DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Saturday, March 31, 2007

I'tiraf



Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

(arabic verse)
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu


Bila terdengar lagu ini..memang tersentuh sangat. Mama cukup takut jadi anak derhaka..selagi hayat ibu ayah kita masih ada..cubalah jaga hati mereka sebaiknya. Bila sudah pergi buat selamanya..menyesal tidak berguna lagi.

Setiap tingkah laku kita mungkin ada menyakitkan hati mereka, sebaiknya janganlah sampai ibu ayah kita rasa terguris dengan tindakan yang kita ambil. Mama tiada niat untuk menujukan kepada sesiapa. Cuma ini rasa hati mama yang ingin mama luahkan.

Walau pun kita tidak boleh memberikan kekayaan kepada kedua ibu ayah kita, kita masih boleh memberi kebahagian kepada mereka selagi hayat mereka masih ada. Bila mereka sudah dijemput oleh Illahi...menangis air mata darah pun tidak berguna. Itu mama selalu pesan pada adik-adik mama. Tapi terserah mereka mahu terima atau tidak apa yang mama katakan.

Mama masih ingat ustaz ada bagitahu, sekiranya ibu ayah kita terguris hati dengan tingkah laku ataupun perkataan yang kita lafazkan..jangan sampai ibu ayah kita menyimpan di dalam hati dan tidak memaafkan kita. Apa yang kita lakukkan tidak akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Walau sejahat mana ibu ayah kita..kita perlu ingat kalau tiada mereka..kita tidak akan melihat keindahan dunia ini.

Doa daripada kedua ibu bapa kita selalunya akan dimakbulkan Allah S.W.T, Kalau doa yang baik untuk kita syukur alhamdullilah,sekiranya doa yang sebaliknya? Mama cukup berharap Mukhriz akan menjadi anak yang baik & solleh. Dapat menjaga mama dan ayah bila kami sudah tua.

12 Rabi'ul Awal 1428h


Sumber : Blog 360 ~** akhi_id **~

SEJARAH MAULIDUR RASUL

Perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain (r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as.

Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu.

Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah. Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu.

Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi (s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.
Berkata Ibnu Haajj Abu Abdullah Al-Abdari, perayaan tersebut tersebar luas di seluruh Mesir pada zaman pemerintahan Putera Muzafar ini. Beliau menentang akan perayaan yang diadakan. Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, meniggal dunia pada 633, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi, meniggal di Damascus pada 683, Ibn Taghrabik, meniggal di Mesir pada 670, dan Ahmad Al-`Azli dan anaknya Muhammad, meniggal di Sebata pada 670.

Oleh kerana amalan bid’ah yang banyak ketika perayaan itu, ulama’ telah berbeza pendapat akan kebolehan merayakan Maulid Nabi ini. Pendapat pertama membolehkan perayaan ini manakala pendapat yang kedua mengatakan sebaliknya. Antara yang membolehkan ialah As-Siyooti, Ibn Hajar Al-`Asqalaani dan Ibn Hajar Al-Haythmi. Walaupun mereka bersetuju dengan perayaan ini, mereka tetap membangkang aturcara ketika Maulid itu(pada zamannya).

HUKUM MAULIDRASUL
Seperti yang telah diketahui, perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi. Ulama’ berbeza pendapat akan kebolehan perayaan ini. Kita sebagai masyarakat awam tersepit antara dua pendapat. Yang mana perlu kita turuti. Sedangkan kedua-dua belah pihak terdiri daripada ulama’-ulama’ yang hebat dan tidak boleh ditolak lagi akan kewibawaan mereka. Di dalam artikel ini, akan dilampirkan kedua-dua belah hujah setakat mana yang mampu dikumpulkan. Melalui cara ini, kita dapat menilai sendiri yang manakah mempunyai hujah yang kuat. Dan insya Allah, kita akan berada di jalan yang benar.

HUJAH MEMBOLEHKAN MAULIDUR RASUL
Antara ulama’ yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin Sayuti dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan.

Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti:
"Ibadat macam itu adalah bid'ah Hasanah (bid'ah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".

Dan berkata Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan:
“Telah berlaku kebiasaan bahawa orang apabila mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal yang mustahsan (bai) kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya telah mengerjakan hal serupa itu banyak dari ulama-ulama ikutan umat.”

Berkata pula Syeikh Atiah Saqr:
“Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga diingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dan bid’ah. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat jika sesuatu acara tidak dilansungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat.

”Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini.
Beliau berkata(ringkasan):
“Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sa’d Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertiman keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul kini.

Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan bid’ah yang ditentang oleh Islam. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.
Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bid’ah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam.”

Berikut adalah antara dalil-dalil yang menjadi hujah bagi yang membolehkan Maulid ini:
1) Allah berfirman:
“maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung.” - Al-Araf: 157

Keterangan:
Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad saw. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah:
“Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah.”-Ibrahim. Ayat 5

Keterangan:
Al-Baihaqi di dalam “Syakbu al-Iman” daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi saw, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi saw merupakan nikmat yang paling besar.”

3) Bahawasanya Nabi Muhammad saw datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?”
Jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.” Maka Nabi berkata: “Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu.” – [Riwayat Bukhari dan Muslim.]

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum:
- Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, mi’raj dan lain-lain.
- Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.
4) Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.”
Keterangan:

Rasul saw menegaskan kelebihan hari kelahirannya berbanding hari-hari lain. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya berlumba-lumba beramal dan bersyukur dengan kelahiran baginda saw yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

HUJAH MENENTANG MAULIDUR RASUL

Berikut antara pendapat yang menentang bersertakan hujah mereka:

1)Nabi Muhammad saw tidak pernah merayakan atau menyuruh umatnya untuk merayakan hari kelahirannya. Nabi saw telah menekankan agar jangan memperbesarkannya sepertimana orang kristian memperbesarkan Nabi Isa as. Ini dijelaskan di dalam hadis riwayat Bukhari:
Baginda bersabda, “Jangan memperbesarkan mengenai aku seperti Kristian memperbesarkan mengenai anak Maryam. Aku hanyalah hamba, jadi katakanlah, ‘hamba Allah dan pesuruh Nya.”(Au Qoma Qol)
Apa yang telah disuruh Rasulullah saw hanyalah menyuruh umatnya menjadikan hari kelahirannya satu hari untuk beribadat yang mana berbeza dengan perayaan. Bertepatanlah dengan hadis di bawah:
Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.”
“…Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah , dan setiap bid’ah itu adalah sesat “ . [Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]

