DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Saturday, June 30, 2007

MEE KUNING


MEE KUNING -Menghasilkan 700 g mee kuning


Bahan-bahan:


350g tepung high protein
2 biji putih telur - boleh juga ganti kpd 1 biji telur
1 sudu kecil air kapur
100 ml air
sedikit pewarna kuning
1 sudu kecil garam (paras rata)
6 sudu besar minyak masak atau secukupnya
sedikit tepung utk taburan

Cara membuat:

1. Ayak tepung ke dalam mangkuk besar, buat lubang ditengahnya
2. Di dalam bekas lain campurkan telur, air kapur, air, pewarna kuning dan garam kemudian kacau sebati
3. Curahkan campuran air tadi ketengah2 tepung.
4. Uli sehingga sebati dan menjadi doh yg kental
5. Bahagi doh kpd 4 bahagian
6. Ambil 1 bahagian, leperkan kemudian lalukan ke dlm mesin (guna yg paling tebal, bermula no 1 kalau mesin K.Noor)
7. Kemudian ulang menggeleknya sehingga hasilnya licin dgn menggunakan ketebalan yg makin berkurangan
8. Pilih ketebalan yg dikehendaki (K.Noor guna no 4), gelek utk kali terakhir disini
9. Sapukan sedikit tepung atasnya (supaya bila mee keluar ianya tak melekat antara satu sama lain) kemudian lalukan kpd mesin juraian mee
10. Ulang begini sehingga abis ke empat2 bahagian doh tadi
11. Bila dah selesai kesemuanya, didihkan air masukkan 3 sudu besar minyak dlm air tersebut
12. Celur mee dlm air mendidih (guna api perlahan) selama 2 minit (jgn celur sekali gus, celur sket2 mee tu)
13. Kemudian toskan mee tersbt, gaul dgn 3 sudu besar minyak masak
14. Sedia utk digunakan atau boleh disimpan dlm peti sejuk selama 3-4 hari.








Akhirnya jadi juga project mee kuning homemade....hehehehehe. Hubby cakap sedap dari kat kedai..Next time leh le buat sendiri kalau malas nak p beli kat kedai.



Sizzling Mee

Ingredients

-150g egg noodles (yee foo mein)

Sauce ingredients:

-150g boneless chicken meat
-3 small whole Chinese black mushrooms, soaked
-25g carrots, cut into flowers and parboiled
-1 tbsp ginger juice

Seasoning:
-1 tbsp oyster sauce
-1 tsp light soya sauce
-1 tsp sesame oil
-Salt to taste
-1/4 tsp sugar
-Dash of pepper
-1 tsp corn flour
-1/2 tsp chicken stock granules
-1 cup water or stock

Method

Preparation of noodle:Scald noodles in boiling water to soften. Remove and put noodles in a colander and run tap water through it. Arrange noodles on a plate. Add 1/2 tbsp oil and 1/2 tsp sesame oil — mix thoroughly and leave aside.

For the gravy: Heat 2 tbsp oil, add ginger juice and mushrooms and chicken; stir-fry well. Add seasoning and stock. Bring to a boil and simmer for five to 10 minutes. Add carrots and thickening.

Heat a hot plate over medium heat until really hot. Bring away from heat and place on a wooden base. Place ready-cooked noodles on hot plate and pour sauce over immediately. Noodles and sauce will start sizzling. Serve immediately with sliced red chillies and cilipadi.

Lastly jadi la sizzling mee....hehehehehe. Memula ingat nak buat mee goreng je..tapi semlm hubby dah warning kalau mee goreng mamak ok r, heheheheheh ..teringat lak sizzling mee...apa lagi tengok bahan utama ada...laju je buat...bahan sampingan tu tak kisah sangat...hehehehhe

Mukhriz pun laju hirup kuah...hahahahaah, karipap pusing 2 keping dia makan..Hari ni kuat betul dia makan...Bila tanya sedap tak? Siap angguk kepala...heheeheheh.. sedap le tu..sampai makan tak hirau orang lain.

Friday, June 29, 2007

Karipap Pusing


Bahan-bahan :
Utk 1 kg tepung gandum menghasilkan kira2 60 biji karipap

Utk doh berminyak :
150 gm margerin dan crisco (gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning tu.. )
300 gm tepung gandum

Utk doh biasa :
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (td buat anggaran dlm 2 cawan lbh sikit)

Cara membuat :
Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat. Kat sini baru saya tau, uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.

Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam : uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.

Step 3 : Amik doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.

Step 4 : Canaikan doh tersebut hingga nipis saiz seperti saiz roti canai segera tu. Ingat2 jangan tekan kuat sgt nanti doh melekat pd papan canai. Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.



Step 5 : Ambil doh golong tikar tu dan canai lg hingga nipis dan berhati2 sms mencanai nih... biarkan btknya lonjong kemudian golong semula spt gulungan tikar. Sbnrnya kalau lg panjang lg bagus sbb nanti nampak lg byk jalur.

Step 6 : Doh yg telah di gulung kemudian di potong kpd 4 bhgn. Ikut suka masing2 nak besar saiz karipap tu mcm mana. Saya potong 4 ni sdg eloklah utk anak2 makan.

Step 7 : Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Part yg ni paling saya suka sbb jalur karipap tu ada banyak. Berbanding yg sblm ini. Klu korang peratikan step 4 dan 5 mmg tak ada dlm gambar dan cara yg sblm ini.

Friday, June 22, 2007

Kek Batik a.k.a Biskut Batik


bahan-bahan

1/2 butter
half layer biskut marie
1/2 tin susu pekat
2 sudu serbuk koko / cooking chocolate
1 biji telur

cara-cara:
cairkan butter....
kemudian masukkan susu pekat ...kacau sebati....
masukkan telur....kacau....
masukkan serbuk koko /cooking chocalate (yang dicincang)
kacau rata.....
tuangkan dalam loyang dan ratakan....
simpan dlm peti sejuk....



Lama tak buat ni..zaman anak dara dulu-dulu rajin gak buat ni. Ini mama try resepi daripada fotopages DILLA. Dedulunye style mama lebur je Butter, Susu pekat & milo, pastu masukkan biskut Marie. Sejukkan dalam peti sejuk..heheeheheeheh. Tapi kenapa eeh Kek batik mama ni tak gelap sangat...ni kena tengok kat mana silapnya ye..?? Mama buat dua adunan malas nak simpan-simpan separuh butter dan lain-lain..heheheheh. Hentam je la..Next time macam kena kurangkan susu pekat la..heeheheheh mama tak suka manis. macam mana eeh??

Mukhriz asal mama buka fotopages yang ada picture Donuts mesti dok tunjuk..Bila mama tanya Mukhriz nak ke? sedap ke? nanti mama buat ye..dia angguk kepala..hehehhe dia memang suka makan donuts pun. Sejak demam ni susut badan dia..susu tak nak minum, makan pun tak nak..uhuhuhuh cuma dok breastfeeding je..last2 ayah cakap jom makan mee goreng mamak..berselera sungguh dia makan..mama belikan roti coklat pun dia makan separuh..syukur alhamdulillah makan gak dia..Hari ini dia dah sihat aktif semula ..penat nak kejar dia lari-lari kat laman rumah.

mama pun hari cuma masak simple je..Sup ayam untuk Mukhriz..tu je dia suka..buat masa ni layan je la..dia takde selera makan.. Sok-sok mama buat donuts ya..penat la..nak buek..heheehh hari2 ada je xtvt. Makanan pun byk laie..kang membazir lak..hehehehehehe.

Thursday, June 21, 2007

Bubur pulut hitam



Bahan :
Pulut hitam
Air
Santan
Gula pasir
Gula merah
Gula melaka
Garam secukup rasa
Daun pandan


Cara :
1. Masak pulut hitam bersama air dan juga daun pandan.
2. Masukkan Gula pasir, gula merah & gula melaka.
3. Masukkan santan dan garam secukup rasa.
4. Siap untuk dihidang.




Resepi ni versi wan...mama ikut je..hehehehehe sedap lama tak makan ni, kalau nampak blog mama ni penuh makanan je..maknanya wan ada kat sini..join mama masak-masak dan makan-makan..heheheheheh. Mama suka letak santan pekat atas tu..tapi dah termasuk semua dalam bubur lak..hehehehehe. Bubur ni sedap makan time lepas letak dalam peti sejuk..heheehehehhe. Nampak pekatkan bubur ni..dia sejuk jadi pekat lak..heeehe kalau nak cair sikit tambah je air panas dalam bubur tu.

