sehingga perang. Terus angkat, jangan biarkan sehingga coklat, nanti bawang akan terasa pahit.


Lama tak update cerita.. Mama nye wayar modem rupa-rupanya terputus..hehehheeh. Ingatkan streamyx problem. Jadi inilah antara aktiviti mama time takde internet..hehehehhe.

Mukhriz suka makan jadi macam kudap-kudapan dia lak..selamba je dia makan..kita makan dengan sup dia p makan gitu je. Tak kisah le, sedap gak buat kunyah-kunyah..krup-krap, senang je buat..cuma kena pastikan bawang merah tu betul-betul kering. Kalau tidak lembik le lepas digoreng.

Tuesday, July 17, 2007

donuts


Sumber: Sifu Suria
Bahan A:
3 cawan tepung
3 tbsp tepung susu
3 tbsp shortening
3 tbsp gula pasir halus

Bahan B:
200 ml air suam*
2 tsp instant yeast* - Kalau nak guna Mauri-pan, tak boleh perap lebih dr 1/2 jam - takut liat.
20 ml air - sbg tambahan jika perlu

Cara :

Bancuh bahan B*, masukkan ke dalam bahan A. Masukkan air tambahan. Uli 5 minit, terus terap atau buat bulat-bulat, letak inti di tengah-tengahnya.
Perap (selama lebih kurang ½ jam) then boleh goreng dengan api sederhana.


Inti pau ni boleh letak ikut suka. Mama letak perasa kaya & kacang merah je..malas nak buat inti kentang..hehehehe. Hentam sajelah..Tapau untuk Mak Wan Mukhriz sikit. Banyak gak dapat..Mukhriz makan je dekat 3 biji..Suka benar dia makan inti kacang merah tu.


Next time nak try guna resepi NoorMasri lak..stok yeast ada lagi,hehehehehe. Sedap sungguh bila tengok orang buat donuts..Selalu surf fp n forum.. Kalau datang angin rajin terus ke dapur buat..kalau malas, simpan jadi senarai yang akan dicuba..heheheheh

Dah makan-makan lupa pula nak snap picture inti dia..hehehehe next time le..Pasal tak sabar-sabar nak makan punya pasal.



DONUT [NoorMasri]
Bahan-bahan:

20 g yis basah (fresh yeast) - kalau guna yis kering segera sebyk 6 g saja tapi best yis basah
125 ml susu segar suam
25 g mentega } dicairkan
2 kuning telur
250 g tepung gandum
1 sudu besar gula halus
minyak utk menggoreng
gula halus secukupnya utk taburan

Cara membuat:

Campurkan yis dgn sedikit susu, kacau. Kemudian masukkan baki susu, mentega, kuning telur dan gula, kacau sebati.
Ayakkan tepung ke dlm mangkuk adunan yg lain, curahkan campuran yis tadi di tengah2 tepung kemudian gaul sebati
Uli adunan sehingga menjadi doh yg licin (tidak melekat dijari) kemudian masukkan doh kedlm mangkuk besar, tutup dgn cling film selama 1 jam
Kemudian uli semula dan canai menjadi setebal 2 cm
Ambil penerap bulat, terap hingga habis
Biarkan donut tadi atas dulang yg telah disapu dgn sedikit minyak dan biarkan selama 20-30 min
Goreng sehingga keperangan dgn api perlahan
Angkat dan toskan minyak nya bila sejuk bolehlah digaul kan dgn gula halus

Friday, July 13, 2007

Breakfast Menu ~ Nasi Impit, Roti Jala ~



NASI IMPIT

Bahan
2 cawan beras
6 cawan air
daun pandan
garam
daun pisang

Cara
1. Basuhkan beras dan masukkan semua bahan kecuali daun pisang dalam periuk biasa atau rice-cooker.
2. Masakkan saperti masak nasi biasa.
3. Bila nampak nasi telah kering masukkan dlam loyang yg dilapikkan daun pisang.
4. Tekan sampai padat dengan potato mash.
5. Lapikkan semula dengna daun pisang dan tindihkan dengan bahan yg berat saperti lesung batu atau periuk kecil yg berisi air.
6. Biarkan semalaman atau 5 -6 jam.




RENDANG AYAM

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
1/2 kg pati santan [1 biji kelapa]
Garam
1/2 cawan kerisik
1 helai daun kunyit [mayang halus] @ Daun limau purut
1 keping asam keping

Bahan untuk dimesin
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
Cili api secukupnya

Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali besar dan kacau hingga sebati.
3. Gunakan api yang sederhana masak sehingga ayam empuk dan kuahnya sebati.
4. Rasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan.




KUAH KACANG

Bahan:
1/2 kg kacang tanah
200 gm daging..hiris nipis
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
Santan secukupnya
garam secukup rasa

bahan mesin
Cili Kering kisar secukupnya
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras
Udang kering secukupnya


Cara:
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan daging dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa, santan dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
4. Masukkan gula dan garam secukupnya. Biarkan sehingga naik minyak.




Termakbul gak nak makan nasi impit+kuah kacang+rendang cili padi+roti jala. 1st time buat nasi impit, selama ni beli dah siap..hehehehehe. Ntah kenapa angin "RAJIN" datang semua nak buat sendiri..

Mukhriz pun dok makan rendang cili padi dengan nasi impit. Roti jala siap pilih colour..heheheeh. Suka tengok dia makan..bila tanya sedap tak mama masak..Angguk-angguk kepala..hahahahahaha.

Sekarang ni xboleh sebut ice-cream, confirm tarik mama suruh p buka freezer ambik ice-cream..uhuhuhuh. Lepas ni payah le...semua dia dah faham. Cuma tak pandai cakap sangat..kalau dah pandai habis le mama.





ROTI JALA


Bahan :
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1 biji telur
2 tbsp minyak masak
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

untuk lengserkan pada kuali :-
beberapa helai daun pandan di simpul
1sdt minyak sapi + 1sdt minyak

Cara :
campurkan garam, serbuk kunyit bersama tepung, kemudian masukkan air, telur dan minyak masak. gaul dan tapis supaya adunan tidak berketul.

panaskan kuali leper, sapukan dgn daun pandan yg di celup minyak...dan kirailah batter tadi dgn acuan roti jala....masak, angkat dan gulung..


Dah lama tak buat roti jala ni..heheheehhe pasal tu jaring dia lintang pukang...tak kisahlah asal leh makan..banyak versi dah try..rasanya sedap..tak muak nak makan..lembut pun lembut.

Next time buat bebetullah..hehehehehe. Mukhriz pun suka makan..mama lagi le suka..hahahahahahaha. Makan dan makan..Semua naik berat badan..mama je la mcm ni gak..Dah makan banyak2 pun sama..tapi tak kisahlah asal sihat takde penyakit..

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India