2)Para sahabat Rasulullah dan juga umat Rasulullah saw pada 3 abad kemudian tidak pernah merayakannya walaupun merekalah orang yang lebih mencintai Rasulullah saw lebih dari umat terkemudian..
Hadis Imran bin Husain r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya yang terbaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu orang yang hidup selepas mereka. Imran berkata: Aku tidak mengetahui kenapakah Rasulullah s.a.w menyebut selepas kurunnya sebanyak dua atau tiga kali. Selepas itu datang satu kaum yang di minta memberi penyaksian tetapi tidak di beri penyaksian, yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai, yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan sukakan kemewahan. Perayaan Maulid Nabi datang beberapa abad kemudian yang mana ciri-ciri Agama Islam yang sebenar sudah hilang dan bid’ah berleluasa.

3)Allah berfirman di dalam Al-Quran:
Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu,Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "
Katakanlah, "Taatilah Allah dan Rasul-Nya; Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir". (QS. 3:31-32)
Ayat di atas menerangkan cara menunjukkan kasih sayang yang sebenar yang patut dilakukan kepada Rasulullah saw. Ayat yang pertama di atas menjelaskan bahawa cinta itu hanyalah pengakuan, tetapi buktinya ialah menuruti apa yang Rasulullah saw bawakan. Manakla ayat kedua menekankan kepentingan dalam menuruti kehendak Allah dan Rasul Nya. Allah menyudahi ayat di atas dengan ancaman yang keras bahawa sesiapa yang tidak mahu mentaati adalah kafir dan Allah tidak mencintai orang kafir.
Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu. (QS. 5:3)
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS. 33:21)

4)Kata-kata sahabat Rasulullah saw:
Huzaufah Ibnu Al-Yamaan ra berkata : "Setiap ibadah yg tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, maka janganlah melakukannya"
Dan berkata Ibnu Mas'ud :"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"

~:: Mukhriz Danial ::~



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Aksi-aksi Mukhriz bila kebosanan menunggu ayah p tengok h/p heheheheeh. Nasib la dia tak naik angin, dok diam je dlm trolly tu...Dok perati orang lalu-lalang..Kekadang angkat tangan...mcm kenal je..ntah sape2 dia tegur.

Terlalu hyperaktif..letih mama nak kejar dia..dok berlari-lari..Sekarang ni dah pandai hentak kaki, goyangkan badan..ada gak la kekadang terpancul dari mulut dia..ayat "APA", "Main", "NI", "NAK"..Mukhriz ni kalau mama dah nyanyi satu lagu "ABC"..terus..nak lagu lain lak.kalau tak nak..dia geleng kepala..uhuhuhuhh..Lagu "Tepuk Amai-amai" dia mesti tepuk tangan..kalau suruh repeat dia akan tepuk lagi. Kalau mama dah penat..dia nyanyi sendiri ...ntah bunyi apa-apa je dak Mukhriz..asalkan happy..sambil tepuk tangan. OKla..penat mama dok layan dia ni..nanti citer lagi ya.

Friday, March 30, 2007

SESUNGGUHNYA



Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

Thursday, March 29, 2007

Pau - Proven & tested




















Bahan-bahan
500gm tepung pau blue key
1 sudu teh yis segera mauripan atau 15 gm yis segar
100 gm gula
50gm shortening atau 1/4 cawan minyak jagung
1 ¼ cawan air

Cara-cara
1. Gaul tepung blue-key bersama yis segera dan gula yg telah dilarutkan di dalam air.
2. Masukkan kesemua ramuan doh ke dalam mangkuk, kemudian uli doh dengan tangan (10 – 15 minit) sehingga doh licin dan tak melekat di tangan.
3. Bahagikan doh kepada 40gm setiap satu dan bulatkan. Rehatkan doh selama 10 minit.
4. Leperkan doh dan bubuh inti di bahagian tengah doh. Bungkus inti dan bentukkan spt yg diingini. Kemudian letakkan doh di atas sehelai kertas minyak yg telah dipotong empat segi.
5. Tutup doh dgn sehelai plastik yg bersih dan perap selama 35-40 minit atau sehingga naik.
6. Letak doh di atas rak kukus yg telah dilapik dgn sehelai kain yg lembap dan kukus selama 15 minit pd suhu yg tinggi.






perap selama 35-40 minit atau sehingga naik




kukus selama 15 minit pd suhu yg tinggi




Teruja lihat pau yang ada di dalam forum cari, mama p beli tepung pau & inti kacang kat Bakery..Tetiba teringat nak buat..apa lagi kayuh laju la mama..dok dapur..tengah exam heeheheheheh..Mukhriz pun sama nak tolong..hahahaahhaaha. Siap kukus mama bagi kat ayah Mukhriz..dia tanya beli punya ke..mama cakap mama buat..hehehe macam tak caya je dia.



Cool Slideshows




Banyak juga mama buat, 7 biji hantar rumah mak wan Mukhriz..on d way ada hal..singgah kejap..Mak wan Mukhriz pun tanya beli ke..mama cakap..tak mama buat..dia cakap tipu la..macam pau kita makan hari tu je "PAU PESTA" & "PAU TANJUNG" . Cian tok wan tak dpt rasa..Soknya mama hantar lagi kat Tok Wan..

Mukhriz Danial pun suka..1 biji habis dia makan..ehhh lupa lak nak bgtau..mama buat inti kaya & kacang merah. Meh la cuba..Insyaallah menjadi..sedap sangat..cam tak caya..berjaya membuatnya

SHIATSU SELF MASSAGE

Saje nak share pengetahuan. Bagus untuk kesihatan kita. Dulu hubby ada gak beli massage machine..brand OSIM..bagus juga..tapi tak sesedap kena urut...heheheheeh. Bila nak p urut kat tempan Pn.Siti..paling best la..time mama dalam pantang dia yang urut, bertungku dan ikat bengkung.