Stock bahan-bahan masakan banyak dalam box mama..next time mama nak buat kuih sagu lak..ada warna putih, hijau dengan merah. Asyik tertunggak-tunggak nak membuatnya. Doughnut Mukhriz pun mama tak buat lagi..heheeheheh, nanti Mukhriz sihat mama buat ya sayang...hehehehhe

Sunday, June 17, 2007

Farid & Nura Wedding


Farid kawan Aunty Mukhriz, tapi mama kenal juga la..pasal mama ni pernah bercakap and chat dengan dia kat ym. Tahniah ya..Semoga bahtera perkahwinan ini dikurniakan dengan anak-anak yang solleh dan soleha serta berkekalan hingga ke akhir hayat.

Dj perkahwinan Farid bagitau masakan hari dimasak oleh tukang masak daripada Singapura. Memang sedap sangat masakan dia..ini antara masakan kenduri kahwin tersedap mama makan..hehehehehe..Mukhriz lak dok bantai makan tart nenas..memang marvelous la sedapnya..Ini yang terasa nak buat tart nenas pula...hehehehe



Ini gift yang mama, ayah & Mukhriz dapat daripada Majlis perkahwinan Farid & Nura. So sweet dapat kipas..hehehehehehhe, panas-panas leh gak guna ni.


Family Farid ~>> Mama saja suruh ayah snap..heheheehehe. tapi part paling best pro tolong snap picture mama dengan pengantin..center..je..pro la katakan.. Best tengok camera pro ni..pergh harga mesti belas ribu ni..lens dia mahal kata hubby ehehehehehe..yang buat mahal camera selalu lens dia..bukannya apa..tapi berbaloi beli kalau digunakan untuk business kalau setakat nak bergambar biasa mcm camera kami pun dah ok dah...hehehehhehe.

Cucur Badak


Bahan-bahan :

Keledek
Garam
Tepung Gandum

Cara :
1. rebus keledek sehingga empuk dan lecek.
2. Masukkan garam dan tepung gandum secukupnya.


Bahan untuk inti :


Kelapa parut
Bawang putih
Bawang merah
Kunyit
Serai
Lengkuas
Halia
Udang kering
Ikan bilis
Cili kering kisar
Garam dan gula secukup rasa

Cara :
1. Tumis cili kering sebentar, masukkan semua bahan-bahan sehingga harum.
2. Masukkan garam dan gula secukup rasa.



Paling suka sangat cucur badak..tak tau la pasal apa..asal jumpa je mesti nak beli..heheheeh..Kalau p pasar tani confirm mama dok cari..heheheee. Time pregnant Mukhriz ni laha antara makanan wajib..hehehehe.

Mukhriz pun suka gak..kalau mama beli dia makan gak. Hubby dia memang tak suka..jadinya mama buat untuk mama, wan & Mukhriz. Aunty Mukhriz pun bawa bekal cucur badak & karipap mama buat..breakfast tak nak kat rumah..jadi bawa bekal la..hehehehhe


Ni buat frozen, masuk dalam tupperware yang dok berlambak kat rumah ni, bebila nak makan p goreng je. Banyak gak dapat dekat 15 biji simpan dalam peti sejuk. Yang mama snap ni separuh daripadanya..heheehehhe. Best betul kalau dalam peti sejuk penuh dengan makanan. Mama kurang gemar kentang goreng, sausage, burger..kalau dah terpaksa makanan..makananla..heheheheheh. Pau beli kat kedai pun tak sedapla...so mama decide tak nak beli laie lah..keras kejung je..Buat lembut je...baru lak tu..hehehehe. Before wan balik Kluang mama ingat nak buat..untuk makan-makan.

Saturday, June 16, 2007

Pa&Ma, Rasa, Berita Harian, The Star & Metro Ahad

Tetiba Hubby teringat nak p beli The Star..puas ronda satu Bandar Baru Uda, sold out..heheheheheh. Lepas Ambik Shikin terus cari...hubby dok tanya mana nak cari ye..heheheh, nasib baik mama teringat time malam2 mcm ni selalu ambik Maksu kat Terminal Larkin..Siap sms kawan-kawan laie..sape ada tlg simpan..hehehehe ada apa "BIARLAH RAHSIA"

Yang pasti hubby sempat p Farmasi beli ubat ulser bibir...heheheehhe. Uikss mama bukan "RATU ULSER" la... Mukhriz ni..dia p hantuk kepala kat bibir mama time mama tidur..mana tak luka dibuatnya..hehehehehehe, nasibla budak comel...kalau org lain confirm kena bebel dengan mama..khakhakaakaakakah.