Mukhriz pun pernah kena urut dengan Pn.Siti..time dia kecil dulu..Bagus sangatla...berbaloi dengan harga..ada sesetengah tu, urut tak seberapa tapi harga tu yg tak best.

Masa nak habis pantang...moyang Mukhriz suruh urut kat satu makcik ni..ala..tak bestla..tak berasa apa pun, kalau dengan Pn.Siti rasa segar je lepas urut..minum lak teh halia..uuuhhuhuh..sedapnya..










Hor Fun


Cool Slideshows


Bahan :
500 gm hor fun | boleh gantikan dengan kuay teow
300 gm udang sederhana | dibuang kulit
300 ml air rebusan ayam
250 gm isi ikan | dihiris nipis
200 gm dada ayam |dihiris nipis
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan minyak masak
2 sudu teh kicap cair
2 biji cili merah
4 tangkai cgoi sum | kubis bunga
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
3 ulas bawang putih |dicincang halus
1 sudu teh tepung jagung + 60 ml air | bahan pemekat

Cara :
1. Goreng hor fun sebentar bersama kicap pekat. Angkat dan ketepikan
2. Panasakan minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan air rebusan ayam, biar hingga mendidih.
4. Masukkan daging ayam, udang, choi sum dan ikan. Tambah garam dan serbuk lada sulah dan kicap cair. Kacau rata.


Makan panas-panas sedap la Hor Fun..kalau dah sejuk.tak best..kuey teow mama guna ni ..agak lembik..tu yang tak best..takpe test percubaan...hheeheeheheh..Mukhriz leh makan ni..pasal tak pedas pun..sedangkan nasi goreng,mee goreng leh dia telan..inikan Hor fun..

Tuesday, March 27, 2007

Mee Hailam


Cool Slideshows



Bahan :

Bahan (A)

Bawang merah
Bawang putih
Cili kering

Air secukupnya

Bahan (B)
Ayam
Sotong
Udang
Sawi
putik jagung muda
Lobak Merah

Bahan (C)
Kicap pekat
sos tiram
Garam secukup rasa
Lada hitam (kalau suka, mama tak letak pasal hubby tak suka)
Tepung jagung (pekatkan kuah)

Cara :
1. Tumis Bahan (A) sehingga naik bau. Masukkan air, kalau suka boleh masukkan stok daging.
2. Masukkan bahan (B), ayam, sotong, udang. Setelah itu masukkan sayur-sayuran yang kita suka. (ikut stok dalam peti sejuk je...hehehehe..malas nak p beli yang lain2 tu)
3. Akhir sekali masukkan kicap pekat,garam secukup rasa dan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
4. Siap untuk dihidang.




Disebabkan hari ini banyak urusan diluar..jadi mama masak mee hailam je pepagi ni. 2.00ptg Mukhriz seperti biasa p Klinik timbang berat.. tu yang masak paling ringkas yang boleh..hehehehhe

Time anak dara..mama rajin ,masak mee hailam...request by aunty Mukhriz..hehehehhe..mama ni sebenarnya tak pandai memasak langsung time anak dara..asal nak makan request kat mak tak pun kat wan..Tapi disebabkan Mee Hailam ni favourite mama..tu yang dok perati Mak Lang masak...balik test buat..hehehehhe.

Bagi tekak mama sedap je...hehehehe..kalau kat restoran..mama ni cerewet teramat tu yang hubby cakap..hehehehe..dah tu dah memang tak sedap takkan nak kata sedap.hehehehe. Tu yang dok selalunya masak sendiri jarang nak makan kat mana2. Kalau dah memang confirm sedap..tempat tu je la mama pergi..takde test2 tempat lain..terukkan kan.. Nasib baikla hubby jenis tak kisah..hehehehe..Cuma dia selalu cakap..jangan makan pelik2 nanti awak tak makan..hehehehehe.

Sunday, March 25, 2007

KACANG KUDA


Cool Slideshows



Bahan :

Kacang kuda
Air
Garam

Cara :
1. Rendam kacang kuda semalaman.
2. Toskan air rendaman dan cuci.
3. Rebus bersama-sama garam sehingga empuk.
4. Siap untuk dihidang.

Masak kacang kuda ni bukannya payah mana..cuma nak dapat kacang kuda yang elok tu yang payah. Selalunya kecil la...dalam ada kutu beras la.. Sedap makan time dok lepak2 tengok tv..mama memang suka kacang kuda..ni..


ICE BLENDED -Durian Belanda-

Cool Slideshows


Bahan :
Kiub Ais
Jus Durian Belanda
Air secukupnya

Cara :
1. Blend kesemuanya sehingga kiub ais hancur.
2. Sedia untuk diminum

Mama saja-saja buat Ice Blended ni sempena merasmikan Blender baru beli..hehehehehe..Ye la ..blender lama...banyak berjasa, tapi apa kan daya..wayar dia dah kena gigit tikus. Selama dok sini tak pernah la kena gigit segala wayar2 yang ada.. Tepung mama semua habis dia gigit..dalam drawer pun leh dia masuk..uuuhhuuhh..last2 mana request kat ayah beli BOX kat Jusco..sekarang ni dah selanat segala barang2 mama..tersimpan dalam box


Menu untuk hari ini ...Seperti biasa la..pasal mama suka SAMBAL UDANG & Terung.. HEEEHEHEEHE..Kalau sambal udang memang bertambah2 nasi. Mama dulu memang tak makan langsung terung ni..sejak Berkahwin ni..baru pandai..itupun hubby ajar makan terung..kalau tak..terung la..kena tolak dari pinggan...hehehehehehe..

Cool Slideshows


Mama hari AHAD memang tak gemar p memana,rimas la..ramai orang..pening kepala mama ni...jadi AHAD hari untuk berehat..tengok TV or lawan MONOPOLY dengan hubby..selalunya mama la kalah..bila dah kalah tak nak main lagi..ehehehehhehe...Kalau terlebih rajin..masak la apa2 yang patut. Mukhriz ni kuat makan..jadi kena ada kudap-kudapan untuk dia.

Saturday, March 24, 2007

AKADEMIN FANTASIA 5


Cool Slideshows


~:: PELAJAR WANITA ::~



Vote for "HELIZA"...heeheheheh. Ayah jangan marah ye..mama vote untuk "HELIZA".. Saje mengikuti AF5 ni..mama suka tengok "HELIZA"...sweet je dia..tak gedik2.. Lain tu ok la..mama tak kenal rapat takleh nak cakap apa2 ..heheheheeh, !st woman yang terkeluar "DIYA"...ayah dok vote...tapi terkeluar gak..maybe takde rezeki dia la tu.. ZANA undurkan diri..atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.

Aunty Mukhriz suka shawal...apa-apa je la aunty...Mukhriz suka "FATIN"...uhhuhuhh..pelik dak Mukhriz ni..hehehehe..tapi tak kisahlah.. Mukhriz kalau dengar lagu AF ni..dia dok depan tv sambil menari..suka benar dia kalau AF ni..Moyang cakap Mukhriz dah besar nak masuk AF gaknya







Cool Slideshows


~:: PELAJAR LELAKI ::~


Mama suka tengok "DAFI"...ala comelnya budak ni..heheheheeh..yang lain2 tu ok gak.. AFIQ dah terkeluar..PUFF DADDY AF5 ni..hehehee . "ALL THE BEST FOR AFIQ"..

Wednesday, March 21, 2007

HOMEMADE ~:: POTATO CRISPS ::~


Cool Slideshows



Bahan :

Kentang | Disagat
Garam secukupnya


Cara :
1. Kupas kentang dan disangat. Rendam di dalam air garam seketika.
2. Cuci semula kentang yang telah disagat.
3. Goreng di dalam minyak yang yang panas. Masukkan sedikit garam ke dalam minyak.
4. Sejukkan dan masukkan ke dalam bekas kedap udara.


Time anak dara memang selalu buat ni, sampai mak dok bising...hehehehee. Mana taknya orang beli kentang buat masak kari ke untuk masakan lain..kita dok ambik p sagat buat POTATO CRISPS"..hehehehe. Ada gak pengikut setia yang join makan.

Entah angin apa datang..tetiba petang tadi rajin benor dok sagat kentang..haahahahha. Hubby p dapur tanya buat apa tu..hehehehe..mama dok goreng POTATO CRISPS". Hubby tau kalau mama dok dapur ada la aktivitinya..Don't worry, i made dish for you dear..hhehehehhe.

Walaupun POTATO CRISPS" x sama macam kat kedai, tapi ranggup gak.. Mama lagi suka makan yang homemade ni, kalau yang kat kedai tu, rasa macam sesak nafas lepas tu ... kalau makan banyak sangat..

Hubby & Mukhriz Danial makin naik..mama ni bila nak naik2 berat badan..dok maintain dari tahun 1999 sehingga sekarang, time pregnant Mukhriz Danial je naik sampai 56.5kg..lepas tu turun semula. Semua tu berkat mama ikut cakap Wan n Akak urut time mama dalam pantang ... Walaupun mama tak telan jamu..tapi mama jaga makan..wooo..takut takleh turun berat..kes naya nak cari product kuruskan badan la pulak.

Tuesday, March 20, 2007

Sotong salut tepung


Cool Slideshows




Bahan :
Sotong
Tepung kentucky
Tepung jagung
Putih telur

Cara :
1. Gaul sotong bersama putih telur.
2. Tepung kentucky + tepung jagung digaul sebati.
3. Celup sotng di dalam tepung yang telah disediakan. Masak di dalam minyak yang panas.
4. Siap untuk di hidang bersama sos cili.


Sotong salut tepung ni...buat makan gitu je..heheheeh. Makan dengan nasi pun ok..tapi mama prefer makan cicah dengan sos cili je..Ni semua gara-gara tak tau nak masak apa sotong ni..jadi masak la sotong salut tepung..heeheheheh. Mama saje je tambah tepung jagung..supaya lagi ranggup.

Bak kata hubby, kalau order kat restoran..tak cukup ni..hehehee..buat sendiri puas makan. Mama on je..kalau ada bahan mama buat..kalau takde tu yang lomah badan den ni..heheehehe.

Bila la nak dapat oven yang ada fungsi GRILL..nyesal lak beli yang jenis guna gas tu..uuuhhuuhh..Ni nak kena minta kat hubby ni, mama teringin nak buat kek lapis coklat yang p belajar dengan Cikgu kek lapis ni...uhuhuhuhh..bila la dapat toys baru ni..




Kek Lapis....uuuhhhhuhhhuh, bila la dapat buat. Ada orang order Zebra Cake pun mama tak leh nak buat..hehehehehee, Mukhriz tengah ligat ni...Semua orang dok tengok Mukhriz pun kata...letih wooo nak jaga Mukhriz ni..bukannya nakal, tapi ligat ada je aktiviti dia seharian..

Monday, March 19, 2007

UNGU - Tercipta Untukku



Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu


Favourite Mama & ayah Mukhriz ni..heheheheh... Khas untuk Mukhriz Danial, anak mama yang comel ni..cepat besar ya...

Sekarang ni, Mukhriz dah pandai macam-macam....letih mama nak dok perati memanjang..ada je aktiviti dia..dok memanjat la..duduk kat kerusi meja makan la..naik atas katil la....uuuhhuuhhu...nasib la dia tak berani masuk bilik air..kalau tidak kes naya jawabnya.

Semua H/phone kat rumah ni dia dok say "HAI" kahakahakahkhahaah...ikut gaya mama cakap dengan ayah kat telefon. H/phone aunty dia selalu jadi mangsa...heheheehhehe..Sebab tu tel/faks kat rumah ni kena letak atas drawer kerja ayah..kalau tak habis dia tekan2...last2 mama gak tak reti nak betulkan..pandai la dia tekan copy..mama pun tak reti nak membuatnya hehehehehehehehe.....

Sunday, March 18, 2007









Mukhriz Danial say "HELLO" to Marissa. Dah lama tak jumpa ni...uuuhuhuuhh..baru ni dapat jumpa. Marissa pemalu sangat..Mukhriz Danial lak..hyperactive sangat dok berjalan kat wad hospital sambil kunyah biskut dia..heheehehehe..