Ini Suratkhabar pertama ayah p beli kat Tauke suratkhabar dok ambik suratkhabar hari ini dekat kedai-kedai BBU ni..hehehehhehe..Anak tauke dok ikat semua suratkhabar..ye la mama ingat dpt surat khabar yang dicari..hehehehee lain yang dicari..lain yang dapat..Okla tu dapat "METRO AHAD"

Dalam helaian tu ada gambar kawan sekolah mama dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah, rumah pun dekat benor..hehehehehehe. Tahniah ya Ronniey...dah jadi penyanyi kumpulan "SLAM"..


Ni mama punya bacaan bulanan..hahahahaahaha, ayah dok cari suratkhabar mama dok cari majalah..cuma satu majalah je tak keluar laie "SAJI ~++ JULAI ++~. Tak baca laie ni..sok2 baca la..tak pun ada masa baca..heheehhehe. Sejak berkahwin inilah antara majalah mama beli untuk tambah ilmu & info untuk diri. X kisah la, ada org kata membazir..tapi mama rasa ilmu tu bagus untuk kita...daripada membazir pada benda-benda tak berfaedah.


Akhirnya berjaya juga mendapatkan "THE STAR"...nasib baiklah kedai kat terminal Larkin belum tutup, kira tak sia-sialah pencarian hubby..hehehehehhehe.

Kalau tak Silap mama, sepupu mama kerja dekat The Star kot..ke The Sun..lupa lah pulak..hehehhhee apa-apa ajalah. Bilalah dapat berkumpul ramai-ramai lagi ye?

a Lovable Couple ~++ Shariff & Huda ++~


--{@ 26th. May 2007 @}--











~++ Hantaran untuk Huda ++~



~++ Hantaran Untuk Shariff ++~


Gambar hantaran ni mama snap time ayah dukung Mukhriz..hehehehehe ala-ala pro la kononnya..Kalau dapat camera mcm pro tu bestnya..tapi harga adoi..sakit ayah nanti. YB. Khalif, Next time turn ko lak ye..aku nak snap masukkan dalam blog ni gak. Tapi bila la tu gaknya. Mukhriz & mama doakan agar YB.Khalif Bertemu jodoh dengan insan yang soleha. Amin...





Pastikan

(1)
Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran
(2)
Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya
(Chorus)
Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu
(3)
Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini

Ulang Chorus
Music Bridge
Ulang Chorus (2X) & (3)



~++ Antara teman Shariff ++~

Ramai juga teman-teman ayah yang mama kenal..nak kata rapat tu tidak la..tapi mama jenis tak kisah chat dengan sesiapa pun. Antara yang mama kenal Shah, Pogy & wife, Zul, Rin & Shida, O-Gong..Alamak mana lak pengapit ni..patutnya dia termasuk sekali dalam gambar ni...heheheheehhee. Low profile ke YB Khalif..

P/s : YB. Khalif, picture ko snap center...leh jadi Photoghapher lepas ni..heheheheheh, sebelum jadi pro..snap picture Mukhriz dulu..kalau cun Lulus la..kiranya..pasal Mukhriz tak reti duduk diam.



~++ Majlis Pernikahan Shariff & Huda ++~


Gambar ni Shariff bg mama...jadi mama upload je la..untuk kawan-kawan ayah yang nak tengok gambar Shariff time Nikah..heehehehhehe. "Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak-anak yang comel solleh & soleha".

On the way balik dari Majlis Shariff & Huda, hubby decided tak nak lalu highway Pasir Gudang pasal tak nak tersekat dalam traffic jam..So hubby pun guna jalan lain ke Taman Molek..heheeheehe..Alamak, sini pun Traffic jam juga rupanya, lama terperangkap dalam traffic jam dekat 1 jam juga..kalau p Kluang tambah 20 minit je laie..heheheheh, nasib baik la Ahad cuti..tidak confirm lepak soknya kerja.


Ada kereta terkandas dekat jalan nak masuk ke Adda Heights..Kesian sungguh, syukur al-hamdulillah kami tak apa-apa.kalau tak silap mama leh sampai ke JPJ...hehehehehee. Sampai ke rumah dekat 7.00p.m..hehehehehehe

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India