Khas untuk aunty Marina ye Mukhriz...mama tolong upload picture bersama..heheehheeh.Next time jumpa lagi ya..balik JB jangan lupa contact2 ya..heheheheh..Leh mama masak sedap2.

NASI GORENG UDANG


Cool Slideshows


bahan :
Nasi putih

(A)
Bahan untuk tumis :
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Cili padi
Belacan
Garam secukup rasa


Cara :
1.Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan nasi putih. Garam secukup rasa.

(B)
Bahan-bahan lain :
Lada merah |dihiris
Lada hijau |dihiris
Bawang merah |dihiris
Bawang putih |dihiris

1. Tumis sehingga naik bau dan diangkat.

(C)
Bahan :
Udang basah | digoreng
Telur hancur

Cara :
1. Satukan nasi goreng yang telah dimasak bersama bahan (B), dan bahan (C).
2. Siap untuk dihidang.


SmileyCentral.com Hubby dok request "NASI GORENG UDANG", dulu time couple dengan hubby ...mama suka sangat makan ni..kekadang sedap,kekadang hampeh..Mana taknya, tukang masak asyik bertukar je kat restoran tu..sekarang ni pun restoran tu dah takde dah. Tinggal kenangan je la..sekarang dah berkahwin rasa nak makan..buat aje..hehehehehe

IZINKAN KU PERGI ~:: KAER ::~



Sinaran mata
Cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam
Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya
Lama dikasih kita
Kau bawa bersama
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya
(Korus)
Pergilah rinduku
Hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung
Derita dikalbuku
Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku
Tersemat dijiwa
Setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu teguhnya
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya
(Ulang korus)
Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku
Maafkan aku duhai kasih
Izinkan ku pergi

Friday, March 16, 2007

Fazli Zainal - Harapan



Doaku agar kau kan selalu bahagia
Agar kau temui insan tulus menyayangimu
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa

Ku tinggalkan memori bersamamu
Ku undur diri bersama harapan

Tidak kesampaian cinta kita
Ku bawa harapan ku pendam rahsia
Ku di kejauhan mendoakan
Agar kau bahagia tiada lagi duka

Daku rela mengundur diri
Ku pasti dikau kan fahami

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis ku terima ini bukannya ku pinta
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku



Sayu dengar lagu ni, sedih pun ada...uuuuhhuuhhu.

MY Beloved Dell " INSPIRON 8500 "


Sayang sungguh notebook DELL "INSPIRON 8500" ntah apa problemnya. Ni baru hantar kat kedai. Harap-harap elok la dia. Terpaksa la guna komputer yang dah lama tak digunakan..heheheehehhe..Kesian dia..buat main games je. Mahal notebook tu time hubby beli around RM7,000++ uuuhuhhuhh..sekarang nak ganti baru..jawabnya takdela..heheeheh guna apa yang ada dulu.


Harap-harap okla dia..banyak gambar dan khazanah mama dalam notebook tu...Kerja-kerja hubby semua dalam tu juga. 2 hari sebelum rosak ada p kedai komputer..mama cakap kat ayah beli la external hardisk..macam ada rasa notebook nak rosak..mama cakap nak transfer all things dalam notebook tu..before anything happen. Now what happen...uuuhuhuhuh..

Nak menyesal pun tak berguna, tunggu tauke kedai tu call and say what happen to my beloved notebook.


Dell paling bagus mama rasa..kalau rosak..just call, ASAP diaorang hantar orang betulkan notebook ni..tapi disebabkan dah takleh nak sambung warranty..uuhuhuh...hantar kedai biasa la..tapi tak kisah la..asalkan leh elok semula..uuuhuhu..harap-harap la tak rosak teruk. Ada gak orang kata leceh guna DELL, kena call la..apa la..tapi daripada pengalaman..memang bagus sangat after services diaorang..Layanan pun mesra...kalau betulkan..tu takdela sampai berminggu-minggu..Selalunya diaorang akan betulkan depan mata kita gak..kalau tak boleh gak baru diaorang bawa balik..itupun dalam 2-3 hari sahaja.

Thursday, March 15, 2007

Kesihatan: Tabiat tidur bayi beri kesan kesihatan **~Oleh : Nor Affizar Ibrahim~**

Perkembangan diri seperti keresahan buatkan kanak-kanak terbangun 3 hingga 6 kali waktu malam


AMAT penting bagi bayi mempunyai pola tidur normal yang baik kerana jika tidak mencukupi, ia akan membawa kepada kelemahan pencapaian ketara, emosi dan masalah tingkah laku serta mungkin juga menjejaskan bayi itu secara fizikal, emosi, pembangunan sosial dan kognitif.


Paling membimbangkan, bayi yang tidak cukup tidur dengan baik kesannya akan timbul ketika remaja ataupun pada peringkat dewasa seperti penyakit vaskular, kencing manis, gangguan neurokognitif dan pertumbuhan.

Bagaimanapun, bukti klinikal terbaru ditemui mungkin dapat membantu ibu bapa yang ada anak mengalami masalah tidur. Kajian klinikal itu mendapati, dengan rutin waktu tidur baru yang ringkas dan mudah serta tiada tekanan membolehkan bayi tidur sepanjang malam.

Kajian itu turut mendapati, rutin sokongan emperikal waktu tidur bagi bayi pada masa sama, memberikan manfaat kepada ibu bapa seperti mewujudkan hubungan lebih kukuh dengan bayi, kurang tertekan, tidak terlalu letih dan lebih bertenaga.

Pengarah Bersekutu Pusat Gabungan Tidur di Hospital Kanak-kanak Philadelphia, Dr Jodi Mindell, berkata umumnya, masalah tidur adalah salah satu rungutan biasa daripada ibu bapa.

Beliau berkata, kajian nasional yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati, satu daripada empat bayi mengalami masalah tidur dan 76 peratus ibu bapa memberitahu, bahawa mereka ingin mengubah sebahagian tabiat tidur bayi mereka.

“Beberapa kajian mengenai masalah tidur di kalangan bayi dan anak kecil juga pernah dibuat di beberapa negara Asia. Di China misalnya, kajian terhadap 5,979 kanak-kanak yang berusia antara dua hingga 12 tahun mendapati 21 peratus daripadanya mengalami masalah tidur.

“Begitu juga di Jepun, kajian terhadap 344 bayi berusia tiga hingga enam bulan anak kecil berusia 18 hingga 21 tahun mendapati, 19 peratus bayi dan 65 peratus anak kecil mengalami insiden menangis waktu malam berkaitan tidur,” katanya pada taklimat media Kejayaan Tidur Untuk Bayi dan Anak Kecil anjuran Johnson & Johnson di Hotel Hilton Petaling Jaya, baru-baru ini.

Pada taklimat itu, Dr Mindell turut membincangkan penemuan mengenai tiga langkah mudah rutin ‘Waktu Tidur Terkini’ bagi ibu bapa dan penjaga kesihatan profesional yang menunjukkan kemajuan penting dalam tidur bayi.

Beliau berkata, bayi tidak tidur nyenyak seperti orang dewasa. Tidur bayi ringan (tidur ayam) dan panjang serta mengambil masa untuk tidur kerana waktu malam mereka terjaga akibat beberapa masalah seperti menyusu, kepanasan dan pengambilan udara yang tidak terganggu untuk bernafas.

“Tidur malam bagi bayi baru lahir hingga usia tiga bulan ialah antara sembilan sehingga 12 jam sehari dan mereka boleh tidur lama sehingga empat jam, sehingga tempoh penyusuan berikutnya. Berbeza, pada peringkat usia tiga bulan hingga satu tahun, bayi tidur sebentar pada waktu siang iaitu antara dua hingga empat jam,” katanya.

Beliau berkata, ketika mencapai usia sembilan bulan, 70 hingga 80 peratus bayi ‘tidur sepanjang malam’. Bagaimanapun, kekerapan tidur sebentar sehari berubah dari tiga hingga empat jam ketika mencapai tiga bulan dan dua jam pada usia satu tahun.

Dr Mindell berkata, lazimnya pada peringkat usia tiga bulan hingga satu tahun pola tidur bayi akan mula terbentuk. Perkembangan pada diri bayi seperti sudah boleh duduk, berdiri dan berjalan serta perasaan bimbang berpisah ada kala membuatkan bayi bangun tiga hingga enam kali ketika tidur waktu malam.

Katanya, bagi bayi yang ada masalah tidur, ibu bapa perlu melakukan beberapa strategi bagi membolehkan mereka tidur seperti rutin waktu tidur dan mententeramkan bayi supaya si kecil boleh tidur semula.

Jumlah waktu tidur bagi anak kecil berusia satu hingga tiga tahun pula ialah antara 12 hingga 13 jam sehari. Ketika mencapai usia 18 bulan, bayi tidak lagi tidur sebentar untuk kali kedua dan didapati, rutin waktu tidur sangat penting.

Pada peringkat itu masalah tidur adalah normal yang mana 20 hingga 30 peratus anak kecil mengalami sebahagian masalah demikian.

“Bayi dan anak kecil juga biasa terjaga malam. Ini berlaku membabitkan kaitan tidur yang negatif atau tiada keupayaan menenangkan diri. Apabila berlaku keadaan seperti itu, campur tangan ibu bapa diperlukan untuk membantunya tidur,” katanya.

Beliau berkata, gangguan biasa atau masalah tidur pada bayi antaranya ialah sukar untuk tidur, tidak mahu tidur dan tidak sensitif pada waktu siang atau malam, zon tidur bayi serta tidak cukup tidur sehingga membuatkan mengantuk waktu siang dan mudah meragam.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, Dr Jodi berkata, pencegahan dan rawatan perlu dilakukan termasuk jadual tidur, rutin waktu tidur dan ada kala memerlukan penenang diri untuk tidur.

Katanya, dalam kajian klinikal bagi menguji tiga langkah rutin waktu malam bagi bayi, mendedahkan bahawa bayi tidur lebih cepat iaitu secara purata mengambil satu pertiga kurang masa untuk tidur. Kadar berjaga bagi bayi pula adalah kurang sehingga 50 peratus selepas ditentukan tidur mereka. Bayi juga didapati tidur lebih lama dan hampir 20 peratus sambung tidur.

INFO: Strategi tidur pada bayi

# Tentukan waktu tidur dan masa rehat.

Masa tidur terbaik bayi adalah antara 7 petang dan 8.30 malam. Ibu boleh menetapkan waktu rehat bayi dengan cara sama. Rancang waktu khusus setiap hari.

# Bentuk rutin waktu tidur.
Bayi terikat dengan cara konsisten. Dibuktikan secara klinikal waktu rutin bayi. Tiga langkah mudah untuk memperbaiki waktu tidur bayi:
Langkah 1: Mandi air suam; Langkah
2: Urutan lembut; Langkah
3: Tidur dengan senyap.

Rutin waktu tidur ini diakhiri dengan aktiviti senyap seperti membaca, mendengar muzik lembut dan membelai. Ini adalah cara terbaik untuk membentuk bayi tidur sementara kedua-duanya boleh menikmati detik ikatan hubungan yang lebih erat.

# Objek sementara
- seperti selimut dan alat permainan untuk membantu bayi rehat serta menenangkan dirinya.

# Menidurkan bayi ketika mula nampak mengantuk tetapi masih terjaga dan terawang-awang.
Bayi masih belum nyenyak sepenuhnya. Tunggu sebentar sehingga pernafasan bayi dan sekata, ototnya rehat sepenuhnya. Genggaman tangannya terbuka, manakala kaki dan tangannya juga rehat serta ringan.

# Bersabar apabila bayi menangis.
>Kanak-kanak guna lebih banyak masa untuk lena

“ANAK pertama kami baru mencapai usia tiga bulan. Bayi kami comel dan sihat tetapi yang merunsingkan, dia sering meragam apabila tiba waktu tidur malam. Malah, boleh dikatakan hampir setiap malam bayi kami akan menangis sehinggakan waktu tidur saya dan suami sering terganggu.

“Kami juga berasa sedikit tertekan dan sering tertanya-tanya adakah keadaan ini akan terus kami lalui sementara menunggu bayi besar sedikit.”

Ini adalah antara luahan ibu bapa yang berdepan dengan masalah bayi yang sukar tidur atau tidak mahu tidur. Kesan gangguan tidur pada bayi ternyata bukan saja membawa masalah perkembangan dan psikologikal bayi pada masa akan datang tetapi turut meninggalkan kesan mendalam pada ibu dan juga keluarga.

Hakikatnya, ramai pakar kanak-kanak di Malaysia mendapati, ibu bapa Malaysia tidak begitu menyedari jika bayi mereka ada pola tidur normal yang sihat ataupun punca masalah tidur yang dihadapinya. Sehinggalah, masalah itu dikesan apabila anak memasuki taman asuhan dan tadika atau apabila kesihatan terancam.

Perunding Kanak-kanak dan Pakar Dada Kanak-kanak, Dr Norzila Mohd Zainudin berkata, keperluan untuk membentuk kesedaran ini amat perlu. Ini berikutan, tidur elemen kesihatan yang sangat penting dalam kehidupan seseorang.

Setiap bayi menggunakan lebih kurang 70 peratus daripada harinya dengan tidur manakala kanak-kanak dan remaja tidur di antara lapan hingga 10 jam sehari.

Beliau yang berkongsi pengetahuan mengenai ‘Masalah Tidur pada Bayi dan Anak Kecil di Malaysia’ berkata, tidur didefinisikan sebagai satu tempoh penangguhan semula jadi kesedaran di mana tenaga dalam badan dipulihkan.

Justeru, tidur adalah penting bagi fungsi pertumbuhan dan perkembangan badan, sistem imunisasi, ingatan pembelajaran, kesihatan sistem kardiovaskular, fungsi hormon dan metablisma tubuh.

“Berdasarkan pengalaman, terdapat beberapa ciri-ciri masalah gangguan biasa tidur pada kanak-kanak. Antaranya ialah berdengkur tetapi ramai yang ingat perkara itu adalah biasa tetapi sebenarnya, mengeluarkan dengkur yang amat kuat memerlukan ibu bapa membawa anak berjumpa doktor.

“Selain itu, anak kerap terjaga waktu malam dan tidak boleh untuk tidur semula. Anak yang tidak cukup tidur juga didapati, sering mengantuk dan tertidur ketika di sekolah. Pada masa yang sama dia juga tidak dapat memberikan tumpuan pada pembelajaran,” katanya.

Dr Norzila berkata, faktor penyebab masalah tidur pula antaranya termasuklah, masalah obesiti iaitu yang menjadi isu utama pada masa kini di samping, genetik tidak normal dan cara pernafasan tidak tidak betul seperti bernafas melalui mulut atau tidur dengan nafas terhenti-henti yang boleh mengganggu lena mereka.

“Ada kanak-kanak dan remaja yang suka berjaga malam kerana menonton televisyen dan sebagainya. Tidur sehingga lewat malam akan mengganggu ritma tidur dan boleh menyukarkan untuk bangun keesokan hari,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa perlu menerapkan budaya tidur betul sejak kecil supaya anak anda dapat manfaat ketika kecil dan untuk masa depannya. Jika sekiranya anak bermasalah untuk tidur adalah lebih baik mendapatkan nasihat pakar bagi mengatasi masalah berkenaan.

Monday, March 12, 2007

Tempe goreng tepung

Cool Slideshows




Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

* 5 keping tempe
* 1 cawan tepung beras
* 3 ulas bawang putih*
* 1 camca teh ketumbar biji*
* 1/2 camca teh jintan kasar dan 1/2 camca teh jintan halus*
* 10 biji lada hitam*(*ditumbuk atau dikisar halus)
* 1/2 camca teh air kapur
* 1/2 camca teh serbuk kunyit



Cara-cara

1. Tempe dipotong nipis secara menyerong dari atas ke bawah. Ketepikan.
2. Satukan tepung beras, bahan2 dikisar, air kapur, serbuk kunyit dan garam/gula (sedikit dahulu) dalam satu bekas.
3. Tuang air sedikit dahulu (anggaran 1/4 cawan). Kacau hingga sebati dan tambah air sedikit lagi sambil dikacau hingga adunan tidak terlalu pekat atau cair (seperti tepung utk menggoreng pisang). Ketepikan sebentar.
4. Panaskan minyak dalam kuali untuk goreng terendam. Bila minyak panas, celup tempe tadi dalam adunan tepung dan goreng. Jgn letak terlalu banyak tempe dalam satu kuali. Goreng pada api sederhana hingga tempe kuning keemasan. Angkat dan toskan. Bolehlah dihidang bersama sambal kicap.

** Mama tambah garam sedikit dan pewarna kuning..nampak cantik bila dah digoreng, kalau dah guna serbuk kunyit ..tak letak pewarna kuning pun tak pe..ikut citarasa memasing. Dulu selalu beli tempe goreng tepung ni dekat area HOLIDAY PLAZA, Time pregnant dedulu la...kuat makan time tu.. RM2 makan sorang....hhehehehehe


SAMBAL KICAP
SUMBER : Mak Ngah


Bahan :
Cili padi
Bawang putih
Ikan bilis
Kicap Manis (Cap Kipas Udang)

Cara :
1.Masukkan cili padi, bawang putih dan ikan bilis dalam lesung batu, tumbuk hingga lumat. Kalau malas sangat kisar dalam pengkisar pun boleh.
2. Masukkan kicap manis dan gaul rata. Masukkan jus limau kasturi jika suka. Kacau rata.
3. Siap untuk dimakan bersama tempe.
4.Tuang dalam bekas dan bolehlah dihidangkan bersama tempe tadi. Sambal kicap ini memang pedas (bergantung pada cili padi masing2), kalau tak tahan pedas...kurangkan cili padi.

Bingung



Amy Mastura Feat. Cat Ruffedge & Sedozen


Setiap langkah ku atur
Semuanya tidak betul
Katamu tidak teratur
Ku bersabar ku perbetul

Namun langkahku tak betul
Segalanya yang menyusul
Katamu tidak teratur
Ku bersabar ku perbetul

Ku cuba fahami segala
Namun berat jiwa
Untuk ku mengalah lagi dengannya
Ku cuba selami semua
Namun apa daya
Untuk ku mengalah lagi dengannya

Bingung denga ncinta / yang pertama…
Bingung dengan dia / yang melanda…
Bingung yang kurasa / jiwa ini….
Bingung yang melanda

Bingung kerana cinta / kerananya ku
merana…..
Bingung kerana dia / kebingungan yang
menimpa
bingung yang kurasa
Bingung yang melanda

Bila mula ku berkata
Ada saja yang ta kkena
Ku akur dengan semua
Ku bersabar ku perbetul

Inilah ragam manusia
Ku turutkan segalanya
Ku terpaksa dan dipaksa
Ku bersabar ku perbetul

Oh kerananya ku sengsara
Tak ingin lagi bersama
Ku percaya hati luka ini
Akan bahagia
Tanpa dia…


Suka sangat lagu ni, tak tau nape..hehehehee. Xde kena mengena pun dalam diri..saje suka

Sunday, March 11, 2007

WEDDING FITRI & SINA


~:: 27hb Nov 2005 ::~




Sebak bila tengok salah satu picture yang ada.. Last mama dapat jumpa Arwah Teuku , masa Wedding Aunty Sara ~:: Mukhriz ::~. Dan Sara juga yang bagitau yang Arwah Teuku meninggal.. Macam tak percaya..tapi kena juga terima kenyataan yang dia telah pergi buat selama-lamanya, cuma kenangan terpahat di dalam hati semua kawan-kawan.

~**<@ AL-FATIHAH @>**~

Buat Sina & Fitri....semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak-anak yang comel.


~::AKU ADA KERANA KAU PUN ADA - RADJA ::~


Cinta adalah anugerah yg Kuasa
yg bila terasa betapa indahnya
sungguh lemah diriku
tak berarti hidupku
bila tak ada dirimu

andai ku bisa akan ku balas
semua yg pernah engkau berikan
terima kasih dariku
atas ketulusanmu
menyayangi diriku

aku ada karena kau pun ada
dengan cinta
kau buat diriku hidup selamanya

aku ada karena kau pun ada
dengan cinta
kau buat diriku hidup selamanya

andai ku bisa akan ku balas
semua yg pernah engkau berikan
terima kasih dariku
atas ketulusanmu
menyayangi diriku


Hug & Kisses from Mama & Mukhriz Danial

SOTONG GORENG KUNYIT

Cool Slideshows




Bahan :
Sotong
Bawang putih | dihiris
Bawang merah | dihiris
Cili merah | dihiris
Cili hijau | dihiris
Kunyit serbuk
Garam secukupnya

Cara :
1. Bawang putih, bawang merah, cili merah & cili hijau ditumis sebentar. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk.
2. Goreng sotong bersama serbuk kunyit.
3. Masukkan bawang putih, bawang merah, cili merah & cili hijau telah ditumis tadi, masukkan garam secukup rasa.
4. Hidangkan bersama nasi putih.


Favourite ni, takde le sesedap kat
"SAYAM" ...., tapi berbaloi la..dapat makan banyak..hehehehhehee..Next time nak buat pula
~:: RENDANG SOTONG ::~, tentu sedap.

Saturday, March 10, 2007

SMACK THAT



(feat. Eminem)

[Akon:]

Shady
convict
Upfront
Akon
Slim Shady

I see the one, because she be that lady! Hey!
I feel you creeping, I can see it from my shadow
Wanna jump up in my Lamborghini Gallardo
Maybe go to my place and just kick it like tabo
and possibly bend you over look back and watch me

[Chorus (2X)]

Smack that all on the floor
Smack that give me some more
Smack that 'till you get sore
Smack that oh-oooh!

Upfront style ready to attack now
pull in the parking lot slow with the lac down
convicts got the whole thing packed now
Step in the club now and wardobe intact now!
I feel it down and cracked now (ooh)
I see it dull and backed now
I'm gonna call her, than I pull the mack down
Money no problem, pocket full of that now!

I feel you creeping on, I can see from my shadow
Wanna jump up in my Lamborghini Gallardo
Maybe go to my place and just kick it like tabo
and possibly bend you over look back and watch me

[Chorus (2x)]

[Eminem:]

Ooh...Looks like another club banger
They better hang on when they throw this thang on
Get a lil' drink on
They goin' flip for this Akon shit
You can bank on it!
Pedicure manicure kitty-cat claws
The way she climbs up and down them poles
Looking like one of them puttie-cat dolls
Trying to hold my woody back throuh my drawers
Steps upstage didn't think I saw
Creeps up behind me, shes like "your"
I'm like ya I know lets cut to the chase
No time to waste back to my place
Plus from the club to the crib's like a mile away
or more like a palace shall I say
and Plus I got a pal if your gal is game
In fact he is the one singing the song that's playing
"Akon!"

[Akon:]

I feel you creeping on, I can see from my shadow
Wanna jump up in my Lamborghini Gallardo
Maybe go to my place and just kick it like tabo
and possibly bend you over look back and watch me

[Chorus]

Eminem is rollin', d and em rollin' bo
And all marvelous them rolling
Women just holding big booty rollin'
Soon I'll be on Eminem throwin "D!"
Hittin on less than "Three!"
Block wheel style like "Whee!"
Girl I can tell you want me because lately

I feel you creeping on, I can see from my shadow
Wanna jump up in my Lamborghini Gallardo
Maybe go to my place and just kick it like tabo
and possibly bend you over look back and watch me

[Chorus]



Mukhriz kalau dengar lagu ni..mesti menari...uuuhhuhh,suka benar..ni gara-gara aunty dia la selalu buka lagu ni. Mukhriz pun join menari...hehehehehehhe. Petang tu mama & ayah pergi "SMART" nak beli barang-barang dapur yang banyak dah habis stok.., dia terdengar lagu ni..ntah dari kedai mana yang buka lagu "SMACK THAT" apa lagi....dia dok menari dalam trolly...hehehehehe..macam-macam la dia ni. Ada je aktiviti suruh orang tengok dia

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG